Hasil tulisan teks 'RENUNGAN' yang telah dikongsi dengan Staff HTAA Kuantan.
RENUNGAN
KESAKITAN PENGIKAT KASIH SAYANG
Kekayaan dan kekuasaan Allah s.w.t dalam kehidupan manusia sering dinyatakan dengan jelas. Namun tidak ramai daripada kita yang menyedari betapa Allah s.w.t Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana telah berkomunikasi atau berhubung dengan kita tiap saat dan ketika.
Kesibukan kita berhubung sesama manusia, menjadikan kita terlupa betapa Allah s.w.t setiap saat dan ketika memberitahu kita betapa kasih sayang-Nya sentiasa dikongsi bersama.
Pekerjaan di sektor perubatan ini, seharusnya membuka mata fikir serta mata hati kita betapa di sebalik setiap sesuatu yang perlu kita lalui ini adalah berguna untuk kita hayati kekuasaan-Nya Yang Maha Esa.
Allah s.w.t memberitahu kita melalui Al-Quran, dalam Surah Ali Imraan, Ayat 191;
Maknanya: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”.
Oleh yang demikian, apa jua yang kita perhatikan dalam segenap kehidupan di dunia ini adalah mesej daripada Yang Maha Esa.
Allah s.w.t menjadikan ‘sakit’, satu sifat yang universal tiada dibatasi ke atas siapapun dia. Sama ada seorang muslim ataupun tidak, tidak kira apa bangsa sekalipun secara fitrah kelazimannya semua manusia akan bertemu dengan kesakitan.
Adalah tidak dinafikan bahawa kesakitan akan menimbulkan kesusahan kepada seseorang. Malah ianya juga tidak bersifat khusus. Tidak kira siapapun dia, kaya, miskin, tua, muda, muslim, non-muslim dan kesemuanya akan merasai kesukaran atau kesusahan apabila menempuh kesakitan.
Apakah maksud di sebalik Allah s.w.t menjadikan ‘sakit’ ini untuk kita? Selain kita, para penjawat pekerjaan di sektor perubatan ini memperoleh gaji setiap bulan, atau mereka yang menjana pendapatan dari membekal ubat-ubatan kepada hospital mahupun klinik-klinik, atau mereka yang menjana rezeki dari membuat kerja penyelenggaraan alatan perubatan yang semakin canggih kini, hakikatnya Allah s.w.t ingin memberikan pengertian yang lebih dari itu.
Apakah lagi yang Allah mahukan? Selain penjanaan ekonomi, Allah mahukan manusia hidup berkasih sayang. Dengan keyakinan yang pasti, siapapun pesakit dan walau di mana institusi perubatan sekalipun memerlukan kepada pemeriksaan, pertolongan serta bantuan untuk mengubati penyakit mereka. Dari keadaan ini, maka wujudlah hubungan antara sesama manusia.
Allah menjelaskan di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 155;
Maknanya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
Maksud ayat, ‘kekurangan jiwa’ adalah termasuk penyakit yang Allah jadikan untuk manusia agar mereka bersabar dan akhirnya timbul hubungan baik antara manusia yang saling membantu antara satu sama lain.
Setiap bantuan itu, Allah telah tentukan kepada mereka balasan dan ganjaran. Ini termasuklah ganjaran duniawi mahupun ukhrawi.
Allah memberitahu lagi, Dalam Surah Al-Anaam, Ayat 98;
Maknanya: Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).
Apabila Allah mengembalikan manusia kepada fitrah. Antara lainya adalah perasaan ‘sakit’ ini, maka akan kembalilah manusia itu kepada fitrahnya iaitu perasaan bertolong-bantu dan kasih sayang tanpa dibatasi sempadan kaum mahupun bangsa.
Oleh yang demikian, seharusnya kita bersyukur atas nikmat tanggungajawab yang telah kita galas ini. Di sebalik segala yang kita terima sebagai habuan atau balasan dunia, Allah telah sediakan ganjaran dan balasan di akhirat buat mereka yang ikhlas.
Sekian, wassalam.
RADIO MALAYSIA PAHANGFM
Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik
FREKUENSI PAHANGFM
Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz
Pengikut
Custom Search
LINK untuk kemudahan tetamu Blog Kalam Damai...
Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai
Realtime Online
Jumaat, 5 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SENARAI CATATAN TERDAHULU
-
▼
2009
(122)
-
▼
Jun
(13)
- TEGURAN, KRITIKAN DAN KESEMPURNAAN
- IKTIRAF KESALAHAN GERBANG TAUBAT
- AGAMA
- YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG JAHAT JADIKAN SEM...
- H1N1, Denggi, Malaria, AIDS dan Lain-lain
- H1N1
- 1 REJAB 1430H
- TAHU, AMAL, TEKUN & IKHLAS
- salam Buat Semua
- LOGIK AKAL
- GEMA JUMAAT 05 MEI 2009: TAJUK : NILAI DAN PERUBAHAN
- 'RENUNGAN'
- TENTANG PENGURUSAN JENAZAH
-
▼
Jun
(13)
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'
Rileks-rileks...
Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)
E-MAIL KAMI
Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan