RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Isnin, 15 November 2010

SEKELUMIT ILMU PENGURUSAN MELAYU

Sumber merujuk kepada punca asal yang membina pengurusan MELAYU. MELAYU dan ISLAM tidak dapat dipisahkan, sehingga MELAYU bernegara moden pada hari ini meletakkan ISLAM sebagai AGAMA ISLAM sebagai AGAMA NEGARANYA. Namun atas prisip ISLAM tidak memaksa berakidah yang lain seperti mereka melainkan tanggungjawab dakwah tetap diteruskan, MEREKA hidup dengan aman dengan masyarakat lain dengan asas pegangan itu.

SUMBER PENGURUSAN MELAYU adalah pada ADAT MEREKA. Namun, melaui ADAT itu perlu disungkai bahawa, SUMBER terasnya adalah KITABULLAH. Melalui bidalan MELAYU yang berbunyi, ADAT BERSENDI SYARIAT, SYARIAT BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH.

Dari situlah, bermulanya sebuah PENGURUSAN MELAYU yang luhur berbudi dan beradab sopan. Sehinggakan mereka berbidalan, 'Biar mati anak, jangan mati adat'.

KITABULLAH menjadikan MELAYU celik mata fikir dan celik mata hatinya. MELAYU akan sentiasa merungkai apa yang TERSURAT dan apa pula yang TERSIRAT atas setiap sesuatu.

MENGAJI AL-QURAN atau KITABULLAH adalah asas kepada kehidupan mereka. Sejak dari kecil lagi MELAYU akan memastikan anak-anak mereka mendampingi AL-QURAN. Selain itu, mereka berdikir MARHABAN atau BERZANJI untuk merapatkan diri kepada UTUSAN ALLAH atau RASULULLAH MUHAMMAD .S.AW dalam penuh berseni.

MELAYU hatinya halus, fikirnya bijak, mencerap alam dengan penuh teliti dan pengahayatan, sehinggakan mereka membina bidalan dari hal alam semesta membentuk pekerti budi mulia dan tercerna dalam PENGURUSAN MELAYU itu sendiri.

Antara bidalan PENGURUSAN KONFLIK MELAYU misalnya, 'Biduk berlalu, kiambang bertaut'.

Biduk adalah sampan kecil yang digunakan sebagai kenderaan meredah perjalanan air tasik atau sungai yang tenang oleh MELAYU suatu ketika dahulu.

Kiambang pula adalah sejenis hidupan yang tumbuh tampak di permukaan air yang akarnya menjalar ke dasar air mencengkam ke tanah. MELAYU sangat teliti dalam mencerap pemerhatiannya rerhadap ALAM CIPTAAN ALLAH yang terbentang luas, lebih-lebih lagi kepada apa yang dilaluli oleh MELAYU dalam kehidupannya.

Melalui pemerhatian dan penghayatannya pada alam itu, maka mereka membina bidalan yang bersesuaian dengan runtin dan permasalahan harian mereka. Keadaannya KAMBANG itu apabila berlalunya mereka dalam kelompok hidupan tumbuhan itu dengan menaiki biduk, mengenepi ianya, setelah berlalu, KIAMBANG bertaut kembali.

Hasilnya keadaan sama dengan PERMASALAHAN dalam kehidupan mereka, apabila ianya seolah sama dengan prihal hidup mereka, bidalan ini lahir dalam menjadi cerapan mereka juga dari KITABULLAH.

KITABULLAH menyatakan;

Surah Al-Hujurat, Ayat 9;

Maknanya: "Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Surah Al-Hujurat, Ayat 10;

Maknaya: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Bidalan yang sangat berkaitrapat lagi dalam hal ini, MENARIK RAMBUT DALAM TEPUNG, TEPUNG TIDAK BERSELERAK, RAMBUT TIDAK PUTUS...

Oleh yang demikian, ADAT BERSENDI SYARIAT, SYARIAT BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH perlu dihayati jika kita ingin berbicara akan SUMBER PENGURUSAN MELAYU.

....bersambung...

Isnin, 25 Oktober 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN PAHANG

دولات توانكو




KALAM DAMAI merafak sembah DIRGAHAYU TUANKU! DAULAT TUANKU!

AGAMA DAN BANGSA

Salam buat semua,

Keindahan dalam Dunia Melayu, kita amat rapat dengan Agama anugerah Allah ini kepada kita. Setelah memluk Islam, budaya kita semakin indah termasuk dalam berbahasa dan berbudaya.

Menyelami keindahan dalam berbahasa dan berbudaya, bidalan dan kata-kata bestari membina keindahan, malah mencipta 1001 pekerti mendidik dan beradab.

Kehidupan berbudaya dan berbudi ditanam dalam segenap kehidupan bangsa kita dalam menghayati kehidupan beragama anugerah Ilahi ini.

Berbudi bahasa, beradab sopan dalam Dunia Melayu adalah lahir dari kesucian hidup bertasawuf bijakpandai dan cendekiawan lalu...

Menyelaminya...seolah menyelami alam jagat yang penuh keindahan...

Assalamualaikum...:-)

Isnin, 18 Oktober 2010

PERTUKARAN TARIKH HIJRAH DAN TARIKH MASIHI

Salam Ingatan buat semua...:-)

Kita boleh mengetahui pertukaran tarikh berkenaan dengan menggunakan sistem pertukaran di Laman Sesawang berikut...

http://al-islam.com/Loader.aspx?pageid=922

Selamat mencuba...:-)

Isnin, 11 Oktober 2010

LOGO HALAL

Salam buat semua pengunjung kalamdamai.blogspot.com

Berikut adalah Laman Sesawang untuk semakan logo halal yang diiktiraf. Anda boleh 'download' senarai berkaitan melalui laman ini...

http://www.halal.gov.my

Bagi yang diperantauan...semoga kalian dipermudahkan dalam mencari makanan halal...amin...

Selasa, 20 Julai 2010

KEMPEN HAFAZ 1AYAT 1HARI





...bersambung...

2. Mengembangkan Sel-Sel Otak

Segala yang berlaku di atas muka bumi ini, pada hakikatnya dengan izin Allah s.w.t semata-mata. Penjagaan sel-sel otak amat penting supaya ianya terus berkembang dan tidak mengalami kerosakan. Dengan kaedah ini, maksud saya kalaulah janji-NYA tentang Al-Quran itu adalah syifa' شفاء atau ubat atau penyembuh kepada apa jua penyakit, bayangkan sekiranya ia ada dalam sistem ingatan kita. Perumpaan lazim masa kini, mungkin boleh dikias atau ditamthil atau dicontohkan kepada komputer. Sekiranya komputer tanpa anti-virus, apakah yang akan terjadi kepada komputer itu?

...bersambung...

KEMPEN HAFAZ 1AYAT 1HARI



Antara kelebihannya:

1. Dapat mengingat Kalam Allah.

Sebut sahaja Kalam Allah, teringat saya pada Sifat 20, Sifat yang ke-13 adalah KALAM كلام yang bermakna Allah itu Maha Berkata-kata. Antara berkata-kata-Nya Allah itu adalah melalui Al-Quran. Kalam Allah ini sangat luas makna dan pengertian-NYA. Antara lain adalah berkenaan ILMU yang terkandung di dalam-Nya. Ianya bukan kitab sejarah, namun ianya menjelaskan sejarah terdahulu tanpa kesalahan fakta secara tersurat dan tersirat. Ianya bukan kita sains, namun ianya menjelaskan tentang sains dari prinsip sehingga penemuan yang masih dalam kajian. Ianya bukan kitab undang-undang, namun di dalamnya ada prinsip undang-undang, malah undang-undang yang paling adil. Ianya bukan kitab georafi, namun ianya telah menjelaskan prinsip geografi, malah masih banyak belum ditemui dan masih dalam kajian manusia dan sentiasa dibenarkan berdasar kajian aqli manusia. Ianya bukan kitab kedoktoran, namun ianya menjelas secara prisip perubatan, malah terkandung pengubatan dan pencegahan.

Begitulah selanjutnya, yang sekiranya ingin ditulis ilmu yang terkandung di dalamnya tanpa ada batasnya, walau 7 lautan menjadi dakwat, seluruh pokok di daratan menjadi pena, belum habis ilmu itu hendak ditulis.

.....bersambung...

Jumaat, 9 Julai 2010

27 REJAB DATANG LAGI...

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya! Allah Ya! Qahhar,

Mohon Engkau tutupkan segala pintu maksiat untuk kami. Lalu Engkau bukakan pintu ibadat buat kami dan kami memasukinya.

Ya! Allah Ya! Rahman Ya! Rahim,

Mohon Engkau bukakan pintu Rahmat buat kami. Lalu Engkau tutup pintu Kemurkaan-MU.

Ya! Allah Ya! Wadud,

Mohon Engkau bukakan pintu kasih sayang antara kami. Lalu Engkau tutup pintu kebencian antara kami.

Ya! Allah Ya! Fattah Ya! Alim,

Mohon Engkau bukakan pintu bahagia buat kami. Lalu Engkau tutup pintu sensara dari kami.

Ya! Allah Ya! Razzaq,

Mohon bukakan pintu rezeki buat kami. Lalu Engkau tutup pintu papa dari kami.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالمين

Isnin, 5 Julai 2010

KEMPEN

Assalamualaikum w.b.t Buat Semua yang mengikut Rancangan Kalam Damai Pahangfm dan juga Blog ini. Saya bagi pihak 'Team' Kalam Damai mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan yang telah diberikan. Saya rasa sudah terlalu lama saya tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Pada malam ini saya teruskan kembali setelah sekian lama hanya berinteraksi di ruangan Cit Cat Blog dan FB Personal saya.

Kini, kempen yang pelbagai telah diadakan kepada orang Islam di Malaysia. Berdasarkan pemerhatian dan penghayatan saya, kita perlu memikirkan keutamaan dalam kempen-kempen ini. Adakah pengutaraan kempen ini telah meletakkan keutamaan dan menjadi keperluan utama dalam masyarakat Islam di Malaysia. Pada jumlah besarnya, kaum Melayu merupakan majoriti dalam kelompok Muslim di Malaysia. Malah, Melayu telah ditafsirkan sebagai beragama Islam menurut Perkara 160, Perlembagaan Malaysia. Manakala, agama bagi Persekutuan pula adalah Islam, di bawah peruntukan Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, Islam dan Melayu tidak dapat dipidahkan di Tanah bertuah ini. Lantaran itu, kempen yang diadakan seharusnya melihat kenyataan ini sebagai dasar kepada kempen yang dibina, diaju dan dilaksanakan.

Melihat kepada kelompok minoriti muslim selainnya, ada yang telah berketurunan, ada pula yang memeluk Islam setelah dewasa, yang kebanyakannya di bawah urusan PERKIM dan badan-badan lain yang berkaitan.

Merujuk kepada kaum majoriti, jika dihayati kepada asas, adalah menjadi kegusaran kepada kita, jika kita hanya mengenengahkan kempen yang hanya memenuhi ranting atau cabangan pemahaman terhadap Islam itu sendiri.

Saya utarakan perkara asas;

1. Adakah golongan majoriti telah selesai atau memahami benar perkara asas di dalam Islam?

a. Pemahaman terhadap DUA KALIMAH SYAHADAH.
b. Pemahaman terhadap RUKUN IMAN.
c. Pemahaman terhadap RUKUN ISLAM.

2. Selain itu, sejauhmana kempen 'JOM KE MASJID', adakah ianya amat perlu? kerana Masjid itu merupakan hati kepada sesuatu masyarakat Islam.

Tentang keutamaan yang lain. Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya terpanggil untuk menulis di sini berkenaan hal ini apabila saya disapa oleh seorang kawan berkenaan perkara ini. Ianya boleh kita kongsi bersama dalam ruangan 'komen' atau menulisnya di FB saya facebook/ahmadshahjamlus

Terima kasih, Selamat Pagi dan Assalamualaikum w.b.t.

Jumaat, 21 Mei 2010

Jom Melawat Blog Badli Shah

Assalamualaikum w.b.t,

Bersua kembali setelah lama bersama hanya di Facebook. Dalam melayari blog baru-baru ini saya terserempak dengan Ustaz Badli Shah di....http://pancapersada.blogspot.com

Jom klik...boleh mengembangkan pengetahuan...

Selasa, 9 Mac 2010

ANGGOTA

Perkataan ini mempunyai banyak makna dan maksud. Saya terfikir dan tersenyum sendiri bilamana melihat keindahan ciptaan Allah ini. Andai anggota kita semua sama, dari hujung rambut hingga hujung kaki hanya ada telinga sahaja. Macamana?...eeemmm... :-)

Melainkan OKU itu ada hikmah di sebalik kejadian... :-)

Ahad, 21 Februari 2010

NIKMAT TEKNOLOGI

Salam Ingatan buat semua,

Sebentar tadi saya dapat ilmu pengetahuan baru dalam aplikasi terjemahan di dalam internet. Cuba lihat karangan ringkas di bawah, saya mampu untuk terjemahkan dalam pelbagai bahasa dengan hanya menggunakan aplikasi internet.

KARANGAN DI DALAM BAHASA MELAYU
Nikmat yang Allah berikan kepada kita tidak terhingga banyaknya. Setiap hari kita menghirup udara untuk bernafas, makanan yang begitu banyak, keamananan negara, kehidupan bermasyarakat dan sebagainya. Alhamdulillah.

DITERJEMAHKAN KE DALAM BAHASA ARAB
النعمة التي منحها الله لنا ليست وفرة لانهائية. كل يوم نحن نتنفس في الهواء الذي نتنفسه ، والطعام الكثير ، وأمن البلاد ، والحياة الاجتماعية ، وهكذا دواليك. الحمد لله.

DITERJEMAH PULA KE DALAM BAHASA INGGERIS
Grace that God gave us is not infinite abundance. Every day we breathe in air to breathe, the food so much, the country's security, social life and so forth.Alhamdulillah.

DITERJEMAH PULA KE DALAM BAHASA PERANCIS
Grâce que Dieu nous a donné l'abondance n'est pas infinie. Chaque jour, nous respirons dans l'air à respirer, le tant de nourriture, la sécurité du pays, la vie sociale et ainsi de suite.Alhamdulillah.

Sekadar berkongsi…kecanggihan semasa…yang kadang-kadang tidak terkejar oleh kita…mereka sudah jauh…kita di mana?

Alhamdulillah…

Jumaat, 29 Januari 2010

JERAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya tertarik dengan perkataan JERAT. Dalam kehidupan ini, banyak kita boleh kaitkan dengan perkataan ini. Jika kita kaitkan dengan apa kita lakukan kepada jerat yang dipasang manusia untuk binatang, mungkin ianya untuk manusia itu mencari rezeki atau untuk makan. Selain itu, mungkin untuk menghindari dari musuh tanaman. Merujuk kepada jerat untuk manusia pula, perkataan ini dilakukan pula oleh musuh manusia untuk manusia itu binasa. Iblis dan sekutunya, nafsu yang membawa kejahatan dan kesesatan tidak ketinggalan melakukan perbuatan bagi perkataan ini.

Bercakap tentang Islam, maka musuh kepada pegangan ini akan membuat jerat dalam pelbagai bentuk agar penganutnya tergelincir atau terjerumus kepada apa yang diingini musuhnya.

Sebagai renungan...



Maknanya: (Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah). - Surah Al-Baqarah, Ayat 176.

Isnin, 25 Januari 2010

GLOBALISASI



Maknanya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Surah Al-Anbiya' 107.


GLOBALISASI, bukan istilah asing dalam Islam. Surah Al-Anbiya', Ayat 107 menjelaskan tentang GLOBALISASI dengan istilah 'Al-Alamin'. Perkataan ini meliputi yang ghaib dan yang nyata. Pendekatan musuh Islam menghanyutkan kita kepada istilah ISLAM dan GLOBALISASI amat berkaitrapat dan menghayun jiwa kita supaya kita adalah sama dengan agama yang lain dan kemudiannya mereka berperanan untuk kepentingan lain. Pemahaman ini boleh diumpamakan bagai layang-layang, dibiar kononnya bebas, sedang talinya berada di tangan mereka. Hati-hatilah...bersabarlah...teruskanlah menyempurnakan kehidupan kita sebagai seorang Muslim...insyaAllah.

SEMOGA KITA SAMA-SAMA BERFIKIR DAN MENGAMBIL PENGAJARAN



Islam agama kasih sayang, bimbing bukan Islam kepada kefahaman yang betul bukan menghina agama lain. Jelaskan dengan baik. Video di atas adalah satu pengelaman yang boleh kita kongsi bersama.

Selasa, 19 Januari 2010

MARI KITA MEMBUKA MINDA DENGAN MAJLIS DIALOG INI

SYIRIK DALAM ISTILAH BARU

Perkembangan dunia dan perkembangan istilah semasa menyebabkan lahirnya beberapa istilah yang amat berkait rapat dengan Syirik (Menyengutukan Allah atau menduakan Allah dalam penyembahan, pendewaan, pemujaan dan merasa serta mengiktiraf ada yang maha kuasa selain Allah). Antara istilah itu adalah HUMANISME, MATERIALISME dan INDIVIDUALISME.

Sejak mula ciptaan manusia hingga kini, manusia amat memerlukan petunjuk dan bimbingan agar tidak tersasar dari menyembah Allah Yang Maha Esa.

Dahulu mungkin kita biasa dengan istilah penyembahan berhala yang dibuat dari patung, menyembah bukit, gunung, matahari dan seterusnya yang berbentuk objek. Perbuatan ini adalah syirik iaitu tidak menyembah Allah s.w.t.

Kalau kita menggunakan istilah menyembah berhala, mungkin kita rasa jauh dari perkataan MATERIALISME. Namun, sebenarnya itulah kehendak dari makna MATERIALISME itu, iaitu menyembah atau mendewakan objek yang terzahir dan mempercayai ianya sebagai sebenar berkuasa.

Merujuk pula kepada taksub, pendewaan kepada manusia dan mengiktiraf manusia sebagai mempunyai sakti misalnya juga telah syirik. Ini adalah sinonim dengan HUMANISME iaitu mempercayai kesaktian atau kehebatan yang ada pada manusia dan telah melupakan Kuasa atau Qudrat Allah s.w.t. Ini boleh dilihat dalam sejarah sehingga kini, misalnya Nabi Allah Isa a.s. telah dianggap anak Tuhan.

INDIVIDUALIME pula adalah syirik yang terpendam dalam hati kerana riak, takabur, ujub dan lain-lainnya. Di mana setelah kekuatan, kemuliaan, kekayaan dan kehebatan lain kita perolehi kita lupa akan amanah Allah yang telah dikurniakan dan merasakan bahawa kitalah yang berkuasa atas sekelian itu.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita terhindar dari kesyirikan. أمين.

Rabu, 6 Januari 2010

KALIMAH ALLAH



Maknanya: Katakanlah: "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku (memeluk Islam)?" Surah Al-Anbiya', Ayat 108.

Allah adalah Tuhan setiap manusia dan sekelian alam. Dialah yang mencipta dan mentadbir sekelian alam. Allah adalah khusus untuk Islam kerana Islam memberi kesimpulan tentang-NYA dengan tepat. Allah Maha Esa, Allah Maha Sempurna, Allah jauh dari sifat kekurangan. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.



Maknanya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.Surah Ar-Ruum, Ayat 22.

Perbezaan Bahasa di antara manusia di muka bumi ini adalah tanda kekuasaan Allah. Bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi bahasa penyebaran agama Islam di rantau Nusantara dan menjelaskan prihal agama Islam itu sendiri. Istilah 'Tuhan' dan kalimah Allah ada perbezaan di dalam Bahasa Melayu. 'Tuhan' adalah merujuk kepada sesuatu yang dianggap agong dan berkuasa bagi penganut beragama dan adat. Penggunaan perkataan 'Tuhan' adalah bersifat umum dan merujuk kepada kehidupan hormat-menghormati dalam kemajmukan dan pergaulan serta pemahaman dalam kehidupan pelbagai kaum sejak zaman perdangangan dahulu lagi. Kalimah Allah adalah merujuk khusus kepada yang empunya Zat Yang Maha Suci dan Maha Sempurna dari sifat-sifat kekurangan.

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com