Rasa ini sebenarnya memanggil diri untuk kembali kepada Tuhannya Yang Maha Luas, yang membawa diri manusia keluar dari tekanan secara hakiki, yang benar berkuasa atas tiap sesuatu dalam mencipta dan mentadbir semesta alam.
Lalu, diri akan kembali tenang, kerana diri 'bersandar' kepada Yang Maha Luas, lagi Maha Berkuasa. Apa jua yang ada dalam alam ini, adalah di dalam Kekuasaan Allah, maka apa yang kita hadapi itu adalah dalam Kuasa Allah jua untuk menemui jalan penyelesaiannya.
Allah Berkuasa menerbitkan matahari setiap hari dan menenggelamkannya, maka apalah kiranya masalah kita yang jauh lebih kecil dari matahari itu untuk diselesaikan oleh Allah. Cuma, adakah sebenarnya kita sudah kembalikan diri kepada-Nya dalam menghadapi kesulitan itu? Kembalilah!, antara lain, melalui jalan Zikir Asmaul Husna ini.
Amin.
2 ulasan:
Assalamualaikum abg Ngah...wah dah lama tak jenguk sini, memang tenang dan damai membaca entry terbaru abg Ngah ni...salam ramadan & selamat menyambut 1 syawal la ek tak berapa ari lagi. Mohon maaf zahir dan batin kalau ada salah silap juga sebagainya.Semoga sihat2 selalu m.cu doakan..., aamiin..:)
W'salam, Mak Chu. Kome juge nak ucap selamat hari raya khas buat Mak Chu dan kepada semua Pendengar Kalam Damai. Terima kasih semua...Maaf Zahir dan Batin...
Amin.
Catat Ulasan