Sewaktu ke Udara di Radio Malaysia PahangFM melalui rancangan 'Gema Jumaat' 05 Jun 2009 yang lalu...En. Omar dari Chini ada mengutarakan berkenaan dengan 'Logik Akal'.
Antara lain, persoalannya adakah Islam ini berasaskan kepada logik akal? apakah logik akal boleh digunakan dalam pertimbangan sesuatu keputusan di dalam Islam?
PERTAMA: AKAL merupakan satu ciptaan yang membezakan di antara manusia dengan makhluk binatang yang lain. Jika kita lihat dalam spesifikasi makhluk maka tiada lainnya manusia itu dengan haiwan melainkan AKALNYA.
KEDUA: Di Dalam Al-Quran dan Hadis terlalu banyak disebutkan tentang kepentingan akal dalam aktiviti berfikir. (Saya tidak sempat untuk merujuk jumlah ayat setakat ini. Namun sememangnya banyak berkenaan keutamaan berfikir).
KETIGA: Pengkajian Ilmu Tauhid/Ilmu Usuluddin/Ilmu Fiqhulakhbar atau ilmu berkenaan ketuhanan ada menyebut tentang Hukum Syarak, Hukum Akal dan Hukum Adat. Pencarian Allah s.w.t di dalam hidup kita ini tidak memadai memahaminya dalam kekuatan Hukum Syarak atau dalam kaedah pembuktian melalui Dalil Naqli semata-mata, ianya adalah termasuk Dalil Aqli atau Pembuktian dengan menifestasi logik akal.
KEEMPAT: Keutamaan akal dalam pertimbangan Syarak dalam pembunaan Hukum adalah diperingkat ketiga iaitu Pertamanya Al-Quran diikuti Sunnah kemudiaannya Ijmak dan Qias dan terdapat lagi qaedah pembinaan hukum yang lain. Di peringkat Ijmak, para ulamak mula menggunakan Fakta dan pemerhatian yang diolah dengan menggunakan akal dengan merukjuk asas Al-Quran dan Hadis (Sunnah).
KELIMA: Kukuhnya Aqidah dangan kukuhnya pertimbangan akal. Dalam melaksanakan hukum syarak adalah tidak wajib kepada orang tidak berakal iaitu antaranya orang gila, orang bodoh dan lain-lain berkaitan dalam membincangkan bab orang-orang mukallaf (orang yang dipertanggungjawabkan syarak. Seperti sembahyang, puasa, zakat dan semua ibadat dan hukum yang lain termasuk jenayah).
Masih banyak yang kita boleh selami tentang akal. Secara ringkasnya, kita seharusnya sedar bahawa keistemewaan ini perlu kita gunakan sebaik mungkin. Mereka yang terlalu taasub kepada pendirian akal dengan tidak merujuk kepada emosi dan spiritual mengakibatkan pertimbangan dan keputusan tidak seimbang.
Saya juga tertarik dengan kaedah ESQ 165 dalam menyimpulkan ketiga elemen ini iaitu Intelektual (Akal), Emosi (Perasaan, nafsu, keinginan dan lain-lain berkaitan) dan Spiritual dengan cara yang mudah di fahami http://www.esq.com.my
Sesuatu yang perlu kita fahami dalam keseluruhan masyarakat kita bahawa kekuatan ketiga-tiga elemen yang ada pada manusia ini menghasilkan juga tiga kelompok manusia dan tiga golongan ini dalam semua bidang.
Sebagai contoh, Golongan yang lebih cenderong kepada penggunaan Intelek seperti golongan Akademik, Profesional dan lain-lain. Manakala Golongan yang lebih cenderung kepada Emosi seperti seniman. Dan golongan yang cenderung kepada spiritual adalah mereka yang sukar untuk saya contohkan kerana ianya berkemungkian ada pada kedua-dua elemen di atas kerana jika seseorang itu menemui hakikat ketuanannya melalui gerak mata fikirnya maka dia akan hidup dengan gerak spiritualnya beorentasikan intelektual dan begitu pulalah mereka yang cenderung kepada perasaan itu tadi.
Walaubagaimanapun, adalah menjadi satu kemestian bahawa kita mestilah menggabungkan kesemua elemen-elemen ini kerana ianya akan membuahkan hidup yang saling menghormati antara satu sama lain walaupun kecenderungan kita berbeza kerana berbezanya intelektual dan emosi dan pemahaman spiritual.
Sekian dulu...Wallahualam...
RADIO MALAYSIA PAHANGFM
Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik
FREKUENSI PAHANGFM
Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz
Pengikut
Custom Search
LINK untuk kemudahan tetamu Blog Kalam Damai...
Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai
Realtime Online
Ahad, 7 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SENARAI CATATAN TERDAHULU
-
▼
2009
(122)
-
▼
Jun
(13)
- TEGURAN, KRITIKAN DAN KESEMPURNAAN
- IKTIRAF KESALAHAN GERBANG TAUBAT
- AGAMA
- YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG JAHAT JADIKAN SEM...
- H1N1, Denggi, Malaria, AIDS dan Lain-lain
- H1N1
- 1 REJAB 1430H
- TAHU, AMAL, TEKUN & IKHLAS
- salam Buat Semua
- LOGIK AKAL
- GEMA JUMAAT 05 MEI 2009: TAJUK : NILAI DAN PERUBAHAN
- 'RENUNGAN'
- TENTANG PENGURUSAN JENAZAH
-
▼
Jun
(13)
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'
Rileks-rileks...
Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)
E-MAIL KAMI
Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com
2 ulasan:
bukan susah nak tau pasal fungsi akal rujuk je surah 16 ayat 78 & surah 2 ayat 185. kaitkan. Dua2 ada perkattan tasykurun kat bhgn last ayat. "supaya kamu bersyukur". dan dh tentu kita tau tanda org b'syukur ialah dia manfaatkan 3 benda tu pendengaran, penglihatan & hati. dengar hudan, lihat bainat & furqan hak & batil. baru b'fungsi akal tu..sejajar ngan quran jugak kan.
Salam Ustaz,
Mintak tumpang belajar.
Kata orang iman ada masa bertambah ada masa berkurang. Macam mana pula dengan akal. Ada tak masa2nya, akal tidak boleh digunapakai untuk mentafsir sesuatu?
Terima Kasih!
Bulan Penuh 2012
Catat Ulasan