RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Isnin, 29 Oktober 2012

IBADAH KORBAN DAN SILATURAHIM

Indahnya syariat atau cara hidup yang dianjur Islam kepada umat manusia. Ibadah korban yang disyaratkan dengan binatang ternakan berkaki empat dan juga beberapa syarat yang lain mempunyai hikmah yang sangat luas. Dalam hal syarat binatang korban mestilah haiwan yang berkaki empat, membawa saya berfikir untuk menitipkan secebis tulisan ini. Begitulah indahnya Islam yang membawa manusia hidup rukun damai dan sentiasa memupuk perpaduan di kalangan manusia. Untuk menyembelih binatang berkaki empat, pastinya kita memerlukan organisasi yang berantaian dan ramai. Jika disingkap seawal menternaknya sudah tentulah bertambah ramai. Kita fokuskan pada hari melaksanakan ibadah itu sahaja, sudah tentu kita memerlukan sekelompok manusia yang ramai. Jika unta atau kerbau atau lembu, pasti kita perlu mengikatnya, menumbangkannya, menyembelih, melapah dan membahagi. Semua itu memerlukan organisasi yang tersusun. Begitulah indahnya korban. Di sebaliknya ada 1001 hikmah dan kebaikan untuk kehidupan manusia itu sendiri. Selamat Hari Raya Aidil Adha. 13 ذوالحجة 1433

Isnin, 3 September 2012

KEINDAHAN SYAWAL

Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar hijrah. 1 Syawal kita meraikan Aidil Fitri dan kita diharamkan berpuasa pada tarikh berkenaan. Kini, kita masih dalah bulan syawal, kita merikannya dengan pelbagai aktiviti interaksi, kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi, malah, tahun ini (2012) kita merikannya dengan tarikh ulangtahun kemerdekaan negara 31 Ogos.

Selain itu, sama-samalah kita memperkemaskan puasa kita dengan limpah pahala 1 tahun berpuasa, iaitu berpuasa 6 hari daripada bulan syawal ini. Semoga kita mendapat manfaat dari yang demikian itu.

Amin,,,,

Isnin, 20 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN 1433H

Kepada semua yang bersama Kalam Damai, Santai Budi Mencuit Sanubari...kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Amin.

Sabtu, 4 Ogos 2012

١٥ رمضان ١٤٣٣

الحمد الله

Hari ini, Malaysia sudah masuk malam yang ke-15 Ramadan. Syukur ke hadrat Allah atas kurniaan keamanan di sini kerana kita sama-sama dapat menjalani ibadah ini dengan pelbagai ibadah yang datang bersama Ramadan itu. Antara lain, ibadah tarawih di Masjid dan di Surau sentiasa bergema.

Selamat berpuasa untuk semua...

Rabu, 25 Julai 2012

RAMADAN & NIAT


Niat berpuasa, ada yang telah berniat sejak malam awal Ramadan lagi untuk berpuasa selama sebulan. Namun, ramai antara kita berniat setiap malam Ramadan.

Niat yang sempurna adalah sebahagian dari keseluruhan pengabdian kita dalam ibadah puasa. Dalam hukum fekahnya, puasa adalah menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Namun, puasa yang sempurna melepasi dari yang terzahir semata-mata. Bersamalah kita membina niat agar kita bersama dapat berpuasa dari melakukan hal-hal tercela melibatkan maknawi, yakni dari sebarang dosa yang lain, termasuk meninggalkan mazmumah, yakni sifat-sifat tercela yang lain.

Hal ini, sudah pasti sangat berkait dengan niat kita untuk menahan diri dari sebarang maksiat dan mazmumah.

Amin...

Isnin, 23 Julai 2012

KEISTIMEWAAN RAMADAN

Rasa lapar dan dahaga yang dilalui pada bulan Ramadan, menitipkan rasa dan kesedaran bagi mereka yang sudah biasa mendapat makanan. Ini menjadikan jiwa seorang yang sudah biasa dengan kesenangan kembali merasai akan penderitaan mereka yang sukar mendapatkan Makanan sudan minuman.

Pada zaman ledakan pantas teknologi maklumat kini, kita dapat melihat melalui medium televisyen dan internet apa yang berlaku di negara-negara lain. Ini membawa kita menghayati dengan lebih mendalam apa yang terkandung di dalam ibadah puasa ini.

Selain itu, dapat pula kita merasai akan persaudaraan sesama Islam merentasi kawasan dan sempadan. Pada bulan ini, tayangan dokumentari yang dipaparkan di televisyen, malah kita boleh layari melalui medium internet tentang sambutan puasa dalam kepelbagaian kaum dan bangsa. Di sini memancarkan kesejagatan Islam dan kebesaran Ilahi dengan syariat merentasi zaman dan sempadan hidup manusia.

