Surah Ar-Ruum, Ayat 22.
Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dia yang mencipta tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta sekelian isinya. Penciptaan ini termasuklah makhluk yang ghaib dan makhluk yang nyata. Berbicara tentang makhluk, ianya termasuklah manusia yang diciptakan pelbagai kaum dan puak. Hal penciptaan manusia bermula dari sari tanah, bermula Adam a.s dan Hawa a.s dari mereka, bergenerasilah anak Adam itu kepada pelbagai kaum dan puak. Al-Quran di dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 menjelaskan perihal ini. Jika kita merujuk kepada 'Perjanjian Lama' di dalam 'Surah Kejadian' bagi penganut Kristian dan Yahudi, mereka mendapati akan kejadian Adam dan Hawa ini di dalam Kitab Suci mereka itu.
Surah Al-Hujurat, ayat ke 13;
Maknanya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Terjemahan di dalam bahasa Inggeris;
O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full Knowledge and is well-acquainted (with all things).
Selain itu, hal kepelbagaian ini juga dijelaskan di dalam Al-Quran, Surah Ar-Ruum, Ayat 22;
Maknanya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
Terjemahan di dalam bahasa Inggeris;
And among His Signs is the creation of the heavens and the earth, and the variations in your languages and your colours; verily in that are Signs for those who know.
Oleh yang demikian, Al-Quran itu sebenarnya datang dari Tuhan Yang Maha Menciptakan. Dia telah menjelaskan untuk sekelian manusia tentang kepelbagaian penciptaan itu.
Kepelbagaian, bukan untuk manusia berpecah-belah tetapi untuk saling mengenali dan saling menghormati antara satu sama lain.
Bagi bangsa Melayu, yang berkehidupan di Nusantara ini sejak berkurun lamanya, bagi India ada benua India dan Cina ada kawasan tanahnya, bagi Arab pun begitu juga bagi bangsa dan puak yang diwujudkan di atas muka bumi ini.
Manusia melalui sejarahnya yang panjang di muka bumi ini. Hasil berdangang ke sana dan ke mari di atas bumi Tuhan ini maka beraktivitilah mereka dalam kepelbaigaian itu. Mereka bertebaran mencari rezeki, kemudian pulang ke tanah asal mereka.
Suatu ketika berlakunya dalam sejarah hidup mereka, keadaaan di mana era penjajahan. Ini berlaku atas desakan dan prinsip yang tersendiri. Dunia ini dipecah dan diperintah dan berlaku pemindahan orang dari satu tempat ke satu tempat bagi memenuhi urusan penjajah pada ketika itu.
Ini menjadikan ianya bersenario positif dan negatif. Lalu, manusia itu bergolak untuk mencari identiti bangsa dan puak-puak mereka. Jalinan ini, bagi generasi ini, jika ianya dihayati sebagai satu yang positif dan sentiasa menanamkan nilai yang baik, maka pergolakan dan perkelahian tidak akan berlaku. Jika sebaliknya ianya akan terdedah kepada perpecahan dan akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Malaysia, yang berteraskan bangsa Melayu, yang mempunyai leluhur budi yang tinggi, sanggup berkongsi kuasa dan kehidupan bersama kaum-kaum yang lain dan juga pelbagai puak. Hal ini, menjadikan pepatah mereka 'sepakat membawa berkat' dapat direalisasikan.
Melayu, dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 160 ditakrifkan sebagai beragama Islam, berbahasa Melayu dan beristiadat Melayu. Oleh yang demikian, Melayu dan Islam itu tidak dapat dipisahkan.
RADIO MALAYSIA PAHANGFM
Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik
FREKUENSI PAHANGFM
Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz
Pengikut
Custom Search
LINK untuk kemudahan tetamu Blog Kalam Damai...
Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai
Realtime Online
Isnin, 21 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'
Rileks-rileks...
Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)
E-MAIL KAMI
Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan