RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Sabtu, 25 Julai 2009

'VERBAL' DAN 'NON-VERBAL'

Seronok mengikuti ulasan dan pandangan yang diberikan Kai & Ust Sufi & Broken Crew...

Saya tertarik dengan istilah para ahli akademik berkaitan 'komunikasi'. kata mereka komunikasi itu ada 'verbal' dan 'non-verbal'.

VERBAL: diungkap atau disebut dan bersuara.

NON-VERBAL: mungkin dengan isyarat, gerak badan (body language) dan lain-lain.

Merujuk kepada Sifat KALAM, iaitu sifat ke-13 bagi sifat-sifat wajib bagi Allah dalam himpunan sifat 20.

KALAM ertinya BERKATA-KATA.

Berkata-katanya ALLAH s.w.t itu adalah dengan Allah menzihirkan ILMU-NYA.

Merujuk kepada VERBAL dan NON-VERBAL,;

PERTAMA : AL-QURAN boleh kita katakan sebagai VERBAL kerana ianya merupakan sesuatu yang pasti yang ditegaskan ianya sebagai KALAM ALLAH. Walau yang melafaz bukan 'mulut' Allah, iaitu mereka yang membacanya atau melafazkannya itu adalah yang memperkatakannya. Namun harus diingat bahawa semua yang terdapat di dalam AL-QURAN itu merupakan apa yang ALLAH KALAM-kan.

Maka dengan itu, saya merasakan AL-QURAN itu sesuatu yang pasti untuk kita rujuk.

KEDUA : KEJADIAN ALAM, APA YANG TELAH BERLAKU, SEDANG BERLAKU, AKAN BERLAKU DALAM KITARAN KEADAAN HIDUP MANUSIA pada perkiraan saya adalah merupakan wahyu (tanda-tanda) komunikasi NON-VERBAL dari ALLAH s.w.t., Jika seorang yang bertafakur atau berfikir tentang alam ini termasuk gelagat manusia, apa yang ada pada diri kita, apa yang ada pada semua makhluk yang lain serta kejadian keseluruhannya maka kita akan semakin hampir dengan Pencipta yakni ALLAH YANG MAHA AGONG.

Oleh yang demikian, Ustaz, Ahli Akademik, Doktor, Tukang Kebun, Peniaga, Ahli Korporat dan semuanya ada tanggungjawab pada alam ini. Kita semua ada tugas, sama ada dalam konteks kerjaya...individu, keluarga, masyarakat, negara dan juga ummah...

Penggabungan antara mengerti VERBAL dan NON-VERBAL komunikasi kita dengan ALLAH yang telah dibincangkan di atas memperlengkapkan ilmu yang telah dicetuskan dalam pemikiran dan hati manusia sama ada dalam bentuk ILHAM atau WAHYU...

Ingatlah MUKJIZAT (perkara yang luar biasa atau di luar adat kebiasaan atau perkara yang mencarik adat) yang telah diturunkan Allah s.w.t kepada Muhammad s.a.w yang kekal hingga kiamat adalah AL-QURAN.

AL-QURAN pula menuntut kita berfikir dan bertafakur tentang alam. Begitulah selanjutnya...

SEE U ALL LATER...bye...selamat...

1 ulasan:

kai@Aegis berkata...

betul tu ustaz. setahu saya, kalam tu bukan sekadar b'kata-kata, tapi kalau dirujuk pada surah al-kalam sendiri, kalam tu seperti 'penyampaian', boleh jadi macam tuli-baca jugak.
merujuk pada 2 perkara yang ustaz nyatakan. sebenarnya memang dah ada fungsi al-quran itu dinyatakan dalam surah 2 ayat 185, dikatakan 'turunnya permulaan al-quran itu sebagai hudan(petunjuk), bainat(bukti) & furqan(pembeza) antara haq & batil'.
Maka, samalah macam yag ustaz coret, PERTAMA : AL-QURAN boleh kita katakan sebagai VERBAL(=petunjuk), KEDUA : KEJADIAN ALAM, APA YANG TELAH BERLAKU, SEDANG BERLAKU, AKAN BERLAKU DALAM KITARAN KEADAAN HIDUP MANUSIA(=bukti) & akhir skali kita sbg manusia perlu membezakan yg mana haq & batil. Buktinya jelas dalam surah 16 ayat 78, pendengar untuk diperdgrkan ttg hudan, mata untuk baiat & hati utk furqan. Dalam kata lain fitrah Allah tetapkan, MANUSIA di BUMI wajib menzahirkan/melaksanakan AL-QURAN

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com