RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Jumaat, 24 Februari 2012

KUNCI


Mencari kunci setiap pintu yang kita mahukan adalah perkara penting untuk kita capai setiap yang dihajati.

1. Kunci ilmu adalah bertanya.

2. Kunci berjaya adalah berusaha.

3. Kunci silaturahim adalah mengenali.

Kunci untuk kesemua yang kita mahukan adalah ILMU. Ini adalah warisan pesanan Rasulullah s.a.w yang antara lain menyatakan, barangsiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia menguasai ilmu. Barangsiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dia menguasai ilmu. Barangsiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia menguasai ILMU.

ILMU dan PENGETAHUAN itu ada dalam setiap yang diciptakan, termasuklah semua perkataan dan sebutan serta huruf. Semua itu terkandung ilmu yang sangat luas dan tanpa batas.

Salam Ilmu.

DARI MATA TURUN KE HATI


Setiap yang kita perhatikan memberi kesan kepada fikir dan zikir kita. Memerhati alam dengan ilmu, mampu menyegarkan hati ingat kepada Penciptanya.

Hati adalah raja kepada tubuh. Memelihara hati dari sifat tercela dengan diisi sifat terpuji, membawa fikiran separa sedar kita membina imaginasi kebaikan yang meluas.

Moga terbina langkah dan niat yang suci dalam keikhlasan menghayati segala kebesaran-Nya. Amin.

BERFIKIR BESAR


Pemikiran berfikir besar telah menjadi anjuran Al-Quran sejak ia diturunkan sebagai Kitab Terakhir dan merangkumi pengajaran kitab-kitab terdahulu.

Laluan pemikiran besar bermula dengan Ayat Iqra' (Bacalah), sehingga ia terkesan kepada pencarian tanpa penghujung sehingga sampai mengenal akan diri dan Pencipta alam jagat ini.

Perumpamaan yang terdapat di dalam Al-Quran juga bukanlah satu fantasi yang diberikan setelah ia terbukti benar dan real kepada hal yang sebenar.

Khayalan yang mungkin terjadi kepada seseorang ketika mendengar sirah Isra' dan Mikraj misalnya membawa kepada pengetahuan angkasa yang masih melalui proses penemuan demi penemuan yang masih belum berkesudahan. Asal dari satu sirah yang mungkin sesetengah memandangnya sebagai cerita warisan, namun ia sebenarnya benar untuk dihayati dalam pelbagai dimensi, samada dari sudut pemikiran, realiti, ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya.

Berfikir besar, menjauhkan diri dari berfikiran sempit yang membawa kepada impak yang tidak mendamaikan. Misalnya, permusuhan disebabkan kerakusan dan ketamakan kuasa dan harta menjadikan manusia tidak tentu arah memikir untuk menggagalkan pihak lawan sehingga berlaku peperangan, pembunuhan, nista, fitnah dan sebagainya. Sedang mereka tidak sedar bahawa bumi yang didiami hanya sekecil hama dalam belantara alam yang sangat luas.

Berfikir biar besar, bertindak harus realistik.

Salam Fikir.

BUMI INI TERLALU KECIL UNTUK BERMUSUHAN


Matlamat Allah mengutuskan manusia ke bumi ini, hakikatnya hanya Dia Yang Maha Mengetahuinya. Asasnya, adalah untuk menjadi khalifah di bumi ini. Setelah para malaikat bertanyakan, adakah Allah ingin mengutuskan satu makhluk yang membawa kerosakan dan pertumpahan darah di muka bumi , pada saat permulaan sebelum kejadian manusia. Allah menegaskan bahawa Dia lebih mengetahui akan apa Dia ciptakan.

Bumi ini, terlalu kecil untuk manusia bermusuhan. Langit yang terbentang luas, menjadikan bumi hanya seolah sebutir pasir yang berada di pesisir pantai yang luas. Di situlah manusia membina kehidupan dengan dirinya sediri tidak hanya sebutir debu halus seantero angkasa.

