Tersentuh hati dan pemikiran saat musim korban ini. Keadaan yang kita alami dalam menempuh kehidupan di dunia ini sentiasa kita di bawah Kuasa Yang Maha Esa.
Hidup, mati, sedar, mimpi, khayal, ilham dan seterusnya dimensi wahyu buat para rasul menyebabkan kita sentiasa mengerti bahawa ada supernatural yang kita lalui.
Pengamatan kepada alam mimpi, rupanya memberikan kesan kepada tindak tanduk serta perutusan dari alam supernatural untuk kita hayati serta memenuhi geraklaku sebagai manusia.
Panduan yang Allah berikan kepada kita melalui pesanan petunjuknya Al-Quran agar kita sentiasa berhati-hati dan peka kepada apa sahaja yang Allah jadikan di atas muka bumi, dalam diri serta apa sahaja yang kita perhati.
Surah Ali Imraan, Ayat 191;
Maknanya: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Sebut tentang MIMPI, dalam Al-Quran tidak kurang 13 kali perkataan diterjemaah sebagai MIMPI dan ayat membayangkan serta menjelaskan sebagai wahyu perintah dari Allah kepada rasul termasuk kisah pengorbanan Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya Ismail a.s selain ta'biir mimpi yang dijelaskan kepada Yusus a.s.
Lantaran itu, kepekaan kita terhadap fenomena mimpi ini seharusnya tidak boleh kita ambil mudah. Ayat-ayat di bawah sebagai rujukan;
Surah As-Saaffaat, Ayat 102
Maknanya: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
Surah Yusuf, Ayat 4
Maknanya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
Surah Yusuf, Ayat 6
Maknanya: Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub: sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Dengan tidak menafikan ada MIMPI yang hanya membawa mainan tidur atau mimpi yang dibawa oleh gangguan syaitan, kita ada mimpi yang membawa kepada mimpi yang benar dan menjadi faktor jelas ingatan Allah kepada kita, antara lain yang benar-benar pasti ialah MIMPI tanda BALIGH;
Antara mimpi pasti yang menjadi syariat buat sekelian insan antara lain adalah mimpi bersetubuh hingga keluar mani. Sesuatu yang pasti apabila kita telah sampai mesej ini, Allah memberitahu kita bahawa kita telah mukallaf dan bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan antara dosa dan pahala. SUBHANALLAH BEGITULAH antaranya kuasa ALLAH...
Salam Penghayatan...
RADIO MALAYSIA PAHANGFM
Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik
FREKUENSI PAHANGFM
Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz
Pengikut
Custom Search
LINK untuk kemudahan tetamu Blog Kalam Damai...
Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai
Realtime Online
Isnin, 30 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'
Rileks-rileks...
Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)
E-MAIL KAMI
Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan