RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Isnin, 28 Disember 2009

KALENDAR DAN KUASA-NYA YANG MAHA MENGETAHUI



Maknanya: Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). Surah Yunus, Ayat 5.



Maknanya: Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya. Surah Al-Israa’, Ayat 12.

Berikut antara video klip dari youtube...











Salam Maal Hijrah 1431 dan Selamat Tahun Baru 2010....

Rabu, 9 Disember 2009

HIJRAH, TRANFORMASI DAN PERUBAHAN



Maknanya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah An-Nisa' : 100)

18 Disember 2009 pada tahun ini bersamaan 1 Muaharam 1431h. Kebiasaan setiap tahun kita akan meraikan hari ini sebagai Maal Hijrah.

Perkaitan 1 Muharam sudah tentu kita ketahui iaitu dengan mengambil peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Dalam menilai semula hijrah ini, ianya terlalu luas. Segalanya meliputi;

1. Hijrah secara fizikal. Merujuk hijrah Rasul iaitu dari Mekah ke Madinah. Pelbagai peristiwa berlaku. Ianya termasuk pengajaran dari segi politik, ekonomi dan juga sosial.

2. Hijrah secara mental. Apa sahaja yang dilakukan oleh Baginda s.a.w terkandung perkara tersurat dan tersirat. Dengan merujuk pesanan Baginda s.a.w dan juga Ayat-Ayat Al-Quran banyak menyentuh prihal perubahan atau transformasi pemikiran. Antara lain;

a. Hijrah dari Kejahilan atau Kebodohan kepada Berilmu dan Bermaklumat.

b. Hijrah dari Kurang Berkemahiran kepada mahir dan pakar.

Begitulah seterusnya...

Satu lagi yang mungkin boleh kita sentuh...perubahan itu boleh dibahagikan kepada perubahan pasti dan perubahan pilihan.

1. Perubahan Pasti; antaranya; muda kepada tua, hidup kepada mati, kuat kepada lemah dan lemah kepada kuat mengikut faktor usia dan seterusnya...

2. Perubahan pilihan; antaranya; jahat kepada baik, baik kepada jahat....dan seterusnya....

Salam hijrah buat semua...

Selasa, 8 Disember 2009

BACA, BACA DAN BACA



Maknanya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(Surah Al-Alaq : 1-5)

Musim cuti persekolahan, banyak perkara yang kita lalui. Saat ini anak-anak serta kita mungkin lebih banyak menggunakan waktu berada di rumah, melancong, melihat persekitaran dan bergaul sesama sendiri. Rutin biasa yang kita tempoh hari-hari sebelumnya berubah pada musim percutian ini.

Perjalanan kehidupan, persekitaran, apa yang sudah berlaku, sedang dan akan berlaku memberikan kita 1001 pengajaran. Melihat persekitaran dengan mata hati dan mata fikir merapatkan diri kita kepada Maha Pencipta.

Hubungan dengan Allah, sesama insan jua dengan Alam semakin erat. Semoga silaturahim, hubungan kekeluargaan, hubungan ketuhanan semakin kukuh antara kita.

Salam Penghayatan.

Isnin, 30 November 2009

MIMPI, INTUISI, ILHAM, WAHYU

Tersentuh hati dan pemikiran saat musim korban ini. Keadaan yang kita alami dalam menempuh kehidupan di dunia ini sentiasa kita di bawah Kuasa Yang Maha Esa.

Hidup, mati, sedar, mimpi, khayal, ilham dan seterusnya dimensi wahyu buat para rasul menyebabkan kita sentiasa mengerti bahawa ada supernatural yang kita lalui.

Pengamatan kepada alam mimpi, rupanya memberikan kesan kepada tindak tanduk serta perutusan dari alam supernatural untuk kita hayati serta memenuhi geraklaku sebagai manusia.

Panduan yang Allah berikan kepada kita melalui pesanan petunjuknya Al-Quran agar kita sentiasa berhati-hati dan peka kepada apa sahaja yang Allah jadikan di atas muka bumi, dalam diri serta apa sahaja yang kita perhati.

Surah Ali Imraan, Ayat 191;



Maknanya: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Sebut tentang MIMPI, dalam Al-Quran tidak kurang 13 kali perkataan diterjemaah sebagai MIMPI dan ayat membayangkan serta menjelaskan sebagai wahyu perintah dari Allah kepada rasul termasuk kisah pengorbanan Ibrahim a.s untuk menyembelih anaknya Ismail a.s selain ta'biir mimpi yang dijelaskan kepada Yusus a.s.

Lantaran itu, kepekaan kita terhadap fenomena mimpi ini seharusnya tidak boleh kita ambil mudah. Ayat-ayat di bawah sebagai rujukan;

Surah As-Saaffaat, Ayat 102



Maknanya: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

Surah Yusuf, Ayat 4



Maknanya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Surah Yusuf, Ayat 6



Maknanya: Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub: sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".


Dengan tidak menafikan ada MIMPI yang hanya membawa mainan tidur atau mimpi yang dibawa oleh gangguan syaitan, kita ada mimpi yang membawa kepada mimpi yang benar dan menjadi faktor jelas ingatan Allah kepada kita, antara lain yang benar-benar pasti ialah MIMPI tanda BALIGH;

Antara mimpi pasti yang menjadi syariat buat sekelian insan antara lain adalah mimpi bersetubuh hingga keluar mani. Sesuatu yang pasti apabila kita telah sampai mesej ini, Allah memberitahu kita bahawa kita telah mukallaf dan bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan antara dosa dan pahala. SUBHANALLAH BEGITULAH antaranya kuasa ALLAH...

Salam Penghayatan...

Khamis, 19 November 2009

INFLUENCE SKILL

Alhamdulillah...Blog KD mencecah 6,666 hits...teringat akan jumlah ayat Al-Quran...

Dalam fenomena kehidupan pemerhatian saya, terdetik hati saya melihat beberapa perkara yang saya teringat kembali untuk diri saya.



Maknanya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.Surah An-Nahl, Ayat 125.

Perbincangan 'Influence Skill' atau 'Kemahiran Mempengaruhi', jika dilihat dari aspek ayat di atas saya perhatikan ianya merupakan sebahagian dari teknik dakwah.

Aristotle menyebut sebagai pemidato, mereka perlu ada ilmu logik dan ilmu psikologi. Dalam elemen tersebut pula ada;

1. Logos - Penghujahan
2. Ethos - Kepribadian
3. Pahtos - Emosi

Telah banyak juga penghuraian berkenaan DAKWAH itu sendiri. دعوة بالحال atau Dakwah mengikut keadaan dan masa atau menunjukkan teladan yang baik kepada orang didakwah.

Memang susah untuk mencari kesempurnaan, walau pada hakikatnya hanya Allah s.w.t Yang Maha Sempurna...

Dalam kesibukan kita melakukan dakwah...terkadang perlu juga kita hayati semula ayat di atas...

Semoga kita sama-sama mendapat ketenangan...insyaAllah...

Salam Dakwah.

Jumaat, 13 November 2009

AIDIL ADHA DAN PENGORBANAN

Kesempurnaan Islam dalam perbuatan dan tanda perhambaan terhadap Yang Maha Esa bukan sekadar melakukan pergerakan yang dipamerkan sebagai berdiri tegap, tunduk rukuk serta tunduk sujud dalam solat, menahan lapar dan dahaga dalam puasa malah menyembelih binatang agar pemergian atau lucut nyawa dalam keadaan yang paling tidak menyiksakan juga dikategorikan sebagai ibadat atau salah satu cara untuk merepatkan diri kepada Maha Pencipta.

Jangan kita lupa, kita selalu menyebut 'khusyuk' dalam solat. Begitu juga sewajarnya kita hayati dalam peribadatan menyembelih binatang korban dalam merayakan hari raya yang dikenali sebagai hari raya korban yang akan kita sambut pada 27 November 2009 nanti...insyaAllah (tertakluk kepada rukyah dan hisab).

Kekhusyukan dalam solat tidak sama kekhusyukan puasa, begitu juga khusyuk dalam ibadat korban ini. Perbuatan menyembelih korban demensi paparan ibadatnya. Apa yang menjadi nilai kepada ibadat berkenaan adalah semangat pengorbanan.

Pemupukan semangat pengorbanan dipaparkan dalam sebuah perayaan. Perngorbanan wang dan harta, tenaga dan usaha fizikal, kekuatan mental juga begitu. Begitulah sempena jua dengan wuquf di Arafah sebagai persamaan keadaan bagi kemuncak melaksanakan ibadah haji di Mekah sebagai destinasi rukun Islam terakhir iaitu menunaikan haji bagi berkemampuan.

Pengetahuan berkenaan kaedah perlaksanaan ibadah korban sangat penting begitu juga pentingnya apa yang Allah s.w.t inginkan secara tersirat dalam kisah penyembelihan Ismail a.s oleh bapanya Ibrahim a.s. sebagai lambang pengorbanan hamba terhadap Penciptanya. Sanggup melaksanakan satu ibadah melebihi rasa kasih dan sayang terhadap anaknya demi memenuhi perintah Pemilik sekelian alam.

Hakikatnya, Allah s.w.t lebih mengetahui dan lebih menyayangi hambanya yang beriman dan beramal soleh dan berhati ikhlas, tulus dan mulus terhadap-Nya. Hanya sekadar menguji, diganti anak itu dengan seeokor binatang kibasy untuk dijadikan satu ikutan malah disyariatkan pada tahun ke-2 hijrah iaitu hari raya korban sehingga kiamat.

Oleh yang demikian, bersamalah kita menghayati ibadah perayaan, nilai pengorbanan, sifat adil dan saksama, tamak haloba, dengki dan khianat segalanya Allah s.w.t sediakan dalam ibadat bergelar QURBAN melalui perayaan AIDIL ADHA.

Salam Pengorbanan.

Sabtu, 7 November 2009

MENCARI KEBENARAN

Dalam kelompok manusia, istilah orang itu banyak cakap, orang itu pendiam, orang itu apabila ditanya baru menjawab dan pelbagai persepsi akan berlaku kepada keadaan-keadaan ini. Ada yang menganggap orang yang pendiam itu tidak tahu apa-apa, malah ada juga mengatakan orang pendiam itu sombong, tidak tahu menegur sapa.

Bagi yang banyak cakap pula, ada yang beranggapan mereka ni mungkin banyak berbohong malah ada juga beranggapan...Wah! hebatnya dia...atau sebaliknya.

Sehingga ke peringkat akademik dan keagamaan terdapat kategori bergelar 'abid' atau hidupnya penuh dengan ibadat dan label ini lebih disinonimkan kepada mereka yang kurang bercakap. Ahli Kalam pula dilabelkan kepada mereka yang suka berhujah. Hingga terkenal satu ilmu dengan Ilmu Kalam yang membahaskan prihal ketuhanan.

Apapun kita perhatikan, perkatakan dan sebagainya...CARILAH KEBENARAN...

Salam.

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com