Semoga kita bersama memperolehi keistimewaan puasa atau Ramadan pada kali ini yang meresapi medan jiwa dan nurani kita.

Amin...

PENDIDIKAN RAMADAN

Sedar tak sedar, hari ini sudah masuk hari yang ketiga umat Islam di Malaysia berpuasa. Alhamdulilah, kita semua dapat menikmatinya dengan keadaan aman, makmur lagi sejahtera.

Sesungguhnya, Ramadan memberi pendidikan kepada kita dalam segenap kehidupan. Penyusunan hidup pada bulan Ramadan untuk kita sudah tentunya sangat berbeza dari kelaziman biasa. Ramadan, mengandungi sahur dan berbuka, Ramadan dihiasi tadarus, Ramadan dihiasi taraweh, Ramadan dihiasi pelbagai lagi yang tiada pada bulan biasa.

Nikmat semua perlakuan ini sebenarnya mendidik kehidupan kita untuk sepanjang kehidupan 11 bulan yang lain dalam setahun.

Untuk bangun 1/3 malam pada bulan harus, mungkin agak sukar untuk dilakukan. Namun, melalui bangun sahur, ramai yang boleh melakukannya. Begitu juga waktu untuk membaca Al-Quran, Ramadan ini semakin ramai yang melakukannya.

Semoga kita dapat melalui pendidikan ini dengan lebih baik pada tahun ini. Amin.

Khamis, 19 Julai 2012

SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS RAMADAN

Sabtu nanti, bermulalah Ramadan bagi kita di Malaysia. Sesungguhnya, atas Rahmat dan Qudrat-Nya jua kita sampai kepadanya dengan sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya.

Perkara yang ditunjjukkan oleh baginda s.a.w dalam pesanan baginda Muhammad s.a.w sebelum tibanya Ramadan adalah;

Pertama: Bermaaf-maafan sesama manusia.

Sebagai makhluk Allah bergelar manusia, barang sudah pasti tidak lepas dari sebarang kekurangan. Dalam pergaulan seharian, sudah tentu ada yang mengguris hati. Hal berkaitan sesama manusia, harus mendapat maaf daripada manusia terlebih dahulu, sebelum memohon ampun kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Kedua: Bertaubat dari sebarang dosa kepada Allah s.w.t.

Dosa kita terhadap Allah s.w.t hendaklah sentiasa dimohon ampun kepada-Nya. Semoga kita memasuki gerbang Ramadan dengan hati yang suci murni dengan lembaran ibadah pengabdian kepada Ilahi sepenuh hati. Amin.

Begitulah hendaknya kita bersama. Semoga Allah meredhai hidup kita selamanya. Amin.

Khamis, 14 Jun 2012

SOLAT, ANUGERAH ALLAH KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT



Solat adalah merupakan anugerah secara formal daripada Allah s.w.t kepada sekelian umat Muhammad s.a.w pada peristiwa Mikraj Rasulullah s.a.w. Solat adalah antara anugerah amalan sendi kehidupan ini mempunyai pelbagai hikmah dan merangkumi demensi kebijaksanaan yang luas.

Solat amat sukar dilakukan melainkan bagi mereka yang mempunyai fokus yang tinggi yang dikenali sebagai khusyuk.

Solat petanda kepada disiplin masa yang baik, amalan rohani yang tinggi, menjalin kebaikan fizikal, mental dan kerohanian.

Solat harus dihargai dengan penuh kemuliaan sebagai pertemuan indah seorang hamba dengan pemiliknya.

Solat, solat, solat...

Rabu, 13 Jun 2012

ISRAK DAN MIKRAJ



Peristiwa sirah Israk dan Mikraj yang dilalui Baginda Muhammad s.a.w merupakan satu peristiwa mukjizat di luar kebiasaan yang membawa manusia mengingati kekuasaan Allah atas makhluk ciptaannya. Kehidupan kita sehari-hari adalah menjadi satu kebiasaan buat setiap dari kita. Bagi yang tidak menghayati kekuasaan Allah, mereka merasakan hidup ini adalah laluan biasa bagi seorang manusia. Tugas hamba dan khalifah bermula dengan mengenal Allah Yang Pencipta. Maka, Muhammad s.a.w pada permulaan utusannya, menyeru akan mengenali akan kuasa Maha Pencipta itu, setelah 12 tahun risalah utusan itu disebarkan, maka berlakulah peristiwa yang penuh dengan pengajaran itu.

