RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Jumaat, 20 Mac 2009

HUTANG

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته هوتان

Terima kasih kepada Hutan kerana bertamu ke Blog ini. Persoalan HUTANG yang Hutan timbulkan sememangnya amat berat yang kita tanggung dan ianya membawa ke akhirat. Oleh yang demikian, pada kebiasaannya dan telah menjadi ada dan budaya kita sebelum jenazah meninggalkan rumah atau hendak diusung ke kuburan, ada wakil mengingatkan untuk mereka yang hadir sekiranya ada hutang si mati boleh dituntut pada waris.

Menyentuh hutang juga, bank memberi hutang, 'along' memberi hutang, kawan-kawan memberi hutang, kerajaan memberi hutang dan banyak lagi agensi-agensi lain berbuat demikian.

Juga kita memberikan pelbagai reaksi berkenaan hutang dan bayaran balik hutang. Oleh yang demikian, Allah telah memberikan reaksi dan kaedah yang sesuai untuk kita perhatikan dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 282 sebagaimana di bawah;

Maknanya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Begitulah antara pesanan Allah dan acuan untuk kita berhutang. Dalam keadaan saya menulis ini juga saya juga berhutang. Boleh dikatakan semua antara kita berhutang.

Hutang Solat, Hutang Rumah, Hutang Kereta, Hutang Belajar...dan seterusnya...

Marilah kita sama-sama belajar bagaimana cara untuk mengurus kewangan dengan baik dan kita amalkan bersama;

Mari kita lawati dan pelajari antara lain melalui web berikut;

http://www.akpk.org.my/

Dan sama-sama berdoa dengan amalan doa bacaan Yasiin, dan minta dijauhkan belenggu hutang berterusan dan pemungut hutang yang kasar (Qahri Rijal)

اللهم إنا نغوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال ، آمين.

Tiada ulasan:

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com