RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Jumaat, 20 Februari 2009

FADHILAT JUMAAT

Skrip Soalan
GEMA JUMAAT
20 FEBRUARI 2009 / (JUMAAT)
9.15PG – 10.00PG

NAMA TETAMU : AL-FADHIL USTAZ AHMAD SHAH BIN HAJI JAMLUS
JAWATAN : PERUNDING MOTIVASI
TAJUK : FADILAT JUMAAT

SOALAN

1. Muqaddimah

2. Apakah yang dimaksudkan dengan tajuk kita pada hari ini iaitu ‘Fadhilat Jumaat’?

3. Apakah yang boleh dilakukan sebagai amalan dalam memenuhi ‘Fadhilat Jumaat’ ini?

4. Bagaimana cara untuk kita dapat memenuhi amalan khusus dengan amalan umum agar kita dapat memenuhi ‘Fadhilat Jumaat’?

5. Kesimpulan.


Skrip Soalan
GEMA JUMAAT
20 FEBRUARI 2009 / (JUMAAT)
9.15PG – 10.00PG

NAMA TETAMU : AL-FADHIL USTAZ AHMAD SHAH BIN HAJI JAMLUS
JAWATAN : PERUNDING MOTIVASI
TAJUK : FADILAT JUMAAT

SOALAN

1. Muqaddimah

• Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita dapat dipertemukan lagi di ruang udara PahangFM melaui rancangan ‘Gema Jumaat’ pada pagi ini.

• Semoga kita sama-sama memperoleh rahmat dari Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana yang mengatur segala urusan.

• Pada pagi berbahagia ini kita akan sama-sama mengupas satu tajuk iaitu ‘Fadhilat Jumaat’

• Sebelum pergi lebih jauh adalah lebih baik saya utarakan beberapa kefahaman berkenaan tajuk kita pada pagi ini iaitu ‘Fadhilat Jumaat’. Ini adalah kerana dengan demikian kita akan lebih memahami tentang tajuk yang ingin kita bawa pada minggu ini.

• ‘Fadhilat’ atau istilah yang telah dimelayukan iaitu Fadilat membawa pengertian;
- Kemuliaan, ketinggian, kelebihan (dlm beribadah).

• Manakala ‘Jumaat’ pula;
- Hari keenam dalam seminggu. Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis…
• Suka saya mendalami berkenaan kejadian hari ini sebagai satu lembaran pemikiran dan mungkin boleh diperincikan sebagai kajian yang lebih saintifik dan sistematik untuk kita dapati bersama keajaiban dan keunikan penciptaan hari, bulan, tahun dan seterusnya.

• Allah s.w.t berfirman, Surah Yunus, Ayat 5;

Maknanya: Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

• Allah Berfirman, Surah Al-Isra’, Ayat 13;

Maknanya: Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.

• Kedua-dua ayat di atas menjelaskan kepada kita betapa Allah menjadikan keadaan peredaran matahari dan bulan, malam dan siang menjadikan manusia berfikir tentang putaran alam dan akhirnya terhasil masa dan waktu, hari, bulan dan tahun dan begitulah selanjutnya.

• Sejak zaman berzaman manusia memikir dan cuba mentadbir alam ini dengan pemikiran dan mencari penyelesaian. Apabila manusia tersasar jauh dari apa yang dikehendaki Allah s.w.t maka akan diutus rasul untuk mengembalikan akidah dan amalan yang benar sebagaimana dikehendaki Allah dan juga sesuai dengan alam jagat yang lain yang telah dijadikan Allah untuk manusia.

• Oleh yang demikian, kita dapati sejak zaman berzaman bilangan masa dan detik dalam satu hari, minggu, bulan dan tahun adalah sama di antara dulu dan sekarang. Apa yang membezakan adalah pengiraan kitaran sesuatu kiraan bulan atau tahun sama ada mengikut kitaran bulan atau matahari.

• Walau dalam kesamaan tetap wujud perbezaan tentang nama bulan, nama hari, dan nama tahun mengikut kepercayaan sesuatu kaum, bangsa atau anutan sesuatu puak itu. Misalnya tahun masihi dan tahun hijri. Begitu juga calendar-kalendar mengukut bangsa misalnya, tahun baru cina, kaledar india dan lain-lain.

• Peredaran dan putaran semuanya itu dalam perhatian dan pengetahuan Allah. Oleh yang demikian, semua yang demikian itu Allah menentukan hari tertentu yang istimewa buat para nabi atau rasul yang telah diutuskan.

• Dalam satu Hadis Qudsi Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi, Allah berfirman; “Hai Musa, untukmu hari Sabtu, untuk Isa hari Ahad, untuk al-Khalil Ibrahim hari Isnin, untuk Zakaria hari Selasa, untuk Yahya hari Rabu, untuk Adam hari Khamis, dan untuk Muhammad beserta umatnya hari Jumaat.”

• Oleh yang demikian, barang sudah tentu apa sahaja yang Allah perintahkan itu mempunyai kelebihan dan kebaikan tertentu buat hamba-hambanya kerana Dialah Yang Mentadbir sekelian alam.


2. Apakah yang dimaksudkan dengan tajuk kita pada hari ini iaitu ‘Fadhilat Jumaat’?

• Jadi, apa yang ingin kita bawa melalui tajuk yang telah kita utarakan pada minggu ini adalah tentang ‘Fadhilat Jumaat’ iaitu tentang kelebihan, kemuliaan, dan ketinggian hari Jumaat itu sendiri berbanding dengan hari lain atau yang kita panggil sebagai ‘Sayyidul Ayyam’.

• Setelah dinyatakan sebentar tadi berkenaan “Hari Jumaat adalah untuk Muhammad .s.aw beserta ummatnya, maka melalui ‘Gema Jumaat’ pada kali ini kita utarakan tajuk berkaitan kemuliaan hari berkenaan.

• Sabda Rasulullah s.a.w dalam Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi; “ Sesungguhnya hari Jumaat itu kepada (penghulu) sekelian hari, dan hari yang terbesar di sisi Allah lebih besar dari Aidil Adha dan Aidil Fitri.”

• Oleh yang demikian, adalah jelas kepada kita betapa Allah amat mengasihi Muhammad s.a.w dan umatnya sehingga dikurniakan kemuliaan hari Jumaat, yangmana kita dapat raikan pada setiap minggu terdapat satu hari khusus untuk kita raikan.

• Sehinggakan juga orang-orang yang mati pada hari jumaat atau malam jumaat dipelihara Allah dari fitnah kubur. Sebagaimana Sabda Muhammad s.a.w;
“Dari Abdullah bin Amr r.a Dari Nabi s.a.w baginda bersabda: Tidaklah dari seseorang muslim yang mati pada hari atau pada malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur.” (HR Tarmizi).

*lihat buku ‘Kelebihan Hari dan Malam Jumaat serta Amalannya’, tulian Muhammad Isa Selamat, Halaman 20.


3. Apakah yang boleh dilakukan sebagai amalan dalam memenuhi ‘Fadhilat Jumaat’ ini?

• Antara pesanan Rasulullah;

• Melansungkan perkahwinan; kerana sabda baginda “Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan…”

• Antara pernikahan yang telah berlaku pada hari Jumaat;

i. Pernikahan antara Nabi Adam dan Siti Hawa.
ii. Pernikahan antara Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha.
iii. Pernikahan antara Nabi Musa dan Safrawa.
iv. Pernikahan antara Nabi Sulaiman dan Putri Balqis.
v. Pernikahan antara Nabi Muhammad dan Siti Khadijah.
vi. Pernikahan antara Nabi Muhammad dan Siti Aisyah.
vii. Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan Fatimah.

• Amalan Malam Jumaat;

i. Membaca Surah Al-Kahfi.
ii. Membaca Surah Yasiin.
iii. Memperbanyakkan Zikir, Doa dan Salawat.
iv. Solat Sunat Malam Jumaat.
- Dilakukan di antara waktu maghrib dan Isyak dengan 12 rakaat. Tiap 2 rakaat satu salam.
- Rakaat pertama selepas Al-Fatihah, 11 kali Surah Al-Ikhlas.
- Rakaat kedua selepas Al-Fatihah, 11 kali Surah Al-Ikhlas.
v. Berjimak.
vi. Qiamullail.

• Amalan Subuh Jumaat;

i. Berdoa Sebelum Solat Fardhu Subuh dengan beristighfar.
ii. Membaca Surah As-Sajadah.
iii. Membaca Surah Al-Insan.
iv. Memperbanyakkan berzikir kepada Allah s.w.t.
v. Salawat terhadap Rasulullah s.a.w.
vi. Memperbanyakkan doa.

• Amalan Siang Jumaat;

i. Solat Sunat Dhuha.
ii. Mandi sebelum pergi solat Jumaat.
iii. Memakai Wangi-wangian.
iv. Bersegera ke Jumaat.
v. Mengerat kuku dan mencukur misai.
vi. Doa ketika pergi ke masjid.
vii. Berjalan kaki dengan langkah yang tidak terburu-buru.

• Amalan setelah selesai solat jumaat;

i. Membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.
ii. Membaca Surah Al-Falaq sebanyak 7 kali.
iii. Membaca Surah An-Nas sebanyak 7 kali.
“Sesiapa sesudah solat Jumaat membaca …, nescaya Allah a.w.j memeliharanya dari kejahatan sampai Jumaat mendatang. (HR Ibnu Sunni)

• Firman Allah, Surah Al-Jumuah, Ayat 9 hingga 11;


Maknanya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (9) Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (10) Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.


4. Bagaimana cara untuk kita dapat memenuhi amalan khusus dengan amalan umum agar kita dapat memenuhi ‘Fadhilat Jumaat’?

• Tuntulah Ilmu.
• Merancang masa, amalkan tabiat pemakan yang baik.
• Berdoa memohon kesempurnaan.

5. Kesimpulan.

Sesungguhnya, Islam tidak tandus dengan hari-hari kebesaran dan hari-hari istimewa. Allah telah menyediakan kita Hari Jumaat untuk kita raikan. Marilah kita sama-sama hidupkan Sayyidul Ayyam dengan berdoa, berzikir, bersalawat dan juga ibadat-ibadat umum yang lain. Wallahu A’laam.

Skrip 'GEMA JUMAAT', 20 FEBRUARI 2009, 9.00PG - 10.00PG, DI PAHANGFM.

Tiada ulasan:

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com