Manusia tidak akan membuahkan tabiat dan susun hidup yang baik, tanpa merujuk segala rahsia yang terkandung dalam firman Allah yang menyatakan bahawa Dia Maha Mengetahui akan setiap ciptaan-Nya.

Manusia harus terus menafikan bahawa manusia itu tidak dicipta untuk menumpah darah dan merosakkan bumi ini, kerana Allah telah menjelaskan secara nyata dalam firman-Nya.

Setelah Allah menyatakan, manusia adalah sebaik-baik kejadian, Allah juga menyatakan manusia itu boleh lebih buruk dari haiwan ternakan dan makhluk yang lain, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Bumi ini kecil untuk permusuhan, kerana kesannya semua akan rasa.

Salam Ukhuwah.

INSPIRASI ALAM


Alam ciptaan Allah s.w.t untuk manusia, yang terbentang luas menjadi sumber inspirasi kepada penciptaan kreativiti manusia dalam menguruskan kehidupan mereka. Bagi yang berdaya pengetahuan dan menggunakan akal fikir yang kreatif dengan sifat mencipta, maka lahirlah pelbagai jenis pembuatan dan ciptaan demi memenuhi keperluan persekitaran manusia itu sendiri. Asas kepada sains tabie menjadi sebutan firman di dalam Al-Quran agar diperhati dan dihayati alam ini sehingga tercetus pelbagai kemudahan buat manusia. Benarlah segala kandungan Firman itu.

KUASA PENYAMPAIAN DALAM KEHIDUPAN


سورة الرعد 40


KUASA PENYAMPAIAN DALAM KEHIDUPAN

Menyebarkan kebaikan dalam kehidupan merupakan tugas penting kepada setiap mereka yang mengetahui akan kebaikan. Memiliki kebaikan bukanlah sekadar diamalkan dengan ikhlasan, namun lebih dari itu. Setiap kebaikan itu mestilah disampaikan.

‘Tabligh’ التبليغ atau menyampaikan adalah antara sifat wajib bagi Rasulullah s.a.w. Tulisan ini bukanlah untuk membahaskan tentang sifat ini secara khusus, namun tulisan adalah bermatlamat untuk kita sama-sama melihat keanehan atau misteri kuasa di sebalik penyampaian.

Dalam mafhum firman Allah melalui Al-Quran, penyampaian akan kebaikan adalah menjadi satu tanggungjawab kepada manusia, yang pada asalnya ditujukan kepada tugas Rasulullah s.a.w, namun secara umum untuk kebaikan manusia sejagat.

Sampaikanlah, walau sepotong ayat. Pengertian terkandung dalam rangkap mafhum hadis itu sangat besar pengertiannya kepada halatuju mata fikir bagi yang menerima penyampaian itu.

Sesuatu yang disampaikan, harus tepat dan kena kepada sasaran. Ini berlaku samada dalam bentuk mesej bunyi (audio) atau gambar (visual) atau gerak isyarat dan sebagainya.

Mesej kebaikan itu menjadi satu cadangan kepada si penerima. Ini menjadi ransangan kepada si penerima apabila sesuatu mesej itu sampai.

Sesuatu yang menarik, perkataan ‘seru’ menjadi satu elemen yang penting dalam mengajak orang lain menerima cadangan dan galakan itu. Oleh yang demikian, proses ransangan atau galakan mula berlaku.

Pernyataan cadangan yang disampaikan menjadi peta dan gambaran kepada si penerima. Lantas, dinilai dan dilaksanakan secara pemindahan maklumat dan perbuatan yang berpanjangan.

Oleh itu, teruskanlah menyampaikan kebaikan kepada yang lain, kerana ia memberi impak kepada selerakkan kebaikan kepada sejagat alam.

Selasa, 21 Februari 2012

ALAM TANDA WUJUDNYA MAHA ESA


Alam jagat ini adalah petanda Wujud-Nya Maha Pencipta. Perhati dan hayatilah alam terbentang luas agar diri mengecapi nikmat kenal akan Pencipta Yang Maha Esa.

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com