RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Ahad, 30 Ogos 2009

RAMADHAN SELURUH DUNIA







BAHAN RENUNGAN

RASA JIWA

Klip Video ini diperoleh daripada laman YOUTUBE CIKKUNTUM99

SELAMAT BERTAMU BUAT TENGKU AZMAN

Salam Ramadhan Buat Tengku Azman,

Terima kasih kami rakamkan buat Tengku Azman atas kesudian bertamu ke Blog KD. Semoga "Rahmat, Keampuan serta Lepas Siksa Neraka" menjadi milik kita bersama dalam memenuhi tuntutan Ramadhan kali ini.

Terima kasih, Salam.

HAMPIR 10 RAMADHAN 1430H

Salam Ramadhan Buat Semua Pengunjung Blog KD,

Sedar tak sedar 31 Ogos 2009 merupakan 10 Ramadhan 1430h. Sehingga saat ini seharusnya kita telah merasai nikmat 'rahmat' Allah s.w.t yang telah dijanjikan buat kita semua melaksanakan ibadah puasa pada tahun ini.

Penggal 10 hari selanjutnya kita sama-sama memberbanyakkan istighfar dengan lafaz 'Astaghfirullahalazim...' dan memohon agar kita sentiasa diampuni Allah s.w.t. Keampuan dan kesempurnaan setiap malam sekurang-kurangnya kita pohonkan kepada Allah s.w.t. Sebagaimana lafaz doa yang kita panjatkan atau kita aminkan setiap selepas solat tarawih..."....watammim taqshiirana..." yang membawa makna..."dan sempurnakanlah segala kekurangan..."

Semoga kita terus tabah melaksanakan ibadah sepanjang ramadhan ini...amiin...

Isnin, 24 Ogos 2009

TERIMA KASIH USTAZ ZURIDAN

CHIT CHAT;

22 Aug 09, 07:54
Zuridan: Aslmkm, ustaz A.Shah & Puan Selamat Berpuasa, saya minta izin promosi buku Bingkisan Ramadan...untuk tazkirah sepanjang Ramadan ini.. http://buku2-mustread.blogspot.com/


RESPON;

Terima kasih atas sokongan Ustaz, juga terima kasih atas maklumat yang Ustaz telah dikongsikan bersama KD.

(",) wassalam...شكرا لك وجزاكم الله رمضان كريم وكل عام وانتم بالف خير، يا أستاذ

DOA IFTITAH

CHIT CHAT

20 Aug 09, 18:46
kai: asalam, ustaz sy nak tahu, doa iftitah kita tu dapat dari mana? ada yg cakap kat saya dr AQ surah 6/162-163. tapi kenapa lain?


RESPON

Waalaikum Salam...Sdr. KAI...semua pergerakkan solat adalah dirujuk kepada Al-Quran dan Hadis...

Mengapa wujud perbezaan? untuk mendapat kepuasan dalam memahami hukum hakam (Fekah) kita mesti merujuk kepada Asas kepada pembinaan hukum (Usul Fekah). Dalam perbicaraan Usul Fekah kita akan dapat menyelami bagaimana pembinaan hukum atau susunan peraturan ibadat dibuat...

Solat pada asasnya dari perintah Al-Quran kemudian Rasulullah s.a.w bersabda (Hadis) ; "Solatlah sebagaimana aku solat".

Ulamak sentiasa mengkaji apa sahaja perbuatan, pergerakan, bacaan serta berkaitan dengan solat yang ditunjuk Rasulullah s.a.w...

Berkenaan bacaan Doa Iftitah sememangnya ada perkaitan dengan ayat yang Saudara sebutkan, tetapi bagi keseluruhan doa ini adalah merujuk kepada bacaan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w tentang bacaannya.

Jika kita merujuk kepada kitab tulisan Ulamak-Ulamak arab termasuk kita Fikh Sunnah, Fiqh Manhaji, Fiqh Ala Arbaah Mazahib dan banyak lagi...sudah tentu kita akan mendapat pelbagai bacaan untuk doa iftitah lagi...

Secara mudahnya, DOA IFTITAH adalah merupakan pembukaan bacaan atau pembuka pertamuan hamba dengan pemiliknya. Dalam ungkapan yang kita lafazkan dalam doa berkenaan adalah pengiktirafan penyerahan diri kepada Yang Maha Kuasa yakni Allah s.w.t.

Ulamak tanah air kita dalam mengambil inisiatif kesamaan dan keseragaman dengan merujuk kepada bacaan DOA IFTITAH yang paling muktabar serta ianya menjadi satu bacaan yang seragam dan menjadi kurikulum disekolah-sekolah bagi mendidik anak-anak kita dengan mudah dan berkesan untuk diamalkan.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 20 Ogos 2009

TERIMA KASIH RADIN ATAS SOKONGAN

CHIT CHAT;

18 Aug 09, 23:34
radin: salam ziarah.. saya suka KALAM DAMAI.. bagusnya rancangan itu.



RESPON;

Terima kasih Radin atas sokongan...InsyaAllah, kita jumpa diudara lagi selepas raya nanti.

InsyaAllah saya usahakan dalam Ramadhan ini untuk memasukkan Audio Kalam Damai yang telah dirakamkan...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1430H. SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH MAKNA DAN LEBIH MEMATANGKAN KITA SEMUA. AMIIN.

Rabu, 12 Ogos 2009

3 QUL

H1N1 mengajar dan mengingatkan kita tentang YANG MAHA KUASA...

Marilah kita kembali kepada-NYA...




Maknanya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia."Yang Menguasai sekalian manusia,"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".




Maknanya: Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".




Maknanya: Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

REVERSE THINKING

PERSOALAN;

11 Aug 09, 09:44
ustaz sufi: orang berilmu hanya sekadar berbicara/berpidato tapi jelas tidak beramal.Apa bezanya antara ustaz duit dengan ustaz jujur dan ikhlas...opss semacam aje soalan ni..takpe,ni perbincangan ilmu
11 Aug 09, 09:40
ustaz sufi: berbicara sesuatu tentang agama hanya sekadar untuk mencari nama dan kepopularan..??Apa bezanya antara orang beriman dengan tidak beriman???Apa bezanya antara orang berilmu mengamalkan ilmu dengan ora
11 Aug 09, 09:37
ustaz sufi: Ustaz..apakah bezanya antara berkata-kata yang benar dengan mengata dan mengumpat...apakah bezanya menyeru manusia taat kepada Allah dan sentiasa berhati-hati melakukan ibadah dengan berbicara tentang


RESPON;

HEHEHE...!!! best ke glomourrr??? best ke kaya...banyak duit???...HEHEHEHE...

MEMANG BEST!!!...best-best juge...disebalik semua tu kita ada tanggungjawab yang lebih besar...iaitu mendapat redha-NYA...


Ramai orang yang kejar glamour dan nak banyak duit...tapi cuba kita tanya kepada orang yang dah glamour dan banyak duit tu...apa yang ada pada semuanya tu....

Saya dah tanya...kita ni hanya nak sesuatu perkara yang masih takde pada kita...bila dah ada semuanyeee...takde apa pun....

Akhirnyee...diorang kata IKHLAS lagi penting...yang lain-lain tu penyeri dan penyokong apa yang hendak kita lakukan jeee...


bila IKHLAS baru ada kepuasan....(",) diorang kata...

MENGATA ATAU MENGUMPAT ATAU MENYATAKAN SESUATU YANG BENAR....(",) ...dalam kebaikan ada keburukan...dalam keburukan tiada kebaikan...

menyatakan yang benar....harus kena pada tempat, siapa, masa...

mengatakan sesuatu yang benar...bukan menjaja aib orang...(",)....

hehehe...hati-hatilah...terkadang syaitan dan nafsu...sering menipu kita....

SELAMAT BERPUASA...

ISTILAH DAKWAH & ISLAH

Terima kasih Ust Sufi & Kai,

PERSOALAN;

ustaz sufi: Assalamualikum ustaz.Maksud dakwah tu apa ye??maksud terbatal kalimah laillahaillallah tu ape ye?Bagaimana atau apakah punca-punca ia boleh terbatal..???habis kalau terbatal macammana nak pulihkan...?

RESPON;

Pada kebiasaan penggunaan dari sudut bahasanya DAKWAH digunakan untuk menyeru orang bukan Islam untuk memeluk Islam, ISLAH pula untuk digunakan dari sudut bahasanya bagi menyatakan kerja-kerja pemulihan dikalangan orang Islam itu sendiri.

Namun, KEDUA-DUA PERKATAAN ini telah digunakan sebagai istilah lazim yang difahami di kalangan kita kini hampir sama untuk menyatakan seruan kearah kebaikan dan Islam itu sendiri.

Terbatalnya kalimah LA ILAHA ILLALLAH merupakan suatu persoalan yang sangat rumit untuk dibahaskan. Ini adalah kerana ianya mengikut perspektif agama yang dipegang sesuatu golongan itu. Namun ianya perlu merujuk kepada pendapat yang kolektif dan mengikut landasan peraturan dan perundangan yang betul.

Rasulullah s.a.w pernah persabda yang bermakna: "Kita/Kami (Rasulullah s.a.w) menghukum secara zahir, Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat"

Sebagai Manusia dan institusi dalam kalangan manusia itu sendiri maka semestinya ianya perlu disusun dengan teratur dan terurus dengan baik dan menghasilkan keamanan dan kesejahteraan sebagaimana makna dari sudut bahasanya ISLAM itu dalah sejahtera, selamat, aman, harmoni dan sewaktu dengannya. Selain memberi pengertian tunduk dan patuh kepada keESAan Allah s.w.t itu sendiri.


Menelusuri hadis di atas, maka Perlembagaan Negara kita yang tercinta telah mengurus, mengatur malah telah memperundang-undangkannya dalam JADUAL KESEMBILAN, SENARAI NEGERI, Senarai 2 - Senarai Negeri, yangmana melalui peruntukkan ini maka perkara menentukan Islam atau tidak seseorang itu adalah ditentukan oleh Mahkamah Syariah.

Perlu dijelaskan disini, melalui Mahkamah Syariah berdasar segala hujah dan segala pembuktian zahir serta niat yang terzahir (meas rea dan actus reus, dalam istilah perundangan atau niat dan perbuatan yang terzahir dalam perlakuan) yang diutarakan dihadapan Hakim. Maka dengan segala apa yang didapati terzahir di Mahkamah itu, maka hakim membuat keputusan.

Walau bagaimanapun...melalui tulisan ini...adalah untuk kita gunakan sebagai panduan hidup kita tanpa melibatkan proses yang 'complicated' tersebut....(",)

NIAT dan PERBUATAN YANG DIZAHIRKAN adalah dua perkara yang sangat penting...tertakluk kepada apa yang kita bincangkan...Islam atau tidak...mari kita ikuti perkataan dibawah;

FASIQ: orang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul dan iktikqad di hatinya sememang demikian tetapi berlarutan dalam perkara dosa atau larangan perbuatan zahir yang ditegah Allah.

MUNAFIQ: orang yang pada zahirnya beriman dan melakukan secara zahirnya perbuatan yang disuruh Allah sebenar dan hakikat di hatinya adalah tidak beriman dan dia berpura-pura sahaja.

BEZA FASIQ DAN MUNAFIQ adalah orang yang FASIQ adalah orang masih beriman kepada Allah dan Rasul sedang orang MUNAFIQ adalah orang yang tidak beriman.

Untuk pemulihan...(",)...apa yang penting...KERJASAMA...bila semua orang hendak pulih...dan empunya diri bersedia dan berkehendak untuk itu...(",)...


Jumpa lagi...(",)

Jumaat, 7 Ogos 2009

SAYU RASA HATI



Seronoknyeee...kalau kita dapat ke sana... (",)

Khamis, 6 Ogos 2009

PESTA IBADAH 15 HARI LAGI

Lebih kurang 15 hari lagi (tertakluk kepada Rukyah & Hisab) kita akan menyambut RAMADHAN;

Bulan yang dikenali pelbagai nikmat dan kebaikan;

1. Sebagai sekolah tahunan.

2. Bulan keampunan.

3. Bulan Ibadat.

4. Bulan ujian.

5. Bulan Persaudaraan.

Dan banyak lagi...seronoknyeee...dalam pelbagai dimensi...

(",)

Selasa, 4 Ogos 2009

ARTIKEL

Artikel Berikut Telah Diterbitkan SINAR HARIAN EDISI PAHANG, pada 1 OGOS 2009 yang lalu. Olahan telah dibuat untuk kesesuaian terbitan Akhbar Berkenaan.

