RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Jumaat, 29 April 2011

SURAH AL-JUMU'AH سورة الجمعة Ayat 9




Maknanya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

Khamis, 28 April 2011

SURAH AL-GHAASYIAH سورة الغاشية Ayat 17





Maknanya: (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

Rabu, 27 April 2011

SURAH AL-JAATHIYAH سورة الجاثية Ayat 12




Maknanya: Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

SURAH AL-MULK سورة الملك Ayat 19




Maknanya: Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Rabu, 20 April 2011

SURAH AL-MULK سورة الملك Ayat 15



Maknanya: Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

SURAH ADZ-DZAARIYAAT سورة الذاريات Ayat 21



Maknanya: Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Selasa, 19 April 2011

SURAH FAATHIR سورة فاطر Ayat 27



Maknanya: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;

SURAH AD-DHUHA سورة الضحى





Maknanya:

1. Demi waktu dhuha,

2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

6. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

SURAH AL-MAAU'UN سورة الماعون



Maknanya:

1. Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

2. Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

4. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -

5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),

7. Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).

Jumaat, 15 April 2011

JIKA ADA PERPADUAN...


Kuasa Allah s.w.t tiada siapa yang dapat menandinginya. Namun, ikhtiar manusia harus terus dilakukan. Sesungguhnya perpaduan mampu menyelesaikan banyak masalah. Perpaduan bermula dari dalam senuah institusi yang sekecil keluarga sehinggalah keseluruh alam jagat antarabangsa memberi kesan yang besar kepada sosio-hidup manusia.

Melihat kepada institusi kecil dalam keluarga. Jika perpaduan di antara ahli keluarga wujud, maka rumahtangganya akan aman damai. Mudah mendapat rezeki, berkongsi rezeki, tiada pergaduhan dan seterusnya seluruh isi keluarga itu bahagia.

Begitu jugalah merujuk kepada sebuah negara dan seterusnya seantero bumi yang telah dianugerahkan kepada manusia sejagat untuk ianya dipelihara dan bertindak sebagai khalifah.

Sama-samalah kita menghayati...SEPAKAT MEMBAWA BERKAT...

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com