RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Jumaat, 31 Julai 2009

SYUKUR

Pagi Jumaat yang penuh berkat ini...saya rasa tersentuh dengan satu kisah di mana seorang kawan telah menceritakan dan berkata betapa berlaku banyak kejadian yang tidak diingini hasil kejahilan kita dalam bersyukur...

Dalam kekalutan hidup pada hari ini kita mungkin masih terlupa tentang nikmat Allah s.w.t yang telah dilimpahkan kepada kita sebagai Muslim di bumi makmur ini...

Dia kata masih banyak nikmat yang Allah telah bagi kepada kita yang kita abaikan...

Masjid dibiar kosong tanpa penghuni...atau sangat sedikit penghuninya....

Sekolah...masih kedapatan anak-anak terbiar...ponteng sekolah dan sebagainya...

Tanah dibiarkan terbiar...tanpa diusahakan....

Ya...Allah...jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bersyukur...amiinnn

Khamis, 30 Julai 2009

SOLAT & KEHIDUPAN




Surah Al-Maa'uun الماعون (Surah Setiap Yang Memeberi Manfaat)



Maknanya: Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Rabu, 29 Julai 2009

KONGSI KEBAIKAN

Sesetengah kita ada yang merasakan dirinya baik, dan mereka sememangnya baik. Sesetengah kita ada yang merasakan dirinya baik, dan sebenarnya mereka jahat. Sesetengah kita ada yang merasakan dirinya jahat, dan sebenarnya baik. Dan sesetengah kita merasakan dirinya jahat, dan memang dia jahat.

Siapapun kita dalam golongan di atas, kalau kita sudah baik, kita ada tanggungjawab untuk membaikkan orang lain. Manakala kalau kita jahat jangan nak orang lain jahat sama.

Kerja atau amal untuk kita lakukan bagi kepentengan diri lebih mudah, bermotivasi, bersemangat, berimpian serterusnya lahir kesungguhan untuk kita merealisasi atau mengerjakannya. Tidak kira amalan memperbanyakkan solat, zikir, puasa, dan sebagainya berkaitan diri. Maka dengan amalan itu kitapun bersemagat untuk mendapat pahala. Akhirnya kita masuk syurga.

Jika amalan yang melibatkan orang lain. Mengajak orang lain dengan penuh kasih sayang ke arah kebaikan, kita akan selalu meradang, menganggap orang lain tidak mahukan kebaikan dan sebagainya.

Sedih juga dalam diri, kita banyak kekuatan, kita banyak ilmu, kebaikan, harta, kasih sayang, tenaga, kalau berlaku penggabungan masa akan berlipat ganda....:-(

Hehe..emosilaaa...pulak...

Hakikatnya kalau kita seorang kita hanya ada masa 86,400 saat sehari...tetapi kalau kita gabungkan dengan semua orang untuk kebaikan kita akan peoleh billion-billion saat satu hari...:-)

Pada hemat saya, amal pribadi lebih mudah berbanding amal untuk orang lain...

Akhirnya...kita akan menemui perkataan 'KORBAN'.

Sebelum 'KORBAN', 'PUASA' dulu...'AIDIL FITRI'....

Salam sayang buat semua...selamat...amiin.

ANTARA AMAL & KERJA

Apa beza antara amal dan kerja?

Kalau kita tengok kepada penggunaan bahasa antara amal dan kerja seolah macam sama...pengetiaan keduanya adalah menunjukkan sesuatu yang kita lakukan atau laksanakan bagi tujuan tertentu dengan niat yang tertentu.

Namun begitu mungkin beza antara kedua perkataan ini adalah dari sudut istilah...dimana jika kita melakukan atau melaksanakan sesuatu dengan perkara berkenaan sifatnya adalah ritual seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji, sedekah, zikir dan sebagainya dengan menggunakan istilah sebagai 'agama' maka ianya akan dianggap sebagai 'AMAL'.

