RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Jumaat, 5 Jun 2009

GEMA JUMAAT 05 MEI 2009: TAJUK : NILAI DAN PERUBAHAN

GEMA JUMAAT
05 JUN 2009M/ 11 JAMADIL AKHIR 1430H
9.00pg – 10.00pg


Tetamu : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shah bin Haji Jamlus

Jawatan : Perunding Motivasi

Tajuk : NILAI DAN PERUBAHAN.


Soalan

Muqaddimah

1. Apakah yang dimasudkan dengan ‘Nilai dan Perubahan’?

2. Adakah ‘Perubahan’ boleh mengubah ‘Nilai’?

3. Adakah ‘Perubahan’ yang telah merosakkan ‘Nilai’?

4. Bagaimana cara untuk kita menjamin agar ‘perubahan’ yang berlaku tidak menjejaskan ‘Nilai’ yang ada?

5. Pada pandangan ustaz, adakah umat Islam kini telah terlalai dengan perubahan yang berlaku kini?

Kesimpulan

GEMA JUMAAT
05 JUN 2009M/ 11 JAMADIL AKHIR 1430H
9.00pg – 10.00pg


Tetamu : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shah bin Haji Jamlus

Jawatan : Perunding Motivasi

Tajuk : NILAI DAN PERUBAHAN.


Soalan

Muqaddimah

• Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana kita sekali lagi dapat bertemu di ruangan udara Radio Malaysia PahangFM pada kali ini dalam rancangan “GEMA JUMAAT”.

• Semoga dari pertemuan ini akan memberikan kita 1001 manfaat untuk kita sama-sama nikmati sebagai bekalan hidup di dunia yang penuh pancaroba kini.

• Pada pagi yang penuh berkat ini, kita memilih satu tajuk yang mungkin agak janggal bagi sesetengah kita. Mungkin juga telah biasa diperkatakan oleh sesetengah daripada kita.

• “Nilai dan Perubahan”, sebelum kita mengupas lebih mendalam mengenai maksud kepada perkataan ini, mari kita lihat dan menyelami perubahan demi perubahan yang kita telah lalui sehingga kini.

• Secara individu, mungkin kita boleh perkatakan, jika dulu kita bergelar kanak-kanak kita kita telah bergelar remaja. Jika dahulu kita bujang sekarang kita telahpun berumahtangga. Jika dulu kita muda kini kita telahpun tua.

• Merujuk kepada persekitaran, dahulu mungkin kita menggunakan kenderaan basikal untuk ke sana dan ke sini, mungkin kini telah berkereta...

• Jika dahulu kita membaca Akhbar dalam lembaran kertas kini telah berada di ‘screen’ komputer...dan banyak lagi...

• ICT telah banyak merubah cara hidup kita kini. Penggunaan telefon bimbit telah merubah cara kita berkomunikasi atau berhubung antara satu sama lain hingga kini...

• Perubahan demi perubahan telah berlaku dalam hidup kita...perubahan ini ada yang fitrah dan ada yang berlaku atas ikhitar tangan manusia itu sendiri.

• Sebagai Contoh perubahan malam dan siang, pagi dan petang, muda kepada tua dan selanjutnya.

• Dari sudut penggunaan peralatan dalam ikhtiar manusia telah disebutkan tadi.


1. Apakah yang dimasudkan dengan ‘Nilai dan Perubahan’?

• Di Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka;

• NILAI:

a. Taksiran harga.
b. Harga sesuatu dibandingkan dgn harga yang lain.
c. Kadar atau nisbah.
d. Darjat, kualiti, mutu, taraf.
e. Sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan dll).
f. Markah

Namun, dalam konteks bicara kita melalui tajuk ini adalah;
Nilai yang bermaksud; Sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan dll).

• Manakala nilai yang ingin kita sentuh adalah nilai-nilai suci dan murni yang perlu kita amalkan dalam masyarakat kita.

• PERUBAHAN:

Dengan kata dasar ‘UBAH’, ianya memberi pengetian;

a. Berbeza (daripada keadaan dsb yang asal dan semulajadi).
b. Tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar.
c. Tidak seperti biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa dll).
d. Beralih, bertukar, berpindah dll.

• DALAM KONTEKS TAJUK yang kita utarakan pada kali ini, kita akan fokuskan kepada perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam persekitaran masyarakat kita dari beberapa sudut, antaranya;

i. KOMUNIKASI/PERHUBUNGAN (ICT – Penggunaan Teknologi. Contoh, Komputer/Internet dan Telefon Bimbit).

ii. PENGHAYATAN MASYARAKAT tentang nilai-nilai serta kehidupan beragama dalam segenap lapangan kehidupan.

iii. PENEKANAN KEPADA NILAI amalan dalam Islam membezakan antara yang benar (Al-Haq) dan yang salah (Al-Bathil).


2. Adakah ‘Perubahan’ boleh mengubah ‘Nilai’?

• Pegangan terhadap kepercayaan serta ilmu yang kukuh adalah amat penting.

• KEPERCAYAAN dan ILMU, pembentuk kuat kepada persepsi dan cara hidup manusia itu sendiri.

• Jika kita perhatikan, perubahan demi perubahan ini telah banyak mengubah nilai-nilai dalam hidup kita.

• Jalan yang terbentang luas untuk kita memilih antara yang baik atau benar dengan yang salah cukup menjadi pantas dan mudah.

• Jalan yang salah (Bathil) telah kita lihat di dada-dada akhbar dan dapat kita perhatikan dengan gelagat yang pelbagai. Isu video lucah, mat rempit, ragut, dll telah membuktikan.

• Namun, tidak juga kurang kebaikan kian terserlah dalam masyarakat melalui perubahan ini.

• Sebagai contoh; pekerjaan sebagai satu ibadat telah dapat dilakukan dengan pantas dan mudah melalui perubahan ini...keselesaan melakukan ibadat khusus juga dapat kita laksanakan dengan selesa dengan perubahan ini.



3. Adakah ‘Perubahan’ yang telah merosakkan ‘Nilai’?

• Saya bersetuju dengan sesetengah keadaan, namun saya tidak setuju dalam sesetengah keadaan yang lain.

• Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa perubaha yang kita lalui ini adalah tepulang ke atas manusia untuk menakhodanya.



4. Bagaimana cara untuk kita menjamin agar ‘perubahan’ yang berlaku tidak menjejaskan ‘Nilai’ yang ada?

• Meletakkan KEPERCAYAAN dan ILMU yang kukuh dalam mengemudi perubahan adalah amat penting.

• Amalan asas di dalam Islam mesti diutamakan. Contoh;

a. SOLAT: mestilah menjadi pengikat kepada pengurusan hidup manusia.
b. PUASA: mestilah membina jatidiri yang kuat dalam membina masyarakat yang kental dengan cubaan dan godaan kejahatan.
c. ZAKAT: mestilah benar-benar dapat menjana ekonomi dengan kukuh.
d. HAJI: menjadi benar-benar pengikat silaturahim antara umat Islam seantero dunia.

• Kesemuanya bukan hanya kita boleh bercakap kosong tanpa ada perancangan dan perlaksanaan yang rapi.

• Apa jua yang kita lakukan, jika hanya berkata-kata ianya akan menjadi sia-sia belaka melainkan ianya perlu kepada iltizam yang kukuh untuk direalisasikan.



5. Pada pandangan ustaz, adakah umat Islam kini telah terlalai dengan perubahan yang berlaku kini?

• Secara umumnya, kita masih jauh dalam memahami perubahan dan ledakan teknologi yang berlaku.

• Kita perlu berkerja dengan lebih gigih dan mengembelengkan tenaga semua daripada kalangan kita untuk memahami dan mengendali perubahan ini.

• Sepatutnya, umat Islam sepatutnya menjadi egen atau pokok atau teras kepada perubahan, bukannya kita yang diubah oleh orang lain dengan pelbagai corak peralatan yang diisi dengan pelbagai maklumat dan pemikiran sehingga kita gagal untuk membuktikan kebenaran Islam itu sendiri. Sama ada dari sudut kepercayaan mahupun amalan.



Kesimpulan

Segala perubahan kita perlu tangani dengan semangat bekerja kuat serta merealisasikan segala kepercayaan dan amalan murni yang kita ada. Jadilah orang yang mampu untuk mengubah orang lain kepada kebaikan. Bukannya kita diubah dengan kekuatan orang yang salah kepada kemaksiatan dan kebatilan.

Tiada ulasan:

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com