RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Isnin, 29 Disember 2008

ARTIKEL : 2008 DALAM LIPATAN SEJARAH

2008 DALAM LIPATAN SEJARAH

Oleh: Ahmad Shah bin Jamlus

Merentasi saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, kini sudah hampir setahun berlalu. 2008, hampir jadi lipatan tahunan dalam sejarah hidup kita. Menafsir kejayaan, ada yang dapat kita miliki ada juga yang menjadi kos lepas. Apa yang pasti, pilihan telah kita buat sepanjang tahun ini dan kita telah hampir menutup kira-kira. Azam 2009, muncul buat meneruskan kesinambungan pengisian hidup bagi memungkinkan kita berjaya samada di dunia mahupun akhirat.

Bermula 1 Januari 2008 hingga 31 Disember 2008 nanti kita telah menghabiskan masa kira-kira 31,536,000 saat. Begitu banyak masa kita ada. Persoalannya berapa banyak yang telah kita perolehi hasil yang baik dari masa-masa itu. Begitu juga dalam tahun 2009 nanti. Itulah jumlah yang sama.

Saat kematian, tiada siapa yang tahu namun kita di tuntut untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan. Kini kita sepatutnya peroleh peningkatan dalam kelemahan dan kekurangan pada tahun sebelumnya.

Perolehan seharusnya kita buat bukan hanya berapa jutaan duit yang telah mampu kita kumpul sahaja dari jumlah masa-masa itu, namun perolehannya perlu kita lebarkan kepada segenap segi sehingga membolehkan ianya menjadi bekalan akhirat. Bagi perolehan wang jika kita merancang sebelumnya untuk menjana wang sebanyak RM 1.00 untuk sesaat bermakna tahun ini kita telah bergelar jutawan.

Sebaliknya, sudah berapa banyak pula perolehan ibadah yang telah sempurna kita lakukan. Kebetulan ramadhan tahun yang lalu jatuhnya pada Oktober 2008, bagaimana dengan ibadat di bulan itu? Masing-masing ada jawapan berbeza. Tepuk dada tanya selera.

Kejayaan tahun lalu juga boleh kita lihat dari sudut kesihatan misalnya. Adakah kita merancang untuk kesihatan kita bertambah baik atau kepedulian tentangnya tidak menarik minat kita untuk menyentuh tentangnya.

Dalam kita mengupas hasil atau perolehan bagi tahun 2008 yang lalu mari kita selami sepotong ayat al-Quran yang terkandung dalam Surah Al-Qasas : Ayat 77

Maksudnya: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

Oleh yang demikian, sedar tidak sedar kita telah meletakkan piawaian kejayaan tahun lalu berasaskan ayat Al-Quran yang telah diutarakan di atas. Sama ada mahu atau tidak, malu atau sebaliknya itulah hakikat yang perlu kita terima. Hasil kita meletakkan piawaian itu saya merasakan kita telah meletakkan kejayaan yang kita perolehi pada tahun ini ke tempatnya berdasarkan kayu ukur yang ampuh.

Hasil dari itu juga, menjadikan diri kita tidak melatah jika apa yang kita perolehi bukan sekadar material misalnya. Walau kita kekal pada pendapatan yang sama namun kesihatan bertambah baik, anak-anak bertambah, berjaya memperoleh ijazah atau sebagainya sebagai kos lepas kepada kekurangan material yang kita perolehi dari sudut pendapatan duit.

Syukur dalam usaha, usaha dalam syukur perlu sentiasa menjadi benteng dalam menilai keampuhan dan pemujukan diri dalam memperlengkapkannya menjadi insan unggul.
Walau bagaimanapun, kesempurnaan serta kejayaan yang telah kita bincangkan tadi seharusnya dalam semua sudut termasuklah rohani dan jasmani, fizikal dan spiritual, diri, keluarga, masyarakat, negara dan juga ummah keseluruhannya.

Menjadikan ramalan sesuatu tahun itu menguntungkan atau sebaliknya. Sesuatu tahun itu boleh mendatangkan malapetaka, itu bukanlah dalam prinsip kita. Anugerah kesihatan, akal fikiran dan segala sumber mestilah diguna sebaik mungkin agar kita dapat melepasi tuntutan ikhtiar sebagai hamba Yang Maha Esa.

Begitulah hakikat piawaian atau sukatan ukuran kejayaan yang seharusnya kita buat dalam menilai tahun 2008 yang akan berlalu. Moga 2009 akan menjanjikan usaha berterusan dengan melihat dan meneliti di mana yang boleh kita perbaiki agar tahun demi tahun kita akan terus menyinari kesempurnaan diri.

ARTIKEL INI TELAH DITERBITKAN AKHBAR 'SINAR HARIAN' 28/12/2008 RUANGAN: RENCANA@PAHANG

Rabu, 19 November 2008

Lagi...tentang cuti sekolah...

Hari-hari cuti sekolah ini banyak yang kita tidak boleh lakukan pada musim persekolahan. Kita perlu kreatif untuk melakukan semuanya...

Mungkin kita tinggal di bandar, maka saat ini kita boleh melihat suasana kampung. Mungkin juga kita tinggal di kampung, maka saat inilah kita boleh melihat suasana bandar.

Mungkin juga pada musim cuti ini kita mencari ilmu yang tidak diajar di sekolah...atau saat inilah kita membantu ibu, bapa atau keluarga untuk mengemas rumah atau menceriakan kawasan rumah dengan membuat taman dan sebagainya.

Percutian dengan melancong tidak semestinya mahal. Malah kita boleh jadikan pengangkutan yang murah untuk pergi dari satu destinasi ke satu destinasi. Bina kumpulan, cari maklumat, sediakan kos yang secukupnya...insyaAllah kita akan dapat melihat alam ciptaan Allah yang luas ini...