CHATTING : PRO DAN KONTRA
Oleh : Ahmad Shah bin Jamlus

Suatu ketika dahulu dalam lingkungan awal 90-an, sebut tentang ICT mungkin agak janggal. Namun kini, ianya telah digunakan dengan sangat meluas. Information Communication Technologies atau Teknologi Maklumat dan Komukasi telah mula dan sedang mengambil alih corak dan gaya hidup kita.

Penggunaan komputer dan internet mungkin masih agak janggal kepada sesetengah daripada kita, tetapi telah menjadi kebiasaan pula dalam menggunakan telefon bimbit dan siaran televisyen berbayar. Malah mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kita semua telah mampu memiliki dan menikmati kemudahan ini.

Penggunaan telefon bimbit misalnya, boleh dikatakan sangat meluas malah kanak-kanak juga telah menggunakannya. SMS (Khidmat Pesanan Ringkas), MMS (Khidmat Pesanan Multimedia), Video Call (Panggilan Video) yang mampu berbual dengan menatap gambar secara langsung hasil talian dan penggunaan teknologi 3G.

Selain itu, kemudahan internet dan intranet atau penggunaan perhubungan di talian semakin memudahkan urusan. Pelbagai kemudahan telah kita dapati daripada pelbagai syarikat kemudahan e-mail percuma mahupun berbayar seperti yahoo.com, gmail.com dan pelbagai lagi. Begitu juga penggunaan laman web, blog, friendster, facebook dan sebagainya menjadikan penyampaian maklumat serta penerimaannya semakin mudah.

Asasnya, bila sebut tentang maklumat ianya merupakan satu perkara yang sangat penting dalam hidup kita. Apatah lagi agama kita Islam amat menggalakkan umatnya mendapatkan ilmu atau maklumat untuk kebaikan individu, keluarga, masyarakat, negara dan umat keseluruhannya begitu ditegaskan dengan pelbagai sumber asas termasuk galakan serta kefardhuan melalui Al-Quran dan juga Hadis Rasulullah s.a.w.

Merujuk kepada komunikasi pula, asasnya kita telah mengtahui bahawa wujud hubungan kita dengan Allah s.w.t, dengan sesama manusia dan juga dengan alam jagat keseluruhannya. Kemudian jangan kita lupa bahawa dalam sekelian hubungan pula, Allah s.w.t sentiasa memerhati serta Maha Mendengar apa yang kita lakukan ketika saat kita berhubungan atau menjalankan proses komunikasi berkenaan.

Komunikasi tidak asing dalam Islam kerana antara sifat wajib bagi Rasulullah s.a.w antaranya adalah 'Tabligh' atau 'menyampaikan'. Sifat 'menyampaikan' mempunyai pertalian rapat dengan komunikasi serta prosesnya.

Melalui asas perkenalan ini, jelas membuktikan bahawa ICT atau Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi bukanlah asing dalam kepentingan penggunaan dalam hidup seseorang muslim mahupun seluruh kehidupan manusia lainnya.

Melalui penulisan kali ini, ingin saya fokuskan mengenai perkara 'chatting' atau 'sembang-sembang' atau perhubungan interaksi ucapan atau isyarat bertulis di antara seseorang dengan seseorang atau antara seseorang dengan satu-satu kelopok kumpulan yang berhubung di talian dan sebaliknya, sama ada menggunakan telefon bimbit mahupun menggunakan talian sesawang atau internet.

Sebagaimana yang telah dijelaskan hubungan dan komunikasi sangat penting dalam hidup kita. Namun ianya memberi kesan baik (pro) dan sebaliknya (kontra) dalam hidup kita.
Asas dan etika sama ada melibatkan adab muslim ataupun secara universel adalah sangat menitikberatkan perihal akhlak dan juga moral. Sama ada jika kita bicarakan secara manual atau hubungan komukasi secara biasa mahupun di talian.

Komukasi dalam konteks 'chatting' atau 'sembang-sembang' ini mungkin melalui SMS, MMS, Yahoo Massanger (YM), laman forum internet, MIRC, blog, friensters, facebook dan sebagainya kita semestinya masih tertakluk kepada etika mahupun akhlak yang sepatutnya berlaku sebagaimana di luar talian atau komukasi secara konvensional.
Etika dan akhlak yang sewajipnya menjadi budaya kukuh dalam kehidupan sebagai muslim mahupun masyarakat timur perlu terus disuburkan.

Prihal kejujuran, tanggungjawab, kebenaran, kesahihan, ketelusan, ketulusan dan sebagainya yang berkaitan nilai murni dan nilai suci Islam tidak boleh dipisahkan dalam 'chatting' atau 'sembang-sembang' di talian ini.

Masa untuk bersembang, apa yang disembangkan?, dengan siapa kita bersembang?, untuk apa kita bersembang? seharusnya menjadi perkara asas dalam pertimbangan kita menggunakan kemudahan dan nikmat teknologi ini.

Menjadi lumrah dalam kehidupan seseorang manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Oleh yang demikian, pesoalan di atas semestinya kita hayati dan kita teliti agar ianya tidak menjadi satu pembaziran masa, mendatangkan impak atau kesan sosial yang tidak diingini, malah mendatangkan kemudaratan kepada individu, keluarga, masyarakat, negara dan ummat keseluruhannya.

Masa untuk kerja, keluarga, masyarakat, negara serta umat tidak sepatutnya tergendala disebabkan kemudahan ini. Kepantasan teknologi ini sepatutnya menjadi medium atau kaedah perantaraan yang memudahkan dan mempercepatkan serta tidak sepatutnya menjadi perkara sia-sia dan membuang masa begitu sahaja.

Perkara yang disembangkan pula sepatutnya mengikut lunas moral serta akhlak yang dikehendaki. Adalah tidak wajar kita membicarakan perkara sia-sia malah mendatangkan kemudaratan sosial termasuk perkara lucah, fitnah, mencerca dan sebagainya.

Mengenai dengan siapa kita bersembang pula, kita seharusnya menggunakan batasan agama dalam komunikasi sembang-sembang ini. Jadikanlah medium ini untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan seterusnya kekukuhan umat jagat ini. Pelbagai bentuk hubungan, forum dan sebagainya sepatutnya menjadi pertemuan yang memudahkan hasil komukasi tanpa sempadan ini.

Hasil kesilapan serta kesalahan menjaga batasan komunikasi ini antara lain adalah hubungan kekeluargaan semakin longgar, malah boleh menyebabkan perceraian suami isteri. Selain itu, dalam konteks kemasyarakatan ianya boleh menjadikan masyarakat huru-hara dengan penyebaran fitnah, gosip, penghinaan dan sebagainya yang boleh menyebabkan keselamatan masyarakat dan negara terancam.

Ancaman ini juga boleh berlaku dalam semua bidang sama ada dalam konteks politik, ekonomi, sosial, budaya, adat, nilai, agama serta pendidikan. Jika perkara ini tidak berlaku dalam lunas akhlak dan moral.

Topik atau tajuk atau perkara yang kita sembangkan seharusnya pada perkara-perkara kebaikan serta membina diri, hubungan kekeluargaan serta pembangunan masyarakat.
Perihal penggunaan kemudahan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi ini tidak wajar diambil mudah atau dipandang ringan kerana ianya akan mendatangkan kemudaratan yang besar kepada individu, keluarga dan masyarakat. Apatah lagi kini ianya talah mula menjadi corak dan gaya hidup kita.

Sebelum kita hanyut dengan arus kemodenan ini, marilah kita memperkemaskan jati diri, menguasai maklumat, menambah kemahiran serta sentiasa mempromosi keindahan Islam serta nilai budaya masyarakat timur yang sememangnya kuat dengan nilai akhlak dan moral yang tinggi.

Perkakasan (hardware), perisian (software) serta kandungan (content) yang terdapat di talian menuntut kita bergerak pantas agar kita mendahuluinya dengan kebaikan (haq) kerana hanya dengan kebaikan (haq) akan terhapusnya kejahatan (bathil).
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar kita bersama teguh dan gagah dalam melalui zaman yang serba mencabar ini. Amiin.

TERUS MELANGKAH

Syukur Alhamdulillah...

Dengan bantuan teknologi, KALAM DAMAI pada hari ini telah maju setapak lagi. Pelbagai kemudahan melalui aplikasi yang disediakan menjadikan blog ini boleh di isi dengan pelbagai maklumat...

Terima Kasih atas sokongan semua...

Pilih hanya yang baik...Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan...

(",)

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com