RADIO MALAYSIA PAHANGFM
Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik
FREKUENSI PAHANGFM
Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz
Pengikut
Custom Search
LINK untuk kemudahan tetamu Blog Kalam Damai...
Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai
Realtime Online
Khamis, 12 Mei 2011
SURAH AL-MULK سورة الملك Ayat 23
Maknanya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
Khamis, 5 Mei 2011
SELAMAT HARI IBU DARI KALAM DAMAI BUAT SEMUA
Surah An-Nisa', Ayat 36;
Maknanya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
Rabu, 4 Mei 2011
SURAH AN-NAHL سورة النحل AYAT 68
Maknanya: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Isnin, 2 Mei 2011
SURAH AL-FIIL سورة الفيل AYAT 1-5
Maknanya:
1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
3. Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
4. Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
5. Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Jumaat, 29 April 2011
SURAH AL-JUMU'AH سورة الجمعة Ayat 9
Maknanya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
Khamis, 28 April 2011
SURAH AL-GHAASYIAH سورة الغاشية Ayat 17
Maknanya: (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
Rabu, 27 April 2011
SURAH AL-JAATHIYAH سورة الجاثية Ayat 12
Maknanya: Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.
Langgan:
Catatan (Atom)
MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'
Rileks-rileks...
Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)
E-MAIL KAMI
Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com


















