RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Selasa, 21 Jun 2011

PUNCA KERETAKAN SILATURAHIM

MANFAAT SILATURAHIM


MANFAAT SILATURAHIM

1. Dirahmati Allah s.w.t

2. Dikasihi Rasulullah s.a.w

3. Kebahagiaan berhasil

4. Membina politik yang kukuh

5. Membina sosial yang harmoni

6. Membina jaringan ekonomi yang luas

7. Membina pendidikan yang berkesan

8. Membina kekuatan seluruh umat manusia

9. Membina keluarga yang sejahtera

10. Berjaya dunia dan akhirat

"Sepakat membawa berkat"

Amin.

Jumaat, 17 Jun 2011

SIRI 16: TIPS KHUSYUK SOLAT


...sambungan

Sebagai amalan warisan, manfaat solat sudah sering bermain dari mulut ke mulut di kalangan orang Islam yang mewarisi agama ini dari generasi terdahulu. Mungkin bagi mereka yang baru mengetahui atau baru sahaj merasai akan manfaatnya solat itu lebih menghargai pemberian amalan yang sangat indah itu.

Manfaat amalan yang diperintah bukanlah untuk yang memerintah, kerana yang mengeluarkan perintah itu tidak memerlukan apa-apa manfaat dari yang diperintah.

Apa sahaja yang diperintah Allah kepada hamba-Nya, semuanya untuk manfaat kepada hamba-Nya jua.

Mengambil manfaat ilmu kejadian alam. Perintah waktu solat fardhu adalah berasaskan fenomena alam. Bermula Maghrib, dengan terbenamnya matahari, Isyak setelah hilangnya mega-mega merah, Subuh dengan terbitnya fajar sidik, Zohor setelah tergelincir matahari dan Asar setelah bayang lebih panjang dari objek asal.

Fenomena ini, memberi kesan kepada penguasaan alam cakrawala yang luas kepada umat Islam.

...bersambung.

Rabu, 15 Jun 2011

SIRI 15: TIPS KHUSYUK SOLAT


...sambungan

IMAN, merupakan asas kepada kehidupan seorang muslim. Maksud IMAN dalam kepelbagaian prinsip kepercayaan manusia terzahir dengan pelbagai perkataan, ada yang mengistilahkannya sebagai PRINSIP yang perlu dipatuhi, ada juga diistilahkan sebagai KEPERCAYAAN umum yang memberikan kesan kepada perlakuan dan tingkah laku.

Sebagai contoh kepercayaan yang ada di dalam masyarakat kita adalah MEMPERCAYAI HANTU yang mengganggu manusia, menyakat dan memudharatkan manusia. Sama ada ia benar atau salah, bukanlah persoalan yang ingin dibahaskan di sini, namun kepercayaan kepada hantu berkenaan membuat kita bertingkahlaku dan melakukan perbuatan untuk mengelak atau mencegah dari hantu berkenaan.

Dalam hal solat ini, kepercayaan atau IMAN yang mempunyai maksud yang sangat mendalam lebih dari sebuah kepercayaan biasa membuahkan perlakuan untuk menunaikan solat dengan penuh minat.

Oleh yang demikian, sudah tentu asas kepada khusyuknya solat adalah IMAN YANG KUKUH.


...bersambung

Khamis, 9 Jun 2011

SIRI 14: TIPS KHUSYUK SOLAT


...SAMBUNGAN...

Ramai yang akan menilai semula tahap puasa Ramadhan setiap tahun. Setiap tahun diharapkan agar puasa yang dilakukan semakin baik dan berkualiti. Pada hemat saya, tidak ramai pula yang menilai tahap khusyuk atau kualiti solat dari satu waktu ke satu waktu selanjutnya.

Sebelah adalah rajah rantaian tahap penilaian khusyuk setiap waktu solat setiap waktu ke waktu. Seharusnya kita menilai akan tahap kualiti solat kita. Penilaian kualiti solat pula boleh dibanding dengan perkara sia-sia, maksiat dan mungkar yang boleh dielakkan sebagaimana janji Allah kepada orang yang bersolat.

Semoga kita dapat menilai kualiti solat kita agar ianya berterusan kesempurnaannya.

...bersambung...

Rabu, 8 Jun 2011

SIRI 13: TIPS KHUSYUK SOLAT



...SAMBUNGAN...

Ramai yang menyangka, khusyuk dalam solat itu menjadikan seseorang itu terputus segala urusan dalam kehidupannya sehingga berjerit-perih menutup mata dan seolah tidak sedarkan diri. Fana' itu bukanlah hilang akalnya, hilang pertimbangannya, hilang hidupnya. Namun, dalam bicara sufi kedudukannya sangat halus. Saya merasakan ianya perlukan satu coteran yang panjang untuk menjelaskan tentang hal fana' dalam kesufian.

