Siaran terakhir KD bagi 2013 adalah 30.12.2013 bersamaan 27 Safar 2013. Tajuk yang dipilih adalah perkataan SEMBUNYI. Melalui sembang santai bersama Ustaz Ahmad Shah Jamlus dengan Puan Hajah Ruhaidah Abdullah, KD mengupas tajuk SEMBUNYI. Pilihan lagu yang menghiasi perbualan antara lain adalah lagu Sufi, nyanyian Kumpulan Damasutra, lagu Mustika, Nyanyian Dato' M. Nasir.
SEMBUNYI, yang membawa makna sesuatu yang tidak dapat dilihat kerana terlindung, sorok, tidak memberitahu sesuatu, merahsiakan, dan pelbagai yang seerti dengannya membawa bualan santai menuju ke destinasi perbincangan yang pelbagai.
Antara lain, peribahasa yang dapat dirujuk melalui prpm.dbp.gov.my ialah, baling batu SEMBUNYI tangan, yang ditakrifkan sebagai berbuat jahat kepada orang lain, kemudian buat pura-pura tak tahu.
Banyak lagi peribahasa lain yang diutarakan yang boleh menjadi panduan kehidupan yang berjati diri sebagai seorang anak Malaysia.
Melalui SEMBUNYI juga, semakin asyik meniti Pengajaran Al-Quran yang menjadi salah satu segmen dalam KD. Meniti makna ayat 15 hingga 17 surah As-Sajdah, membawa sanubari menyelami kasih sayang Allah yang menyembunyikan alam ghaib yang terbentang luas kepada manusia untuk manusia itu berfikir yang akhirnya mencari akan keindahan kewujudan Zat Maha Agung.
Alam Ghaib bukan sahaja yang jelas seperti syurga, neraka, pahala, dosa. Tatapi banyak lagi daripada itu untuk manusia jangkau. Ia tarmasuk hikmah di sebalik setiap kejadian yang jika manusia itu kaji akan menjadi lembah ilmu yang tiada terbatas luasnya.
Sekian ringkasan siaran 30.12.2013
Soalan Kuiz yang diutarakan: Berapakah jumlah ayat keseluruhan Surah As-Sajdah?
Anda boleh emailkan jawapan ke ahmadshahjamlus@gmail.com dengan mengutarakan jawapan, serta menyatakan, anda mendengar KD kerana ..... (tidak melebihi 20 patah perkataan).
Sekian, Wassalam. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan