RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Selasa, 10 Jun 2008

KENAIKAN HARGA BARANG SATU UJIAN BUAT KITA BERSAMA

Kenaikan harga barang menjadi topik perbualan harian kita pada hari ini. Bermula dengan isu kenaikan petrol 78 sen dari RM1.92 hingga mencecah RM2.70. diikuti kenaikan harga beras, tambang bas dan seterusnya sehingga harga cendol pulut.

Memang 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' namun apakan daya kesannya sama-sama kita rasai.

Kesenangan dan kesusahan hidup secara individu di dalam masyarakat kita tidak sama. Ada yang berharta ada yang tidak. Ada berpendapatan besar, ada yang kecil. Itu antara variasi atau kepelbagaian dalam hidup kita.

Kepelbagai warna, kepelbagaian kerabat, kepelbagaian kampung, kepelbagaian negeri, kepelbagaian kaum, kepelbagaian bangsa. Namun terkadang kita lupa ada juga banyak persamaan antara kita. Sedikit atau banyak kesan harga barang ini semua kita rasai.

Anak kecil mungkin terpaksa mengurangkan duit perbelanjaan sekolahnya kerana pemberian duit berkenaan hanya sekadar yang diberi penjaganya. Jika andaian kita kepimpinan negara itu senang dan berada, mereka turut mendapat tekanan dan desakan untuk menstabilkan keadaan yang ada.

Sedar atau tidak dengan adanya masalah dan cabaran dapat meningkatkan kerjasama dan perpaduan antara kita, jika ianya diambil dengan perspektif positif.

Kita akan lebih berjimat cermat. Kita juga akan bertambah rasa simpati. Dulu kita telah lupa bekal nasi daun upih. Mungkin hari ini kita kembali ke era itu.

Selain itu, saya juga ingin menjemput tetamu blog ini untuk sama berfikir tentang pengajaran yang boleh kita ambil dari semut dalam klip video di bawah.

Sila klik :
http://www.youtube.com/watch?v=g4PbsdSXjUI
http://www.youtube.com/watch?v=uX1ybDAqh40

1 ulasan:

Relevan berkata...

salam Ustaz..Kenaikan Harga minyak ada lah isu Global..ada yg boleh menerima dan tidak..Sabsidi dari Kerajaan Malaysia telah di tarik balik meski pun tinggal lagi 30 sen namun perit nya semua terasa...terutama orang2 susah dan berpendapatan rendah..

Betul kata Ustaz..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..apa kan daya nak tak nak terpaksa di telah juga..

bagi orang2 kaya raya mungkin tak terasa kepayahan ini..nikmat jadi orang kaya ni ye..

Mungkin dengan kenaikan harga minyak dan barangan ini semua ada Hikmah nya..

Ok lah Ustaz Assalamualaikum..

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com