RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Rabu, 28 Januari 2009

DI MANA LETAKNYA IMAN




Soalan Acikmah diruangan cit cat...DI MANA LETAKNYA IMAN..??

Nampak macam mudah...tapi soalan itu amat kritikal...banyak persoalan boleh ditimbulkan di sebalik persoalan itu...

Mungkin antara soalannya; dimana letaknya iman bagi orang yang pakai tudung tapi tak sembahyang...? dimana letaknya iman bagi orang yang sembahyang pakai niat...??

Asasnya; iman adalah terkandung dalam tiga perkara iaitu;

1. Iqrar atau perucapan mengaku atau gerak laku isyarat menyatakan bahawa seorang itu berkata dalam mengungkapkan kepercayaannya. Contohnya bagi orang yang boleh berkata, maka ucapan adalah dengan lidah, manakala orang bisu mungkin dengan gerak isyarat atau tulisan dalam menyatakan iqrar atau pengakuan tentang kepercayaannya.

2. Tasdiq atau membenarkan melalui hati. Oleh yang demikian, bagi orang yang tidak mempunyai perasaan atau tidak berakal atau gila atau bodoh atau hilang akal maka dia tidak dibebani dengan iman. Walau ramai menegaskan bahawa boleh dikatakan hati adalah tempat letaknya iman, namun kita harus menelitinya sehingga jika berlaku sebagaimana ditimbulkan di atas kita menjadi sukar untuk mengatakan bahawa Iman itu letaknya di hati. Sementelah lagi ada pula Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan tentang "tidak meminum seseorang peminum arak itu sedang dia beriman, tidak berzina seseorang yang berzina itu sedang dia beriman" dan begitulah selanjutnya...hadis ini menjelaskan kepada kita apabila berlaku maksiat itu boleh menunjukkan seseorang itu tidak beriman. Oleh yang demikian boleh juga dikatakan iman itu terletak pada anggota tubuh.

3. Amal Dengan Anggota Tubuh. Iaitu dengan melakukan menggunakan anggota tubuh segala apa yang disuruh dan meninggalkan segala apa yang dilarang.

Dalam melihat fenomena atau keadaan kehidupan kita di Tanah Air bertuah ini, kita seolah tidak ada halangan untuk menyatakan iman terletak pada KETIGA-TIGA yang di atas. Dalam negara kita ini kita, tidak terpaksa dan dipaksa (TIADA DHARURAH).

Apa yang perlu kita lakukan adalah kita perlu memperkukuhkan iman di hati dan memperlengkap amalan dengan anggota bagi menyatakan yang iman telah terletak pada diri kita... (",)

Moga saya telah memberikan pandangan saya untuk Acikmah...

1 ulasan:

~Mencari Mardhatillah~ berkata...

assalamualaikum.
mohon isi-isi ini dimuatkan dalam buku saya yang akan diterbitkan. in syaa allah saya akan letakkan sumbernya daripada blog tuan dan puan. syukran

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com