RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Selasa, 4 Ogos 2009

ARTIKEL

Artikel Berikut Telah Diterbitkan SINAR HARIAN EDISI PAHANG, pada 1 OGOS 2009 yang lalu. Olahan telah dibuat untuk kesesuaian terbitan Akhbar Berkenaan.

CHATTING : PRO DAN KONTRA
Oleh : Ahmad Shah bin Jamlus

Suatu ketika dahulu dalam lingkungan awal 90-an, sebut tentang ICT mungkin agak janggal. Namun kini, ianya telah digunakan dengan sangat meluas. Information Communication Technologies atau Teknologi Maklumat dan Komukasi telah mula dan sedang mengambil alih corak dan gaya hidup kita.

Penggunaan komputer dan internet mungkin masih agak janggal kepada sesetengah daripada kita, tetapi telah menjadi kebiasaan pula dalam menggunakan telefon bimbit dan siaran televisyen berbayar. Malah mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kita semua telah mampu memiliki dan menikmati kemudahan ini.

Penggunaan telefon bimbit misalnya, boleh dikatakan sangat meluas malah kanak-kanak juga telah menggunakannya. SMS (Khidmat Pesanan Ringkas), MMS (Khidmat Pesanan Multimedia), Video Call (Panggilan Video) yang mampu berbual dengan menatap gambar secara langsung hasil talian dan penggunaan teknologi 3G.

Selain itu, kemudahan internet dan intranet atau penggunaan perhubungan di talian semakin memudahkan urusan. Pelbagai kemudahan telah kita dapati daripada pelbagai syarikat kemudahan e-mail percuma mahupun berbayar seperti yahoo.com, gmail.com dan pelbagai lagi. Begitu juga penggunaan laman web, blog, friendster, facebook dan sebagainya menjadikan penyampaian maklumat serta penerimaannya semakin mudah.

Asasnya, bila sebut tentang maklumat ianya merupakan satu perkara yang sangat penting dalam hidup kita. Apatah lagi agama kita Islam amat menggalakkan umatnya mendapatkan ilmu atau maklumat untuk kebaikan individu, keluarga, masyarakat, negara dan umat keseluruhannya begitu ditegaskan dengan pelbagai sumber asas termasuk galakan serta kefardhuan melalui Al-Quran dan juga Hadis Rasulullah s.a.w.

Merujuk kepada komunikasi pula, asasnya kita telah mengtahui bahawa wujud hubungan kita dengan Allah s.w.t, dengan sesama manusia dan juga dengan alam jagat keseluruhannya. Kemudian jangan kita lupa bahawa dalam sekelian hubungan pula, Allah s.w.t sentiasa memerhati serta Maha Mendengar apa yang kita lakukan ketika saat kita berhubungan atau menjalankan proses komunikasi berkenaan.

Komunikasi tidak asing dalam Islam kerana antara sifat wajib bagi Rasulullah s.a.w antaranya adalah 'Tabligh' atau 'menyampaikan'. Sifat 'menyampaikan' mempunyai pertalian rapat dengan komunikasi serta prosesnya.

Melalui asas perkenalan ini, jelas membuktikan bahawa ICT atau Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi bukanlah asing dalam kepentingan penggunaan dalam hidup seseorang muslim mahupun seluruh kehidupan manusia lainnya.

Melalui penulisan kali ini, ingin saya fokuskan mengenai perkara 'chatting' atau 'sembang-sembang' atau perhubungan interaksi ucapan atau isyarat bertulis di antara seseorang dengan seseorang atau antara seseorang dengan satu-satu kelopok kumpulan yang berhubung di talian dan sebaliknya, sama ada menggunakan telefon bimbit mahupun menggunakan talian sesawang atau internet.

Sebagaimana yang telah dijelaskan hubungan dan komunikasi sangat penting dalam hidup kita. Namun ianya memberi kesan baik (pro) dan sebaliknya (kontra) dalam hidup kita.
Asas dan etika sama ada melibatkan adab muslim ataupun secara universel adalah sangat menitikberatkan perihal akhlak dan juga moral. Sama ada jika kita bicarakan secara manual atau hubungan komukasi secara biasa mahupun di talian.