Hal ini, tidaklah menjadi kejutan bagi mereka yang sudah yakin benar akan kuasa Maha Pencipta pada ketika itu. Mereka telah yakin benar akan Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu, maka adalah harus pula bagi Allah melakukan melalui afaal-Nya akan sesuatu yang berkemungkinan besar menjadi pelik bagi mereka yang tidak menghayatinya.

Dari sudut pandangan ilmiah, peristiwa itu terkandung hal ilmu yang sangat luas. Ia meliputi hal segenap kehidupan dan hal pembinaan kehidupan yang sangat luas. Bermula potensi diri, kehamonian keluarga dan masyarakat, perhubungan alam dan manusia dan seluruhnya.

Menghayati kisah sirah ini, menjadikan persediaan hidup selanjutnya akan lebih memberi makna dalam kehidupan...

Rabu, 23 Mei 2012

SIKAP DAN PERBUATAN


Kepercayaan merupakan asas kepada tindakan seseorang. Bermula dengan kepercayaan, seseorang akan membina dirinya dengan keupayaan memahami iman terhadap apa yang dipercayainya. Proses membina dan menanam iman ini harus berlaku sejak seawal sebelum perkahwinan ibu dan bapa lagi. Melalui sirah, Rasulullah s.a.w berpesan agar mendapatkan pilihan isteri yang terbaik untuk melahirkan generasi yang baik. Namun begitu, iman tidaklah diwarisi. Ia sememangnya adalah dalam setiap kelahiran. Setelah kelahiran, ia perlu dipupuk untuk mengembalikan ingatan, membina kekuatan jati diri kepada kepahaman keyakinan yang benar kepada akidah yang benar.

Oleh itu, akidah adalah perkara asas kepada langkah selanjutnya iaitu membina nilai yang melahirkan sikap, selanjutnya perbuatan. Boleh dikatakan, setiap sesuatu yang dilakukan selalunya amat berkait kepada apa yang dipercayai sedemikian.

Kerangka peta iman itu perlu dinilai dari semasa ke semasa agar tercapai matlamat perbuatan yang benar.

Sekian. Salam Fikir untuk semua.

Isnin, 9 April 2012

SET KEHIDUPAN


Kehidupan di dunia menuju jalan ke akhirat. Setiap kita sentiasa dalam perjalanan menuju alam barzakh yang menanti jua adalah Hari Kemudian.


Semoga kita terus dalam keadaan ibadat kepada-Nya. Amin.

Isnin, 12 Mac 2012

TAKUT, RESAH, GELISAH


Takut, resah, gelisah, gundah dan semua yang seerti serta semaksud dengannya menjadi sesuatu yang sangat rapat dengan perasaan yang secara tabienya manusia itu dijadikan. Lantas, menghampiri Yang Maha Esa lagi Maha Pengasihani menjadikan diri kuat dalam menempuh badai kehidupan. Wasatiyyah atau kesederhanaan yang membawa kepada perimbangan dan kesejahteraan dalam hidup menjadi satu tuntutan dalam suasana hidup perjalanan ke barzakh ini. Doa dan pertolongan Allah sentiasa ditagih bagi meneruskan kehidupan yang tenang dan harmoni. Amin.

Jumaat, 24 Februari 2012

KUNCI


Mencari kunci setiap pintu yang kita mahukan adalah perkara penting untuk kita capai setiap yang dihajati.

1. Kunci ilmu adalah bertanya.

2. Kunci berjaya adalah berusaha.

3. Kunci silaturahim adalah mengenali.

Kunci untuk kesemua yang kita mahukan adalah ILMU. Ini adalah warisan pesanan Rasulullah s.a.w yang antara lain menyatakan, barangsiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia menguasai ilmu. Barangsiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia menguasai ilmu. Barangsiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia menguasai ILMU.

ILMU dan PENGETAHUAN itu ada dalam setiap yang diciptakan, termasuklah semua perkataan dan sebutan serta huruf. Semua itu terkandung ilmu yang sangat luas dan tanpa batas.

Salam Ilmu.

DARI MATA TURUN KE HATI


Setiap yang kita perhatikan memberi kesan kepada fikir dan zikir kita. Memerhati alam dengan ilmu, mampu menyegarkan hati ingat kepada Penciptanya.

Hati adalah raja kepada tubuh. Memelihara hati dari sifat tercela dengan diisi sifat terpuji, membawa fikiran separa sedar kita membina imaginasi kebaikan yang meluas.

Moga terbina langkah dan niat yang suci dalam keikhlasan menghayati segala kebesaran-Nya. Amin.

BERFIKIR BESAR


Pemikiran berfikir besar telah menjadi anjuran Al-Quran sejak ia diturunkan sebagai Kitab Terakhir dan merangkumi pengajaran kitab-kitab terdahulu.

Laluan pemikiran besar bermula dengan Ayat Iqra' (Bacalah), sehingga ia terkesan kepada pencarian tanpa penghujung sehingga sampai mengenal akan diri dan Pencipta alam jagat ini.

Perumpamaan yang terdapat di dalam Al-Quran juga bukanlah satu fantasi yang diberikan setelah ia terbukti benar dan real kepada hal yang sebenar.

Khayalan yang mungkin terjadi kepada seseorang ketika mendengar sirah Isra' dan Mikraj misalnya membawa kepada pengetahuan angkasa yang masih melalui proses penemuan demi penemuan yang masih belum berkesudahan. Asal dari satu sirah yang mungkin sesetengah memandangnya sebagai cerita warisan, namun ia sebenarnya benar untuk dihayati dalam pelbagai dimensi, samada dari sudut pemikiran, realiti, ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya.

Berfikir besar, menjauhkan diri dari berfikiran sempit yang membawa kepada impak yang tidak mendamaikan. Misalnya, permusuhan disebabkan kerakusan dan ketamakan kuasa dan harta menjadikan manusia tidak tentu arah memikir untuk menggagalkan pihak lawan sehingga berlaku peperangan, pembunuhan, nista, fitnah dan sebagainya. Sedang mereka tidak sedar bahawa bumi yang didiami hanya sekecil hama dalam belantara alam yang sangat luas.

Berfikir biar besar, bertindak harus realistik.

Salam Fikir.

BUMI INI TERLALU KECIL UNTUK BERMUSUHAN


Matlamat Allah mengutuskan manusia ke bumi ini, hakikatnya hanya Dia Yang Maha Mengetahuinya. Asasnya, adalah untuk menjadi khalifah di bumi ini. Setelah para malaikat bertanyakan, adakah Allah ingin mengutuskan satu makhluk yang membawa kerosakan dan pertumpahan darah di muka bumi , pada saat permulaan sebelum kejadian manusia. Allah menegaskan bahawa Dia lebih mengetahui akan apa Dia ciptakan.

Bumi ini, terlalu kecil untuk manusia bermusuhan. Langit yang terbentang luas, menjadikan bumi hanya seolah sebutir pasir yang berada di pesisir pantai yang luas. Di situlah manusia membina kehidupan dengan dirinya sediri tidak hanya sebutir debu halus seantero angkasa.

Manusia tidak akan membuahkan tabiat dan susun hidup yang baik, tanpa merujuk segala rahsia yang terkandung dalam firman Allah yang menyatakan bahawa Dia Maha Mengetahui akan setiap ciptaan-Nya.

Manusia harus terus menafikan bahawa manusia itu tidak dicipta untuk menumpah darah dan merosakkan bumi ini, kerana Allah telah menjelaskan secara nyata dalam firman-Nya.

Setelah Allah menyatakan, manusia adalah sebaik-baik kejadian, Allah juga menyatakan manusia itu boleh lebih buruk dari haiwan ternakan dan makhluk yang lain, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Bumi ini kecil untuk permusuhan, kerana kesannya semua akan rasa.

Salam Ukhuwah.

INSPIRASI ALAM


Alam ciptaan Allah s.w.t untuk manusia, yang terbentang luas menjadi sumber inspirasi kepada penciptaan kreativiti manusia dalam menguruskan kehidupan mereka. Bagi yang berdaya pengetahuan dan menggunakan akal fikir yang kreatif dengan sifat mencipta, maka lahirlah pelbagai jenis pembuatan dan ciptaan demi memenuhi keperluan persekitaran manusia itu sendiri. Asas kepada sains tabie menjadi sebutan firman di dalam Al-Quran agar diperhati dan dihayati alam ini sehingga tercetus pelbagai kemudahan buat manusia. Benarlah segala kandungan Firman itu.

KUASA PENYAMPAIAN DALAM KEHIDUPAN


سورة الرعد 40


KUASA PENYAMPAIAN DALAM KEHIDUPAN

Menyebarkan kebaikan dalam kehidupan merupakan tugas penting kepada setiap mereka yang mengetahui akan kebaikan. Memiliki kebaikan bukanlah sekadar diamalkan dengan ikhlasan, namun lebih dari itu. Setiap kebaikan itu mestilah disampaikan.

‘Tabligh’ التبليغ atau menyampaikan adalah antara sifat wajib bagi Rasulullah s.a.w. Tulisan ini bukanlah untuk membahaskan tentang sifat ini secara khusus, namun tulisan adalah bermatlamat untuk kita sama-sama melihat keanehan atau misteri kuasa di sebalik penyampaian.

Dalam mafhum firman Allah melalui Al-Quran, penyampaian akan kebaikan adalah menjadi satu tanggungjawab kepada manusia, yang pada asalnya ditujukan kepada tugas Rasulullah s.a.w, namun secara umum untuk kebaikan manusia sejagat.

Sampaikanlah, walau sepotong ayat. Pengertian terkandung dalam rangkap mafhum hadis itu sangat besar pengertiannya kepada halatuju mata fikir bagi yang menerima penyampaian itu.

Sesuatu yang disampaikan, harus tepat dan kena kepada sasaran. Ini berlaku samada dalam bentuk mesej bunyi (audio) atau gambar (visual) atau gerak isyarat dan sebagainya.

Mesej kebaikan itu menjadi satu cadangan kepada si penerima. Ini menjadi ransangan kepada si penerima apabila sesuatu mesej itu sampai.

Sesuatu yang menarik, perkataan ‘seru’ menjadi satu elemen yang penting dalam mengajak orang lain menerima cadangan dan galakan itu. Oleh yang demikian, proses ransangan atau galakan mula berlaku.

Pernyataan cadangan yang disampaikan menjadi peta dan gambaran kepada si penerima. Lantas, dinilai dan dilaksanakan secara pemindahan maklumat dan perbuatan yang berpanjangan.

Oleh itu, teruskanlah menyampaikan kebaikan kepada yang lain, kerana ia memberi impak kepada selerakkan kebaikan kepada sejagat alam.

Selasa, 21 Februari 2012

ALAM TANDA WUJUDNYA MAHA ESA


Alam jagat ini adalah petanda Wujud-Nya Maha Pencipta. Perhati dan hayatilah alam terbentang luas agar diri mengecapi nikmat kenal akan Pencipta Yang Maha Esa.

Jumaat, 27 Januari 2012

CAHAYA


Dalam diri setiap insan, ada ruang yang ingin menyatakan bahawa Allah itu wujud. Perasaan mengagungkan Pencipta sudah tersemai dalam setiap sanubari insan. Ketuklah pintu hati yang sedang rindu pada Ilahnya. Pandanglah dan perhatilah pada diri setiap kita, kerana setiap diri itu ada tanda penciptaan-Nya.


Salam Aqidah.

NURANI


Sejauh mana jiwa merantau, kembalikanlah dia kepada Penciptanya. Jiwa sering terkapai dek badai kehidupan. Tenangkanlah dia dengan mengingati Penciptanya. Badai hidup penuh pancaroba. Aqidah leluhur kesucian dari sebarang kesyirikan. Serulah Dia Yang Maha Esa. Rasailah nikmat hidup bersama Yang Maha Kekal yang tiada akhir bagi-Nya.

Salam Aqidah.

PAGI


Suasana pagi di bumi, pemandangannya berbeza di angkasa. Indahnya alam ini menzahirkan Kuasa Ilahi Yang Maha Agung. Jalan mengenali-Nya dari pelbagai sudut membawa hati insan tunduk dan menyerah akan dirinya kepada Maha Pencipta, Allah s.w.t.

Salam Aqidah.

Rabu, 4 Januari 2012

ILMU DAN BUDI BERPISAH TIADA


Rasulullah s.a.w diutus dengan permulaan wahyu 'Iqra'. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan bahawa Baginda diutus untuk menyempurnakan akhlak. Ditegaskan juga dalam Firman Allah, Baginda membawa rahmat kepada sekelian alam. Amin.

ILMU SEPANJANG HAYATp


Perjalanan menuntu ilmu tiada nokhtahnya. Selamat menuntu ilmu kepada adik-adik dan anak-anak yang hari ini memulakan persekolahan 2012 ini. Semoga kalian terus sukses dalam menjadikan ilmu sebagai budaya hidup. Amin.

Isnin, 2 Januari 2012

TAHUN BARU 2012


Permulaan setiap tahun adalah merupakan satu detik yang membawa diri kepada persediaan untuk melangkah dalam menyempurnakan kehidupan sesuatu tahun itu. Oleh itu, kita selalunya mencari-cari akan pencapaian itu. Semoga kita sama-sama meletakkan keutamaan sekeliannya itu kepada perkara yang secocok dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat serta sentiasa terdorong kepada memberi manfaat kepada sekelian makhluk. Amin.

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com