Manakala 'KERJA' pula kita akan menganggapnya tiada perkaitan dengan 'agama' dan ianya juga dianggap sebagai tiada perkaitan dengan dosa dan pahala...mungkin juga perkara ini sangat berkait dengan niat dan tujuan bagi pandangan sesetengah pihak.

Pengasigan diantara agama dan kehidupan, bermula dengan cetusan 'sekularisme'. Apabila ianya berlaku di Eropah dimana berlaku pertelagahan masyarakat niaga dan masyarakat gereja...dengan pelbagai faham halangan terhadap riba' dalam perniagaan dan seterusnya...memahamkan bahawa prihal gereja dianggap 'ibadat' atau AMAL dan prihal luar gereja tidak ada kaitan dengan dosa dan pahala...

Melalui tulisan ini tidak ingin saya meneruskan kisah sejarah berkenaan...cuma nak meneliti semula gerak AMAL dan KERJA kita dalam agama kita iaitu ISLAM yang membawa ketenangan ini...

ALLAH MAHA MENDENGAR, ALLAH MAHA MELIHAT, ALLAH TIDAK TIDUR, ALLAH SENANTIASA MEMERHATI. Setiap apa yang kita lakukan Allah sentiasa berada dan terjaga...

Setiap apa yang kita lakukan yang baik akan mendapat ganjaran yang baik...yang jahat begitu juga...namun semuanya di dalam keizinan-Nya Yang Maha Kuasa...

AMIIN...

Sabtu, 25 Julai 2009

'VERBAL' DAN 'NON-VERBAL'

Seronok mengikuti ulasan dan pandangan yang diberikan Kai & Ust Sufi & Broken Crew...

Saya tertarik dengan istilah para ahli akademik berkaitan 'komunikasi'. kata mereka komunikasi itu ada 'verbal' dan 'non-verbal'.

VERBAL: diungkap atau disebut dan bersuara.

NON-VERBAL: mungkin dengan isyarat, gerak badan (body language) dan lain-lain.

Merujuk kepada Sifat KALAM, iaitu sifat ke-13 bagi sifat-sifat wajib bagi Allah dalam himpunan sifat 20.

KALAM ertinya BERKATA-KATA.

Berkata-katanya ALLAH s.w.t itu adalah dengan Allah menzihirkan ILMU-NYA.

Merujuk kepada VERBAL dan NON-VERBAL,;

PERTAMA : AL-QURAN boleh kita katakan sebagai VERBAL kerana ianya merupakan sesuatu yang pasti yang ditegaskan ianya sebagai KALAM ALLAH. Walau yang melafaz bukan 'mulut' Allah, iaitu mereka yang membacanya atau melafazkannya itu adalah yang memperkatakannya. Namun harus diingat bahawa semua yang terdapat di dalam AL-QURAN itu merupakan apa yang ALLAH KALAM-kan.

Maka dengan itu, saya merasakan AL-QURAN itu sesuatu yang pasti untuk kita rujuk.

KEDUA : KEJADIAN ALAM, APA YANG TELAH BERLAKU, SEDANG BERLAKU, AKAN BERLAKU DALAM KITARAN KEADAAN HIDUP MANUSIA pada perkiraan saya adalah merupakan wahyu (tanda-tanda) komunikasi NON-VERBAL dari ALLAH s.w.t., Jika seorang yang bertafakur atau berfikir tentang alam ini termasuk gelagat manusia, apa yang ada pada diri kita, apa yang ada pada semua makhluk yang lain serta kejadian keseluruhannya maka kita akan semakin hampir dengan Pencipta yakni ALLAH YANG MAHA AGONG.

Oleh yang demikian, Ustaz, Ahli Akademik, Doktor, Tukang Kebun, Peniaga, Ahli Korporat dan semuanya ada tanggungjawab pada alam ini. Kita semua ada tugas, sama ada dalam konteks kerjaya...individu, keluarga, masyarakat, negara dan juga ummah...

Penggabungan antara mengerti VERBAL dan NON-VERBAL komunikasi kita dengan ALLAH yang telah dibincangkan di atas memperlengkapkan ilmu yang telah dicetuskan dalam pemikiran dan hati manusia sama ada dalam bentuk ILHAM atau WAHYU...

Ingatlah MUKJIZAT (perkara yang luar biasa atau di luar adat kebiasaan atau perkara yang mencarik adat) yang telah diturunkan Allah s.w.t kepada Muhammad s.a.w yang kekal hingga kiamat adalah AL-QURAN.

AL-QURAN pula menuntut kita berfikir dan bertafakur tentang alam. Begitulah selanjutnya...

SEE U ALL LATER...bye...selamat...

SOLAT TAUBAT

Salam buat Broken Crew, Kai, Ustaz Sufi dan semua pengunjung,

Tempoh hari ada Broken Crew tanya berkenaan solat sunat taubat.

Asasnya, jika kita nak kembali ke pangkal jalan tentang sembahyang ni...kita dahulukan dengan Solat-Solat Fardhu...

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Solat itu tiang agama..."

Agama itu adalah cara hidup. Kalau kita sempurnakan solat fardhu...banyak kelebihannya...bangun pagi, balik awal ke rumah atau tenang lebih awal singgah di R & R...solat maghrib...insyaAllah keberkesanan taubat melalui syariat semakin ketara...

Kesan yang mendalam dalam diri (jiwa & rohani)adalah penting...setelah kita hendak menzahirkannya, mulakan dengan fardhu atau rukun terlebih dahulu...kerana fardhu merupakan sendi atau tiang dalam hidup kita...

Kaifiat atau kaedah atau cara solat taubat yang paling mudah adalah mendirikan solat;

1. Dengan niat untuk mendidikan solat sunat taubat, dua rakaat, kerana Allah Taala.

2. lakukan 2 rakaat dengan satu salam.

3. rakaat pertama selepas Al-Fatihah diikuti dengan Qul ya ayyuhal kafirun (Al-Kafirun) 1 kali.

4. rakaat kedua selepas Al-Fatihah diikuti dengan Qul huallahu ahad (Al-Ikhlas) 1 kali.

5. selepas selesai solat, perbanyakkan istighfar (Astaghfirullahalazim...)& Doakan apa sahaja yang hendak diadu dan dirayu kepada Allah Yang Menjadikan dan Mentadbir sekelian makhluk.

Untuk merujuk kepada kaifiat yang pelbagai...sila dapatkan di pasaran buku 'Himpunan Solat-Solat Sunat'

Sekali lagi saya ingatkan diri saya...cakap atau taip memang mudah...lebih mudah dari mengamalkan...semoga kita semua beroleh ibadah yang ikhlas dan diterima sebagai amal soleh...

See u all again...insyaAllah...amiin...Selamat... :)

Rabu, 22 Julai 2009

NAFSU

Terima Kasih Broken Crew,

Apa yang saudara tanya, saya juga masih dalam perjalanan...meniti kehidupan ini memang banyak dugaan dan cabaran...dulu dan kini sama sahaja, cuma suasana yg berbeza...cubaan dan dugaan tidak lari dari tipu daya dunia...hakikatnya...gila kuasa, gila betina (dalam bahasa yg kasar) atau dalam bahasa halus hehehe...gila pompuan...gurau ek!...gila mabuk...gila harta....dan banyak lagi...

Dulu dan kini sama cuma suasana berbeza...kalau dulu lambat kini cepat....dulu mengintai kini bluetooth saja dah dapat perkara lucah....dulu hanya arak...kini dadah....

Tapi kalau nak buat baik pun sama...dulu nak dapat ilmu kena cari bertingkat-tingkat buku...kini semua ada dalam satu CD atau layari sahaja melaui internet...

Semasa menjawab pertanyaan ini, saya sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur...sambil berhenti di Kawasan Industri Mentakab ni...berhenti makan jap....hehehe...makan mee goreng, sup tulang...dan tea o suam....eeemmm...tunggu sejuk dulu...hehehe...

Oleh kerana itu, mungkin apa yang saya jawab ini... tidak berkesempatan bagi saya meng'edit' ayat-ayat AlQuran yang berkaitan untuk dimasukkan ke dalam jawapan ini...

Persoalan nafsu...kita tahu sejarahnya ianya merupakan makhluk Allah yang kental...dimasukkan ke neraka yang panas...masih kukuh dengan pendiriannya...kemudian dimasukan keneraka yg sejuk juga masih kental dengan pendiriannya dengan mengatakan kepada Allah 'aku adalah aku dan engkau adalah engkau'...tewasnya dia bila mana dimasukkan ke neraka lapar...barulah dia mengatakan 'aku adalah makhluk dan Engkau Ya Allah adalah Tuhanku'...

Hehe...apa yg boleh menewaskan dia....PUASA...

Nafsu tidak semua mengajak kepada kejahatan...ada yang membawa kepada kebaikan dan kebahagiaan...oleh itu nafsu tidak perlu dibunuh...cuma perlu dibelai agar nafsu yang ada pada diri kita adalah yang baik dan membawa kebahagiaan...

1. Nafsu Ammarah (Sentiasa mengajak kejahatan)
2. Nafsu Lawwamah (adakala membawa baik ada kala jahat)
3. Nafsu Muthmainnah (Nafsu yang tenang, sudah mula diri kita merasa tenang dan bahagia)

Masih ada tingkat nafsu yg tertinggi iaitu nafsu Kamilah atau Kamaliah. Itulah kesumpurnaan kepada seorang insan...atau insan kamil...

Itu dulu sebagai maklumat ringkas...hehehe...nak makan pulak...ringkasnya, utk menundukkan nafsu...banyakkan berpuasa...;-)

Terima kasih Broken Crew...kerana terus mengingatkan saya tentang perjalanan ini...semoga kita semua bahagia...amiin...

Salam...selamat...

Selasa, 21 Julai 2009

PENYUCIAN HATI

Termasuk diri saya sendiri juga semua di antara kita, apabila kita membicarakan agama (yang ditafsirkan sebagai cara hidup)maka semuanya akan memikul tanggungjawab yang sama.

Saya sebagai penyampai atau moderator rancangan ini juga tidak dapat lari dari kekurangan dan kelemahan. Begitu juga seorang doktor misalnya...walau dia boleh menasihati pesakit namun beliau sendiri tidak dapat lari dari apa jua jenis penyakit...begitulah kita yang bersifat hamba ini...

Penyucian Hati boleh saya ringkaskan dengan mudah dalam ungkapan kata-kata atau menaip diruangan ini...namun untuk berperang dengan Hawa Nafsu dan sentiasa berhati-hati dengan hasutan syaitan dan iblis laknatullah bukan satu perkara yang mudah melainkan dengan ilmu dan Kuasa Yang Maha Perkasa jua yakni Allah s.w.t.

Pertama: Saya nasihatkan buat Broke Krew dan juga kepada siapa sahaja yang memerlukan jawapan yang sama...Carilah Ilmu tentang Allah s.w.t kenalilah DIA dengan sekenal-kenalnya...jangan biarkan Akal dan Imaginasi kita terawang-awangan mencari dan menghkhayalkan Diri-NYA...kepuasan akal terhadap ALLAH s.w.t hanyalah dengan ilmu kenal kepada-NYA.

Kedua: Apabila sudah kenal akan ALLAH s.w.t, jangan ada dalam diri kita prasangka atau ragu-ragu terhadap kekuasaan, kesempernaan serta keperkasaan-Nya Yang Maha Agong.

Ketiga: Laksanakan segala perintahnya ke atas diri kita dengan taat.

Keempat: Allah mengasihi semua makhluknya...Allah menegur setiap kesilapan...cuma bagi mereka yang peka akan memahaminya.

Kelima: Jika penyucian hati yang Broke Krew utarakan adalah berkaitan hasad dengki, iri hati, dan yang seerti dengannya...satu cara yang boleh saya berkongsi...ialah...berilah fokus atau perhatian kepada apa yang kita ada...insyaAllah kita akan dapat apa yang mereka ada...kalau tak...semunya akan hilang begitu sahaja...


Time kasih...tq :-)

PERCAYA

'Percaya', kalau boleh saya katakan ianya merupakan inti, teras, asas, akar atau apa-apa sahaja perkataan yang seerti dengannya.

Semua yang kita lakukan adalah berasaskan kepada kepercayaan. Kita percaya duit boleh memberikan kebahagiaan...ada di antara kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Jika kita percaya bahawa kuasa itu boleh memberikan kebahagiaan...maka ada dikalangan kita sanggup melakukan apa sahaja...asal dapat memiliki apa yang dikehendaki.

Namun, dalam kehidupan kita ini...dalam pengamatan saya untuk meletakkan kemuliaan diri, agama, bangsa, negara dan ummat kita mesti ada 'percaya'.

'Kepercayaan' kepada diri sendiri. 'Percaya kepada Allah', 'Percaya Kepada Malaikat', 'Percaya Kepada Kitab', 'Percaya kepada Rasul', ''Percaya kepada Hari Kiamat' dan 'Percaya Kepada Qada' dan Qadar'.

Muhammad s.a.w telah ditampilkan kepada masyarakat jahiliyyah dengan 'AL-AMIIN' (yang bermakna yang dipercayai atau yang jujur atau yang amanah) semasa kecil Baginda...menjadikan baginda berada dilandasan yang betul ketika hayat Baginda untuk menjalankan amanah yang besar ketika baginda berusia 40 tahun.

Oleh yang demikian, jika diperhati kepada masyarakat perniagaan barat, mereka mendahulukan 'kepercayaan' pengguna dalam memasarkan produk mereka. Misalnya, ubat gigi...mereka telah memulakan dengan pendidikan dan keyakinan serta kepercayaan pengguna bahawa cara memberus...cara penggunaan dan lain-lain menyerap kepada pemikiran seterusnya membina keyakinan dan kepercayaan...

Begitu juga produk minuman misalnya...kita yakin dan percaya kepada jika kita minum satu minuman itu kita akan jadi kuat dan sihat...maka produk itu akan diterima.

Bukan nak cite tentang produk...tapi nak mencontohkan sahaja....:-)

Begitulah juga kita dengan diri kita sendiri...jika kita boleh meyakinkan kepada orang bukan Islam yang jika berada didalam Islam kita akan menjadi bersih, rajin, komitmen dalam kerja kemudian hasilnya boleh menjadi bahagia dalam hidup...maka mereka akan yakin kepada Islam itu sendiri...

Allah s.w.t perlu dipercaya tanpa prasangka...perlu ditaat tanpa prejudis...kemudian...tunggulah kasih sayangnya...;-)

Salam sayang...jumpa lagi...;-)

Jumaat, 17 Julai 2009

FIKIR, AMAL & ZIKIR

Salam Pagi Jumaat...Penghulu Segala Hari Buat Semua...(",)

Semoga kita semua berada di dalam rahmat-Nya Yang Maha Agong...

Sejenak memerhati kehidupan sendiri dan anak beranak kita seluruh umat manusia...:-)

Masalah akan datang setiap saat dan ketika...

Iman ada kala naik dan ada kala turun...

Pernah saya baca serta pernah saya hadiri pencarian ilmu tentang permasalahan dan penyelesaian...

Manusia dikategorikan kepada;

1. Problem Maker (Pelaku Masalah).

2. Problem Talker (Pencerita Masalah).

3. Problem Thinker (Pemikir Masalah).

4. Problem Solver (Penyelesai Masalah).

Menyorot satu persatu 'point-point' di atas, saya merasakan kebenarannya dalam hidup saya juga dalam hidup orang lain...:)

No. 1 mungkin mereka yang selalu melakukan masalah atau kesalahan.

No. 2 mungkin mereka yang selalu merungut tentang masalah... :)

No. 3 mungkin mereka yang asyik memikir tentang masalah...eeemmmm terasa gak saya pun...:)

No. 4 sepatutnya yang kita JADI....:)

Dalam banyak hal kita telah mempunyai landasan kepada penyelesaian segala masalah yang ada...:) malangnya kita selalu memikirkan BOLEH ke...??? atau EEEMMMM....MALAS BETUL NAK BUAT...;)

Contoh, mengemas rumah...aduuuuuhhhh...malas tul rase....walhal kerja tu sebenarnya tidak mengambil masa yang lama...

Contoh lagi, eeeeeemmmmm....sibuk betul...biarlah dulu sembahyang....walhal...kalau kita tidak perlu fikir lagi...acuan harian kita adalah sama kefardhuan hariannya...cuma perlu 'slot in' saja kerja atau aktiviti yang perlu dilakukan selanjutnya....


Nanti kita cite lagi...bye...selamat....

Selasa, 14 Julai 2009

RANTAIAN REZEKI

Salam buat semua...:)

Tertarik dengar seorang tokoh dalam perniagaan semasa mendengar Radio Malaysia KelantanFM semasa menjalankan tugasan di sana...

Kisahnya bermula dengan berniaga lotion halia...bermula dengan lebih kurang 20 lebih pekerja kini sudah mencapai 300 orang pekerja...

HALIA dahulunya hanya kita kenali sebagai awas dalam masakan...kini pelbagai produk telah dihasilkan malah mendapat sambutan...

Tulisan ini bukan bermaksud untuk mempromosi produk tetapi sekadar menyatakan buah fikiran untuk kita hayati kehidupan ini...

HALIA sebenarnya sejenis tumbuhan yang disebut di dalam Al-Quran tentang kemujarabannya HALIA dikenali dengan 'ZANJABIL' di dalam Bahasa AlQuran...Hasil Kajian dan proses tertentu ianya mendapat sambutan yang menggalakkan...

Pertama: HALIA, jika ingin ditanam perlukan benih. Siapa nak sediakan benih? Jabatan Pertanian? Peniaga Benih? dan lain-lain...

Kedua: Siapa yang ada tanah nak pajak/sewa atau sudah ada tanah yang terbiar...

Ketiga: Siapa nak tanam...siapa nak pungut...siapa nak jual...siapa nak kilangkan...siapa pula pengedar...

SEMUA PERSOALAN ITU ADALAH REZEKI...:)

Hanya bicara HALIA jalan rezeki sangat luas...:)

CAKAP MEMANG MUDAH...TAPI NAK BUAT?

Pelan sediakan dulu...kemudian...APA YANG PENTING?....HEHEHE...KERJASAMA...wonder pet...:)

Salam Semua...jumpa lagi...:)

Ahad, 12 Julai 2009

PENGHAYATAN

TERINGAT HADIS

Masa sekolah-sekolah dulu...

Ada satu hadis yang saya teringat...mudah sahaja pengertiannya...'...Bekerja mencari nafkah dengan mencari kayu dihutan kemudian dijual di pasar adalah lebih baik daripada kita meminta-minta...'

Sekali imbas, Rasulullah s.a.w inginkan umatnya bekerja..jangan duduk sesaja...

Pada hemat saya, ianya memberi kesan yang lebih dari itu...

Dengan perasaan yang sangat simpati kepada adik-adik serta saudara-mara yang masih belum mendapat pekerjaan tetap dan masih 'menganggur'...saya rasa hadis ini boleh memotivasikan kita...

Sebenarnya disebalik pekerjaan yang kita lakukan walau sekecil mengumpul kayu api...sebagaimana dalam mafhum hadis yang saya taipkan diatas (minta rujuk kepada mereka yang mengetahui) ianya memberikan kita kuasa dan penghormatan...

Contoh...bila kita telah dikenali dengan seorang pencari kayu api yang meyakinkan...andai satu hari kita tiada, maka akan kacau bilau juga orang yang ingin menggunakan kayu api kita...tak berasap dapur mereka...tak gitu?

Jadi lakukanlah apa sahaja ruang pekerjaan yang ada...sementara mendapat pekerjaan yang lebih selesa...

Pekerjaan dan perniagaan ada di mana-mana...insyaallah semua anggota masyarakat Islam kita dapat kita gunakan secara total...

Salam sayang buat semua...(",)

Isnin, 6 Julai 2009

MENCARI KEBENARAN

Isu antara Isi dan Kulit telah lama diperbincangkan...:-)

Apakah yang lebih penting? Hati atau amalan perbuatan atau penzahiran luaran...

Begitu juga kelompok Usul, Fekah dan Tasauf...

Dimana letaknya kebenaran?

Lebih mudah kita sekalikan semuanya...namun ada ketika kita amat memerlukan kulit. Ada ketika kulit tidak memberi erti tanpa ada isinya...:-)

Mari kita sama-sama kaji...dalam mencapai KEBENARANNYA...bukan sekadar KEMENANGAN...:-)

Salam sayang buat semua...

Sabtu, 4 Julai 2009

BASUH TANGAN

Salam buat semua...

Sejenak menonton TV, kini kita sibuk dengan H1N1 atau Selesema Babi atau Influenza A. Secara tidak sedar, mungkin kita terlupa akan kebesaran Allah s.w.t dalam perintah-Nya agar kita membasuh tangan ketika wudhuk (air sembahyang) sebagai sangat dianjurkan oleh tuntutan kesihatan manusia itu sendiri.

Kini, melalui saat getir kita, hasil kejadian Influenza A ini mungkin kita semakin hampir kepada perintah wudhuk (air sembahyang) dan solat itu sendiri.

Betapa 5 kali sekurang-kurangnya kita mengambil air sembahyang...itulah tanda kasih Allah pada kita...amiin...

Hingga bertamu lagi....('',)

ALHAMDULILLAH & TERIMA KASIH

Terima kasih Dak Jahat & Ust Sufi...

Alhamdulillah atas respon yang diberi...

Memang benar Budak Jahat...memang susah untuk kita melakukan (amal) dan berkomitmen (istiqamah) dalam hidup beragama. Setiap hari dan saat kita akan berdepan dengan berbagai cabaran dan dugaan.

Menyelami siapa diri kita yang sebenar adalah mudah secara teorinya dan untuk memahaminya serta menghayatinya secara mendalam adalah susah jika kita banyak berprasangka kepada kejadian serta kuasa Allah Yang Maha Agong.

Kita dijadikan sebagai khalifah atau tuan dibumi Tuhan amat mudah diucap namun menyelaminya sesuatu yang sukar...

Terima kasih Ust Sufi atas ingatan...moga siapa sahaja dari kita dapat dilihat oleh orang lain sebagai melihat Kuasa-Nya Allah dan ingat kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah telah berperanan dalam pelbagai paparan. Baginda sebagai Utusan Allah, guru kepada murid, ayah kepada anak, doktor kepada pesakit, hakim kepada pengadu, sahabat kepada sahabat, ketua kepada rakyat dan sebagainya yang sepatut dilakukan oleh semua orang...

Semoga bertemu lagi...salam...

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com