Komukasi dalam konteks 'chatting' atau 'sembang-sembang' ini mungkin melalui SMS, MMS, Yahoo Massanger (YM), laman forum internet, MIRC, blog, friensters, facebook dan sebagainya kita semestinya masih tertakluk kepada etika mahupun akhlak yang sepatutnya berlaku sebagaimana di luar talian atau komukasi secara konvensional.
Etika dan akhlak yang sewajipnya menjadi budaya kukuh dalam kehidupan sebagai muslim mahupun masyarakat timur perlu terus disuburkan.

Prihal kejujuran, tanggungjawab, kebenaran, kesahihan, ketelusan, ketulusan dan sebagainya yang berkaitan nilai murni dan nilai suci Islam tidak boleh dipisahkan dalam 'chatting' atau 'sembang-sembang' di talian ini.

Masa untuk bersembang, apa yang disembangkan?, dengan siapa kita bersembang?, untuk apa kita bersembang? seharusnya menjadi perkara asas dalam pertimbangan kita menggunakan kemudahan dan nikmat teknologi ini.

Menjadi lumrah dalam kehidupan seseorang manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Oleh yang demikian, pesoalan di atas semestinya kita hayati dan kita teliti agar ianya tidak menjadi satu pembaziran masa, mendatangkan impak atau kesan sosial yang tidak diingini, malah mendatangkan kemudaratan kepada individu, keluarga, masyarakat, negara dan ummat keseluruhannya.

Masa untuk kerja, keluarga, masyarakat, negara serta umat tidak sepatutnya tergendala disebabkan kemudahan ini. Kepantasan teknologi ini sepatutnya menjadi medium atau kaedah perantaraan yang memudahkan dan mempercepatkan serta tidak sepatutnya menjadi perkara sia-sia dan membuang masa begitu sahaja.

Perkara yang disembangkan pula sepatutnya mengikut lunas moral serta akhlak yang dikehendaki. Adalah tidak wajar kita membicarakan perkara sia-sia malah mendatangkan kemudaratan sosial termasuk perkara lucah, fitnah, mencerca dan sebagainya.

Mengenai dengan siapa kita bersembang pula, kita seharusnya menggunakan batasan agama dalam komunikasi sembang-sembang ini. Jadikanlah medium ini untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan seterusnya kekukuhan umat jagat ini. Pelbagai bentuk hubungan, forum dan sebagainya sepatutnya menjadi pertemuan yang memudahkan hasil komukasi tanpa sempadan ini.

Hasil kesilapan serta kesalahan menjaga batasan komunikasi ini antara lain adalah hubungan kekeluargaan semakin longgar, malah boleh menyebabkan perceraian suami isteri. Selain itu, dalam konteks kemasyarakatan ianya boleh menjadikan masyarakat huru-hara dengan penyebaran fitnah, gosip, penghinaan dan sebagainya yang boleh menyebabkan keselamatan masyarakat dan negara terancam.

Ancaman ini juga boleh berlaku dalam semua bidang sama ada dalam konteks politik, ekonomi, sosial, budaya, adat, nilai, agama serta pendidikan. Jika perkara ini tidak berlaku dalam lunas akhlak dan moral.

Topik atau tajuk atau perkara yang kita sembangkan seharusnya pada perkara-perkara kebaikan serta membina diri, hubungan kekeluargaan serta pembangunan masyarakat.
Perihal penggunaan kemudahan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi ini tidak wajar diambil mudah atau dipandang ringan kerana ianya akan mendatangkan kemudaratan yang besar kepada individu, keluarga dan masyarakat. Apatah lagi kini ianya talah mula menjadi corak dan gaya hidup kita.

Sebelum kita hanyut dengan arus kemodenan ini, marilah kita memperkemaskan jati diri, menguasai maklumat, menambah kemahiran serta sentiasa mempromosi keindahan Islam serta nilai budaya masyarakat timur yang sememangnya kuat dengan nilai akhlak dan moral yang tinggi.

Perkakasan (hardware), perisian (software) serta kandungan (content) yang terdapat di talian menuntut kita bergerak pantas agar kita mendahuluinya dengan kebaikan (haq) kerana hanya dengan kebaikan (haq) akan terhapusnya kejahatan (bathil).
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar kita bersama teguh dan gagah dalam melalui zaman yang serba mencabar ini. Amiin.

Tiada ulasan:

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com