Misalnya berkeretapi dari utara semenanjung hingga ke selatan, dari selatan ke timur. Jika kita menjalani perjalanan ini sudah hampir keseluruhan semenanjung ini telah kita lawati kecuali Terengganu.

Melawat dari masjid ke masjid. Merasai nikmat iktikaf, beribadat di masjid-masjid yang berbeza...mungkin ianya juga sesuatu yang mengasyikkan...

Isnin, 17 November 2008

CUTI SEKOLAH DAH BERMULA...




Sekolah telah bercuti...inilah saatnya adik-adik pelajar boleh lakukan aktiviti yang tidak boleh dilakukan semasa waktu persekolahan...

Musim persekolahan...ada yang ponteng sekolah...sekarang dah cuti dah...jadi gunakan sebaiknya masa percutian ini...dengan macam-macam aktiviti...MELANCONG...BELAJAR BERENANG...BALIK KAMPUNG...MELAWAT BANDAR...semuanya boleh membangkitkan semangat semula apabila persekolahan bermula nanti...

Ahad, 2 November 2008

Ibadat Korban...

Assalamualaikum w.b.t

Tidak lama lagi kita akan meraikan ibadat korban Aidil Adha. Untuk melaksanakan ibadat ini kita seharusnya membuat persediaan kewangan. Semoga pada tahun ini kita dapat menunaikannya untuk mengembirakan saudara kita yang lain...

Di bawah ini adalah antara koleksi video ibadat korban yang terdapat diruang YOUTUBE. Klip ini adalah ibadat korban di Tangkak, Johor...mari kita sama-sama saksikan..(",)

Rabu, 8 Oktober 2008

Anugerah dari kegagalan...



Lagu nasihat untuk kita...(",)

Rileks minda jap...(",)

Persamaan dan Perbezaan...

Terima Kasih Sahabat Kelompen kerana anda telah memberi saya idea untuk menulis tajuk ini. InsyaAllah pada 13 Oktober 2008 kita akan membicarakan tajuk PERSAMAAN DAN PERBEZAAN.

Persamaan: serupa atau tiada perbezaan

Perbezaan: kelainan atau ketidaksamaan

Begitu kaya Maha Pencipta. Setiap penciptaan itu ada tanda KeAgungan-Nya. Merentas penciptaan kita sebagai makhluk manusia. Terdapat banyak persamaan antara kita, namun tidak kurang juga wujud perbezaan.

Bertitik-tolak rasa lapar, dahaga dan keperitan wajib kita lalui pada Ramadan lalu menjadikan sanubari insan kita merasakan kita seolah sama menderita. Lantas Syawal ini kita rasakan kegembiraannya bersama.

Dicipta-Nya kita dengan persamaan dan dianugerah-Nya kita dengan Syariat yang sama. Maka terciptalah satu adat perasaan yang sama. Seluruh pelusuk dunia merasai suasana yang sama. Kalau azan berkumandang pada setiap detik di atas muka bumi ini, maka begitulah kemeriahan Syawal yang telah kita sambut pada bersamaan 1 Oktober 2008 yang lalu.

Perbezaan terjadi pada saat kita memuncak mengejar cita-cita struktur organisasi yang pada asasnya menjadi sendi fardhu kifayah. Kemudian tercipta semula persamaan saat dibalut kafan putih dengan berakhir kepada-Nya.

Andai lafaz LAILAHAILLALLAH لاإله إلا الله meniti di bibir maka bersamalah ke destinasi Syurga. Andai berlaku sebaliknya berbeza kekallah mereka dengan azab sengsara di neraka.

Isnin, 6 Oktober 2008

Silaturahim

Silaturahim terdiri dari 2 patah perkataan dalam Bahasa Arab;

1. Sillatun: bermaksud menghubung, menghimpun.

2. Rahmun: bermaksud kasih sayang, peranakan.

Oleh yang demikian, silaturahim bermaksud menghimpun atau menghubung ikatan kasih sayang sama ada dalam perhubungan persaudaraan dalam keturunan mahupun kasih sayang dalam akidah, kejiranan mahupun kemanusiaan.

Jumaat, 26 September 2008

Malam TUJUH Likur

Malam 7 likur, bermakna kita akan meninggalkan Ramadan untuk tahun ini dalam tempoh 2 atau 3 hari lagi. Aidil Fitri akan kita sambut dengan penuh kesyukuran. Sambutan malam 7 likur wajar untuk diteruskan dengan pengisian ibadah dan kemeriahan sambutan hari raya. Apa yang perlu kita lakukan perubahan adalah kepada kepercayaan khurafat. Itu yang perlu kita tinggalkan.

Seronok mendengar Al-Muqarrabin "Aqrab dengan Tuhan, Rapat sesama insan" pada malam 26 Ramadan yang lalu tentang ulasan Ustaz Badli Shah mengenai terbatalnya segala ibadat hanya kerana antara lain...MEMUTUSKAN SILATURAHIM...DERHAKA KEPADA IBUBAPA...walau setiap detik kita menghidupkan ibadat terhadap Tuhan, namun hubungan di antara manusia tetap menjadi tuntutan.

Khamis, 18 September 2008

10 malam terakhir Ramadan...





10 malam terakhir Ramadan kali ini...semoga masjid/surau/rumah pada tahun ini terus berseri dengan sinaran ibadah...

Isnin, 15 September 2008

Serikan hidup kita dengan sinaran Al-Quran...





SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL QURAN

Sekali lagi kita bertemu dengan tarikh keramat penurunan Mukjizat Agong dan Tehebat kekal sehingga kiamat yakni AL-QURAN AL-KARIM. 17 RAMADAN...

Mungkin ada yang mengadakan majlis khatam al-quran...TAHNIAH!!! kepada semua yang menikmati kelazatan beribadat pada Ramadan kali ini...SALAM...

Rabu, 10 September 2008

Selamat Berbuka...(",)

Seronok Sembayang Tarawih...(",)

10 Hari Berpuasa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini sudah 10 hari kita berpuasa...insyaAllah. Pelbagai cabaran telah kita lalui. Semoga segala cabaran itu dapat kita tempuhi dengan penuh ketabahan kerana antara hikmah yang besar dalam puasa adalah KESABARAN dan KETABAHAN.

Ungkapan sabar dan tabah terus menyerlah sentuhannya. Semakin hari semakin menyentuh jiwa dalam segenap perjalanan kehidupan kita.

Sepanjang Ramadan, tiada pengaruh lain selain diri kita sendiri dalam menentukan pilihan manusiawi diri kita sendiri.

Seronok melihat masjid berkumandang, jemaah bertebaran, kasih berpanjangan...insyaAllah.

Moga 'Awalnya RAHMAT' menjadi milik kita. والله أعلم

Selasa, 12 Ogos 2008

KEMERDEKAAN




Aki Pawang Nong & Aki Mat Kilau antara Pahlawan Terbilang Pahang Darul Makmur.



Seperkara yang perlu sentiasa kita hargai adalah nikmat Iman dan Islam. Islam berada di tempatnya di negara kita ini melalui sejarah getir. Berkat perjuangan, kesabaran dan kebijaksanaan pejuang terdahulu maka Ianya berada teratas di persada pemerintahan.

AL-FATIHAH buat mereka di sisi Allah Yang Maha Esa.

Jumaat, 8 Ogos 2008

INGAT vs LUPA



Terkadang terfikir dua perkataan "INGAT" dan "LUPA" seolah merupakan sendi asas dalam kehidupan kita di dunia ini.

"INGAT" mungkin boleh kita ertikan sebagai ingatan sesuatu perkara, hafalan, kenangan, khayalan, imaginasi, memori, catatan fikiran, fokus, tumpuan dan sebagainya...

"LUPA" mungkin kita boleh ertikan kepada tidak mengingati, cuai, hilang dari ingatan, lalai dan sebagainya...

Seseorang yang mengingati tentang siapa? dari mana? di mana? ke mana? tentang dirinya mungkin dia akan selamat...

Namun bagi mereka yang melupai akan semua persoalan itu akan berlaku sebaliknya...

Mari kita cit cat tentang perkara itu...jemput semua ke ruang cit cat...

Klip Lagu: http://www.youtube.com/watch?v=OKliu5mk3r0

Sabtu, 26 Julai 2008

REHAT SEJENAK MENDENGAR BURUNG BACA AL-QURAN

AMALAN MENGHARGAI

Sesuatu yang menarik untuk kita bincangkan juga dalam amalan seharian kita yang boleh membawa kepada kedamaian jiwa dan nurani anak adam adalah amalan menghargai.

Sekali imbas seolah ianya sama seperti amalan bersyukur atau berterima kasih. Namun ianya dikatakan serupa tapi tak sama. Jika kita amati bahawa amalan menghargai adalah lebih ditil dari berterima kasih. Sekiranya diperincikan maka 'menghargai' mengambil alih secara mendalam selepas syukur dipraktikkan.

Amalan menghargai adalah rentetan kepada amalan syukur sebagaimana yang telah dijelaskan namun ianya merangkumi banyak perkara;

Lapangannya sangat luas, antaranya;

1. Menghargai Pemberian.
2. Menghargai Keluarga.
3. Menghargai Persahabatan.
4. Menghargai Suami/Isteri.
5. Menghargai Anak-anak.
6. Menghargai Hubungan.
7. Menghargai Bumi dan Langit.
8. Menghargai Kurniaan.
9. Menghargai Perhubungan.
10.Menghargai Kehidupan.

'Amalan Menghargai' sangat perlu kita sering peringatkan kerana ianya sering kita terlupa.

"KADANG-KADANG KITA INGAT KITA INGAT, SEBENARNYA BANYAK PERKARA YANG KITA TERLUPA"

Semoga dapat kita tidak lupa lagi...

Selasa, 22 Julai 2008

MATA

Selalu kita sebut...'dari mata turun ke hati'. Mata juga banyak pengertian. Mata fizikal, mata hati, mata fikir.

Besar nikmat mata. Mata boleh jadi baik atau sebaliknya.

NAMA-NAMA PILIHAN

Sememang dituntut dalam Islam untuk memberi dan memanggil nama-nama yang baik dalam masyarakatnya. Itu antara keindahan yang ada di dalamnya. Mari kita sama-sama memeriahkannya dalam membawa contoh kepada mesyarakat lain...

Demikian panggilan telefon dengan Saudara Anuar Abd Aziz pada 22 Julai 2008 lalu.



Senarai nama-nama pilihan. Sila klik di SINI

Selasa, 15 Julai 2008

BIDUK BERLALU KIMBANG BERTAUT





Gambar Kiambang...

Takrif

BIDUK
• Perahu/Sampan kecil, (untuk menangkap ikan/mengangkut barang di sungai)


KIAMBANG :
• SEJENIS TUMBUHAN YANG TERAPUNG-APUNG DI AIR, Pistia stratiotes.

Biduk berlalu kiambang bertaut

• Sinonim Pribahasa

- Air dicincang tidak akan putus.
- Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.


Sesuatu perselisihan diselesaikan sehingga mewujudkan keadaan berbaik semula.

Surah Al-Hujurat : Ayat 10

Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

“Sepakat membawa berkat”

• Hindari perselisihan, sekiranya berselisih cepat cari penyelesaian.
• Terkadang untuk berbaik semula, kita melalui peristiwa. Kesakitan, pemergian, hijrah dll.

SIFAT-SIFAT YANG MEMBAWA PERSELISIHAN;

1. BURUK SANGKA: Pendapat yang hanya agak-agak sahaja, dugaan, kira, keraguan, kekhuatiran, syak, waham, curiga.

2. DENDAM: hati/perasaan (keinginan) hendak membalas perbuatan seseorang (biasanya perbuatan jahat).

3. IRI HATI: berasa (perasaan) tidak senang dengan kelebihan orang lain dan lain-lain, cemburu, dengki. Dll.

4. HASUT: dengki, iri hati, cemburu (yang bersangatan). Menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain mengapi-apikan.

5. FITNAH : tuduhan (khabar, kisah, dll) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau orang lain.

6. SOMBONG: tinggi diri, angkuh, bongkak, congkak, pongah.

Hubungan suami isteri/anak-anak/adik-beradik/jiran/masyarakat dll.

Hubungan dengan Allah...pun boleh terjadi renggang kerana tipu helah dunia dan syaitan. Kembali kepada hakiki.

Isnin, 14 Julai 2008

Rabu, 9 Julai 2008

Mutiara Kata Sufi

Saat membaca buku 'Tafsir Sufi dan Fadhilat Asma Al-Husna' karangan Imam Al-Qusyairi antara lain disebut;

"Allah itu kiblatnya niat, dan niat itu kiblatnya hati; hati kiblatnya jasad dan jasad kiblatnya anggota jasad; anggota jasad kiblatnya dunia."

Pada hemat saya, ianya sangat menarik untuk kita hayati bersama.

Isnin, 7 Julai 2008

Sejahtera Insan, Sejahtera Alam.



Sekiranya tayangan tidak mengeluarkan suara, sila klik di SINI.

Sememang alam hanya menunggu saat insan berpadu menjalin persaudaraan, persahabatan, perpaduan kerana mereka hanya menerima kesan persaudaraan insan.

Khalifah bumi bergelar insan hanya bergelar tuan kepada alam, namun hamba kepada MAHA PENCIPTA.

Ucapan Salam...


Sekiranya tayang tidak mengeluarkan suara sila klik di SINI

Sekiranya tayang tidak mengeluarkan suara sila klik di SINI

Mungkin sesetengah kita masih ingat lagi suatu ketika dulu ucapan السلام عليكم agak asing dalam masyarakat kita, namun ianya telah menjadi amalan yang biasa termasuk di kalangan anak-anak serta adik-adik kita di sekolah...malah di mana-mana.

Syukur ianya terus mekar dalam hidup kita, dalam masyarakat yang aman, damai serta makmur ini. Semoga ianya terus kekal sampai bila-bila...

Ahad, 6 Julai 2008

CARI HAKIKI PADA YANG PELIK DAN YANG ANEH

MAKLUMAN: Sekiranya SLIDE tidak dipaparkan sila klik 'Button Close' di penjuru kanan atas SLIDE.


Menyingkap yang aneh dan ajaib dalam hidup ini menjadikan hidup kita dapat menyelami hakikat ketuhanan dan kehambaan.

Ilmu yang kembang mekar sehingga membentuk teknologi era globalisasi ini adalah hasil singkapan itu. Rejab antara bualan pencetus keajiban dan keanehan kerana setiap tahun kita menghayati kisah Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.

Pada Abad ke-6 masihi masih belum ada kenderaan yang laju sehebat jet, kapal terbang malah kereta sekalipun. Walau bagaimanapun wujud pada kisah benar yang dikhabarkan Muhammad s.a.w bahawa Baginda telah menaiki satu kenderaan bernama Burak. Kelajuannya amat pantas sehingga perjalanan yang mengambil berjuta tahun dalam perkiraan pengetahuan manusia berdasar pemerhatian zahir kenderaan yang ada.

Pun begitu, jika kita mengenali kuasa Maha Agung adalah tidak mustahil perkara itu berlaku. Sedang alam yang begini luas dicipta-Nya masakan peristiwa sekecil itu dalam perkiraan pentadbiran-Nya.

Asasnya, Isra' dan Mikraj bergelar mukjizat menjadi pelik dan aneh serta ajaib sekali sehingga seoalah tiada mukjizat yang kekal sehingga hari ini. Nah! jangan kita lupa kita pewaris mukjizat. Berat perbincangan ini? ...tidak.

Sudah menjadi jelas dan nyata bahawa Al-Quran yang kita warisi adalah mukjizat kekal sehingga kini. Susunan surah jika dilihat didalam Al-Quran menjadi asas segala yang ajaib dan aneh. Kajian huruf demi huruf, kalimah demi kalimah, ayat demi ayat, surah demi surah akan mengingkap satu persatu keajaibannya.

Oleh yang demikian, seharusnya kita sedar bahawa warisan ini perlu kita kaji dan selami bukan sekadar bacaan harfiyah namun bacaan apa yang terkandung dalam maknawi menjadikan hidup kita satu mukjizat.

Cukup setakat ini buat pertemuan kali ini. Bersama diudara hari esok jam 6-7ptg.

Salam Hormat buat SEMUA. (",).

LAGU TEMA كلام داماي



Sekiranya tayang tidak mengeluarkan suara, sila klik di SINI.

Rabu, 2 Julai 2008

YANG PELIK DAN YANG ANEH

Sila klik 'button close' dipenjuru kanan atas SLIDE sekiranya SLIDE tidak ditayangkan. Terima Kasih.



Dua tiga hari lagi kita akan menjejak Bulan Rejab. Seperti biasa apa yang selalu kita sambut adalah Peristiwa Israk dan Mikraj...perkara pelik dan ajaib...Seorang manusia biasa...yang diwahyukan dan dilantik sebagai utusan Allah s.w.t di atas muka bumi ini dibawa dari Mekah ke Baitul Muqaddis kemudian dinaikkan ke langit ke tujuh sehingga ke Sidratul Muntaha bertemu Allah Yang Maha Esa...

Itu kisah yang sering diulang dalam Bulan Rejab ini...(",)

Sedar tak sedar setiap hari banyak perkara pelik dan ajaib yang berlaku di sekitar kita yang kita tidak ambil kisah...untuk mengingat kuasa Allah s.w.t...

Alam yang terbentang luas ini penuh dengan keajaiban...kaji...hehehe...terkadang terfikir juga...mengapa gajah tak kurus-kurus....sedangkan tiap-tiap hari gajah...vegetarian...(",)....

Salam hormat buat semua...SELAMAT BERFIKIR...

Isnin, 30 Jun 2008

ARTIKEL TENTANG MEMBACA OLEH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA



Sila Klik Pautan berikut untuk bacaan...: http://i-baca.pnm.my/pdfFiles/artikelPembacaan/GlknPmbacaanPenggunaanBukuKanak.pdf

Untuk ke Perpustakaan Negara Malaysia, sila klik pautan berikut: http://www.pnm.my/pnmx/mv/index.php

VIDEO MENARIK

Menarik untuk di tonton tentang membaca...

http://www.youtube.com/watch?v=Zoig3w0HnJM

http://www.youtube.com/watch?v=hH_wfwN3dmc

http://www.youtube.com/watch?v=JGIh99sAUEk

http://www.youtube.com/watch?v=VuCQ1If0c7Q

GAMBAR MENARIK

AMALAN MEMBACA SINONIM DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM

Sebagaimana kita maklumi Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan;


Takrif (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

MEMBACA:

1. Memerhati isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandunganya.

2. Mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda dan sebagainya secara lisan (dengan kuat). Contoh membaca Al-Quran dengan kuat dan berlagu.

3. Memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf dan sebagainya) tidak dengan mata tetapi dengan jari-jari. Contoh membaca braille.

4. Melihat dan mencatatkan angka yang ditunjukkan pada meter (termometer dsb). Contoh meter elektrik dll.

5. Membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak dsb) seseorang dengan melihat seseorang secara luaran sahaja. Contoh: membaca isi hati seseorang, sikap dsb. Ilmu laduni, kasyaf, psikologi dll.

6. Mengucapkan baris-baris sajak dengan penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi.

7. Meneliti garis-garis pada tapak tangan untuk meramalkan nasib seseorang. Atau membuat andaian masa depan.

8. Membaca Alam yakni memerhati kejadian Allah untuk merapat serta menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

Amalan membaca telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Membaca kitab-kitab terdahulu sering disebut dalam Al-Quran;

Antara PERKARA wajib kita percaya dalam rukun iman yang enam;
a. Percaya Kepada Allah.
b. Percaya kepada Malaikat.
c. Percaya Kepada Kitab.
d. Percaya Kepada Rasul.
e. Percaya Kepada Hari Kiamat.
f. Percaya Kepada Qada’ dan Qadar.

Kitab-kitab yang wajib kita percaya antara lain;
i. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud.
ii. Kitab Taurat kepada Nabi Musa.
iii. Kitab Injil kepada Nabi Isa.
iv. Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w
v. Suhuf-suhuf yang diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu.

Kisah-kisah Al-Quran banyak menyebut tentang membaca kitab-kitab lalu yang mesti diambil pengajaran oleh umat manusia yang terdahulu untuk berada di landasan kehidupan yang betul.

Perkara ini menunjukkan kepada pripentingnya membaca dalam kehidupan umat islam.

Rabu, 25 Jun 2008

HILANG TERANG TIMBUL GELAP



Assalamualaikum semua...

'Hilang terang timbul gelap' begitu lumrah kehidupan senja berlabuh bererti malam kan menjelma...

Kenapa SABAR tiada had...? (",) masih isu yang sama...hendak tidak hendak...mahu tak mau kita mesti mau sabar...

Bila kita 'hilang' sabar...apa? siapa? yang akan menjelma...

MARAH
DENDAM
PUTUS ASA
KECEWA
TAMAK
MAKSIAT
PORAK PERANDA
KEMUNDURAN
KEKACAUAN
BAKHIL
MEMBAZIR

Semuanya itu akan hadir...dalam keadaan berbeza mengikut keadaan...

* Kalau kita 'hilang' sabar dari kemarahan...maka marah akan mengambil alih...

* Kalau kita 'hilang' sabar dari berusaha...maka putus asa akan mengambil alih...

* Kalau kita 'hilang' sabar dari melakukan maksiat...maka maksiat akan mengambil alih...

Itu sahaja untuk ulasan saat ini...moga semua bahagia...(",)

Selasa, 24 Jun 2008

TAHAP KESABARAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terima kasih kepada Saudara RELEVAN yang selalu bersama 'Kalam Damai' moga interaksi antara kita dapat manfaat dan mendapat keredhaan-Nya.

Persoalan Saudara RELEVAN tentang 'tahap kesabaran': Bagi mereka yang mengharap keredhaan Allah dan sentiasa ingin bersama-Nya bagi mereka itu tiada tahap kesabaran. Bagi mereka hanyalah sentiasa menyusun langkah dalam menghadapi segala cabaran ciptaan Allah buat mereka.

Mengapa begitu? kerana Allah ciptakan semua itu adalah untuk kita diuji samada kita yakin tentang pertolongan Allah s.w.t atau tidak.

Cuma perkara yang perlu kita faham adalah; Apakah kita sudah menggapai tahap ilmu untuk menyelesaikan sesuatu masalah? Bagaimana cara kita menangani masalah? Apakah kita faham benar tentang masalah? Apakah kita telah lakukan perkara perlu untuk menyelesaikan masalah atau cabaran itu? Apakah kita serahkan sepenuh jiwa raga kita kepada Allah setelah berusaha segenap segi untuk melepasi cabaran itu?

Persoalan yang telah diutarakan adalah bersifat universal. Tetap boleh diguna dalam apa jua cabaran sekalipun. Mungkin perbezaannya bentuk masalah atau cabaran yang dihadapi.

Perasaan keluh kesah tidak dapat kita hindari. persoalan apakah Allah mengerti apa yang terjadi? mengapa Allah masih belum mengangkat musibah ini? perasaan hampir putus asa...dan sebagainya sering datang untuk meragukan kita...

Hayati Surah Ad-Dhuha di bawah mungkin ianya dapat melembutkan hati kita atau mengubati kesulitan kita hadapi setiap hari...

Surah ini diturunkan antara sebabnya kerana Allah memujuk hati kekasihnya Muhammad s.a.w ketika baginda berasa Allah melupakannya pada saat dan ketika cabaran dan masalah yang dihadapi baginda pelbagai perkara. Sejak dilahirkan sebagai anak yatim, baru membesar kematian ibu, saat baru rapat dengan datuk, datuk meninggal. setelah itu, bapa saudara. Kemudian isteri...ancaman pelbagai dari sanak saudara yang musyrik, kaum kafir mengeji...sekatan ekonomi dan lain-lain...



Maksudnya:Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi -(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Isnin, 23 Jun 2008

RAHSIA KEJAYAAN MELALUI SABAR

RAHSIA KEJAYAAN MELALUI SABAR

Surah Muhammad : 7



Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Kebijaksanaan sering disebut sebagai suatu keadaan berakal budi, pandai dan berhati-hati juga cerdik. Begitu yang bercatat dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Jika begitu amat bertepatan dengan kehendak hikmah atau kebijaksanaan yang terkandung dalam sifat yang diutarakan melalui tajuk yang lalu iaitu SABAR.

Dalam melaksanakan kesabaran kita mesti mempunyai ilmu. Melalui ilmu kita dapat menjangkau kesabaran lebih mendalam. Ilmu akan membuka ruang dan peluang untuk terus memantapkan diri kita untuk mencetus idea penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi.

Pada 22 Jun 2008, Analisis Berita Dunia yang disiar melalui Televisyen RTM menarik perhatian saya. Isunya bagaimana harga minyak boleh naik sedang sumber asli itu lebih banyak di bumi milik muslim, sedang tanah bukan muslim lebih sedikit hasilnya. Jawapan terus yang mampu kita jawab dengan mudah dan tepat sudah tentu kerana tiada persefahaman serta perpaduan di antara Negara muslim.

Di sini saya ingin bawa kepada demensi lain yang telah dikemukakan melalui analisis itu. Sesuatu yang menarik perhatian saya adalah tentang kehebatan ilmu orang jepun mengatasi masalah yang seluruh dunia hadapi iaitu krisis harga minyak.

Oleh kerana mereka telah bangkit dengan penguasaan ilmu yang mendalam setelah mengalami kejatuhan yang dahsyat. Dari tanah bagai padang jarak padang terkukur mereka mampu bangkit dengan ilmu dan teknologi.



Menjauhi sifat beremosi, samada pemberontakan atau memusnahkan keadaan yang ada mereka keluar dengan alternative memasarkan kenderaan menggunakan tenaga berkuasa elektrik juga berkuasa air. Begitu sekali mereka berilmu dalam menempuh kemelut ini.

Bagaimana kita orang muslim? Kita masih belum terlewat. Kita boleh lebih daripada itu kerana kita sangat hampir dengan Allah s.w.t, cuma kita kurang menghayati serta lakukan dengan penuh kesungguhan.

Kita perlu hayati semula sabda Rasulullah s.w.t;

من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الأخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم

Maksudnya: Barangsiapa berkehendakkan dunia maka mesti dengan ilmu dan Barangsiapa berkehendakkan akhirat maka mesti dengan ilmu dan Barangsiapa berkehendakkan keduanya maka mesti dengan ilmu.

Oleh yang demikian, bukan sekadar berilmu dan bersabar dalam ertikata yang sebenar kita mesti memenuhi tuntutan kehendak yang dikehendaki Allah s.w.t dalam kehidupan secara holistic atau menyeluruh.

Kita sering menutut pelbagai daripada Allah s.w.t, namun apa yang telah kita tunai untuk-NYA. Sesungguhnya DIA MAHA KAYA. Apa yang diminta adalah untuk kita bukan untuk DIA.

Surah Al-Israa’: Ayat 7.



Maksudnya: Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Oleh itu, mari kita berhati-hati dan kita lakukan yang terbaik dalam memperbaiki diri jasad dan roh ke arah kesempurnaan. Walau jauh menyamai Rasulullah s.a.w, apa salah kita jejaki langkah BAGINDA.

Selasa, 17 Jun 2008

PRIBAHASA DAN BIDALAN TENTANG HIDUP BERSAMA DI KALA SUSAH DAN SENANG


Amalan Solat Berjamah secara sempurna dapat mengerat hubungan sesama manusia.

Asas Al-Quran yang menjelaskan tentang peripenting hidup tolong-menolong, bantu-membantu sehingga terlahirnya keamanan dan kemakmuran adalah sebagaimana di bawah;

Surah Al-Maidah: Ayat 2;

Maksudnya:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Berikut adalah peribahasa dan bidalan dalam masyarakat kita yang perlu sentiasa amal dan zahirkan dalam masyarakat kita;

1. Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Tungau Sama Dicicah.

2. Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing.

3. Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dicicah.

4. Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa.

5. Bagai Aur dengan Tebing.

6. Bagai Isi Dengan Kuku.

7. Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul.

8. Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi.

9. Ke Gunung Sama Didaki, Ke Lurah Sama Dituruni, Ke Laut Sama Diharungi.

10. Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Jumaat, 13 Jun 2008

HARGA SEBUAH KESABARAN

"SABAR" bila kita sebut dalam penafsiran sesetengah kita mungkin diam duduk saje atau mendiamkan diri tanpa ada tindakan. Namun hakikatnya ia adalah suatu sifat yang sangat positif dan antara sifat tunjang dalam mencapai kejayaan hakiki. Sabar adalah saat bertenang dalam terus mengatur langkah memahami gerak masalah, apakah sebab musabab? kesan jika kita membuat apa-apa keputusan? mempertimtang 'dharurat' yangmana paling ringan atau menghilangkan terus sehingga masalah benar-benar selesai.

HIKMAH sabar menjadikan kita bijak dalam mengatur strategi atau mengatur langkah dalam menyelesai masalah kerana sempat membaca segala aspek yang terkandung untuk keluar dari sesuatu masalah.

PALING UTAMA untuk kekal bersama-Nya Yang Maha Esa, Pentadbir Sekalian Alam kuncinya adalah sabar.

Ayat Tafakur;


Maksudnya: Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

AMALKAN BERMUAFAKAT ELAKKAN BERDEBAT

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dua perkataan "Bermuafakat" dan "Berdebat" pada hakikatnya adalah membuahkan hasil yang sama iaitu suatu rentetan proses mencari keputusan. Namun berbeza dari segi intepertasi atau pandangan masyarakat umum.

Bermuafakat mendapat tempat yang positif dan berdebat mendapat tempat negatif. Ini adalah penilaian secara umum di dalam masyarakat kita.

Bermuafakat adalah berbincang dengan cara yang baik dalam membuat keputusan berlandas kebenaran dan diterima dengan baik untuk dilaksanakan. Manakala berdebat pula biasa digunakan untuk berhujah sekadar mencari kemenangan dalam penghujahan tanpa melihat ianya benar ataupun tidak, yang penting menang.

Oleh yang demikian, berdasar intepertasi atau penafsiran umum maka muafakat perlu diamalkan dalam konteks ini.

Moga kita terus berfikir bagamana kita boleh sentiasa menggesa benak fikir untuk mencari kebenaran, bukan kemenangan dalam penghujahan. Lebih-lebih lagi dalam saat kita menempuh saat getir kini.

Ayat-ayat Firman untuk kita bertafakur;

An-Nahl: 125


Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Ar-Ra’d: 22

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -

Al-Mukminun: 96

Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.

Al-Qasas: 54

Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

Selasa, 10 Jun 2008

KENAIKAN HARGA BARANG SATU UJIAN BUAT KITA BERSAMA

Kenaikan harga barang menjadi topik perbualan harian kita pada hari ini. Bermula dengan isu kenaikan petrol 78 sen dari RM1.92 hingga mencecah RM2.70. diikuti kenaikan harga beras, tambang bas dan seterusnya sehingga harga cendol pulut.

Memang 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' namun apakan daya kesannya sama-sama kita rasai.

Kesenangan dan kesusahan hidup secara individu di dalam masyarakat kita tidak sama. Ada yang berharta ada yang tidak. Ada berpendapatan besar, ada yang kecil. Itu antara variasi atau kepelbagaian dalam hidup kita.

Kepelbagai warna, kepelbagaian kerabat, kepelbagaian kampung, kepelbagaian negeri, kepelbagaian kaum, kepelbagaian bangsa. Namun terkadang kita lupa ada juga banyak persamaan antara kita. Sedikit atau banyak kesan harga barang ini semua kita rasai.

Anak kecil mungkin terpaksa mengurangkan duit perbelanjaan sekolahnya kerana pemberian duit berkenaan hanya sekadar yang diberi penjaganya. Jika andaian kita kepimpinan negara itu senang dan berada, mereka turut mendapat tekanan dan desakan untuk menstabilkan keadaan yang ada.

Sedar atau tidak dengan adanya masalah dan cabaran dapat meningkatkan kerjasama dan perpaduan antara kita, jika ianya diambil dengan perspektif positif.

Kita akan lebih berjimat cermat. Kita juga akan bertambah rasa simpati. Dulu kita telah lupa bekal nasi daun upih. Mungkin hari ini kita kembali ke era itu.

Selain itu, saya juga ingin menjemput tetamu blog ini untuk sama berfikir tentang pengajaran yang boleh kita ambil dari semut dalam klip video di bawah.

Sila klik :
http://www.youtube.com/watch?v=g4PbsdSXjUI
http://www.youtube.com/watch?v=uX1ybDAqh40

Khamis, 22 Mei 2008

RASA DAN PERASAAN

Jika kita amati dan hayati dalam diri kita. Kita akan dapati hanya dua tempat yang sering mengeluarkan "Suara" dan "Kata-Kata" walau dalam keadaan mulut kita tidak mengucapkan apa-apa...Dimanakah anggota itu???..:) saje nak bertanya...sebenarnya kita boleh rasakan...yang pasti bukan di tangan, bukan di kaki...bukan di siku..:) tetapi di kepala atau di otak dan ruangan dada...secara zahir dapat kita lihat ruangan dada itu sebagaimana di bawah...:)

GAMBAR: Jantung manusia.

GAMBAR: Struktur dalaman dada manusia.

GAMBAR: Pergerakan darah dalam jantung manusia.

Apakah perkaitan yang zahir dengan perasaan kita?...bila kita berdebar...jantung akan berdetup-detap...bila kita gelisah...begitu juga...:}

RANCANGAN TAJUK 26 JUN 2008 : RASA DAN PERASAAN

Manusia dianugerah Allah s.w.t dengan pelbagai keistimewaan. Makhluk istimewa ini antara lain mempunyai kelebihan dalam perasaan. Antara perasaan yang kita ada adalah perasaan cinta, kasih, sayang, kasihan, benci, marah, gelisah, mengantuk, lapar, gembira, sedih, geram, takut, dan lain-lain perasaan. Rasa dan perasaan hadir mungkin disebabkan persekitaran atau juga disebabkan ciptaan dari dalam diri kita sendiri. Untuk tajuk ini kami di Kalam Damai menjemput para sahabat saudara kami semua melayari pembacaan belantara maklumat ini antara lain boleh kita pergi ke;
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/kaunseling.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jantung

Hasil Cari Melalui Al-Quran sebagai asas dalam hidup kita, adalah didapati sesuatu yang amat menarik kerana pelbagai jenis perasaan yang penting untuk kita hayati bersama, antara lain dalam Surah Ali Imraan: Ayat 154.

Maksudnya: Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliah. Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dialah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya). Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

Rabu, 21 Mei 2008

MELAYARI INTERNET TENTANG WARNA

Apabila saya mendalami dan melayari internet tentang tajuk 'warna', saya dapati antara lain melalui blog berikut sesuatu yang menarik...http://fitriadriani46.wordpress.com/ atau anda layari juga http://ms.wikipedia.org/wiki/cahaya

Selasa, 20 Mei 2008

PEMANDANGAN ALAM PENUH WARNA-WARNI






Pemandangan Indah di Negeri Pahang Darul Makmur...antara anugerah Allah s.w.t untuk kita yang penuh warna-warni...

SINOPSIS SIARAN 26 MEI 2008: TAJUK: WARNA



Maksudnya:
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.(Surah Faatir : 27 & 28)




Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
(Surah Ar-Rumm:22)

SERUAN AZAN TANPA HENTI

Sebagaimana yang telah disebut-sebutkan di Kalam Damai pada 19 Mei 2008 yang lalu. Setelah dikaji bahawa azan berkumandang tanpa henti di bumi. Video Klip yang kami telah bincangkan itu, anda boleh klik di pautan berikut...http://www.youtube.com/watch?v=NZQtPC1UD_s&watch_response

LAMBAIAN KAABAH



Mutakhir ini ramai yang memenuhi lambaian Kaabah menunaikan UMRAH. KALAM DAMAI mengucapkan selamat menziarahi dan beribadah dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Sampaikan salam kami buat Rasulullah s.a.w yang tercinta. Doakan buat sekalian muslimin dan muslimat aman bahagia. terima kasih.

Isnin, 19 Mei 2008

19 MEI 2008, KALAM DAMAI BERSAMA USTAZ BADLI SHAH



Pada 19 Mei 2008 (Isnin) yang lalu 'Kalam Damai' berkesempatan dengan tetamu Y.Bgh Al-Fadhil Qadi Temerloh Ustaz Badli Shah Alauddin. Tajuk yang diketengahkan pada hari berkenaan adalah tentang 'Suara'. Kupasan tentang 'Suara' telah diolah panjang lebar oleh Y.Bgh Ustaz Badli Shah, Y.Bhg Ustaz Ahmad Shah dan juga Juruhebah Rancangan Puan Ruhaida Abdullah.

Suara suatu nikmat yang perlu dijada dengan baik. Pastikan ianya bermula dengan baik dan digunakan dengan baik. Syukur kepada Allah atas nikmat suara dan bunyi...

Sabtu, 17 Mei 2008

selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru 2008

'Kalam Damai' mengucapkan Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru 2008 buat semua bergelar Ibu & Guru semoga segala jasa dan pengorbanan diberkati serta dikira sebagai amal jariah yang berkekalan hingga akhirat kelak.

Buat Ibu & Guru yang telah kembali ke Rahmatullah kita hadiahkan AL-FATIHAH..AL-FATIHAH...

Khamis, 15 Mei 2008

Tajuk 19 Mei 2008 : Suara

Suara merupakan sesuatu yang menarik untuk dibualkan. Sesuatu yang tidak mungkin dapat dibuktikan dengan mata penglihatan, namun kewujudaannya dapat dikesan dengan alat pendengaran iaitu telinga. Sesuatu yang menarik, telinga juga mempunyai telinga zahir dan telinga batin. Telinga batin termasuklah telinga hati dan telinga minda.

Bagaimana boleh saya katakan demikian? Bagi seorang yang cacat pendengaran, pekak atau pekak dan bisu mereka boleh menganalisa sesuatu melalui telinga hati atau telinga mindanya.

Keseronokan membicarakan tentang suara dan bunyi, ianya sesuatu yang pelik jika kita ingin fikirkan. Melalui pembacaan mahupun penyelidikan yang mendalam tentang bunyi dan suara menjadikan diri mendapat kepuasan. Kepuasan dalam mengimani kekuasaan Allah s.w.t sebagai pencipta.

Suara dan bunyi dikaji dalam pengkajian fizik setelah ilmu kejadian alam ini difakultikan. Suara & bunyi mempunyai frekuensi-frekuensi tertentu. Sekiranya kita ingin mendalami pengkajian suara dan bunyi ini sangat menarik kita mendalami ilmu fizik.

Seperti biasa 'Kalam Dama' hanya sekadar pencetus dan kita berbicara santai dan ianya tidak terlalu akademik

Menarik tentang suara;

1. Kedudukan dan keadaan penciptaan peti suara manusia yang boleh mengeluarkan bunyi.

2. Perbezaan di antara suara lelaki dan wanita.

3. Bunyi suara dalam diri dapat di dengar oleh diri sendiri ketika berfikir, membaca, mimpi dan lain-lain keadaan.

Dan...banyak lagi akan kita kupaskan pada minggu ini...dan kita akan bersama tetamu 'Kalam Damai' Y.BHG USTAZ BADLI SHAH ALAUDDIN...JUMPA DI UDARA...(",)

Rabu, 14 Mei 2008

Salam Perkenalan



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sejahtera semua. Saya mengharap dan berdoa agar semua sahabat, saudara mara yang mendengar siaran "Kalam Damai" PahangFm sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan bahagia sentiasa.

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com