RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Jumaat, 29 Januari 2010

JERAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya tertarik dengan perkataan JERAT. Dalam kehidupan ini, banyak kita boleh kaitkan dengan perkataan ini. Jika kita kaitkan dengan apa kita lakukan kepada jerat yang dipasang manusia untuk binatang, mungkin ianya untuk manusia itu mencari rezeki atau untuk makan. Selain itu, mungkin untuk menghindari dari musuh tanaman. Merujuk kepada jerat untuk manusia pula, perkataan ini dilakukan pula oleh musuh manusia untuk manusia itu binasa. Iblis dan sekutunya, nafsu yang membawa kejahatan dan kesesatan tidak ketinggalan melakukan perbuatan bagi perkataan ini.

Bercakap tentang Islam, maka musuh kepada pegangan ini akan membuat jerat dalam pelbagai bentuk agar penganutnya tergelincir atau terjerumus kepada apa yang diingini musuhnya.

Sebagai renungan...



Maknanya: (Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah). - Surah Al-Baqarah, Ayat 176.

Isnin, 25 Januari 2010

GLOBALISASI



Maknanya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Surah Al-Anbiya' 107.


GLOBALISASI, bukan istilah asing dalam Islam. Surah Al-Anbiya', Ayat 107 menjelaskan tentang GLOBALISASI dengan istilah 'Al-Alamin'. Perkataan ini meliputi yang ghaib dan yang nyata. Pendekatan musuh Islam menghanyutkan kita kepada istilah ISLAM dan GLOBALISASI amat berkaitrapat dan menghayun jiwa kita supaya kita adalah sama dengan agama yang lain dan kemudiannya mereka berperanan untuk kepentingan lain. Pemahaman ini boleh diumpamakan bagai layang-layang, dibiar kononnya bebas, sedang talinya berada di tangan mereka. Hati-hatilah...bersabarlah...teruskanlah menyempurnakan kehidupan kita sebagai seorang Muslim...insyaAllah.

SEMOGA KITA SAMA-SAMA BERFIKIR DAN MENGAMBIL PENGAJARAN



Islam agama kasih sayang, bimbing bukan Islam kepada kefahaman yang betul bukan menghina agama lain. Jelaskan dengan baik. Video di atas adalah satu pengelaman yang boleh kita kongsi bersama.

Selasa, 19 Januari 2010

MARI KITA MEMBUKA MINDA DENGAN MAJLIS DIALOG INI

SYIRIK DALAM ISTILAH BARU

Perkembangan dunia dan perkembangan istilah semasa menyebabkan lahirnya beberapa istilah yang amat berkait rapat dengan Syirik (Menyengutukan Allah atau menduakan Allah dalam penyembahan, pendewaan, pemujaan dan merasa serta mengiktiraf ada yang maha kuasa selain Allah). Antara istilah itu adalah HUMANISME, MATERIALISME dan INDIVIDUALISME.

Sejak mula ciptaan manusia hingga kini, manusia amat memerlukan petunjuk dan bimbingan agar tidak tersasar dari menyembah Allah Yang Maha Esa.

Dahulu mungkin kita biasa dengan istilah penyembahan berhala yang dibuat dari patung, menyembah bukit, gunung, matahari dan seterusnya yang berbentuk objek. Perbuatan ini adalah syirik iaitu tidak menyembah Allah s.w.t.

Kalau kita menggunakan istilah menyembah berhala, mungkin kita rasa jauh dari perkataan MATERIALISME. Namun, sebenarnya itulah kehendak dari makna MATERIALISME itu, iaitu menyembah atau mendewakan objek yang terzahir dan mempercayai ianya sebagai sebenar berkuasa.

Merujuk pula kepada taksub, pendewaan kepada manusia dan mengiktiraf manusia sebagai mempunyai sakti misalnya juga telah syirik. Ini adalah sinonim dengan HUMANISME iaitu mempercayai kesaktian atau kehebatan yang ada pada manusia dan telah melupakan Kuasa atau Qudrat Allah s.w.t. Ini boleh dilihat dalam sejarah sehingga kini, misalnya Nabi Allah Isa a.s. telah dianggap anak Tuhan.

INDIVIDUALIME pula adalah syirik yang terpendam dalam hati kerana riak, takabur, ujub dan lain-lainnya. Di mana setelah kekuatan, kemuliaan, kekayaan dan kehebatan lain kita perolehi kita lupa akan amanah Allah yang telah dikurniakan dan merasakan bahawa kitalah yang berkuasa atas sekelian itu.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita terhindar dari kesyirikan. أمين.

Rabu, 6 Januari 2010

KALIMAH ALLAH



Maknanya: Katakanlah: "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku (memeluk Islam)?" Surah Al-Anbiya', Ayat 108.

Allah adalah Tuhan setiap manusia dan sekelian alam. Dialah yang mencipta dan mentadbir sekelian alam. Allah adalah khusus untuk Islam kerana Islam memberi kesimpulan tentang-NYA dengan tepat. Allah Maha Esa, Allah Maha Sempurna, Allah jauh dari sifat kekurangan. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.



Maknanya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.Surah Ar-Ruum, Ayat 22.

Perbezaan Bahasa di antara manusia di muka bumi ini adalah tanda kekuasaan Allah. Bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi bahasa penyebaran agama Islam di rantau Nusantara dan menjelaskan prihal agama Islam itu sendiri. Istilah 'Tuhan' dan kalimah Allah ada perbezaan di dalam Bahasa Melayu. 'Tuhan' adalah merujuk kepada sesuatu yang dianggap agong dan berkuasa bagi penganut beragama dan adat. Penggunaan perkataan 'Tuhan' adalah bersifat umum dan merujuk kepada kehidupan hormat-menghormati dalam kemajmukan dan pergaulan serta pemahaman dalam kehidupan pelbagai kaum sejak zaman perdangangan dahulu lagi. Kalimah Allah adalah merujuk khusus kepada yang empunya Zat Yang Maha Suci dan Maha Sempurna dari sifat-sifat kekurangan.

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com