RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Selasa, 28 April 2009

BERSATU BINA KEKUATAN

Allah s.w.t menjelaskan kepada kita tentang bentuk hubungan antara kita (yakni orang-orang Islam) dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani di dalam al-Quran, antara lain di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 120;



Maknanya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Ayat ini menunjukkan kepada kita betapa kaum Yahudi dan Nasrani akan berusaha sedaya upaya meraka untuk memastikan kita akan mengikut jejak mereka dalam semua bidang pemikiran, perbuatan dan cara hidup. Oleh yang demikian, marilah kita berhati-hati dan bertindak secara bijaksana dalam memastikan kita melakukan yang terbaik untuk tidak mengikut kehendak mereka.

Kita perlu berusaha dengan berkerja lebih kuat dan bersatu serta berkerjasama sesama kita dalam memastikan agar kita dapat merealisasikan sebagaimana dijanji Allah s.w.t untuk kita, sebagaimana Firman-Nya dalam Surah Ali Imran, Ayat 110;



Maknanya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Ahad, 26 April 2009

SELAMAT DATANG M.LUTFI

Assalamualaikum w.b.t M.Lutfi, selamat bertamu...

Siapa M.Lutfi?

M.LUTFI: I am just an ordinary young guy. Want to discover the world. Leaving footsteps behind. Seeking for best friend. Loves philosophy, critical thinking. I'm a slumber & sometimes 'bolok' person. Likes novel. Blogging to find more friends and inspiration. Aspiring a true friends. Will you?

Follower terbaru kalamdamai.blogspot.com

Jumaat, 24 April 2009

ULAMAK

23 Apr 09, 09:18
Ustz-Sufi: Ustaz...ana nak tanya apa maksud ULAMA menurut al-Quran dan Hadis.Adakah semua yang dapat ijazah dari Al-Azhar atau dimana sahaja pusat pengajian Islam boleh ditakrifkan sebagai ULAMA..


ULAMAK dalam erti bahasanya adalah orang yang berilmu. Dalam konteks penggunaan Bahasa Arab ianya merujuk kepada semua orang yang berilmu. Perkataan "ULAMAK" telah dipinjamkan ke dalam Bahasa Melayu dan konteks penggunaan perkataan ini telah memberi pengertian kepada orang-orang atau individu-individu yang berpengetahuan tentang Agama Islam.

Hasilnya wujud satu persatuan yang menggabungkan individu-individu yang berpengetahuan Agama Islam ini tadi Sebagai Persatuan Ulamak, misalnya.

Sama ada kita mahu mengekalkan pemahaman kita secara konvensional atau sebaliknya...ianya telah mengalami sedikit perubahan. Kini, ledakan penguasaan ilmu serta kepelbagaian fakulti-fakulti ilmu itu sendiri telah memberikan satu demensi baru kepada pengertian perkata ULAMAK itu sendiri.

Berdasarkan Al-Quran, dalam Surah Faathir, ayat 28 ada tersebut perkataan Ulamak, sebagaimana di bawah (Berserta teks tafsiran Ibnu Kathir);

(Untuk paparan lebih jelas, sila klik pada ayat)

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ULAMAK). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Surah Fathir : 28)

Jika kita membaca Surah berkenaan, betapa penjelasan berkenaan fenomena alam, kejadian manusia, binatang, tumbuhan dan sebagainya adalah alam jagat yang perlu diterokai.

Mereka yang takut akan ALLAH s.w.t hasil dari keberhasilan ILMUnya adalah ULAMAK, jika merujuk pemahaman secara zahirnya nas Al-Quran ini.

Ringkasan tafsiran Ibnu Kathir berkenaan adalah;

Ulamak adalah orang yang mengenali Allah s.w.t dan berpegang dengan kefarduan serta batasan-batasan yang telah ditentukan-NYA.

Berbicara berkenaan ILMU ianya sangat luas....

Cukup setakat ini...insyaAllah, kita sambung lagi...amiin....

BUAT USTZ.SUFI

23 Apr 09, 09:11
Ustz-Sufi: Assalamualaikum ustaz..ana nak tegur sikit vedio klip ustaz berkaitan surah al-iklas tu...cuba tengok tulisan terjemahan bahsa inggeris tu.."He is Allah..." He tu ganti nama kepada lelaki,tak begitu.


Waalaikum Salam w.b.t Ustz-Sufi, terima kasih Ustaz atas persoalan Ustaz. Semoga blog kita terus membincangkan sesuatu yang membina keIslaman serta keIlmuan kita.

Berkenaan terjemahan dalam Bahasa Inggeris tersebut, tiada silapnya kerana bagi menterjemahkan perkataan "HUWA" dalam Bahasa Arab adalah merujuk dan menunjukkan kata ganti nama lelaki. Jika kita membaca Al-Quran yang diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris juga adalah demikian. Ini adalah kerana dalam konteks Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris perkataan yang memberi makna DIA atau kata ganti nama ketiga ini ada yang merujuk kepada perempuan dan ada lelaki. Misalnya dalam Bahasa Arab "HUWA" adalah untuk LELAKI, "HIYA" untuk perempuan (Singular). Manakala B.Inggeris pula HE utk LELAKI dan SHE utk perempuan. Dalam aspek jamak (Plural) B.Inggeri tidak membezakan tetapi B.Arab ada perbezaan iaitu "HUM" bagi LELAKI dan "HUNNA" bagi perempuan. Perkara ini iaitu perkataan DIA dalam B.Melayu tiada membezakan antara lelaki dan perempuan.

Walau bagaimanapun, pada hemat saya, maksud Ustz-Sufi adalah penggunaan perkataan tersebut adalah tidak wajar dari sudut keTuhanan...

Dari sudut penggunaan BAHASA AL-QURAN, Ianya telah diturunkan Allah s.w.t dalam BAHASA ARAB. Dari sudut bahasanya telah saya jelaskan di atas. Namun dalam bicara keTuhanan dan perhambaan manusia, Allah s.w.t telah menggunakan 'term' atau terma penggunaan sama ada kata ganti nama lelaki atau plural (jamak) lelaki dalam konteks penyampaian KALAM ILAHI yakni Al-Quran sebagai petunjuk sepanjang zaman adalah berbeza.

Hikmah di sebalik penggunaan kata ganti nama ini adalah, Allah s.w.t ingin memahamkan manusia dengan aliran bahasa manusiawi itu sendiri, namun tetap mengekalkan penerangan tentang diri-NYA YANG MAHA BESAR lagi MAHA AGONG bahawa ALLAH S.W.T telah menegaskan "LAISA KAMITHLIHI SYAIUN" yangmana maksudnya "DIA adalah bersalahan dengan sesuatu apapun" dan dalam sifat 20 dinyatakan sebagai MUKHLAFATUHU LILHAWADITH (Bersalahan Dengan Sesuatu Yang Baharu).

Sesungguh DIA (ALLAH) tidak lelaki dan tidak perempuan serta tidak pula khunsa. Tidak beranak dan tidak diperanakkan...

23 Apr 09, 09:11
Ustz-Sufi: Jangan kelirukan kami ustaz atau saya harap ustaz hati-hati dalam memilih vedio klip dari internet


Naudzubillah...insyaAllah saya akan cuba yang terbaik untuk tidak mengelirukan masyarakat dan saudara-mara seIslam saya.

InsyaAllah...semoga Allah s.w.t memberikan kekuatan dan petunjuk kepada saya untuk memastikan bahawa video klip yang dipilih adalah yang betul dan terbaik.

TERIMA KASIH banyak kepada Ustz-Sufi atas teguran, nasihat, pandangan serta persoalan yang telah ditimbulkan. Insyalah kita bincang lagi...Assalamualaikum w.b.t.

SELAMAT DATANG CINDAITEJA

Assalamualaikum w.b.t Cindaiteja...selamat datang dan bertamu di Kalamdamai.blogspot.com... (",)

Isnin, 20 April 2009

SURAH AL-IKHLAS

Untuk mendapat keikhlasan...mari kita sama-sama menghayati Surah Al-Ikhlas;




Maknanya: Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Sabtu, 18 April 2009

BACAAN BERMAKLUMAT

Ketika saya melayari internet...ada lagi pautan yang kita boleh mendapatkan lebih maklumat. Antara yang pernah saya layari dan kini saya ingin berkongsi bersama dengan sahabat semua...sila klik : http://www.scribd.com/

Khamis, 16 April 2009

PENGHAYATAN 'KEANGKUHAN'

MENYELAMI KEANGKUHAN

Saat termenung memikir tentang 'KEANGKUHAN' dan 'KEIKHLASAN', terpaut mata fikir saya akan 'adakah bila kita rasa kita tidak angkuh itu satu keangkuhan!!!?'

Apalah soalannya...Adakah pada saat kita rasa tidak angkuh itu, kita tidak angkuh???

Begitulah indahnya permainan hati, perasaan, jiwa dan nurani...

Iblis kenal akan Tuhannya...tapi dia ingkar atas perintah kerana lalai apabila sudah ada kelebihan yangmana kelebihan itu adalah pemberian Allah s.w.t jua...

Sebegitu halusnya IKHLAS hingga kita ada pepatah 'menarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak, rambut tidak putus'.

Selitnya IKHLAS bagai semut yang hitam, di atas batu yang hitam, pada malam gelap gelita.

Rabu, 15 April 2009

REHAT SEKETIKA

KEANGKUHAN

Waalaikum Salam w.b.t Ust Sufi,

Terima kasih Ust atas keprihatinan Ust tentang keangkuhan. Keangkuhan atau sifat bangga diri bukan hanya pada kelebihan ilmu...

Pada hemat saya ianya bermula di mana apabila kita pada awalnya terpesona dengan nikmat Allah s.w.t yang ada pada diri kita. Kalau boleh saya katakan, apabila 'keterpesonaan' itu berlarutan dengan khayalan dan kelalaian atau ghaflah غفلة dalam istilah sufinya maka kita akan terjerumus dalam keangkuhan.

Iblis atau nama asalnya 'Azazil' menjadi ketua para malaikat berasal kejadian dari api manakala pengikutnya malaikat dicipta dari cahaya menjadikan satu kelebihan buatnya.

Hasil kehebatan yang ada pada Azazil, lalu dia merasakan dia adalah lebih dari segalanya. Dalam masa yang sama dia tidak pernah ingkar betapa Allah s.w.t yang telah menciptakannya. Dia tetap bertuhankan Allah s.w.t sehingga sekarang. Satu perkara yang Iblis telah lupa, saat ketika ingkar kepada perintah Allah s.w.t untuk tunduk pada Adam a.s yang disangkanya berkejadian kurang daripadanya iaitu Adam itu dicipta dari sari tanah, dia telah mengingkarinya.

Kerana keangkuhan dia telah terlupa betapa Allah s.w.t lebih mengetahui daripada dirinya. Para malaikat menyedari hakikat itu, lalu taat dan patuh kepada perintah tunduk kepada Adam a.s.

Oleh kerana kelalaian mempertimbangkan persoalan perintah tunduk kepada Adam a.s itulah menyebabkan Iblis dimurkai.

Sehubungan itu, Iblis masih tetap memperakui betapa Allah s.w.t adalah Tuhan Semesta Alam, Yang Maha Berkuasa atas segala pentadbirannya. Iblis memohon kepada Allah s.w.t agar dia boleh menyesatkan anak cucu Adam a.s keseluruhannya kecuali mereka yang ikhlas. Ini adalah hasil kedengkiannya kepada Adam a.s yang telah dimuliakan Allah s.w.t daripada sekalian makhluk yang lain.

Semenjak itu, Iblis dan kuncu-kuncunya mendapat 'lesen besar' untuk menyesatkan semua anak dan cucu-cicit Adam a.s kecuali mereka yang ikhlas.

Perkataan 'SEMUA' melibatkan kita semua sebagai cucu-cicit Adam a.s. Siapapun kita, kita tertakluk dalam buruan iblis ini...sejak dari itu penggalian erti 'IKHLAS' pun bermula...

KEANGKUAN mungkin berpunca dari ILMU.

KEANGKUHAN mungkin berpunca dari PARAS RUPA.

KEANGKUHAN mungkin berpunca dari KEKAYAAN HARTA.

KEANGKUHAN mungkin berpunca dari CARA HIDUP.


Terima kasih Ust...kita sambung lagi nanti...Semoga Ustaz Bahagia dan Tenang selalu...amiin...

TERIMA KASIH KAI@AEGIS

Terima Kasih Kai@Aegis atas ulasan berkenaan 'Cakap Serupa Bikin'...

Maksud saya kepada ianya persoalan klasik adalah kita selalu sangat memperkatakannya...namun kita masih lagi berada di tahap yang lama. Oleh yang demikian, saya juga amat berharap kepada diri saya agar dapat melaksanakan apa yang telah saya katakan...moga kita sama-sama dapat mempertingkatkan diri ke arah yang lebih sempurna...amin...

Berikut Aya-ayat yang telah Kai@Aegis sebutkan dalam ulasan;



Maknanya: Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. [Surah Taha 20 (2)]



Maknanya: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?[Surah Al-Qamar 54 (17)]



Maknanya: Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).[Surah Ad-Dukhaan 44 (58)]

Apabila terasa letih...saya suka menghayati Surah Ad-Dhuha الضحى dan An-Nasyrah النشرح ...moga kita terus tabah...آمين

Isnin, 13 April 2009

CAKAP SERUPA BIKIN

Terima Kasih Ust Sufi,

Persoalan yang Ust timbulkan sememangnya persoalan klasik yg selalu sangat kita bincangkan. Perbuatan cakap tak serupa bikin ni sememangnya Allah s.w.t menegur kita di dalam Al-Quran yangmana Allah s.w.t sangat membenci orang yang berkata tidak mengotakan apa yang dia kata...

Untuk kita fikir juga. Jika kita berhenti untuk berkata, maka ilmu akan terhenti. Oleh yang demikian, kalau kita tidak berhati-hati kita akan terlalai dengan kepetahan kita bercakap...

Terima Kasih, Ustaz...

Ahad, 5 April 2009

PROGRAM 'DISKUSI ILMIAH' KG. KUALA PENOR

TERIMA KASIH & TAHNIAH!!! Buat Penduduk Kg. Kuala Penor...

Semalam saya bersama penduduk Kg. Kuala Penor dan sekitarnya dalam program 'Diskusi Ilmiah' dengan membawa tajuk 'Islam Menjamin Kemajuan Ummah' anjuran Pejabat Kemas Daerah Kuantan. Saya telah bersama Y.Bhg Al-Fadhil Imam Besar Masjid As-Syakirin Maran, Ust. Izzudin bin Dato' Abd Muttalib sebagai panel program berkenaan.

Terima Kasih buat Y.Bhg En. Mohd Nasir Ibrahim, Pegawai KEMAS Daerah Kuantan, Tuan Haji Zainuddin serta AJK. Juga buat semua yang telah menjayakan program berkenaan secara langsung atau tidak langsung. Terima Kasih Semua...Amiin.

Sabtu, 4 April 2009

ULASAN ILUSI DUNIA

Terima Kasih Relevan. Dalam kesibukan masih sempat memberi ulasan dalam blog ni.

Berkenaan ilusi dunia ini, semua orang akan terlibat melainkan orang yang beriman dan beramal soleh, sentiasa berpesan kepada kesabaran, sentiasa pula berpesan tentang kebenaran.

Syaitan dan nafsu jahat akan datang dan bergerak kepada kita dalam perbagai bentuk mengikut siapa kita dan bagaimana cara serta kaedah yang paling sesuai bagi mereka mempengaruhi serta menghala kita kepada kelalaian dan kesesatan.

Miskin, kaya, susah, senang, muda, tua, bandar, desa, pekan, bukit, paya, lurah dan sebagainya. Semua peringkat umur, semua tempat dan semua keadaan.

Mereka (Syaitan dan Nafsu dalam diri) telah bersedia dalam semua hal itu. Buktinya dalam semua hal itu ada antara kita yang telah mengikuti jejak mereka.

Gagal seorang miskin, sanggup melakukan rompakan, ragut, curi dan lain-lain kerana lupa akan usaha mencari nafkah dengan benar mengikut ladas syarak. Betapa mereka lupa akan janji Allah s.w.t setiap dari kita Allah sudah sediakan rezeki yang halal. Apa yang perlu mereka lakukan adalah keimanan dalam KESABARAN.

Gagal seorang kaya, kerana mereka gagal dalam KETAMAKAN betapa mereka lupa dalam rezeki mereka ada hak orang miskin. Sewajibnya mereka memiliki sikap keimanan dan KEMURAHAN HATI.

Yang kejar glamour, sepatutnya mereka gunakan kepercayaan itu untuk menyampai dan mempengaruhi yang lain agar yang lain turut serta mencintai Allah s.w.t. Mungkin kaedah keadaan suasana yang berbeza namun hakikatnya semua kita kembali kepada-NYA.

Kita takut akan diri kita ini. Takut akan sentiasa merasakan tidak cukup atas nikmat Allah s.w.t berikan sedang jika kita hayati, Allah s.w.t kurangkan sesuatu pada kita, Allah s.w.t pasti akan lebihkan sesuatu.

Selami diri, hiasi pribadi...Salam (",)

KEPELBAGAIAN RASA

Terkadang kita merasakan petapa uniknya diri bergelar seorang manusia. Kepelbagaian yang kita rasa dalam diri, akan mencetuskan rasa betapa kita BerTuhan Yang Maha Kuasa.

Rabu, 1 April 2009

ILUSI DUNIA

Benar kata-kata para ahli sufi. Mereka yang bergelar Ahli Sufi juga merujuk kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Lantaran terjerumus mendalam dengan sifat kezuhudan, mereka terlatah dengan pelbagai paparan menjadikan kita keliru memahami apa yang mereka katakan.

Antara kata-kata mereka yang selalu didengar;

"Berhati-hatilah dengan tipu helah dunia"

Kata-kata ini terkadang difahami dengan menjadikan mereka sebagai sasaran bahawa mereka itu anti-nikmat yang berada di atas muka bumi ini. Namun apabila dihayati dengan kehidupan realiti, sememangnya dapat kita sedar betapa kata-kata ini benar.

Kepincangan demi kepincangan yang ada terpapar di dada-dada akhbar malah dengan apa yang kita rasai sendiri, batapa kalau kita tidak dapat mengawal corak hidup kita, kita akan melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang ingin kita miliki di dunia ini.

Benar pula kata-kata Ahli Fekah. Mereka bersungguh menyatakan betapa perlu kita hidup berlandas acuan Syariah yang benar agar kita tidak tersasar dengan ILUSI DUNIA...

SALAM...

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com