Dalam suasana selesa dan biasa untuk dirasakan solat itu, kita mestilah faham akan kandungan lafaz satu demi satu yang dilafazkan. Kemudiannya, ia akan memberi impak kepada setiap patah perkataan yang dilafazkan di dalam solat.

Teringat saya ketika menghadiri kursus konsultan antarabangsa, Dale Carnergie. Saya diminta memperkenalkan diri dengan menggunakan prinsip 3P, iaitu 'pause', 'part' dan 'punch'. Ianya membawa makna dan maksud perlakuan melafazkan perkenalan itu dengan 'berhenti seketika', 'pisahkan ungkap kata', kemudiannya 'menjaga intonasi ungkapan dengan lonjakan suara yang sekata dari mula lafaz hingga hujung ayat'.

Aktiviti itu mengingatkan saya kepada 'Tajwid, Makhraj dan Qiraat' dalam membaca Al-Quran. Begitu jua solat, adakah kita telah mendapatkan makna dan maksud setiap lafaznya.

Bayangkan ketika kita berbual dengan seseorang dengan suara dan kehendak yang tidak jelas, sudah tentu komunikasi itu tidak sempurna.

Begitu jua halnya dalam solat, namun tiadalah kenyataan ini membawa maksud Allah tidak memahami apa yang tersirat di hati kita.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam siri-siri yang lalu, secara umumnya, dalam rukun solat itu terkandung 'Pujian dan Doa'. Inilah hal yang perlu disedari.

Doa itu adalah permintaan, permohonan dan rayuan. Dalam melafazkan Al-Fatihah pula, telah dijelaskan di dalam Hadis Qudsi bahawa saat diri yang melafazkan kata-kata pujian terhadap Allah, Allah membalas jua pujian itu dengan pujian terhadap hamba-Nya itu.

Kita akan bincangkan dengan lebih ditil dalam coretan yang akan datang tentang kandungan keseluruhan solat itu nanti.

Kita beralih kepada rajah 1:2 di atas. Dalam kehidupan kita di dunia ini,kita tidak dapat lari dari berurusan dalam hal-hal kerja yang wajib kita lakukan untuk mencari nafkah dan melaksana amanah ilmu, kemahiran dan membantu orang lain. Begitu juga halnya dalam urusan keluarga, sebagai manusia kita mempunyai naluri tentang itu. Hal pribadi sudah tentu menjadi bualan diri setiap saat dan ketika.

Urusan-urusan itu amat sukar untuk dilupakan, dalam sudut yang lain ianya sentiasa berlegar dalam diri, sama ada dalam benak akal mahupun lintasan hati. Dalam solat, kita meninggalkannya seketika dan ianya memberi ruang kepada kekuatan kita berkomunikasi dengan Pencipta dan Pentadbir Sekelian alam yang hakiki pada tempoh masa yang tertentu itu dalam membersih dan menyucikan segala prasangka dan telus tembus kepada Allah dalam masa yang dikhususkan.

Berbicara dalam solat, kita menggunakan bahasa-bahasa yakni kata-kata indah untuk memantapkan lagi segala urusan di luar solat. Saya mengambil contoh, doa diantar dua sujud yang membawa makna,

"Wahai Tuhan (Yang Mentadbir Sekelian Alam - dengan lafaz 'RABB') ampunilah aku, Rahmatilah daku, perbaikilah diriku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah hidayah kepadaku, sihat (afiatkanlah) daku dan ampunilah daku."
Ini memperlihatkan, lafaz itu ada perkaitan untuk kelansungan hidup kita selanjutnya.


...bersambung...

SIRI 12: TIPS KHUSYUK SOLAT


...SAMBUNGAN...

Rajah di sebelah menggambarkan tentang langkah-langkah untuk mendapatkan khusyuk. Bermula dengan tapaknya 'sedar', kemudian 'fokus', selanjunya 'khusyuk'. Hal ini sebenarnya boleh berlaku dalam apa jua ibadat yang kita lakukan untuk mendapatkan 'ikhlas'.

Dalam perbincangan kita, kita membincangkan hal solat. Apabila kita ingin mendirikan solat, kita memerlukan suatu keadaan yang sedar akan kita ingin melakukan solat. Segala hal berkaitan perkara lain perlulah kita tinggalkan, melainkan hal yang ingin kita ajukan kepada Pemilik kita, yakni Allah s.w.t.

Barang sudah tentu, hal-hal itu adalah hal yang harus untuk dikemukakan. Misalnya, kita berhajat untuk mengemukakan sesuatu kepada Allah tentang hajat kita, maka solat itu kita niatkan sebagai Solat Hajat. Sebagaimana juga halnya, yang kita mohon itu adalah untuk mendapat sesuatu keputusan yang kita terpaksa memilih mana satu keputusan yang terbaik di sisi Allah s.w.t, sudah tentu kita membawanya dalam Solat Istikharah. Dan hal ini, banyak dibincangkan dalam Himpunan Solat-Solat Sunat.

Dalam hal yang melibatkan Solat-Solat Fardhu, sudah tentu ianya dalam bentuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah itu sendiri. Namun, dalam hal ini perlulah kita sedar, bukanlah Allah itu berkurang akan perbendaharaan Sifat-Nya Yang Maha Sempurna andai hamba-Nya meninggalkan solat, seolah Allah meminta, yang dengan tidak tertunainya solat itu, Allah menjadi lemah, sebagaimana andaian permintaan sesuatu makhluk kepada makhluk yang lain.

Dalam Solat Fardhu itu, jangan kita lupa bahawa kebaikan yang dilakukan itu terkandung sekelian doa untuk hamba Allah jua. Lafaz-lafaz dan gerak lakunya, semuanya menguntungkan kehidupan hamba-Nya.

Kandungan dalam Solat Fardhu (perkara yang melibatkan rukun sahaja) terhimpun dalamnya hanyalah pujian dan doa atau permohonan hamba-Nya sahaja. Sebagai contoh, Takbiratul Ihram adalah ucap syukur dan membesarkan Allah. Ini membawa pujian kepada Maha Pencipta. Lafaz Al-Fatihah pula terkandung puji dan doa. Begitulah selanjutnya yang akan dibincangkan pada masa akan datang.

...bersambung...

Selasa, 7 Jun 2011

SIRI 11: TIPS KHUSYUK SOLAT


...sambungan...

Latihan fokus yang dibuat dalam program-program motivasi menjadikan elemen 'setting' atau tumpuan kepada aktiviti selanjutnya dibuat untuk kelancaran kebersamaan dalam aktiviti berkenaan.

Dalam amalan fekah yang terzahir sebelum solat ada pelbagai kaedah yang dilakukan. Pada sisi yang lain, pendekatan elemen motivasi ini boleh kita ketengahkan.

Sedar akan kita akan melaksanakan suatu gerak kerja yang akan didirikan adalah solat. Maka, mengembalikan diri dari terawan-awangan berfikir ke arah perkara lain perlu dihindarkan terlebih dahulu.

Memanggil diri kembali yang berselerakan berfikir itu penting. Ini mungkin antara hikmah di sebalik azan itu.

Mungkin juga boleh saya cadangkan di sini,

SEDAR>>>FOKUS>>>KHUSYUK


....bersambung...

REJAB




Hari ini sudah memasuki 05 Rejab 1432. Ini bermakna 2 bulan lagi kita akan menyambut Ramadhan. Bulan ini bulan Allah, semoga bulan ini kita terus diberkati.

Begitulah sistem alam yang Allah telah sediakan untuk mereka yang bersyahadah. Setiap saat dan ketika mempunyai susunan kehidupan yang teratur.

Sejarah Isra' dan Mikraj menjadi catatan membina dan menjentik akal mengukuh akidah. Alam yang terbentang luas untuk diamati keanehannya disentap oleh peristiwa yang Allah sengaja adakan.


Terdapat manusia menolak keanehan Isra' dan Mikraj, dalam masa yang sama memapar keanehan ciptaan yang setiap saatnya aneh dalam benak fikir.

Kepebagaian ciptaan cukup aneh, ikan tidak terbang di langit biru, burung tidak menggelunsur dalam tanah sebagaimana cacing, alam angkasa yang luas tetap pada perjalanannya.

Aneh dalam diri itu sudah cukup untuk ditelaah keajaibannya menghampiri Maha Pencipta.

Amin.

Isnin, 6 Jun 2011

SIRI 10: TIPS KHUSYUK SOLAT


...sambungan.

Keterbalikan dari rajah berkenaan kita dapati bahawa, untuk khusyuk dalam solat, kita tidak akan mencapainya sekiranya ianya tidak dilakukan dan jika kita tidak ada ilmu yang mantap tentangnya.

Benar kata pepatah, 'tak kenal, maka tak cinta'. Begitulah jua perkaitannya dalam hal solat ini. Keindahan dan kemanisan solat itu ada pada keikhlasan, yangmana terangkum di dalamnya kekhusyukan.

...sehingga setakat ini...bersambung.

Sabtu, 4 Jun 2011

SIRI 9: TIPS KHUSYUK SOLAT


...sambungan

Pada pagi ini, saya mendapat satu idea tentang gambar rajah yang mungkin boleh menggambarkan tentang kesempurnaan solat. Gambar rajah ini membayangkan akan tapak kepada segi tiga itu adalah ilmu tentang solat itu sendiri secara keseluruhan, bahagian tengahnya adalah perlaksanaan dan puncaknya adalah ikhlas. Maka, khusyuk berada dalam keikhlasan, namun begitu, sudah tentu ikhlas berada di tahap yang teratas dalam setiap amalan.

...bersambung...

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com