2008 DALAM LIPATAN SEJARAH
Oleh: Ahmad Shah bin Jamlus
Merentasi saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, kini sudah hampir setahun berlalu. 2008, hampir jadi lipatan tahunan dalam sejarah hidup kita. Menafsir kejayaan, ada yang dapat kita miliki ada juga yang menjadi kos lepas. Apa yang pasti, pilihan telah kita buat sepanjang tahun ini dan kita telah hampir menutup kira-kira. Azam 2009, muncul buat meneruskan kesinambungan pengisian hidup bagi memungkinkan kita berjaya samada di dunia mahupun akhirat.
Bermula 1 Januari 2008 hingga 31 Disember 2008 nanti kita telah menghabiskan masa kira-kira 31,536,000 saat. Begitu banyak masa kita ada. Persoalannya berapa banyak yang telah kita perolehi hasil yang baik dari masa-masa itu. Begitu juga dalam tahun 2009 nanti. Itulah jumlah yang sama.
Saat kematian, tiada siapa yang tahu namun kita di tuntut untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan. Kini kita sepatutnya peroleh peningkatan dalam kelemahan dan kekurangan pada tahun sebelumnya.
Perolehan seharusnya kita buat bukan hanya berapa jutaan duit yang telah mampu kita kumpul sahaja dari jumlah masa-masa itu, namun perolehannya perlu kita lebarkan kepada segenap segi sehingga membolehkan ianya menjadi bekalan akhirat. Bagi perolehan wang jika kita merancang sebelumnya untuk menjana wang sebanyak RM 1.00 untuk sesaat bermakna tahun ini kita telah bergelar jutawan.
Sebaliknya, sudah berapa banyak pula perolehan ibadah yang telah sempurna kita lakukan. Kebetulan ramadhan tahun yang lalu jatuhnya pada Oktober 2008, bagaimana dengan ibadat di bulan itu? Masing-masing ada jawapan berbeza. Tepuk dada tanya selera.
Kejayaan tahun lalu juga boleh kita lihat dari sudut kesihatan misalnya. Adakah kita merancang untuk kesihatan kita bertambah baik atau kepedulian tentangnya tidak menarik minat kita untuk menyentuh tentangnya.
Dalam kita mengupas hasil atau perolehan bagi tahun 2008 yang lalu mari kita selami sepotong ayat al-Quran yang terkandung dalam Surah Al-Qasas : Ayat 77
Maksudnya: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
Oleh yang demikian, sedar tidak sedar kita telah meletakkan piawaian kejayaan tahun lalu berasaskan ayat Al-Quran yang telah diutarakan di atas. Sama ada mahu atau tidak, malu atau sebaliknya itulah hakikat yang perlu kita terima. Hasil kita meletakkan piawaian itu saya merasakan kita telah meletakkan kejayaan yang kita perolehi pada tahun ini ke tempatnya berdasarkan kayu ukur yang ampuh.
Hasil dari itu juga, menjadikan diri kita tidak melatah jika apa yang kita perolehi bukan sekadar material misalnya. Walau kita kekal pada pendapatan yang sama namun kesihatan bertambah baik, anak-anak bertambah, berjaya memperoleh ijazah atau sebagainya sebagai kos lepas kepada kekurangan material yang kita perolehi dari sudut pendapatan duit.
Syukur dalam usaha, usaha dalam syukur perlu sentiasa menjadi benteng dalam menilai keampuhan dan pemujukan diri dalam memperlengkapkannya menjadi insan unggul.
Walau bagaimanapun, kesempurnaan serta kejayaan yang telah kita bincangkan tadi seharusnya dalam semua sudut termasuklah rohani dan jasmani, fizikal dan spiritual, diri, keluarga, masyarakat, negara dan juga ummah keseluruhannya.
Menjadikan ramalan sesuatu tahun itu menguntungkan atau sebaliknya. Sesuatu tahun itu boleh mendatangkan malapetaka, itu bukanlah dalam prinsip kita. Anugerah kesihatan, akal fikiran dan segala sumber mestilah diguna sebaik mungkin agar kita dapat melepasi tuntutan ikhtiar sebagai hamba Yang Maha Esa.
Begitulah hakikat piawaian atau sukatan ukuran kejayaan yang seharusnya kita buat dalam menilai tahun 2008 yang akan berlalu. Moga 2009 akan menjanjikan usaha berterusan dengan melihat dan meneliti di mana yang boleh kita perbaiki agar tahun demi tahun kita akan terus menyinari kesempurnaan diri.
ARTIKEL INI TELAH DITERBITKAN AKHBAR 'SINAR HARIAN' 28/12/2008 RUANGAN: RENCANA@PAHANG
RADIO MALAYSIA PAHANGFM
Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik
FREKUENSI PAHANGFM
Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz
Pengikut
Custom Search
LINK untuk kemudahan tetamu Blog Kalam Damai...
Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai
Realtime Online
Isnin, 29 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'
Rileks-rileks...
Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)
E-MAIL KAMI
Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan