RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Rabu, 30 Disember 2009

PERSELISIHAN

Terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri kita dan masyarakat. Sebagai insan kita tidak dapat lari dari kekurangan. Namun Allah s.w.t menjadikan segala kekurangan untuk kita berikhtiar memperbaikinya. Sebagaimana biasa yang kita ketahui, Allah s.w.t menjadikan hidup dan mati untuk menguji siapa yang terbaik amalannya antara kita bergelar insan.

Sambil menjenguk sistem CD Al-Quran yang saya miliki, perkataan 'PERSELISIHAN' disebut sebagai perkataan yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tidak kurang 9 kali diulang. Antaranya;



Maknanya: Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). Surah Al-Baqarah, Ayat 213.

Isnin, 28 Disember 2009

KALENDAR DAN KUASA-NYA YANG MAHA MENGETAHUI



Maknanya: Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). Surah Yunus, Ayat 5.



Maknanya: Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya. Surah Al-Israa’, Ayat 12.

Berikut antara video klip dari youtube...











Salam Maal Hijrah 1431 dan Selamat Tahun Baru 2010....

Rabu, 9 Disember 2009

HIJRAH, TRANFORMASI DAN PERUBAHAN



Maknanya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah An-Nisa' : 100)

18 Disember 2009 pada tahun ini bersamaan 1 Muaharam 1431h. Kebiasaan setiap tahun kita akan meraikan hari ini sebagai Maal Hijrah.

Perkaitan 1 Muharam sudah tentu kita ketahui iaitu dengan mengambil peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Dalam menilai semula hijrah ini, ianya terlalu luas. Segalanya meliputi;

1. Hijrah secara fizikal. Merujuk hijrah Rasul iaitu dari Mekah ke Madinah. Pelbagai peristiwa berlaku. Ianya termasuk pengajaran dari segi politik, ekonomi dan juga sosial.

2. Hijrah secara mental. Apa sahaja yang dilakukan oleh Baginda s.a.w terkandung perkara tersurat dan tersirat. Dengan merujuk pesanan Baginda s.a.w dan juga Ayat-Ayat Al-Quran banyak menyentuh prihal perubahan atau transformasi pemikiran. Antara lain;

a. Hijrah dari Kejahilan atau Kebodohan kepada Berilmu dan Bermaklumat.

b. Hijrah dari Kurang Berkemahiran kepada mahir dan pakar.

Begitulah seterusnya...

Satu lagi yang mungkin boleh kita sentuh...perubahan itu boleh dibahagikan kepada perubahan pasti dan perubahan pilihan.

1. Perubahan Pasti; antaranya; muda kepada tua, hidup kepada mati, kuat kepada lemah dan lemah kepada kuat mengikut faktor usia dan seterusnya...

2. Perubahan pilihan; antaranya; jahat kepada baik, baik kepada jahat....dan seterusnya....

Salam hijrah buat semua...

Selasa, 8 Disember 2009

BACA, BACA DAN BACA



Maknanya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(Surah Al-Alaq : 1-5)

Musim cuti persekolahan, banyak perkara yang kita lalui. Saat ini anak-anak serta kita mungkin lebih banyak menggunakan waktu berada di rumah, melancong, melihat persekitaran dan bergaul sesama sendiri. Rutin biasa yang kita tempoh hari-hari sebelumnya berubah pada musim percutian ini.

Perjalanan kehidupan, persekitaran, apa yang sudah berlaku, sedang dan akan berlaku memberikan kita 1001 pengajaran. Melihat persekitaran dengan mata hati dan mata fikir merapatkan diri kita kepada Maha Pencipta.

Hubungan dengan Allah, sesama insan jua dengan Alam semakin erat. Semoga silaturahim, hubungan kekeluargaan, hubungan ketuhanan semakin kukuh antara kita.

Salam Penghayatan.

Isnin, 30 November 2009

MIMPI, INTUISI, ILHAM, WAHYU

Tersentuh hati dan pemikiran saat musim korban ini. Keadaan yang kita alami dalam menempuh kehidupan di dunia ini sentiasa kita di bawah Kuasa Yang Maha Esa.

Hidup, mati, sedar, mimpi, khayal, ilham dan seterusnya dimensi wahyu buat para rasul menyebabkan kita sentiasa mengerti bahawa ada supernatural yang kita lalui.

Pengamatan kepada alam mimpi, rupanya memberikan kesan kepada tindak tanduk serta perutusan dari alam supernatural untuk kita hayati serta memenuhi geraklaku sebagai manusia.

Panduan yang Allah berikan kepada kita melalui pesanan petunjuknya Al-Quran agar kita sentiasa berhati-hati dan peka kepada apa sahaja yang Allah jadikan di atas muka bumi, dalam diri serta apa sahaja yang kita perhati.

Surah Ali Imraan, Ayat 191;



Maknanya: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Sebut tentang MIMPI, dalam Al-Quran tidak kurang 13 kali perkataan diterjemaah sebagai MIMPI dan ayat membayangkan serta menjelaskan sebagai wahyu perintah dari Allah kepada rasul termasuk kisah pengorbanan Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya Ismail a.s selain ta'biir mimpi yang dijelaskan kepada Yusus a.s.

Lantaran itu, kepekaan kita terhadap fenomena mimpi ini seharusnya tidak boleh kita ambil mudah. Ayat-ayat di bawah sebagai rujukan;

Surah As-Saaffaat, Ayat 102



Maknanya: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Surah Yusuf, Ayat 4



Maknanya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Surah Yusuf, Ayat 6



Maknanya: Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub: sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".


Dengan tidak menafikan ada MIMPI yang hanya membawa mainan tidur atau mimpi yang dibawa oleh gangguan syaitan, kita ada mimpi yang membawa kepada mimpi yang benar dan menjadi faktor jelas ingatan Allah kepada kita, antara lain yang benar-benar pasti ialah MIMPI tanda BALIGH;

Antara mimpi pasti yang menjadi syariat buat sekelian insan antara lain adalah mimpi bersetubuh hingga keluar mani. Sesuatu yang pasti apabila kita telah sampai mesej ini, Allah memberitahu kita bahawa kita telah mukallaf dan bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan antara dosa dan pahala. SUBHANALLAH BEGITULAH antaranya kuasa ALLAH...

Salam Penghayatan...

Khamis, 19 November 2009

INFLUENCE SKILL

Alhamdulillah...Blog KD mencecah 6,666 hits...teringat akan jumlah ayat Al-Quran...

Dalam fenomena kehidupan pemerhatian saya, terdetik hati saya melihat beberapa perkara yang saya teringat kembali untuk diri saya.



Maknanya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.Surah An-Nahl, Ayat 125.

Perbincangan 'Influence Skill' atau 'Kemahiran Mempengaruhi', jika dilihat dari aspek ayat di atas saya perhatikan ianya merupakan sebahagian dari teknik dakwah.

Aristotle menyebut sebagai pemidato, mereka perlu ada ilmu logik dan ilmu psikologi. Dalam elemen tersebut pula ada;

1. Logos - Penghujahan
2. Ethos - Kepribadian
3. Pahtos - Emosi

Telah banyak juga penghuraian berkenaan DAKWAH itu sendiri. دعوة بالحال atau Dakwah mengikut keadaan dan masa atau menunjukkan teladan yang baik kepada orang didakwah.

Memang susah untuk mencari kesempurnaan, walau pada hakikatnya hanya Allah s.w.t Yang Maha Sempurna...

Dalam kesibukan kita melakukan dakwah...terkadang perlu juga kita hayati semula ayat di atas...

Semoga kita sama-sama mendapat ketenangan...insyaAllah...

Salam Dakwah.

Jumaat, 13 November 2009

AIDIL ADHA DAN PENGORBANAN

Kesempurnaan Islam dalam perbuatan dan tanda perhambaan terhadap Yang Maha Esa bukan sekadar melakukan pergerakan yang dipamerkan sebagai berdiri tegap, tunduk rukuk serta tunduk sujud dalam solat, menahan lapar dan dahaga dalam puasa malah menyembelih binatang agar pemergian atau lucut nyawa dalam keadaan yang paling tidak menyiksakan juga dikategorikan sebagai ibadat atau salah satu cara untuk merepatkan diri kepada Maha Pencipta.

Jangan kita lupa, kita selalu menyebut 'khusyuk' dalam solat. Begitu juga sewajarnya kita hayati dalam peribadatan menyembelih binatang korban dalam merayakan hari raya yang dikenali sebagai hari raya korban yang akan kita sambut pada 27 November 2009 nanti...insyaAllah (tertakluk kepada rukyah dan hisab).

Kekhusyukan dalam solat tidak sama kekhusyukan puasa, begitu juga khusyuk dalam ibadat korban ini. Perbuatan menyembelih korban demensi paparan ibadatnya. Apa yang menjadi nilai kepada ibadat berkenaan adalah semangat pengorbanan.

Pemupukan semangat pengorbanan dipaparkan dalam sebuah perayaan. Perngorbanan wang dan harta, tenaga dan usaha fizikal, kekuatan mental juga begitu. Begitulah sempena jua dengan wuquf di Arafah sebagai persamaan keadaan bagi kemuncak melaksanakan ibadah haji di Mekah sebagai destinasi rukun Islam terakhir iaitu menunaikan haji bagi berkemampuan.

Pengetahuan berkenaan kaedah perlaksanaan ibadah korban sangat penting begitu juga pentingnya apa yang Allah s.w.t inginkan secara tersirat dalam kisah penyembelihan Ismail a.s oleh bapanya Ibrahim a.s. sebagai lambang pengorbanan hamba terhadap Penciptanya. Sanggup melaksanakan satu ibadah melebihi rasa kasih dan sayang terhadap anaknya demi memenuhi perintah Pemilik sekelian alam.

Hakikatnya, Allah s.w.t lebih mengetahui dan lebih menyayangi hambanya yang beriman dan beramal soleh dan berhati ikhlas, tulus dan mulus terhadap-Nya. Hanya sekadar menguji, diganti anak itu dengan seeokor binatang kibasy untuk dijadikan satu ikutan malah disyariatkan pada tahun ke-2 hijrah iaitu hari raya korban sehingga kiamat.

Oleh yang demikian, bersamalah kita menghayati ibadah perayaan, nilai pengorbanan, sifat adil dan saksama, tamak haloba, dengki dan khianat segalanya Allah s.w.t sediakan dalam ibadat bergelar QURBAN melalui perayaan AIDIL ADHA.

Salam Pengorbanan.

Sabtu, 7 November 2009

MENCARI KEBENARAN

Dalam kelompok manusia, istilah orang itu banyak cakap, orang itu pendiam, orang itu apabila ditanya baru menjawab dan pelbagai persepsi akan berlaku kepada keadaan-keadaan ini. Ada yang menganggap orang yang pendiam itu tidak tahu apa-apa, malah ada juga mengatakan orang pendiam itu sombong, tidak tahu menegur sapa.

Bagi yang banyak cakap pula, ada yang beranggapan mereka ni mungkin banyak berbohong malah ada juga beranggapan...Wah! hebatnya dia...atau sebaliknya.

Sehingga ke peringkat akademik dan keagamaan terdapat kategori bergelar 'abid' atau hidupnya penuh dengan ibadat dan label ini lebih disinonimkan kepada mereka yang kurang bercakap. Ahli Kalam pula dilabelkan kepada mereka yang suka berhujah. Hingga terkenal satu ilmu dengan Ilmu Kalam yang membahaskan prihal ketuhanan.

Apapun kita perhatikan, perkatakan dan sebagainya...CARILAH KEBENARAN...

Salam.

Rabu, 21 Oktober 2009

PERJALANAN MASA 2009

Jika Allah memanjangkan usia kita bersama, kita akan menempuh lebih kurang 2 bulan lebih sahaja lagi tahun 2009. Kemudiannya, kita akan menyambut 2010 pula.

2 bulan lebih ini, kita akan menempuh percutian sekolah. Kesempatan cuti sekolah begini kita selalunya membuat perancangan percutian dengan pelbagai destinasi dan aktiviti.

Dalam tempoh ini juga kita akan bertemu Aidil Adha, majlis perkahwinan, hari keluarga dan pelbagai peristiwa kemungkinan termasuk banjir dan lain-lain.

Apa yang pasti, kita seharusnya menjadikan semua destinasi dan aktiviti ini merapatkan hubungan kita dengan PENCIPTA, mengerat silaturahim serta sentiasa merancang untuk segala kebaikan sebagai bekalan untuk kita kembali kepada-NYA.

amiin. Salam.

Khamis, 15 Oktober 2009

MASIH DALAM MENCARI BAHAGIA

Sedar tak sedar. Kita selalu menganggap orang lain bahagia dengan apa yang ada pada mereka. Sedarkah kita juga mempunyai apa yang orang lain tidak ada. Orang lain glamour, kita tidak. Orang glamour ada masalah mereka yang tersendiri. Kehidupan terhad. Sentiasa diperhati, tidak boleh bergerak sesenang hati. Orang yang tidak glamour boleh bergerak bebas tanpa orang peduli.

Orang kaya duit atau harta. Setiap saat dan ketika kena memikirkan tentang harta dan duitnya. Bagi yang cukup makan, otaknya senang dengan kehidupan rutin dan boleh menumpukan kepada hidup biasa.

Orang cantik, takut diganggu, dikatakan mengada-ngada dan sebagainya. Orang hodoh, mungkin akan dihina.

Sebenarnya hidup ini terlalu subjektif. Begitulah bahagia...

Selasa, 13 Oktober 2009

MENCARI BAHAGIA

Salam Semua,

Saya tertarik dengan perkataan MENCARI BAHAGIA ni sebab bila difikir semula semua kita mencarinya.

Merujuk kepada Al-Quran, Hadis, Kitab, Majalah dan Internet, pelbagai maklumat yang boleh didapati. Apa yang telah diwahyukan sesuatu yang sudah pasti benar. Namun satu yang mengasyikkan saya ketika menelusuri pemikiran dan penulisan sama ada Bahasa Melayu, Arab mahupun Inggeris, saya dapati memang manusia mencari kebahagiaan dalam dunia ini.

Begitulah keanehan yang berlaku dalam pelbagai watak dan kecenderungan manusia tentang alam ini. Ada yang beranggapan DUIT adalah lambang kebahagiaan. Apabila sakit, betapa SIHAT menjamin kebahagiaan. Ada pula meletakkan KUASA adalah lambang kebahagiaan. Apabila sudah sibuk berKUASA, betapa masa yang lapang untuk anak dan keluarga pula menjadikan diri rasa bahagia.

Aneh kan!?...oleh yang demikian mari kita singkap erti sebenar BAHAGIA, IMAN, TAQWA, SYURGA, NIKMAT, GEMBIRA serta banyak yang abstrak yang perlu kita hayati dalam hidup ini.

Ada DUIT kita boleh mendapatkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Ada KUASA boleh meletakkan Agama Suci yang kita anuti ini pada tempat dan imej yang tepat. Ada HARTA boleh kita beramal jariah. Ada anak-anak, cucu-cicit boleh mengembirakan hari tua. Ada pula anak dan keturunan yang soleh mendoakan kita di alam barzakh.

(",) walau dunia ini banyak yang tidak baik yang kita perhatikan, namun yang pasti pernah persoalan itu menjadi hujah malaikat dalam penciptaan manusia. Hakikatnya Allah lebih mengetahui apa yang DIA lakukan.

Salam Sayang buat semua. Moga BAHAGIA milik kita.

Rabu, 7 Oktober 2009

KEBAHAGIAAN DAN KESENGSARAAN

Salam untuk semua,

Dah lama rasanya tidak meluahkan rasa dalam ruangan Coretan ini. Apabila membaca majalah SOLUSI terbitan TELAGA BIRU SDN. BHD. keluaran isu no.6, hati semakin tercari-cari erti kebahagiaan.

Ulasan isu berkenaan MENCARI BAHAGIA amat menarik sekali. Langkah setiap hari sememangnya itu yang kita cari.

Terima kasih SOLUSI...

Isnin, 14 September 2009

SUASANA MASJID NEGERIKU, RAMADHAN 1430H



Suasana Malam Ramadhan 1430h



Suasana IKTIKAF اعتكاف Selepas Solat Maghrib, Ramadhan 1430h

PUASA, FADHILAT, LAILATUL QADAR DAN KEIKHLASAN

Salam Ramadhan & Salam Aidil Fitri,

24 Ramadhan 1430 kita bertemu lagi. Dalam kesibukan kita mengejar segala fadhilat serta kemeriahan anugerah Lailatu Qadar, satu perkara mengingatkan diri saya serta tetamu Kalam Damai sekalian agar kita sama-sama melakukan segalanya dalam keikhlasan.

Merujuk kepada kisah lampau dalam membicarakan keikhlasan, pernah dalam kisah kesufian memaparkan amalan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh namun tidak kelihatan di akhirat, akibat segalanya tanpa IKHLAS.

Sekadar sama-sama menghayati...Ikhlas sukar digambarkan...رضاك مطلوبي

Salam, tq. :)

Selasa, 1 September 2009

أهلا وسهلا ومرحبا بكم حوسناس HUSNAS

Selamat Tampil di Blog KD buat Husnas. Selamat mendapat keampunan-Nya sempena 10 pertengahan Ramadhan kali ini...moga kita bersama beroleh LAILATUL QADAR...insyaAllah...amiin...

10 AWAL RAMADHAN TINGGAL KENANGAN

Teringat pada kata-kata, "Hidup kita hanya ada tiga hari; hari ini, hari semalam dan hari esok." Buat tahun ini, kita tidak akan bertemu lagi 10 Awal Ramadhan 1430h...rahmat itu kalau kita perolehi maka ianya sebagaimana yang kita telah lakukan...

Ya! Allah, ampunilah segala dosaku...walau malu untuk menyatakan pada-Mu Ya! Allah kerana diri ini sering melakukan dosa walau telah berjanji berkali tidak akan kembali berdosa lagi...

Ya! Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami...Ya! Allah. Kasih Sayang mereka buat kami saat melahirkan, membesarkan, memupukan kasih dan sayang buat kami...sehingga kini dan akan datang....

Ya! Allah, ampunilah dosa anak-anak, cucu-cucu serta ahli keturunan kami...Ya! Allah ampunilah dosa ahli keluarga kami...

Ya! Allah, ampunilah dosa jiran-jiran kami, sahabat-sahabat kami...serta seluruh umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....

Ya! Allah, mohon kami Ya! Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...sempurnakanlah janjimu, ampunanmu pertengahan 10 hari Ramadhan....

SESUNGGUHNYA ENGKAU YA! ALLAH TIDAK MEMUNGKIRI JANJI...


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العلمين

Ahad, 30 Ogos 2009

RAMADHAN SELURUH DUNIA







BAHAN RENUNGAN

RASA JIWA

Klip Video ini diperoleh daripada laman YOUTUBE CIKKUNTUM99

SELAMAT BERTAMU BUAT TENGKU AZMAN

Salam Ramadhan Buat Tengku Azman,

Terima kasih kami rakamkan buat Tengku Azman atas kesudian bertamu ke Blog KD. Semoga "Rahmat, Keampuan serta Lepas Siksa Neraka" menjadi milik kita bersama dalam memenuhi tuntutan Ramadhan kali ini.

Terima kasih, Salam.

HAMPIR 10 RAMADHAN 1430H

Salam Ramadhan Buat Semua Pengunjung Blog KD,

Sedar tak sedar 31 Ogos 2009 merupakan 10 Ramadhan 1430h. Sehingga saat ini seharusnya kita telah merasai nikmat 'rahmat' Allah s.w.t yang telah dijanjikan buat kita semua melaksanakan ibadah puasa pada tahun ini.

Penggal 10 hari selanjutnya kita sama-sama memberbanyakkan istighfar dengan lafaz 'Astaghfirullahalazim...' dan memohon agar kita sentiasa diampuni Allah s.w.t. Keampuan dan kesempurnaan setiap malam sekurang-kurangnya kita pohonkan kepada Allah s.w.t. Sebagaimana lafaz doa yang kita panjatkan atau kita aminkan setiap selepas solat tarawih..."....watammim taqshiirana..." yang membawa makna..."dan sempurnakanlah segala kekurangan..."

Semoga kita terus tabah melaksanakan ibadah sepanjang ramadhan ini...amiin...

Isnin, 24 Ogos 2009

TERIMA KASIH USTAZ ZURIDAN

CHIT CHAT;

22 Aug 09, 07:54
Zuridan: Aslmkm, ustaz A.Shah & Puan Selamat Berpuasa, saya minta izin promosi buku Bingkisan Ramadan...untuk tazkirah sepanjang Ramadan ini.. http://buku2-mustread.blogspot.com/


RESPON;

Terima kasih atas sokongan Ustaz, juga terima kasih atas maklumat yang Ustaz telah dikongsikan bersama KD.

(",) wassalam...شكرا لك وجزاكم الله رمضان كريم وكل عام وانتم بالف خير، يا أستاذ

DOA IFTITAH

CHIT CHAT

20 Aug 09, 18:46
kai: asalam, ustaz sy nak tahu, doa iftitah kita tu dapat dari mana? ada yg cakap kat saya dr AQ surah 6/162-163. tapi kenapa lain?


RESPON

Waalaikum Salam...Sdr. KAI...semua pergerakkan solat adalah dirujuk kepada Al-Quran dan Hadis...

Mengapa wujud perbezaan? untuk mendapat kepuasan dalam memahami hukum hakam (Fekah) kita mesti merujuk kepada Asas kepada pembinaan hukum (Usul Fekah). Dalam perbicaraan Usul Fekah kita akan dapat menyelami bagaimana pembinaan hukum atau susunan peraturan ibadat dibuat...

Solat pada asasnya dari perintah Al-Quran kemudian Rasulullah s.a.w bersabda (Hadis) ; "Solatlah sebagaimana aku solat".

Ulamak sentiasa mengkaji apa sahaja perbuatan, pergerakan, bacaan serta berkaitan dengan solat yang ditunjuk Rasulullah s.a.w...

Berkenaan bacaan Doa Iftitah sememangnya ada perkaitan dengan ayat yang Saudara sebutkan, tetapi bagi keseluruhan doa ini adalah merujuk kepada bacaan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w tentang bacaannya.

Jika kita merujuk kepada kitab tulisan Ulamak-Ulamak arab termasuk kita Fikh Sunnah, Fiqh Manhaji, Fiqh Ala Arbaah Mazahib dan banyak lagi...sudah tentu kita akan mendapat pelbagai bacaan untuk doa iftitah lagi...

Secara mudahnya, DOA IFTITAH adalah merupakan pembukaan bacaan atau pembuka pertamuan hamba dengan pemiliknya. Dalam ungkapan yang kita lafazkan dalam doa berkenaan adalah pengiktirafan penyerahan diri kepada Yang Maha Kuasa yakni Allah s.w.t.

Ulamak tanah air kita dalam mengambil inisiatif kesamaan dan keseragaman dengan merujuk kepada bacaan DOA IFTITAH yang paling muktabar serta ianya menjadi satu bacaan yang seragam dan menjadi kurikulum disekolah-sekolah bagi mendidik anak-anak kita dengan mudah dan berkesan untuk diamalkan.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 20 Ogos 2009

TERIMA KASIH RADIN ATAS SOKONGAN

CHIT CHAT;

18 Aug 09, 23:34
radin: salam ziarah.. saya suka KALAM DAMAI.. bagusnya rancangan itu.



RESPON;

Terima kasih Radin atas sokongan...InsyaAllah, kita jumpa diudara lagi selepas raya nanti.

InsyaAllah saya usahakan dalam Ramadhan ini untuk memasukkan Audio Kalam Damai yang telah dirakamkan...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1430H. SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH MAKNA DAN LEBIH MEMATANGKAN KITA SEMUA. AMIIN.

Rabu, 12 Ogos 2009

3 QUL

H1N1 mengajar dan mengingatkan kita tentang YANG MAHA KUASA...

Marilah kita kembali kepada-NYA...




Maknanya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia."Yang Menguasai sekalian manusia,"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".




Maknanya: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".




Maknanya: Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

REVERSE THINKING

PERSOALAN;

11 Aug 09, 09:44
ustaz sufi: orang berilmu hanya sekadar berbicara/berpidato tapi jelas tidak beramal.Apa bezanya antara ustaz duit dengan ustaz jujur dan ikhlas...opss semacam aje soalan ni..takpe,ni perbincangan ilmu
11 Aug 09, 09:40
ustaz sufi: berbicara sesuatu tentang agama hanya sekadar untuk mencari nama dan kepopularan..??Apa bezanya antara orang beriman dengan tidak beriman???Apa bezanya antara orang berilmu mengamalkan ilmu dengan ora
11 Aug 09, 09:37
ustaz sufi: Ustaz..apakah bezanya antara berkata-kata yang benar dengan mengata dan mengumpat...apakah bezanya menyeru manusia taat kepada Allah dan sentiasa berhati-hati melakukan ibadah dengan berbicara tentang


RESPON;

HEHEHE...!!! best ke glomourrr??? best ke kaya...banyak duit???...HEHEHEHE...

MEMANG BEST!!!...best-best juge...disebalik semua tu kita ada tanggungjawab yang lebih besar...iaitu mendapat redha-NYA...


Ramai orang yang kejar glamour dan nak banyak duit...tapi cuba kita tanya kepada orang yang dah glamour dan banyak duit tu...apa yang ada pada semuanya tu....

Saya dah tanya...kita ni hanya nak sesuatu perkara yang masih takde pada kita...bila dah ada semuanyeee...takde apa pun....

Akhirnyee...diorang kata IKHLAS lagi penting...yang lain-lain tu penyeri dan penyokong apa yang hendak kita lakukan jeee...


bila IKHLAS baru ada kepuasan....(",) diorang kata...

MENGATA ATAU MENGUMPAT ATAU MENYATAKAN SESUATU YANG BENAR....(",) ...dalam kebaikan ada keburukan...dalam keburukan tiada kebaikan...

menyatakan yang benar....harus kena pada tempat, siapa, masa...

mengatakan sesuatu yang benar...bukan menjaja aib orang...(",)....

hehehe...hati-hatilah...terkadang syaitan dan nafsu...sering menipu kita....

SELAMAT BERPUASA...

ISTILAH DAKWAH & ISLAH

Terima kasih Ust Sufi & Kai,

PERSOALAN;

ustaz sufi: Assalamualikum ustaz.Maksud dakwah tu apa ye??maksud terbatal kalimah laillahaillallah tu ape ye?Bagaimana atau apakah punca-punca ia boleh terbatal..???habis kalau terbatal macammana nak pulihkan...?

RESPON;

Pada kebiasaan penggunaan dari sudut bahasanya DAKWAH digunakan untuk menyeru orang bukan Islam untuk memeluk Islam, ISLAH pula untuk digunakan dari sudut bahasanya bagi menyatakan kerja-kerja pemulihan dikalangan orang Islam itu sendiri.

Namun, KEDUA-DUA PERKATAAN ini telah digunakan sebagai istilah lazim yang difahami di kalangan kita kini hampir sama untuk menyatakan seruan kearah kebaikan dan Islam itu sendiri.

Terbatalnya kalimah LA ILAHA ILLALLAH merupakan suatu persoalan yang sangat rumit untuk dibahaskan. Ini adalah kerana ianya mengikut perspektif agama yang dipegang sesuatu golongan itu. Namun ianya perlu merujuk kepada pendapat yang kolektif dan mengikut landasan peraturan dan perundangan yang betul.

Rasulullah s.a.w pernah persabda yang bermakna: "Kita/Kami (Rasulullah s.a.w) menghukum secara zahir, Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat"

Sebagai Manusia dan institusi dalam kalangan manusia itu sendiri maka semestinya ianya perlu disusun dengan teratur dan terurus dengan baik dan menghasilkan keamanan dan kesejahteraan sebagaimana makna dari sudut bahasanya ISLAM itu dalah sejahtera, selamat, aman, harmoni dan sewaktu dengannya. Selain memberi pengertian tunduk dan patuh kepada keESAan Allah s.w.t itu sendiri.


Menelusuri hadis di atas, maka Perlembagaan Negara kita yang tercinta telah mengurus, mengatur malah telah memperundang-undangkannya dalam JADUAL KESEMBILAN, SENARAI NEGERI, Senarai 2 - Senarai Negeri, yangmana melalui peruntukkan ini maka perkara menentukan Islam atau tidak seseorang itu adalah ditentukan oleh Mahkamah Syariah.

Perlu dijelaskan disini, melalui Mahkamah Syariah berdasar segala hujah dan segala pembuktian zahir serta niat yang terzahir (meas rea dan actus reus, dalam istilah perundangan atau niat dan perbuatan yang terzahir dalam perlakuan) yang diutarakan dihadapan Hakim. Maka dengan segala apa yang didapati terzahir di Mahkamah itu, maka hakim membuat keputusan.

Walau bagaimanapun...melalui tulisan ini...adalah untuk kita gunakan sebagai panduan hidup kita tanpa melibatkan proses yang 'complicated' tersebut....(",)

NIAT dan PERBUATAN YANG DIZAHIRKAN adalah dua perkara yang sangat penting...tertakluk kepada apa yang kita bincangkan...Islam atau tidak...mari kita ikuti perkataan dibawah;

FASIQ: orang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul dan iktikqad di hatinya sememang demikian tetapi berlarutan dalam perkara dosa atau larangan perbuatan zahir yang ditegah Allah.

MUNAFIQ: orang yang pada zahirnya beriman dan melakukan secara zahirnya perbuatan yang disuruh Allah sebenar dan hakikat di hatinya adalah tidak beriman dan dia berpura-pura sahaja.

BEZA FASIQ DAN MUNAFIQ adalah orang yang FASIQ adalah orang masih beriman kepada Allah dan Rasul sedang orang MUNAFIQ adalah orang yang tidak beriman.

Untuk pemulihan...(",)...apa yang penting...KERJASAMA...bila semua orang hendak pulih...dan empunya diri bersedia dan berkehendak untuk itu...(",)...


Jumpa lagi...(",)

Jumaat, 7 Ogos 2009

SAYU RASA HATI



Seronoknyeee...kalau kita dapat ke sana... (",)

Khamis, 6 Ogos 2009

PESTA IBADAH 15 HARI LAGI

Lebih kurang 15 hari lagi (tertakluk kepada Rukyah & Hisab) kita akan menyambut RAMADHAN;

Bulan yang dikenali pelbagai nikmat dan kebaikan;

1. Sebagai sekolah tahunan.

2. Bulan keampunan.

3. Bulan Ibadat.

4. Bulan ujian.

5. Bulan Persaudaraan.

Dan banyak lagi...seronoknyeee...dalam pelbagai dimensi...

(",)

Selasa, 4 Ogos 2009

ARTIKEL

Artikel Berikut Telah Diterbitkan SINAR HARIAN EDISI PAHANG, pada 1 OGOS 2009 yang lalu. Olahan telah dibuat untuk kesesuaian terbitan Akhbar Berkenaan.

CHATTING : PRO DAN KONTRA
Oleh : Ahmad Shah bin Jamlus

Suatu ketika dahulu dalam lingkungan awal 90-an, sebut tentang ICT mungkin agak janggal. Namun kini, ianya telah digunakan dengan sangat meluas. Information Communication Technologies atau Teknologi Maklumat dan Komukasi telah mula dan sedang mengambil alih corak dan gaya hidup kita.

Penggunaan komputer dan internet mungkin masih agak janggal kepada sesetengah daripada kita, tetapi telah menjadi kebiasaan pula dalam menggunakan telefon bimbit dan siaran televisyen berbayar. Malah mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kita semua telah mampu memiliki dan menikmati kemudahan ini.

Penggunaan telefon bimbit misalnya, boleh dikatakan sangat meluas malah kanak-kanak juga telah menggunakannya. SMS (Khidmat Pesanan Ringkas), MMS (Khidmat Pesanan Multimedia), Video Call (Panggilan Video) yang mampu berbual dengan menatap gambar secara langsung hasil talian dan penggunaan teknologi 3G.

Selain itu, kemudahan internet dan intranet atau penggunaan perhubungan di talian semakin memudahkan urusan. Pelbagai kemudahan telah kita dapati daripada pelbagai syarikat kemudahan e-mail percuma mahupun berbayar seperti yahoo.com, gmail.com dan pelbagai lagi. Begitu juga penggunaan laman web, blog, friendster, facebook dan sebagainya menjadikan penyampaian maklumat serta penerimaannya semakin mudah.

Asasnya, bila sebut tentang maklumat ianya merupakan satu perkara yang sangat penting dalam hidup kita. Apatah lagi agama kita Islam amat menggalakkan umatnya mendapatkan ilmu atau maklumat untuk kebaikan individu, keluarga, masyarakat, negara dan umat keseluruhannya begitu ditegaskan dengan pelbagai sumber asas termasuk galakan serta kefardhuan melalui Al-Quran dan juga Hadis Rasulullah s.a.w.

Merujuk kepada komunikasi pula, asasnya kita telah mengtahui bahawa wujud hubungan kita dengan Allah s.w.t, dengan sesama manusia dan juga dengan alam jagat keseluruhannya. Kemudian jangan kita lupa bahawa dalam sekelian hubungan pula, Allah s.w.t sentiasa memerhati serta Maha Mendengar apa yang kita lakukan ketika saat kita berhubungan atau menjalankan proses komunikasi berkenaan.

Komunikasi tidak asing dalam Islam kerana antara sifat wajib bagi Rasulullah s.a.w antaranya adalah 'Tabligh' atau 'menyampaikan'. Sifat 'menyampaikan' mempunyai pertalian rapat dengan komunikasi serta prosesnya.

Melalui asas perkenalan ini, jelas membuktikan bahawa ICT atau Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi bukanlah asing dalam kepentingan penggunaan dalam hidup seseorang muslim mahupun seluruh kehidupan manusia lainnya.

Melalui penulisan kali ini, ingin saya fokuskan mengenai perkara 'chatting' atau 'sembang-sembang' atau perhubungan interaksi ucapan atau isyarat bertulis di antara seseorang dengan seseorang atau antara seseorang dengan satu-satu kelopok kumpulan yang berhubung di talian dan sebaliknya, sama ada menggunakan telefon bimbit mahupun menggunakan talian sesawang atau internet.

Sebagaimana yang telah dijelaskan hubungan dan komunikasi sangat penting dalam hidup kita. Namun ianya memberi kesan baik (pro) dan sebaliknya (kontra) dalam hidup kita.
Asas dan etika sama ada melibatkan adab muslim ataupun secara universel adalah sangat menitikberatkan perihal akhlak dan juga moral. Sama ada jika kita bicarakan secara manual atau hubungan komukasi secara biasa mahupun di talian.

Komukasi dalam konteks 'chatting' atau 'sembang-sembang' ini mungkin melalui SMS, MMS, Yahoo Massanger (YM), laman forum internet, MIRC, blog, friensters, facebook dan sebagainya kita semestinya masih tertakluk kepada etika mahupun akhlak yang sepatutnya berlaku sebagaimana di luar talian atau komukasi secara konvensional.
Etika dan akhlak yang sewajipnya menjadi budaya kukuh dalam kehidupan sebagai muslim mahupun masyarakat timur perlu terus disuburkan.

Prihal kejujuran, tanggungjawab, kebenaran, kesahihan, ketelusan, ketulusan dan sebagainya yang berkaitan nilai murni dan nilai suci Islam tidak boleh dipisahkan dalam 'chatting' atau 'sembang-sembang' di talian ini.

Masa untuk bersembang, apa yang disembangkan?, dengan siapa kita bersembang?, untuk apa kita bersembang? seharusnya menjadi perkara asas dalam pertimbangan kita menggunakan kemudahan dan nikmat teknologi ini.

Menjadi lumrah dalam kehidupan seseorang manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Oleh yang demikian, pesoalan di atas semestinya kita hayati dan kita teliti agar ianya tidak menjadi satu pembaziran masa, mendatangkan impak atau kesan sosial yang tidak diingini, malah mendatangkan kemudaratan kepada individu, keluarga, masyarakat, negara dan ummat keseluruhannya.

Masa untuk kerja, keluarga, masyarakat, negara serta umat tidak sepatutnya tergendala disebabkan kemudahan ini. Kepantasan teknologi ini sepatutnya menjadi medium atau kaedah perantaraan yang memudahkan dan mempercepatkan serta tidak sepatutnya menjadi perkara sia-sia dan membuang masa begitu sahaja.

Perkara yang disembangkan pula sepatutnya mengikut lunas moral serta akhlak yang dikehendaki. Adalah tidak wajar kita membicarakan perkara sia-sia malah mendatangkan kemudaratan sosial termasuk perkara lucah, fitnah, mencerca dan sebagainya.

Mengenai dengan siapa kita bersembang pula, kita seharusnya menggunakan batasan agama dalam komunikasi sembang-sembang ini. Jadikanlah medium ini untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan seterusnya kekukuhan umat jagat ini. Pelbagai bentuk hubungan, forum dan sebagainya sepatutnya menjadi pertemuan yang memudahkan hasil komukasi tanpa sempadan ini.

Hasil kesilapan serta kesalahan menjaga batasan komunikasi ini antara lain adalah hubungan kekeluargaan semakin longgar, malah boleh menyebabkan perceraian suami isteri. Selain itu, dalam konteks kemasyarakatan ianya boleh menjadikan masyarakat huru-hara dengan penyebaran fitnah, gosip, penghinaan dan sebagainya yang boleh menyebabkan keselamatan masyarakat dan negara terancam.

Ancaman ini juga boleh berlaku dalam semua bidang sama ada dalam konteks politik, ekonomi, sosial, budaya, adat, nilai, agama serta pendidikan. Jika perkara ini tidak berlaku dalam lunas akhlak dan moral.

Topik atau tajuk atau perkara yang kita sembangkan seharusnya pada perkara-perkara kebaikan serta membina diri, hubungan kekeluargaan serta pembangunan masyarakat.
Perihal penggunaan kemudahan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi ini tidak wajar diambil mudah atau dipandang ringan kerana ianya akan mendatangkan kemudaratan yang besar kepada individu, keluarga dan masyarakat. Apatah lagi kini ianya talah mula menjadi corak dan gaya hidup kita.

Sebelum kita hanyut dengan arus kemodenan ini, marilah kita memperkemaskan jati diri, menguasai maklumat, menambah kemahiran serta sentiasa mempromosi keindahan Islam serta nilai budaya masyarakat timur yang sememangnya kuat dengan nilai akhlak dan moral yang tinggi.

Perkakasan (hardware), perisian (software) serta kandungan (content) yang terdapat di talian menuntut kita bergerak pantas agar kita mendahuluinya dengan kebaikan (haq) kerana hanya dengan kebaikan (haq) akan terhapusnya kejahatan (bathil).
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar kita bersama teguh dan gagah dalam melalui zaman yang serba mencabar ini. Amiin.

TERUS MELANGKAH

Syukur Alhamdulillah...

Dengan bantuan teknologi, KALAM DAMAI pada hari ini telah maju setapak lagi. Pelbagai kemudahan melalui aplikasi yang disediakan menjadikan blog ini boleh di isi dengan pelbagai maklumat...

Terima Kasih atas sokongan semua...

Pilih hanya yang baik...Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan...

(",)

Jumaat, 31 Julai 2009

SYUKUR

Pagi Jumaat yang penuh berkat ini...saya rasa tersentuh dengan satu kisah di mana seorang kawan telah menceritakan dan berkata betapa berlaku banyak kejadian yang tidak diingini hasil kejahilan kita dalam bersyukur...

Dalam kekalutan hidup pada hari ini kita mungkin masih terlupa tentang nikmat Allah s.w.t yang telah dilimpahkan kepada kita sebagai Muslim di bumi makmur ini...

Dia kata masih banyak nikmat yang Allah telah bagi kepada kita yang kita abaikan...

Masjid dibiar kosong tanpa penghuni...atau sangat sedikit penghuninya....

Sekolah...masih kedapatan anak-anak terbiar...ponteng sekolah dan sebagainya...

Tanah dibiarkan terbiar...tanpa diusahakan....

Ya...Allah...jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bersyukur...amiinnn

Khamis, 30 Julai 2009

SOLAT & KEHIDUPAN




Surah Al-Maa'uun الماعون (Surah Setiap Yang Memeberi Manfaat)



Maknanya: Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Rabu, 29 Julai 2009

KONGSI KEBAIKAN

Sesetengah kita ada yang merasakan dirinya baik, dan mereka sememangnya baik. Sesetengah kita ada yang merasakan dirinya baik, dan sebenarnya mereka jahat. Sesetengah kita ada yang merasakan dirinya jahat, dan sebenarnya baik. Dan sesetengah kita merasakan dirinya jahat, dan memang dia jahat.

Siapapun kita dalam golongan di atas, kalau kita sudah baik, kita ada tanggungjawab untuk membaikkan orang lain. Manakala kalau kita jahat jangan nak orang lain jahat sama.

Kerja atau amal untuk kita lakukan bagi kepentengan diri lebih mudah, bermotivasi, bersemangat, berimpian serterusnya lahir kesungguhan untuk kita merealisasi atau mengerjakannya. Tidak kira amalan memperbanyakkan solat, zikir, puasa, dan sebagainya berkaitan diri. Maka dengan amalan itu kitapun bersemagat untuk mendapat pahala. Akhirnya kita masuk syurga.

Jika amalan yang melibatkan orang lain. Mengajak orang lain dengan penuh kasih sayang ke arah kebaikan, kita akan selalu meradang, menganggap orang lain tidak mahukan kebaikan dan sebagainya.

Sedih juga dalam diri, kita banyak kekuatan, kita banyak ilmu, kebaikan, harta, kasih sayang, tenaga, kalau berlaku penggabungan masa akan berlipat ganda....:-(

Hehe..emosilaaa...pulak...

Hakikatnya kalau kita seorang kita hanya ada masa 86,400 saat sehari...tetapi kalau kita gabungkan dengan semua orang untuk kebaikan kita akan peoleh billion-billion saat satu hari...:-)

Pada hemat saya, amal pribadi lebih mudah berbanding amal untuk orang lain...

Akhirnya...kita akan menemui perkataan 'KORBAN'.

Sebelum 'KORBAN', 'PUASA' dulu...'AIDIL FITRI'....

Salam sayang buat semua...selamat...amiin.

ANTARA AMAL & KERJA

Apa beza antara amal dan kerja?

Kalau kita tengok kepada penggunaan bahasa antara amal dan kerja seolah macam sama...pengetiaan keduanya adalah menunjukkan sesuatu yang kita lakukan atau laksanakan bagi tujuan tertentu dengan niat yang tertentu.

Namun begitu mungkin beza antara kedua perkataan ini adalah dari sudut istilah...dimana jika kita melakukan atau melaksanakan sesuatu dengan perkara berkenaan sifatnya adalah ritual seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji, sedekah, zikir dan sebagainya dengan menggunakan istilah sebagai 'agama' maka ianya akan dianggap sebagai 'AMAL'.

Manakala 'KERJA' pula kita akan menganggapnya tiada perkaitan dengan 'agama' dan ianya juga dianggap sebagai tiada perkaitan dengan dosa dan pahala...mungkin juga perkara ini sangat berkait dengan niat dan tujuan bagi pandangan sesetengah pihak.

Pengasigan diantara agama dan kehidupan, bermula dengan cetusan 'sekularisme'. Apabila ianya berlaku di Eropah dimana berlaku pertelagahan masyarakat niaga dan masyarakat gereja...dengan pelbagai faham halangan terhadap riba' dalam perniagaan dan seterusnya...memahamkan bahawa prihal gereja dianggap 'ibadat' atau AMAL dan prihal luar gereja tidak ada kaitan dengan dosa dan pahala...

Melalui tulisan ini tidak ingin saya meneruskan kisah sejarah berkenaan...cuma nak meneliti semula gerak AMAL dan KERJA kita dalam agama kita iaitu ISLAM yang membawa ketenangan ini...

ALLAH MAHA MENDENGAR, ALLAH MAHA MELIHAT, ALLAH TIDAK TIDUR, ALLAH SENANTIASA MEMERHATI. Setiap apa yang kita lakukan Allah sentiasa berada dan terjaga...

Setiap apa yang kita lakukan yang baik akan mendapat ganjaran yang baik...yang jahat begitu juga...namun semuanya di dalam keizinan-Nya Yang Maha Kuasa...

AMIIN...

Sabtu, 25 Julai 2009

'VERBAL' DAN 'NON-VERBAL'

Seronok mengikuti ulasan dan pandangan yang diberikan Kai & Ust Sufi & Broken Crew...

Saya tertarik dengan istilah para ahli akademik berkaitan 'komunikasi'. kata mereka komunikasi itu ada 'verbal' dan 'non-verbal'.

VERBAL: diungkap atau disebut dan bersuara.

NON-VERBAL: mungkin dengan isyarat, gerak badan (body language) dan lain-lain.

Merujuk kepada Sifat KALAM, iaitu sifat ke-13 bagi sifat-sifat wajib bagi Allah dalam himpunan sifat 20.

KALAM ertinya BERKATA-KATA.

Berkata-katanya ALLAH s.w.t itu adalah dengan Allah menzihirkan ILMU-NYA.

Merujuk kepada VERBAL dan NON-VERBAL,;

PERTAMA : AL-QURAN boleh kita katakan sebagai VERBAL kerana ianya merupakan sesuatu yang pasti yang ditegaskan ianya sebagai KALAM ALLAH. Walau yang melafaz bukan 'mulut' Allah, iaitu mereka yang membacanya atau melafazkannya itu adalah yang memperkatakannya. Namun harus diingat bahawa semua yang terdapat di dalam AL-QURAN itu merupakan apa yang ALLAH KALAM-kan.

Maka dengan itu, saya merasakan AL-QURAN itu sesuatu yang pasti untuk kita rujuk.

KEDUA : KEJADIAN ALAM, APA YANG TELAH BERLAKU, SEDANG BERLAKU, AKAN BERLAKU DALAM KITARAN KEADAAN HIDUP MANUSIA pada perkiraan saya adalah merupakan wahyu (tanda-tanda) komunikasi NON-VERBAL dari ALLAH s.w.t., Jika seorang yang bertafakur atau berfikir tentang alam ini termasuk gelagat manusia, apa yang ada pada diri kita, apa yang ada pada semua makhluk yang lain serta kejadian keseluruhannya maka kita akan semakin hampir dengan Pencipta yakni ALLAH YANG MAHA AGONG.

Oleh yang demikian, Ustaz, Ahli Akademik, Doktor, Tukang Kebun, Peniaga, Ahli Korporat dan semuanya ada tanggungjawab pada alam ini. Kita semua ada tugas, sama ada dalam konteks kerjaya...individu, keluarga, masyarakat, negara dan juga ummah...

Penggabungan antara mengerti VERBAL dan NON-VERBAL komunikasi kita dengan ALLAH yang telah dibincangkan di atas memperlengkapkan ilmu yang telah dicetuskan dalam pemikiran dan hati manusia sama ada dalam bentuk ILHAM atau WAHYU...

Ingatlah MUKJIZAT (perkara yang luar biasa atau di luar adat kebiasaan atau perkara yang mencarik adat) yang telah diturunkan Allah s.w.t kepada Muhammad s.a.w yang kekal hingga kiamat adalah AL-QURAN.

AL-QURAN pula menuntut kita berfikir dan bertafakur tentang alam. Begitulah selanjutnya...

SEE U ALL LATER...bye...selamat...

SOLAT TAUBAT

Salam buat Broken Crew, Kai, Ustaz Sufi dan semua pengunjung,

Tempoh hari ada Broken Crew tanya berkenaan solat sunat taubat.

Asasnya, jika kita nak kembali ke pangkal jalan tentang sembahyang ni...kita dahulukan dengan Solat-Solat Fardhu...

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Solat itu tiang agama..."

Agama itu adalah cara hidup. Kalau kita sempurnakan solat fardhu...banyak kelebihannya...bangun pagi, balik awal ke rumah atau tenang lebih awal singgah di R & R...solat maghrib...insyaAllah keberkesanan taubat melalui syariat semakin ketara...

Kesan yang mendalam dalam diri (jiwa & rohani)adalah penting...setelah kita hendak menzahirkannya, mulakan dengan fardhu atau rukun terlebih dahulu...kerana fardhu merupakan sendi atau tiang dalam hidup kita...

Kaifiat atau kaedah atau cara solat taubat yang paling mudah adalah mendirikan solat;

1. Dengan niat untuk mendidikan solat sunat taubat, dua rakaat, kerana Allah Taala.

2. lakukan 2 rakaat dengan satu salam.

3. rakaat pertama selepas Al-Fatihah diikuti dengan Qul ya ayyuhal kafirun (Al-Kafirun) 1 kali.

4. rakaat kedua selepas Al-Fatihah diikuti dengan Qul huallahu ahad (Al-Ikhlas) 1 kali.

5. selepas selesai solat, perbanyakkan istighfar (Astaghfirullahalazim...)& Doakan apa sahaja yang hendak diadu dan dirayu kepada Allah Yang Menjadikan dan Mentadbir sekelian makhluk.

Untuk merujuk kepada kaifiat yang pelbagai...sila dapatkan di pasaran buku 'Himpunan Solat-Solat Sunat'

Sekali lagi saya ingatkan diri saya...cakap atau taip memang mudah...lebih mudah dari mengamalkan...semoga kita semua beroleh ibadah yang ikhlas dan diterima sebagai amal soleh...

See u all again...insyaAllah...amiin...Selamat... :)

Rabu, 22 Julai 2009

NAFSU

Terima Kasih Broken Crew,

Apa yang saudara tanya, saya juga masih dalam perjalanan...meniti kehidupan ini memang banyak dugaan dan cabaran...dulu dan kini sama sahaja, cuma suasana yg berbeza...cubaan dan dugaan tidak lari dari tipu daya dunia...hakikatnya...gila kuasa, gila betina (dalam bahasa yg kasar) atau dalam bahasa halus hehehe...gila pompuan...gurau ek!...gila mabuk...gila harta....dan banyak lagi...

Dulu dan kini sama cuma suasana berbeza...kalau dulu lambat kini cepat....dulu mengintai kini bluetooth saja dah dapat perkara lucah....dulu hanya arak...kini dadah....

Tapi kalau nak buat baik pun sama...dulu nak dapat ilmu kena cari bertingkat-tingkat buku...kini semua ada dalam satu CD atau layari sahaja melaui internet...

Semasa menjawab pertanyaan ini, saya sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur...sambil berhenti di Kawasan Industri Mentakab ni...berhenti makan jap....hehehe...makan mee goreng, sup tulang...dan tea o suam....eeemmm...tunggu sejuk dulu...hehehe...

Oleh kerana itu, mungkin apa yang saya jawab ini... tidak berkesempatan bagi saya meng'edit' ayat-ayat AlQuran yang berkaitan untuk dimasukkan ke dalam jawapan ini...

Persoalan nafsu...kita tahu sejarahnya ianya merupakan makhluk Allah yang kental...dimasukkan ke neraka yang panas...masih kukuh dengan pendiriannya...kemudian dimasukan keneraka yg sejuk juga masih kental dengan pendiriannya dengan mengatakan kepada Allah 'aku adalah aku dan engkau adalah engkau'...tewasnya dia bila mana dimasukkan ke neraka lapar...barulah dia mengatakan 'aku adalah makhluk dan Engkau Ya Allah adalah Tuhanku'...

Hehe...apa yg boleh menewaskan dia....PUASA...

Nafsu tidak semua mengajak kepada kejahatan...ada yang membawa kepada kebaikan dan kebahagiaan...oleh itu nafsu tidak perlu dibunuh...cuma perlu dibelai agar nafsu yang ada pada diri kita adalah yang baik dan membawa kebahagiaan...

1. Nafsu Ammarah (Sentiasa mengajak kejahatan)
2. Nafsu Lawwamah (adakala membawa baik ada kala jahat)
3. Nafsu Muthmainnah (Nafsu yang tenang, sudah mula diri kita merasa tenang dan bahagia)

Masih ada tingkat nafsu yg tertinggi iaitu nafsu Kamilah atau Kamaliah. Itulah kesumpurnaan kepada seorang insan...atau insan kamil...

Itu dulu sebagai maklumat ringkas...hehehe...nak makan pulak...ringkasnya, utk menundukkan nafsu...banyakkan berpuasa...;-)

Terima kasih Broken Crew...kerana terus mengingatkan saya tentang perjalanan ini...semoga kita semua bahagia...amiin...

Salam...selamat...

Selasa, 21 Julai 2009

PENYUCIAN HATI

Termasuk diri saya sendiri juga semua di antara kita, apabila kita membicarakan agama (yang ditafsirkan sebagai cara hidup)maka semuanya akan memikul tanggungjawab yang sama.

Saya sebagai penyampai atau moderator rancangan ini juga tidak dapat lari dari kekurangan dan kelemahan. Begitu juga seorang doktor misalnya...walau dia boleh menasihati pesakit namun beliau sendiri tidak dapat lari dari apa jua jenis penyakit...begitulah kita yang bersifat hamba ini...

Penyucian Hati boleh saya ringkaskan dengan mudah dalam ungkapan kata-kata atau menaip diruangan ini...namun untuk berperang dengan Hawa Nafsu dan sentiasa berhati-hati dengan hasutan syaitan dan iblis laknatullah bukan satu perkara yang mudah melainkan dengan ilmu dan Kuasa Yang Maha Perkasa jua yakni Allah s.w.t.

Pertama: Saya nasihatkan buat Broke Krew dan juga kepada siapa sahaja yang memerlukan jawapan yang sama...Carilah Ilmu tentang Allah s.w.t kenalilah DIA dengan sekenal-kenalnya...jangan biarkan Akal dan Imaginasi kita terawang-awangan mencari dan menghkhayalkan Diri-NYA...kepuasan akal terhadap ALLAH s.w.t hanyalah dengan ilmu kenal kepada-NYA.

Kedua: Apabila sudah kenal akan ALLAH s.w.t, jangan ada dalam diri kita prasangka atau ragu-ragu terhadap kekuasaan, kesempernaan serta keperkasaan-Nya Yang Maha Agong.

Ketiga: Laksanakan segala perintahnya ke atas diri kita dengan taat.

Keempat: Allah mengasihi semua makhluknya...Allah menegur setiap kesilapan...cuma bagi mereka yang peka akan memahaminya.

Kelima: Jika penyucian hati yang Broke Krew utarakan adalah berkaitan hasad dengki, iri hati, dan yang seerti dengannya...satu cara yang boleh saya berkongsi...ialah...berilah fokus atau perhatian kepada apa yang kita ada...insyaAllah kita akan dapat apa yang mereka ada...kalau tak...semunya akan hilang begitu sahaja...


Time kasih...tq :-)

PERCAYA

'Percaya', kalau boleh saya katakan ianya merupakan inti, teras, asas, akar atau apa-apa sahaja perkataan yang seerti dengannya.

Semua yang kita lakukan adalah berasaskan kepada kepercayaan. Kita percaya duit boleh memberikan kebahagiaan...ada di antara kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Jika kita percaya bahawa kuasa itu boleh memberikan kebahagiaan...maka ada dikalangan kita sanggup melakukan apa sahaja...asal dapat memiliki apa yang dikehendaki.

Namun, dalam kehidupan kita ini...dalam pengamatan saya untuk meletakkan kemuliaan diri, agama, bangsa, negara dan ummat kita mesti ada 'percaya'.

'Kepercayaan' kepada diri sendiri. 'Percaya kepada Allah', 'Percaya Kepada Malaikat', 'Percaya Kepada Kitab', 'Percaya kepada Rasul', ''Percaya kepada Hari Kiamat' dan 'Percaya Kepada Qada' dan Qadar'.

Muhammad s.a.w telah ditampilkan kepada masyarakat jahiliyyah dengan 'AL-AMIIN' (yang bermakna yang dipercayai atau yang jujur atau yang amanah) semasa kecil Baginda...menjadikan baginda berada dilandasan yang betul ketika hayat Baginda untuk menjalankan amanah yang besar ketika baginda berusia 40 tahun.

Oleh yang demikian, jika diperhati kepada masyarakat perniagaan barat, mereka mendahulukan 'kepercayaan' pengguna dalam memasarkan produk mereka. Misalnya, ubat gigi...mereka telah memulakan dengan pendidikan dan keyakinan serta kepercayaan pengguna bahawa cara memberus...cara penggunaan dan lain-lain menyerap kepada pemikiran seterusnya membina keyakinan dan kepercayaan...

Begitu juga produk minuman misalnya...kita yakin dan percaya kepada jika kita minum satu minuman itu kita akan jadi kuat dan sihat...maka produk itu akan diterima.

Bukan nak cite tentang produk...tapi nak mencontohkan sahaja....:-)

Begitulah juga kita dengan diri kita sendiri...jika kita boleh meyakinkan kepada orang bukan Islam yang jika berada didalam Islam kita akan menjadi bersih, rajin, komitmen dalam kerja kemudian hasilnya boleh menjadi bahagia dalam hidup...maka mereka akan yakin kepada Islam itu sendiri...

Allah s.w.t perlu dipercaya tanpa prasangka...perlu ditaat tanpa prejudis...kemudian...tunggulah kasih sayangnya...;-)

Salam sayang...jumpa lagi...;-)

Jumaat, 17 Julai 2009

FIKIR, AMAL & ZIKIR

Salam Pagi Jumaat...Penghulu Segala Hari Buat Semua...(",)

Semoga kita semua berada di dalam rahmat-Nya Yang Maha Agong...

Sejenak memerhati kehidupan sendiri dan anak beranak kita seluruh umat manusia...:-)

Masalah akan datang setiap saat dan ketika...

Iman ada kala naik dan ada kala turun...

Pernah saya baca serta pernah saya hadiri pencarian ilmu tentang permasalahan dan penyelesaian...

Manusia dikategorikan kepada;

1. Problem Maker (Pelaku Masalah).

2. Problem Talker (Pencerita Masalah).

3. Problem Thinker (Pemikir Masalah).

4. Problem Solver (Penyelesai Masalah).

Menyorot satu persatu 'point-point' di atas, saya merasakan kebenarannya dalam hidup saya juga dalam hidup orang lain...:)

No. 1 mungkin mereka yang selalu melakukan masalah atau kesalahan.

No. 2 mungkin mereka yang selalu merungut tentang masalah... :)

No. 3 mungkin mereka yang asyik memikir tentang masalah...eeemmmm terasa gak saya pun...:)

No. 4 sepatutnya yang kita JADI....:)

Dalam banyak hal kita telah mempunyai landasan kepada penyelesaian segala masalah yang ada...:) malangnya kita selalu memikirkan BOLEH ke...??? atau EEEMMMM....MALAS BETUL NAK BUAT...;)

Contoh, mengemas rumah...aduuuuuhhhh...malas tul rase....walhal kerja tu sebenarnya tidak mengambil masa yang lama...

Contoh lagi, eeeeeemmmmm....sibuk betul...biarlah dulu sembahyang....walhal...kalau kita tidak perlu fikir lagi...acuan harian kita adalah sama kefardhuan hariannya...cuma perlu 'slot in' saja kerja atau aktiviti yang perlu dilakukan selanjutnya....


Nanti kita cite lagi...bye...selamat....

Selasa, 14 Julai 2009

RANTAIAN REZEKI

Salam buat semua...:)

Tertarik dengar seorang tokoh dalam perniagaan semasa mendengar Radio Malaysia KelantanFM semasa menjalankan tugasan di sana...

Kisahnya bermula dengan berniaga lotion halia...bermula dengan lebih kurang 20 lebih pekerja kini sudah mencapai 300 orang pekerja...

HALIA dahulunya hanya kita kenali sebagai awas dalam masakan...kini pelbagai produk telah dihasilkan malah mendapat sambutan...

Tulisan ini bukan bermaksud untuk mempromosi produk tetapi sekadar menyatakan buah fikiran untuk kita hayati kehidupan ini...

HALIA sebenarnya sejenis tumbuhan yang disebut di dalam Al-Quran tentang kemujarabannya HALIA dikenali dengan 'ZANJABIL' di dalam Bahasa AlQuran...Hasil Kajian dan proses tertentu ianya mendapat sambutan yang menggalakkan...

Pertama: HALIA, jika ingin ditanam perlukan benih. Siapa nak sediakan benih? Jabatan Pertanian? Peniaga Benih? dan lain-lain...

Kedua: Siapa yang ada tanah nak pajak/sewa atau sudah ada tanah yang terbiar...

Ketiga: Siapa nak tanam...siapa nak pungut...siapa nak jual...siapa nak kilangkan...siapa pula pengedar...

SEMUA PERSOALAN ITU ADALAH REZEKI...:)

Hanya bicara HALIA jalan rezeki sangat luas...:)

CAKAP MEMANG MUDAH...TAPI NAK BUAT?

Pelan sediakan dulu...kemudian...APA YANG PENTING?....HEHEHE...KERJASAMA...wonder pet...:)

Salam Semua...jumpa lagi...:)

Ahad, 12 Julai 2009

PENGHAYATAN

TERINGAT HADIS

Masa sekolah-sekolah dulu...

Ada satu hadis yang saya teringat...mudah sahaja pengertiannya...'...Bekerja mencari nafkah dengan mencari kayu dihutan kemudian dijual di pasar adalah lebih baik daripada kita meminta-minta...'

Sekali imbas, Rasulullah s.a.w inginkan umatnya bekerja..jangan duduk sesaja...

Pada hemat saya, ianya memberi kesan yang lebih dari itu...

Dengan perasaan yang sangat simpati kepada adik-adik serta saudara-mara yang masih belum mendapat pekerjaan tetap dan masih 'menganggur'...saya rasa hadis ini boleh memotivasikan kita...

Sebenarnya disebalik pekerjaan yang kita lakukan walau sekecil mengumpul kayu api...sebagaimana dalam mafhum hadis yang saya taipkan diatas (minta rujuk kepada mereka yang mengetahui) ianya memberikan kita kuasa dan penghormatan...

Contoh...bila kita telah dikenali dengan seorang pencari kayu api yang meyakinkan...andai satu hari kita tiada, maka akan kacau bilau juga orang yang ingin menggunakan kayu api kita...tak berasap dapur mereka...tak gitu?

Jadi lakukanlah apa sahaja ruang pekerjaan yang ada...sementara mendapat pekerjaan yang lebih selesa...

Pekerjaan dan perniagaan ada di mana-mana...insyaallah semua anggota masyarakat Islam kita dapat kita gunakan secara total...

Salam sayang buat semua...(",)

Isnin, 6 Julai 2009

MENCARI KEBENARAN

Isu antara Isi dan Kulit telah lama diperbincangkan...:-)

Apakah yang lebih penting? Hati atau amalan perbuatan atau penzahiran luaran...

Begitu juga kelompok Usul, Fekah dan Tasauf...

Dimana letaknya kebenaran?

Lebih mudah kita sekalikan semuanya...namun ada ketika kita amat memerlukan kulit. Ada ketika kulit tidak memberi erti tanpa ada isinya...:-)

Mari kita sama-sama kaji...dalam mencapai KEBENARANNYA...bukan sekadar KEMENANGAN...:-)

Salam sayang buat semua...

Sabtu, 4 Julai 2009

BASUH TANGAN

Salam buat semua...

Sejenak menonton TV, kini kita sibuk dengan H1N1 atau Selesema Babi atau Influenza A. Secara tidak sedar, mungkin kita terlupa akan kebesaran Allah s.w.t dalam perintah-Nya agar kita membasuh tangan ketika wudhuk (air sembahyang) sebagai sangat dianjurkan oleh tuntutan kesihatan manusia itu sendiri.

Kini, melalui saat getir kita, hasil kejadian Influenza A ini mungkin kita semakin hampir kepada perintah wudhuk (air sembahyang) dan solat itu sendiri.

Betapa 5 kali sekurang-kurangnya kita mengambil air sembahyang...itulah tanda kasih Allah pada kita...amiin...

Hingga bertamu lagi....('',)

ALHAMDULILLAH & TERIMA KASIH

Terima kasih Dak Jahat & Ust Sufi...

Alhamdulillah atas respon yang diberi...

Memang benar Budak Jahat...memang susah untuk kita melakukan (amal) dan berkomitmen (istiqamah) dalam hidup beragama. Setiap hari dan saat kita akan berdepan dengan berbagai cabaran dan dugaan.

Menyelami siapa diri kita yang sebenar adalah mudah secara teorinya dan untuk memahaminya serta menghayatinya secara mendalam adalah susah jika kita banyak berprasangka kepada kejadian serta kuasa Allah Yang Maha Agong.

Kita dijadikan sebagai khalifah atau tuan dibumi Tuhan amat mudah diucap namun menyelaminya sesuatu yang sukar...

Terima kasih Ust Sufi atas ingatan...moga siapa sahaja dari kita dapat dilihat oleh orang lain sebagai melihat Kuasa-Nya Allah dan ingat kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah telah berperanan dalam pelbagai paparan. Baginda sebagai Utusan Allah, guru kepada murid, ayah kepada anak, doktor kepada pesakit, hakim kepada pengadu, sahabat kepada sahabat, ketua kepada rakyat dan sebagainya yang sepatut dilakukan oleh semua orang...

Semoga bertemu lagi...salam...

Selasa, 30 Jun 2009

TEGURAN, KRITIKAN DAN KESEMPURNAAN

Jarang orang suka ditegur, dikritik dan dikomen. Pedih menerima kritikan terkadang menyebabkan kita hilang motivasi. Namun jika kita teliti mereka yang bangkit selepas dikritik lebih hebat sebelum dirinya dikritik.

Manusia akan tersentuh dengan pujian dan juga kejian. Unsur positif dan negatif telah menjadi lazim dalam hidup manusia.

Jika dilihat 'uslub' atau cara Allah menjelaskan kepada manusia di dalam Al-Quran tentang kehendak-Nya juga mempunyai kaedah positif dan negatif.

البشير (Berita Baik atau Galakan Positif) dan النذير (Amaran atau kaedah negatif). Dengan menggunakan galakan berbuat baik itu ganjarannya syurga dan jahat itu balasannya neraka, maka manusia berlumba berbuat baik. Sama ada disebabkan ingin masuk syurga atau takut masuk neraka.

Begitu juga dengan soalan berbunyi; Kenapa adanya penyakit itu dan ini? Kenapa Allah s.w.t ciptakan babi kalau ianya merbahaya? Kenapa Allah ciptakan eades?

Sekali imbas seolah Allah s.w.t ingin manusia terbeban dengan masalah ini. Jangan kita lupa, ada antara manusia yang menjaga kebersihan diri dan persekitarannya hanya kerana takutkan penyakit atau serangan serangga ini...tidak kerana ikhlas menjaga kesihatan dan kebersihan diri dan persekitaran...

Jumpa lagi...(",)

IKTIRAF KESALAHAN GERBANG TAUBAT

Mengiktiraf kesilapan atau mengakui kesilapan merupakan salah satu syarat dalam bertaubat selain menyesali kesalahan dan berikrar agar tidak kembali semula kepada kejahatan yang telah dilakukan...

Menifestasi atau penzahiran atau sesuatu yang biasa kita gambarkan bahawa orang yang bertaubat sentiasa berada di atas tikar sembahyang dan memegang utas tasbih dan tiada berganjak ke tempat lain....

Seharusnya kita faham bahawa taubat adalah suatu keadaan bahawa kita menyesali apa yang telah kita lakukan dan ingin berada di landasan apa sahaja yang diperintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala apa yang dilarang...

Penyesalan adalah merupakan proses dalaman...hati, minda dan rohani...kesalahan dan kejahatan yang hakiki atau perkara jahat yang kita lakukan pada hakikatnya hanya diri kita dan Allah s.w.t sahaja yang tahu...dan Yang Maha Mengerti tentang diri kita hanyalah Pencipta kita yakni ALLAH S.W.T...

Berkenaan Taubat pula...apakah taubat yang ingin kita lakukan? taubat dari kesalahan akibat tidak melakukan apa yang diperintah seperti solat, mencari nafkah, menepati janji, tidak melakukan perkara sia-sia dan sebagainya ATAU taubat dari perkara yang sepatutnya kita tinggalkan kerana ianya adalah dilarang seperti mengumpat, memfitnah, mencerca, hasad dengaki, riak, takabbur, sombong, zina, mencuri dan sebagainya...

Sesuatu yang mungkin berlaku adalah kita memperbanyakkan zikir dan bersembahyang malam selain ibadat lain seperti membaca Al-Quran bagi menambah kekuatan jiwa dan ibadat kepada Allah...Persoalannya jika kejahatan yang kita lakukan adalah melibatkan antara kita dengan manusia yang lain adalah menjadi syarat untuk kita memohon maaf daripada orang yang kita aniaya atau telah melakukan kesalahan itu.

Atau juga misalnya kesalahan kita adalah tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak atau ibubapa yang telah tua...maka taubatnya tidak memadai duduk di atas tikar sembahyang sahaja, sudah tentu kita perlu bekerja kuat untuk mengatasi kelemahan ini...selain jika kita sudah tidak berdaya lagi kerana kelalaian akibat mengabaikan tanggungjawab nafkah ini...maka kita kena mohon maaf dari mereka yang telah kita abaikan itu...

Oleh yang demikian, bukanlah satu yang tepat jika kita katakan taubat itu hanyalah duduk di atas tikar sembahyang malah ianya adalah memperbetulkan setiap kesalahan sama ada melibatkan hubungan dengan Allah s.w.t, manusia lain dan alam jagat keseluruhannya...

Semoga bertemu lagi... (",)

AGAMA

Terima Kasih Dak Jahat,

Salam Buat Semua...

Apa yg hebat pada Dak Jahat adalah beliau menampilkan dirinya dengan nama 'Jahat'. Saya tak tahu apakah yang dimaksudkan beliau dengan 'Jahat' tersebut. Kemungkinan yang saya boleh jangkakan adalah beliau masih mencari kebaikan dalam hidupnya.

Ulasan yang mungkin boleh saya perkatakan;

PERTAMA: Mungkin Dak Jahat masih merasakan dirinya jahat kerana tidak mengetahui (tahu) tentang agama yg bersifat ritual. Maksud saya membaca AlQuran, Solat, Puasa dan lain-lain. Atau;

KEDUA: Mungkin telah mengetahui (tahu) tapi masih samar tentang aqidah atau pegangan jelas dalam mengenal Allah s.w.t atau telah mengetahui semua tapi masih 'jahat' dan terus jahat kerana tidak beramal (amal) dengan apa yang diketahui.

KETIGA: Atau masih belum menemui keikhlasan dalam beragama (cara hidup) dan selalu keluar dari ketekunan melaksanakan sesuatu yang sepatutnya landasan yang baik terdapat dalam agama kita.

Semoga kita sama-sama sedar apa yang baik kita buat dan apa yang jahat yang telah atau sedang kita buat...kerana kesedaran itu memberikan kita ruang untuk mengerti apakah kekurangan diri dalam menempuh hidup beragama...amiin...

Isnin, 29 Jun 2009

YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG JAHAT JADIKAN SEMPADAN

Terima kasih Ustaz Sufi,

Salam Buat Semua...

Memang benar kata Ustaz Sufi...setiap gelaran yang diterima semuanya membawa tanggungjawab...bagi mereka yang bergelar Ustaz hiasilah pribadi sebagai seorang Ustaz...jika seorang doktor hiasilah sebagai seorang doktor...jika seorang guru, hiasilah sebagai seorang guru...jika seorang ayah, hiasilah sebagai seorang ayah...jika seorang kakak, hiasilah sebagai seorang kakak...dan begitulah seterusnya...

Rasulullah s.w.t telah memaparkan Akhlak Pribadinya dalam apa yang kita telah bincangkan...

Marilah kita berdoa....

اللهم أخرجنا من ظلمات الوهم ، وأكرمنا بنور الفهم ، وافتح لنا أبواب العلم ، وزينا بالأخلاق الحسنة والحلم اللهم نور قلوبنا بنور هدايتك كما نورت الأرض بنور شمسك أبدًا أبدا برحمتك يا أرحم الراحمين

Maknanya: Ya Allah, Keluarkanlah kami dari keraguan, Muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, Bukakanlah bagi kami pintu-pintu ilmu,Hiasilah kami dengan akhlak yang baik serta sopan santun. Ya Allah, sinarilah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan matahari-Mu, Selama-lamanya...

Amiin...

Jumaat, 26 Jun 2009

H1N1, Denggi, Malaria, AIDS dan Lain-lain

Pelbagai penyakit yang Allah s.w.t jadikan untuk manusia juga menjadikan kita berfikir dan tunduk kepada-Nya Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana...

Ketakutan kepada penyaki ini menjadikan sepatutnya kita kembali kepadanya. Setiap kita selalu ditegur oleh Allah s.w.t dengan pelbagai bentuk kalau kita sedar. Perubahan demi perubahan, dari muda kepada tua, dari kanak-kanak kepada dewasa, semua itu mesej dari Allah s.w.t.

Allah s.w.t menjadikan penyakit, Allah s.w.t jua yang menyembuhkan. Logiknya kalau penyakit itu boleh berjangkit dengan melalui air, udara, hubungan jenis dan sebagainya, nescaya kita semua telah mendapat penyakit yang disebutkan. Ini adalah kerana kita menggunakan udara yang sama dan air yang berkait antara satu dengan yang lain. Kenapa sakit itu tidak berjangkit kepada semua? mungkin sebab metabolisma badan yang berbeza dan selanjutnya yang mungkin dapat dikaji dan mungkin tidak.

Selain itu, kalau kita amati tidak semua orang sakit kepala sembuh dengan ubat 'panadol'/paracetamol kerana mungkin sakit kepalanya disebabkan oleh perkara lain dan dengan ubat yang lain...malah sampai mati tidak kita temui ubatnya.

Oleh yang demikian, logiknya sudah tentu ada satu kuasa Yang Maha Agong yang boleh mengizin atau tidak mengizinkan semua ini berlaku. Sudah tentu dalam akidah kita Dia adalah Allah s.w.t.

Menarik dalam zaman yang serba mencabar ini, seharusnya kita telah bersama-sama mengingat dan bersatu mengamalkan ajaran Islam yang telah dibawa Muhammad s.a.w.

Rukun Islam ada lima;
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
2. Sembahyang Lima Waktu Sehari Semalam.
3. Puasa Di Bulan Ramadhan.
4. Zakat Fitrah dan Harta.
5. Haji Bagi Yang Berkemampuan.

Secara ringkas Rukun yang telah disebutkan biasa sahaja kerana kita telah biasa dengannya.

Berkenaan penyakit jangan kita lupa...untuk sembahayang kita mesti SUCI lahir dan batin. Maka, Bab Penyucian (AT-THAHARAH) menjadi bab pertama dalam Ilmu Fekah iaitu bersuci.

Di Sini jelas, Islam bukan hanya ceramah...ianya termasuk semua kehidupan...GOTONG-ROYONG membersihkan kawasan juga adalah ISLAM.

Hikmahnya...TIADA AEDES TIADA DENGGI...(",)

Khamis, 25 Jun 2009

H1N1

Alhamdulillah...

Syukur dan terima kasih kehadrat Allah s.w.t Saya dapat lagi mencoret sesuatu pada hari ini...saat masa berlalu dengan pelbagai tugasan kita masih dapat bersama...

Bulan Rejab, kita disunatkan berpuasa...mungkin itu latihan buat menanti ketibaan Ramadhan...

Terima kasih Mar...kerana telah memberi respon di ruangan Cit Cat Kalam Damai di sebelah...

Selsema Babi atau Influenza A atau juga dikenali dengan H1N1 telah melanda Dunia dan khususnya kita bincangkan ianya telah melanda Malaysia...Tanah Air Kita yang tercinta...

Dosa dan kesilapan manusia yang telah manusia lakukan adalah merupakan tanggungjawab manusia untuk memperbaikinya serta memohon ampun daripada Allah serta meminta maaf daripada manusia (untuk kesalahan sesama manusia) dan ianya akan dipertangungjawabkan di hadapan Allah semasa di padang mahsyar nanti...

Begitu banyak manusia telah berdosa terhadap Allah begitu juga dosa sesama manusia...Tidak terhenti dengan dosa pribadi, tinggal solat, tinggal puasa...tidak zakat...tidak haji setelah mampu...berzina...mencuri...ragut...dadah...dan berbagai lagi...

Dosa sesama manusia...mengumpat...fitnah...mencerca...curi...tidak amanah...dan banyak lagi....

Merentas segala jenis dosa ini, bila lagi kita mampu untuk buat perubahan yang besar...??? meninggalkan segala yang ditegah, melakukan segala yang diperintah...

Saya dan orang sekitar saya tidak lari dari melakukan dosa...sama ada dosa diri atau dosa dengan orang lain...

Mungkin ada jawapannya dalam ayat di bawah bagi memahami apa yang berlaku...



Maknanya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: - Surah Al-Baqarah, Ayat 155.

Rabu, 24 Jun 2009

1 REJAB 1430H

Pejam celik pejam celik...hari ini dah pun 1 Rejab...tak lama lagi kita bertemu Ramadhan...selalu kita dengar tentang hadis...Rejab bulan Allah, Sya'ban bulan Rasulullah dan Ramadhan bulan untuk Umat Muhammad s.a.w.

Ramai yang puasa sunat 1 Rejab hari ini...insyaAllah moga ibadat dimaqbulkan...

Isnin, 22 Jun 2009

TAHU, AMAL, TEKUN & IKHLAS

Terima kasih Ust Sufi,

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan sekali lagi kepada semua bapa dengan ucapan 'Selamat Hari Bapa' semoga semuanya berjaya menjadikan kehidupan berkeluarga dengan pengisian kebahagiaan.

Setiap kita ada pengetahuan...tidak semua yang berpengetahuan itu beramal...tidak semua yang beramal itu tekun dan bersungguh...tidak semua yang bersungguh dan tekun itu ikhlas...

Semoga kita hayati bersama...di mana kedudukan kita sekarang...dalam menilai 4 perkataan di atas...???

Sekian (",)

Rabu, 17 Jun 2009

salam Buat Semua

Assalamualaikum w.b.t

Selamat hari bapa buat kaum bapa. Maaf lama juga saya merindui semua. Berbagai persoalan dan respon yang telah saya dapati melalui blog kita ini.

Buat Mar, Agis dan Ustaz Sufi terima kasih atas respon yang diberi...

Dalam kelompok kecenderungan manusia sememangnya jika kita amati pasti kita nampak perbezaan dan kecenderungannya.

Merujuk kepada Al-Quran kita boleh nyatakan bahawa Allah menegaskan bahawa sesungguhnya Dia boleh dalam sifat harus-Nya untuk menjadikan ummat manusia ini satu taat sepenuhnya kepada Yang Maha Esa namun Allah tetap menjadikan manusia itu berbeza bagi manusia itu mencari kekuasaan-Nya.

Kai telah membuat ulasan tentang ayat-ayat Al-Qruan itu yang boleh dirujuk dalam ulasan di bawah tajuk Logik akal...

Jika kita memecahkan ayat-ayat Al-Quran itu nescaya kita temui ayat-ayatnya tentang Usul, fekah dan juga tasauf. Oleh yang demikian, fakulti ilmu jika kita tidak menggabungkan semmula maka kita tidak akan dapat menyatukan semunya.

Ringkasnya jalinan Syariat, Tarikat, Maakrifat dan Hakikat perlu dilaksanakan...

Bagi diri yang bergelar ustaz, sebagaimana respon ustaz sufi...sama-samalah kita baiki diri...agar diri terus sempurna sebagai seorang insan...

Sekian dulu...

Ahad, 7 Jun 2009

LOGIK AKAL

Sewaktu ke Udara di Radio Malaysia PahangFM melalui rancangan 'Gema Jumaat' 05 Jun 2009 yang lalu...En. Omar dari Chini ada mengutarakan berkenaan dengan 'Logik Akal'.

Antara lain, persoalannya adakah Islam ini berasaskan kepada logik akal? apakah logik akal boleh digunakan dalam pertimbangan sesuatu keputusan di dalam Islam?

PERTAMA: AKAL merupakan satu ciptaan yang membezakan di antara manusia dengan makhluk binatang yang lain. Jika kita lihat dalam spesifikasi makhluk maka tiada lainnya manusia itu dengan haiwan melainkan AKALNYA.

KEDUA: Di Dalam Al-Quran dan Hadis terlalu banyak disebutkan tentang kepentingan akal dalam aktiviti berfikir. (Saya tidak sempat untuk merujuk jumlah ayat setakat ini. Namun sememangnya banyak berkenaan keutamaan berfikir).

KETIGA: Pengkajian Ilmu Tauhid/Ilmu Usuluddin/Ilmu Fiqhulakhbar atau ilmu berkenaan ketuhanan ada menyebut tentang Hukum Syarak, Hukum Akal dan Hukum Adat. Pencarian Allah s.w.t di dalam hidup kita ini tidak memadai memahaminya dalam kekuatan Hukum Syarak atau dalam kaedah pembuktian melalui Dalil Naqli semata-mata, ianya adalah termasuk Dalil Aqli atau Pembuktian dengan menifestasi logik akal.

KEEMPAT: Keutamaan akal dalam pertimbangan Syarak dalam pembunaan Hukum adalah diperingkat ketiga iaitu Pertamanya Al-Quran diikuti Sunnah kemudiaannya Ijmak dan Qias dan terdapat lagi qaedah pembinaan hukum yang lain. Di peringkat Ijmak, para ulamak mula menggunakan Fakta dan pemerhatian yang diolah dengan menggunakan akal dengan merukjuk asas Al-Quran dan Hadis (Sunnah).

KELIMA: Kukuhnya Aqidah dangan kukuhnya pertimbangan akal. Dalam melaksanakan hukum syarak adalah tidak wajib kepada orang tidak berakal iaitu antaranya orang gila, orang bodoh dan lain-lain berkaitan dalam membincangkan bab orang-orang mukallaf (orang yang dipertanggungjawabkan syarak. Seperti sembahyang, puasa, zakat dan semua ibadat dan hukum yang lain termasuk jenayah).

Masih banyak yang kita boleh selami tentang akal. Secara ringkasnya, kita seharusnya sedar bahawa keistemewaan ini perlu kita gunakan sebaik mungkin. Mereka yang terlalu taasub kepada pendirian akal dengan tidak merujuk kepada emosi dan spiritual mengakibatkan pertimbangan dan keputusan tidak seimbang.

Saya juga tertarik dengan kaedah ESQ 165 dalam menyimpulkan ketiga elemen ini iaitu Intelektual (Akal), Emosi (Perasaan, nafsu, keinginan dan lain-lain berkaitan) dan Spiritual dengan cara yang mudah di fahami http://www.esq.com.my

Sesuatu yang perlu kita fahami dalam keseluruhan masyarakat kita bahawa kekuatan ketiga-tiga elemen yang ada pada manusia ini menghasilkan juga tiga kelompok manusia dan tiga golongan ini dalam semua bidang.

Sebagai contoh, Golongan yang lebih cenderong kepada penggunaan Intelek seperti golongan Akademik, Profesional dan lain-lain. Manakala Golongan yang lebih cenderung kepada Emosi seperti seniman. Dan golongan yang cenderung kepada spiritual adalah mereka yang sukar untuk saya contohkan kerana ianya berkemungkian ada pada kedua-dua elemen di atas kerana jika seseorang itu menemui hakikat ketuanannya melalui gerak mata fikirnya maka dia akan hidup dengan gerak spiritualnya beorentasikan intelektual dan begitu pulalah mereka yang cenderung kepada perasaan itu tadi.

Walaubagaimanapun, adalah menjadi satu kemestian bahawa kita mestilah menggabungkan kesemua elemen-elemen ini kerana ianya akan membuahkan hidup yang saling menghormati antara satu sama lain walaupun kecenderungan kita berbeza kerana berbezanya intelektual dan emosi dan pemahaman spiritual.

Sekian dulu...Wallahualam...

Jumaat, 5 Jun 2009

GEMA JUMAAT 05 MEI 2009: TAJUK : NILAI DAN PERUBAHAN

GEMA JUMAAT
05 JUN 2009M/ 11 JAMADIL AKHIR 1430H
9.00pg – 10.00pg


Tetamu : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shah bin Haji Jamlus

Jawatan : Perunding Motivasi

Tajuk : NILAI DAN PERUBAHAN.


Soalan

Muqaddimah

1. Apakah yang dimasudkan dengan ‘Nilai dan Perubahan’?

2. Adakah ‘Perubahan’ boleh mengubah ‘Nilai’?

3. Adakah ‘Perubahan’ yang telah merosakkan ‘Nilai’?

4. Bagaimana cara untuk kita menjamin agar ‘perubahan’ yang berlaku tidak menjejaskan ‘Nilai’ yang ada?

5. Pada pandangan ustaz, adakah umat Islam kini telah terlalai dengan perubahan yang berlaku kini?

Kesimpulan

GEMA JUMAAT
05 JUN 2009M/ 11 JAMADIL AKHIR 1430H
9.00pg – 10.00pg


Tetamu : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shah bin Haji Jamlus

Jawatan : Perunding Motivasi

Tajuk : NILAI DAN PERUBAHAN.


Soalan

Muqaddimah

• Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana kita sekali lagi dapat bertemu di ruangan udara Radio Malaysia PahangFM pada kali ini dalam rancangan “GEMA JUMAAT”.

• Semoga dari pertemuan ini akan memberikan kita 1001 manfaat untuk kita sama-sama nikmati sebagai bekalan hidup di dunia yang penuh pancaroba kini.

• Pada pagi yang penuh berkat ini, kita memilih satu tajuk yang mungkin agak janggal bagi sesetengah kita. Mungkin juga telah biasa diperkatakan oleh sesetengah daripada kita.

• “Nilai dan Perubahan”, sebelum kita mengupas lebih mendalam mengenai maksud kepada perkataan ini, mari kita lihat dan menyelami perubahan demi perubahan yang kita telah lalui sehingga kini.

• Secara individu, mungkin kita boleh perkatakan, jika dulu kita bergelar kanak-kanak kita kita telah bergelar remaja. Jika dahulu kita bujang sekarang kita telahpun berumahtangga. Jika dulu kita muda kini kita telahpun tua.

• Merujuk kepada persekitaran, dahulu mungkin kita menggunakan kenderaan basikal untuk ke sana dan ke sini, mungkin kini telah berkereta...

• Jika dahulu kita membaca Akhbar dalam lembaran kertas kini telah berada di ‘screen’ komputer...dan banyak lagi...

• ICT telah banyak merubah cara hidup kita kini. Penggunaan telefon bimbit telah merubah cara kita berkomunikasi atau berhubung antara satu sama lain hingga kini...

• Perubahan demi perubahan telah berlaku dalam hidup kita...perubahan ini ada yang fitrah dan ada yang berlaku atas ikhitar tangan manusia itu sendiri.

• Sebagai Contoh perubahan malam dan siang, pagi dan petang, muda kepada tua dan selanjutnya.

• Dari sudut penggunaan peralatan dalam ikhtiar manusia telah disebutkan tadi.


1. Apakah yang dimasudkan dengan ‘Nilai dan Perubahan’?

• Di Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka;

• NILAI:

a. Taksiran harga.
b. Harga sesuatu dibandingkan dgn harga yang lain.
c. Kadar atau nisbah.
d. Darjat, kualiti, mutu, taraf.
e. Sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan dll).
f. Markah

Namun, dalam konteks bicara kita melalui tajuk ini adalah;
Nilai yang bermaksud; Sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan dll).

• Manakala nilai yang ingin kita sentuh adalah nilai-nilai suci dan murni yang perlu kita amalkan dalam masyarakat kita.

• PERUBAHAN:

Dengan kata dasar ‘UBAH’, ianya memberi pengetian;

a. Berbeza (daripada keadaan dsb yang asal dan semulajadi).
b. Tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar.
c. Tidak seperti biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa dll).
d. Beralih, bertukar, berpindah dll.

• DALAM KONTEKS TAJUK yang kita utarakan pada kali ini, kita akan fokuskan kepada perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam persekitaran masyarakat kita dari beberapa sudut, antaranya;

i. KOMUNIKASI/PERHUBUNGAN (ICT – Penggunaan Teknologi. Contoh, Komputer/Internet dan Telefon Bimbit).

ii. PENGHAYATAN MASYARAKAT tentang nilai-nilai serta kehidupan beragama dalam segenap lapangan kehidupan.

iii. PENEKANAN KEPADA NILAI amalan dalam Islam membezakan antara yang benar (Al-Haq) dan yang salah (Al-Bathil).


2. Adakah ‘Perubahan’ boleh mengubah ‘Nilai’?

• Pegangan terhadap kepercayaan serta ilmu yang kukuh adalah amat penting.

• KEPERCAYAAN dan ILMU, pembentuk kuat kepada persepsi dan cara hidup manusia itu sendiri.

• Jika kita perhatikan, perubahan demi perubahan ini telah banyak mengubah nilai-nilai dalam hidup kita.

• Jalan yang terbentang luas untuk kita memilih antara yang baik atau benar dengan yang salah cukup menjadi pantas dan mudah.

• Jalan yang salah (Bathil) telah kita lihat di dada-dada akhbar dan dapat kita perhatikan dengan gelagat yang pelbagai. Isu video lucah, mat rempit, ragut, dll telah membuktikan.

• Namun, tidak juga kurang kebaikan kian terserlah dalam masyarakat melalui perubahan ini.

• Sebagai contoh; pekerjaan sebagai satu ibadat telah dapat dilakukan dengan pantas dan mudah melalui perubahan ini...keselesaan melakukan ibadat khusus juga dapat kita laksanakan dengan selesa dengan perubahan ini.



3. Adakah ‘Perubahan’ yang telah merosakkan ‘Nilai’?

• Saya bersetuju dengan sesetengah keadaan, namun saya tidak setuju dalam sesetengah keadaan yang lain.

• Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa perubaha yang kita lalui ini adalah tepulang ke atas manusia untuk menakhodanya.



4. Bagaimana cara untuk kita menjamin agar ‘perubahan’ yang berlaku tidak menjejaskan ‘Nilai’ yang ada?

• Meletakkan KEPERCAYAAN dan ILMU yang kukuh dalam mengemudi perubahan adalah amat penting.

• Amalan asas di dalam Islam mesti diutamakan. Contoh;

a. SOLAT: mestilah menjadi pengikat kepada pengurusan hidup manusia.
b. PUASA: mestilah membina jatidiri yang kuat dalam membina masyarakat yang kental dengan cubaan dan godaan kejahatan.
c. ZAKAT: mestilah benar-benar dapat menjana ekonomi dengan kukuh.
d. HAJI: menjadi benar-benar pengikat silaturahim antara umat Islam seantero dunia.

• Kesemuanya bukan hanya kita boleh bercakap kosong tanpa ada perancangan dan perlaksanaan yang rapi.

• Apa jua yang kita lakukan, jika hanya berkata-kata ianya akan menjadi sia-sia belaka melainkan ianya perlu kepada iltizam yang kukuh untuk direalisasikan.



5. Pada pandangan ustaz, adakah umat Islam kini telah terlalai dengan perubahan yang berlaku kini?

• Secara umumnya, kita masih jauh dalam memahami perubahan dan ledakan teknologi yang berlaku.

• Kita perlu berkerja dengan lebih gigih dan mengembelengkan tenaga semua daripada kalangan kita untuk memahami dan mengendali perubahan ini.

• Sepatutnya, umat Islam sepatutnya menjadi egen atau pokok atau teras kepada perubahan, bukannya kita yang diubah oleh orang lain dengan pelbagai corak peralatan yang diisi dengan pelbagai maklumat dan pemikiran sehingga kita gagal untuk membuktikan kebenaran Islam itu sendiri. Sama ada dari sudut kepercayaan mahupun amalan.



Kesimpulan

Segala perubahan kita perlu tangani dengan semangat bekerja kuat serta merealisasikan segala kepercayaan dan amalan murni yang kita ada. Jadilah orang yang mampu untuk mengubah orang lain kepada kebaikan. Bukannya kita diubah dengan kekuatan orang yang salah kepada kemaksiatan dan kebatilan.

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com