RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Rabu, 25 Julai 2012

RAMADAN & NIAT


Niat berpuasa, ada yang telah berniat sejak malam awal Ramadan lagi untuk berpuasa selama sebulan. Namun, ramai antara kita berniat setiap malam Ramadan.

Niat yang sempurna adalah sebahagian dari keseluruhan pengabdian kita dalam ibadah puasa. Dalam hukum fekahnya, puasa adalah menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Namun, puasa yang sempurna melepasi dari yang terzahir semata-mata. Bersamalah kita membina niat agar kita bersama dapat berpuasa dari melakukan hal-hal tercela melibatkan maknawi, yakni dari sebarang dosa yang lain, termasuk meninggalkan mazmumah, yakni sifat-sifat tercela yang lain.

Hal ini, sudah pasti sangat berkait dengan niat kita untuk menahan diri dari sebarang maksiat dan mazmumah.

Amin...

Isnin, 23 Julai 2012

KEISTIMEWAAN RAMADAN

Rasa lapar dan dahaga yang dilalui pada bulan Ramadan, menitipkan rasa dan kesedaran bagi mereka yang sudah biasa mendapat makanan. Ini menjadikan jiwa seorang yang sudah biasa dengan kesenangan kembali merasai akan penderitaan mereka yang sukar mendapatkan Makanan sudan minuman.

Pada zaman ledakan pantas teknologi maklumat kini, kita dapat melihat melalui medium televisyen dan internet apa yang berlaku di negara-negara lain. Ini membawa kita menghayati dengan lebih mendalam apa yang terkandung di dalam ibadah puasa ini.

Selain itu, dapat pula kita merasai akan persaudaraan sesama Islam merentasi kawasan dan sempadan. Pada bulan ini, tayangan dokumentari yang dipaparkan di televisyen, malah kita boleh layari melalui medium internet tentang sambutan puasa dalam kepelbagaian kaum dan bangsa. Di sini memancarkan kesejagatan Islam dan kebesaran Ilahi dengan syariat merentasi zaman dan sempadan hidup manusia.

Semoga kita bersama memperolehi keistimewaan puasa atau Ramadan pada kali ini yang meresapi medan jiwa dan nurani kita.

Amin...

PENDIDIKAN RAMADAN

Sedar tak sedar, hari ini sudah masuk hari yang ketiga umat Islam di Malaysia berpuasa. Alhamdulilah, kita semua dapat menikmatinya dengan keadaan aman, makmur lagi sejahtera.

Sesungguhnya, Ramadan memberi pendidikan kepada kita dalam segenap kehidupan. Penyusunan hidup pada bulan Ramadan untuk kita sudah tentunya sangat berbeza dari kelaziman biasa. Ramadan, mengandungi sahur dan berbuka, Ramadan dihiasi tadarus, Ramadan dihiasi taraweh, Ramadan dihiasi pelbagai lagi yang tiada pada bulan biasa.

Nikmat semua perlakuan ini sebenarnya mendidik kehidupan kita untuk sepanjang kehidupan 11 bulan yang lain dalam setahun.

Untuk bangun 1/3 malam pada bulan harus, mungkin agak sukar untuk dilakukan. Namun, melalui bangun sahur, ramai yang boleh melakukannya. Begitu juga waktu untuk membaca Al-Quran, Ramadan ini semakin ramai yang melakukannya.

Semoga kita dapat melalui pendidikan ini dengan lebih baik pada tahun ini. Amin.

Khamis, 19 Julai 2012

SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS RAMADAN

Sabtu nanti, bermulalah Ramadan bagi kita di Malaysia. Sesungguhnya, atas Rahmat dan Qudrat-Nya jua kita sampai kepadanya dengan sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya.

Perkara yang ditunjjukkan oleh baginda s.a.w dalam pesanan baginda Muhammad s.a.w sebelum tibanya Ramadan adalah;

Pertama: Bermaaf-maafan sesama manusia.

Sebagai makhluk Allah bergelar manusia, barang sudah pasti tidak lepas dari sebarang kekurangan. Dalam pergaulan seharian, sudah tentu ada yang mengguris hati. Hal berkaitan sesama manusia, harus mendapat maaf daripada manusia terlebih dahulu, sebelum memohon ampun kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Kedua: Bertaubat dari sebarang dosa kepada Allah s.w.t.

Dosa kita terhadap Allah s.w.t hendaklah sentiasa dimohon ampun kepada-Nya. Semoga kita memasuki gerbang Ramadan dengan hati yang suci murni dengan lembaran ibadah pengabdian kepada Ilahi sepenuh hati. Amin.

Begitulah hendaknya kita bersama. Semoga Allah meredhai hidup kita selamanya. Amin.

Jumaat, 6 Julai 2012

Khamis, 14 Jun 2012

SOLAT, ANUGERAH ALLAH KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT



Solat adalah merupakan anugerah secara formal daripada Allah s.w.t kepada sekelian umat Muhammad s.a.w pada peristiwa Mikraj Rasulullah s.a.w. Solat adalah antara anugerah amalan sendi kehidupan ini mempunyai pelbagai hikmah dan merangkumi demensi kebijaksanaan yang luas.

Solat amat sukar dilakukan melainkan bagi mereka yang mempunyai fokus yang tinggi yang dikenali sebagai khusyuk.

Solat petanda kepada disiplin masa yang baik, amalan rohani yang tinggi, menjalin kebaikan fizikal, mental dan kerohanian.

Solat harus dihargai dengan penuh kemuliaan sebagai pertemuan indah seorang hamba dengan pemiliknya.

Solat, solat, solat...

Rabu, 13 Jun 2012

ISRAK DAN MIKRAJ



Peristiwa sirah Israk dan Mikraj yang dilalui Baginda Muhammad s.a.w merupakan satu peristiwa mukjizat di luar kebiasaan yang membawa manusia mengingati kekuasaan Allah atas makhluk ciptaannya. Kehidupan kita sehari-hari adalah menjadi satu kebiasaan buat setiap dari kita. Bagi yang tidak menghayati kekuasaan Allah, mereka merasakan hidup ini adalah laluan biasa bagi seorang manusia. Tugas hamba dan khalifah bermula dengan mengenal Allah Yang Pencipta. Maka, Muhammad s.a.w pada permulaan utusannya, menyeru akan mengenali akan kuasa Maha Pencipta itu, setelah 12 tahun risalah utusan itu disebarkan, maka berlakulah peristiwa yang penuh dengan pengajaran itu.

Hal ini, tidaklah menjadi kejutan bagi mereka yang sudah yakin benar akan kuasa Maha Pencipta pada ketika itu. Mereka telah yakin benar akan Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu, maka adalah harus pula bagi Allah melakukan melalui afaal-Nya akan sesuatu yang berkemungkinan besar menjadi pelik bagi mereka yang tidak menghayatinya.

Dari sudut pandangan ilmiah, peristiwa itu terkandung hal ilmu yang sangat luas. Ia meliputi hal segenap kehidupan dan hal pembinaan kehidupan yang sangat luas. Bermula potensi diri, kehamonian keluarga dan masyarakat, perhubungan alam dan manusia dan seluruhnya.

Menghayati kisah sirah ini, menjadikan persediaan hidup selanjutnya akan lebih memberi makna dalam kehidupan...

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com