Assalamualaikum w.b.t Buat Semua yang mengikut Rancangan Kalam Damai Pahangfm dan juga Blog ini. Saya bagi pihak 'Team' Kalam Damai mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan yang telah diberikan. Saya rasa sudah terlalu lama saya tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Pada malam ini saya teruskan kembali setelah sekian lama hanya berinteraksi di ruangan Cit Cat Blog dan FB Personal saya.
Kini, kempen yang pelbagai telah diadakan kepada orang Islam di Malaysia. Berdasarkan pemerhatian dan penghayatan saya, kita perlu memikirkan keutamaan dalam kempen-kempen ini. Adakah pengutaraan kempen ini telah meletakkan keutamaan dan menjadi keperluan utama dalam masyarakat Islam di Malaysia. Pada jumlah besarnya, kaum Melayu merupakan majoriti dalam kelompok Muslim di Malaysia. Malah, Melayu telah ditafsirkan sebagai beragama Islam menurut Perkara 160, Perlembagaan Malaysia. Manakala, agama bagi Persekutuan pula adalah Islam, di bawah peruntukan Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan.
Oleh yang demikian, Islam dan Melayu tidak dapat dipidahkan di Tanah bertuah ini. Lantaran itu, kempen yang diadakan seharusnya melihat kenyataan ini sebagai dasar kepada kempen yang dibina, diaju dan dilaksanakan.
Melihat kepada kelompok minoriti muslim selainnya, ada yang telah berketurunan, ada pula yang memeluk Islam setelah dewasa, yang kebanyakannya di bawah urusan PERKIM dan badan-badan lain yang berkaitan.
Merujuk kepada kaum majoriti, jika dihayati kepada asas, adalah menjadi kegusaran kepada kita, jika kita hanya mengenengahkan kempen yang hanya memenuhi ranting atau cabangan pemahaman terhadap Islam itu sendiri.
Saya utarakan perkara asas;
1. Adakah golongan majoriti telah selesai atau memahami benar perkara asas di dalam Islam?
a. Pemahaman terhadap DUA KALIMAH SYAHADAH.
b. Pemahaman terhadap RUKUN IMAN.
c. Pemahaman terhadap RUKUN ISLAM.
2. Selain itu, sejauhmana kempen 'JOM KE MASJID', adakah ianya amat perlu? kerana Masjid itu merupakan hati kepada sesuatu masyarakat Islam.
Tentang keutamaan yang lain. Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya terpanggil untuk menulis di sini berkenaan hal ini apabila saya disapa oleh seorang kawan berkenaan perkara ini. Ianya boleh kita kongsi bersama dalam ruangan 'komen' atau menulisnya di FB saya facebook/ahmadshahjamlus
Terima kasih, Selamat Pagi dan Assalamualaikum w.b.t.
RADIO MALAYSIA PAHANGFM
Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik
FREKUENSI PAHANGFM
Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz
Pengikut
Custom Search
LINK untuk kemudahan tetamu Blog Kalam Damai...
Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai
Realtime Online
Isnin, 5 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'
Rileks-rileks...
Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)
E-MAIL KAMI
Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan