RADIO MALAYSIA PAHANGFM
Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik
FREKUENSI PAHANGFM
Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz
Pengikut
Custom Search
LINK untuk kemudahan tetamu Blog Kalam Damai...
Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai
Realtime Online
Isnin, 6 Januari 2014
TRANSFORMASI KALAM DAMAI
KALAM DAMAI, Santai Budi, Mencuit Sanubari...memasuki tahun yang ke-7 bersiaran di Radio Malaysia Pahangfm. Hari ini, Isnin 06 Januari 2014 bersamaan 04 Rabiul Awal 1435 adalah merupakan hari pertama bagi KD bersiaran untuk tahun 2014, insyaAllah.
Syukur kepada Allah, terima kasih kepada Puan Hajah Ruhaidah Abdullah sebagai Penerbit Rancangan serta Juruhebah bersama penyiaran. Begitu juga pastinya Radio Malaysia Pahangfm yang membawakan siaran ini melalu frekuensinya. Juga sidang pendengar yang setia bersama berkongsi pengalaman merentas masa mengisi ruang minggu mereka dengan siaran ini, serta pengunjung kalamdamai.blogspot.com.
Pada tahun ini, KD membuat beberapa pengisian baru dan penjenamaan baru bagi segmen yang disediakan. InsyaAllah pada petang ini, akan bermula segmen baru itu ke udara dengan mengekalkan elemen bual santai dalam penuh ilmiah dan bermanfaat.
Tunggukan Transformasi Kalam Damai petang ini dengan pengisian;
1. Cakna Makna.
2. Kalamullah
3. Bestari Kata
4. Singkap Hijab
5. Aspirasi 1Malaysia dan Cinta Negara
6. Soalan Kuiz Mingguan.
Semoga dengan Transformasi ini, kita peroleh manfaat bersama menyingkap makna alam dan kehidupan.
Salam Siaran.
(",)
Selasa, 31 Disember 2013
ALAM PERSEKOLAHAN 2014
Alam persekolahan 2014 bermula. Tumpuan kepada pendidikan adalah sangat penting demi ilmu dan akhlak. Ilmu Allah itu Maha Luas untuk disingkap. Bermula ilmu mencari dan mengenal Tuhan yang membina kepercayaan, keyakinan dan keimanan dalam diri, sehingga ilmu yang membentuk pekerti yang mulia dalam kehidupan. Dalam kehidupan yang penuh pancaroba kini, tumpuan pasti kepada kesenangan hidup melalui kemahiran untuk mendapat kesenangan di dunia, namun kebahagiaan di akhirat tiada dilupakan.
Islam, membawa pendidikan yang selari untuk kepentingan dua alam yang akan ditempoh oleh setiap insan, iaitu alam dunia dan alam akhirat.
Anak yang ingin membesar, memerlukan makanan untuk sihat dan terus membesar. Makanan akalnya adalah ilmu, makanan hatinya adalah zikir. Rohnya perlu sihat dalam menjalinkan ilmu dan zikir sebagai bekalan.
Bekalkan mereka kemahiran untuk mencari mata pencarian hidup, sambil terus berjuang memastikan dunia ini terus makmur dan membawa kesejahteraan kepada semesta alam.
Salam Pendidikan untuk semua.
Amin.
:)
KALAM DAMAI 30 DISEMBER 2013
Siaran terakhir KD bagi 2013 adalah 30.12.2013 bersamaan 27 Safar 2013. Tajuk yang dipilih adalah perkataan SEMBUNYI. Melalui sembang santai bersama Ustaz Ahmad Shah Jamlus dengan Puan Hajah Ruhaidah Abdullah, KD mengupas tajuk SEMBUNYI. Pilihan lagu yang menghiasi perbualan antara lain adalah lagu Sufi, nyanyian Kumpulan Damasutra, lagu Mustika, Nyanyian Dato' M. Nasir.
SEMBUNYI, yang membawa makna sesuatu yang tidak dapat dilihat kerana terlindung, sorok, tidak memberitahu sesuatu, merahsiakan, dan pelbagai yang seerti dengannya membawa bualan santai menuju ke destinasi perbincangan yang pelbagai.
Antara lain, peribahasa yang dapat dirujuk melalui prpm.dbp.gov.my ialah, baling batu SEMBUNYI tangan, yang ditakrifkan sebagai berbuat jahat kepada orang lain, kemudian buat pura-pura tak tahu.
Banyak lagi peribahasa lain yang diutarakan yang boleh menjadi panduan kehidupan yang berjati diri sebagai seorang anak Malaysia.
Melalui SEMBUNYI juga, semakin asyik meniti Pengajaran Al-Quran yang menjadi salah satu segmen dalam KD. Meniti makna ayat 15 hingga 17 surah As-Sajdah, membawa sanubari menyelami kasih sayang Allah yang menyembunyikan alam ghaib yang terbentang luas kepada manusia untuk manusia itu berfikir yang akhirnya mencari akan keindahan kewujudan Zat Maha Agung.
Alam Ghaib bukan sahaja yang jelas seperti syurga, neraka, pahala, dosa. Tatapi banyak lagi daripada itu untuk manusia jangkau. Ia tarmasuk hikmah di sebalik setiap kejadian yang jika manusia itu kaji akan menjadi lembah ilmu yang tiada terbatas luasnya.
Sekian ringkasan siaran 30.12.2013
Soalan Kuiz yang diutarakan: Berapakah jumlah ayat keseluruhan Surah As-Sajdah?
Anda boleh emailkan jawapan ke ahmadshahjamlus@gmail.com dengan mengutarakan jawapan, serta menyatakan, anda mendengar KD kerana ..... (tidak melebihi 20 patah perkataan).
Sekian, Wassalam. :)
Isnin, 30 Disember 2013
SALAM TAHUN BARU 2014
Tahun 2014, merupakan tahun yang ke-7 Kalam Damai mengisi ruang udara Radio Malaysia Pahangfm, sejak tahun 2008. Terima kasih atas sokongan semua. Semoga dengan kami terus bersiaran ini memberikan suntikan semangat yang baru buat kami di Kalam Damai. Sebarang pandangan daripada kalian untuk penambahbaikan sangat sialu-alukan.
Kalam Damai, dengan pengisian mengariskan makna tajuk bagi satu perkataan yang dipilih setiap minggu membawa pendengar mengupas dalam pelbagai dimensi dengan membawa pengajaran daripada Al-Quran dan Al-Hadis, diharapkan dapat berkongsi dengan khalayak yang disampaikan dalam bentuk santai dalam menjana kehidupan kita seharian dan dapat bersama melahirkan masyarakat yang harmoni dan makmur.
Mengambil pengajaran daripada bidalan dan pengajaran pandang sisi mata fikir Melayu yang disusun dalam bentuk kata-kata menjadikan Kalam Damai terisi dengan pesanan yang baik. Yang elok itu budi, yang indah itu bahasa. Mengabil bidalan dan peribahasa sebagai perkongsian mengindahkan cuitan semasa ke udara.
Terima kasih Radio Malaysia Pahangfm, terima kasih sahabat Pahangfm, terima kasih Pendengar KD, terima kasih Pengunjung Blog KD, terima kasih semua yang tidak terhingga.
Salam Ingatan Sepanjang Zaman.
Wassalamualaikum w.b.t.
Isnin, 21 Oktober 2013
SELAMAT DATANG 1435 HIJRAH
Hari ini 16 Zulhijjah 1434, kita sudah berada pada penghujung tahun 1434, masa yang lalu tetap berlalu. Akan datang kepada kita tahun yang baru tidak lama lagi, jika kita dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t.
Bakal menunggu kita lagi insyaAllah kewajipan pasti dalam perancangan harian kita solat 5 waktu sehari semalam, sebulan ramadan, dan pengisian yang lain pada tahun hadapan.
Perancangan Allah telah disediakan untuk kita memenuhinya. Isi terlebih dahulu perancangan Allah itu dalam kalendar kehidupan kita pada tahun hadapan. Ini kerana perancangan Allah adalah terbaik untuk kita.
Pasti kita hajat kita tersendiri dalam kehidupan kita. Isilah azam dan perancangan untuk kita melipat gandakan kebaikan dalam kehidupan kita.
Semoga kita beroleh nikmat dan rahmat.
Amin.
Isnin, 7 Oktober 2013
AIDIL ADHA 1434
Salam ingatan buat semua di kalamdamai.blogspot.com.
Maaf, sudah lama tulisan tidak dicoretkan di sini. Kerinduan mencari idea yang sesuai untuk dituliskan di sini dapat diluahkan pada saat awal pagi ini.
Dunia akan musnah dek kiamat suatu hari nanti. Nyawa akan berpisah juga daripada jasad suatu hari nanti. Mengapa sudah lama tiada menulis, saya mengisahkan akan kematian. Sekembalinya saya dari Tanah Aceh, perasaan saya tersentuh akan ayat-ayat Al-Quran tentang keadaan hari kiamat itu yang akan berlaku.
Antara menjadi ingatan dan hafalan mudah kita antaranya yang terkandung dalam surah Al-Qaariah dan Al-Zalzalah iaitu ringkasannya,
القارعة ما القارعة
اذا زلزلت الارض زلزالها
Kedua-dua surah itu mengisahkan akan kejadian hari kiamat. Peristiwa Thunami di Aceh membawa saya tergamam akan mengenangkan kejadian itu. Memanggil diri saya menyelami apa yang terjadi pada bumi dan membawa saya menghayati akan kejadian alam serta asbab memusnahannya sangat mudah dan terdedah kepada kehancuran.
Pengajaran daripada firman surah itu juga adalah, akan timbangan baik dan buruk kita yang kita lakukan di atas muka bumi ini akan dihitung di sisi Allah kelak.
Setiap yang kecil mahupun besar apa yang dilakukan tetap diperhati Allah dan diberi ganjarannya.
Semoga kita terus beramal soleh dan sentiasa mendoakan kebaikan atas segala pengajaran yang kita perolehi. Amin.
Maaf, sudah lama tulisan tidak dicoretkan di sini. Kerinduan mencari idea yang sesuai untuk dituliskan di sini dapat diluahkan pada saat awal pagi ini.
Dunia akan musnah dek kiamat suatu hari nanti. Nyawa akan berpisah juga daripada jasad suatu hari nanti. Mengapa sudah lama tiada menulis, saya mengisahkan akan kematian. Sekembalinya saya dari Tanah Aceh, perasaan saya tersentuh akan ayat-ayat Al-Quran tentang keadaan hari kiamat itu yang akan berlaku.
Antara menjadi ingatan dan hafalan mudah kita antaranya yang terkandung dalam surah Al-Qaariah dan Al-Zalzalah iaitu ringkasannya,
القارعة ما القارعة
اذا زلزلت الارض زلزالها
Kedua-dua surah itu mengisahkan akan kejadian hari kiamat. Peristiwa Thunami di Aceh membawa saya tergamam akan mengenangkan kejadian itu. Memanggil diri saya menyelami apa yang terjadi pada bumi dan membawa saya menghayati akan kejadian alam serta asbab memusnahannya sangat mudah dan terdedah kepada kehancuran.
Pengajaran daripada firman surah itu juga adalah, akan timbangan baik dan buruk kita yang kita lakukan di atas muka bumi ini akan dihitung di sisi Allah kelak.
Setiap yang kecil mahupun besar apa yang dilakukan tetap diperhati Allah dan diberi ganjarannya.
Semoga kita terus beramal soleh dan sentiasa mendoakan kebaikan atas segala pengajaran yang kita perolehi. Amin.
Selasa, 2 Julai 2013
SELAMAT DATANG RAMADAN
SELAMAT DATANG RAMADAN
Selamat datang Ramadan...
Pantun Ramadan dalam siaran Kalam Damai Radio Malaysia Pahangfm, 24 Jun 2013 (15 Sya'ban 1434) dan 01 Julai 2013 (22 Sya'ban 2013)
Selamat datang Ramadan...
Pantun Ramadan dalam siaran Kalam Damai Radio Malaysia Pahangfm, 24 Jun 2013 (15 Sya'ban 1434) dan 01 Julai 2013 (22 Sya'ban 2013)
Biji
selasih si daun pandan,
Masak
bersama si air sirap,
Menanti
kita bulan Ramadan,
Meningkat
amal hati berharap.
Murtabak
daging jadi hidangan,
Buat
berbuka di hari pertama,
Tadarus
Al-Quran dilupa jangan,
Hayati
Firman amalkan bersama.
Lompat
tikam buah Melaka,
Bubur
sagu si bubur jagung,
Menunggu
Ramadan rindu terasa,
Merebut
pahala harapan menggunung.
Ikan
patin si ikan baung,
Masak
tempoyak rampai keladi,
Selawat
dan Tasbih sama dilaung,
Tadarus Al-Quran
mendidik diri.
Salam Ramadan 1434h...
Langgan:
Catatan (Atom)
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'
Rileks-rileks...
Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)
E-MAIL KAMI
Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com






