RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Isnin, 12 Januari 2015

TERAPI JIWA RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Kalam Damai telah mengundurkan diri dari bersiaran di Radio Malaysia Pahangfm disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan. Namun, Ustaz Ahmad Shah Jamlus akan bersama dalam slot Terapi Jiwa pada Tahun 2015, insyaAllah.

Pada pagi 12 hingga 16 Januari 2015 jam 7.30 pagi, slot Terapi Jiwa akan diisi dengan berbicara tentang Hubungan Baik Sesama Manusia.

Antara yang dibicarakan;

1. Kita menjangkakan ketenangan jiwa itu hanya berkait dengan amalan peribadi seperti solat, puasa, zakat, haji, zikir dan sebagainya, sedangkan hubungan baik sesama manusia itu juga sangat penting. Di mana, jika kita bermusuhan antara satu sama lain, ia juga boleh menjadikan jiwa terancam dan tidak tenteram.

2. Nilai baik secara peribadi itu penting untuk dipupuk, seperti amanah, jujur, bertanggungjawab, dan sebagainya. Namun, nilai hubungan baik sesama manusia, seperti hormat-menghormati, bertolak ansur, bertimbang rasa dan sebagainya juga penting.

3. Saling mengenali antara satu sama lain adalah titik permulaan untuk membentuk jalinan baik antara sesama manusia.

Selamat mendengar...

:)

Khamis, 24 Julai 2014

BERDOA DENGAN ASMAUL HUSNA


Resah, gelisah, stress, tekanan adalah perasaan yang didatangkan oleh Allah kepada manusia dalam menempuh kehidupan di dunia ini. Keadaan rasa ini jika dilalui dengan jalan positif, ia boleh menjadi faktor penggalak kepada sesuatu usaha yang sedang dicapai. Namun, jika ia dilalui dengan rasa yang negatif, ia boleh mengganggu kehidupan secara keseluruhan.

Rasa ini sebenarnya memanggil diri untuk kembali kepada Tuhannya Yang Maha Luas, yang membawa diri manusia keluar dari tekanan secara hakiki, yang benar berkuasa atas tiap sesuatu dalam mencipta dan mentadbir semesta alam.

Lalu, diri akan kembali tenang, kerana diri 'bersandar' kepada Yang Maha Luas, lagi Maha Berkuasa. Apa jua yang ada dalam alam ini, adalah di dalam Kekuasaan Allah, maka apa yang kita hadapi itu adalah dalam Kuasa Allah jua untuk menemui jalan penyelesaiannya.

Allah Berkuasa menerbitkan matahari setiap hari dan menenggelamkannya, maka apalah kiranya masalah kita yang jauh lebih kecil dari matahari itu untuk diselesaikan oleh Allah. Cuma, adakah sebenarnya kita sudah kembalikan diri kepada-Nya dalam menghadapi kesulitan itu? Kembalilah!, antara lain, melalui jalan Zikir Asmaul Husna ini.

Amin.

Isnin, 12 Mei 2014


Kehidupan ini perlukan keseimbangan. Seimbang dalam erti kata yang sebenar. Al-Quran telah menjelaskan, kehidupan itu ada dua. Pertama, kehidupan di dunia. Kedua, kehidupan di ahkirat.

Kehidupan di dunia, adalah satu kehidupan yang perlu dinikmati dengan penghambaan diri kepada Allah dan mengurus tadbir dunia sebagai khalifah Allah.

Pengisian hidup di dunia harus seimbang dalam kehidupan secara individu, keluarga dan juga masyarakat. Keseimbangan ini akan membuahkan kebahagian.

Neraca timbangan itu diperkukuh kejadian manusia itu dengan unsur yang membolehkan dirinya membuat pertimbangan, iaitu akal dan hati.

Kehidupan yang kedua adalah kehidupan di akhirat. Ia adalah kehidupan yang menerima pertimbangan baik dan jahat sepanjang hidup di dunia. Barang siapa yang berat timbangan baiknya, maka bahagialah hidupnya, jika sebaliknya, maka sengsaralah diri.

Amin.

Isnin, 17 Mac 2014

SUJUD


Sujud merupakan salah satu rukun dalam solat. Pun begitu, ada juga sujud yang disunatkan ketika membaca ayat dalam surah-surah tertentu dengan dinamakan sujud itu sebagai sujud tilawah, sujud sajdah, dan juga sujud yang diasaskan kepada rasa syukur atau gembira tentang sesuatu. Lalu, sujud itu adalah bertujuan dan inti rasanya adalah tunduk dan patuh kepada Maha Mencipta iaitu Allah sw.t.

Sujud, dalam pandang zahirnya adalah gerakan yang menundukkan kepala sehingga mencecah bumi tanda tunduk dan mengagumi untuk menyembah Allah s.w.t. Ia harus dalam bentuk iringan sujud jiwa kepada Maha Pencipta. Dengan ini, hilang rasa takbur, riak dan ujub dalam diri dan jauh daripada syirik kepada Allah Yang Maha Esa.

Amin.

Isnin, 10 Mac 2014

PENYELARASAN DALAM DIRI


Elemen dalam diri ini dapat disedari oleh setiap diri yang normal dan mukallaf. Rasa keinginan nafsu, pertimbangan dalam akal fikiran, hati yang sentiasa berbolak-balik, dan rasa diri hidup yang merangkumi roh. Empat unsur ini menjadikan seseorang itu hidup dan sentiasa mengendali dirinya untuk kelangsungan tinkah laku dan tindakan dalam kehidupannya. Akal akan menjadi matang dengan pengalaman dan penyelesaian masalah dan juga pastinya ilmu sebagai makanan yang menguatkan fungsi akal untuk berfikir dan menimbang soal salah dan betul. Hati pula sering berbolak-balik menentukan pilihan untuk menjadikan diri bertindak dengan tingkah laku. Lalu, hati itu boleh ditenangkan dengan makanan zikir yang menguatkan ketetapannya sebagai raja pembuat keputusan. Semua itu dilaraskan terlebih awal dengan kehendak dan keinginan dari nafsu yang baik atau sebaliknya. Dan roh, menjadikan semuanya berfungsi sebagai satu kehidupan kepada jasad.

Isnin, 24 Februari 2014

KAWALAN DIRI


Proses membawa tindakan yang tepat dalam kehidupan ini menjadi idaman semua daripada kita. Ia bermula dengan meletakkan usaha diri membawa kepada tahap pengupayaan nafsu yang tenang dan sentosa, iaitu Nafsu Mutmainnah. Tahap nafsu ini, seseorang tidak lagi suka melakukan kejahatan dan telah kesal dan berada ke tahap yang sentiasa inginkan kebaikan dan sentiasa meningkatkannya.

Pun begitu, berdoalah sentiasa agar diri dikurnia Allah akan kebaikan sentiasa, agar diri terarah kepada kebaikan yang berpanjangan dan berterusan.

Amin.

Isnin, 17 Februari 2014

ASAS HIDUP KENAL TUHAN


Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Untuk mengingati, ia bermula dengan mengenali. Carilah permulaan bagi ketenangan itu, iaitu dengan cara mengenali. Langkah itu terbentang luas di hadapan kita. Jangan sia-siakan ruang, peluang dan masa yang ada pada kita.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus mengenali dan sentiasa mengingati-Nya dalam usaha mendapatkan ketenangan yang begitu indah untuk jiwa dan murani kita.

Amin...

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com