RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Selasa, 6 Januari 2009

KEGANASAN ZIONIS

KEGANASAN ZIONIS

Musuh tetap musuh. Saudara tetap saudara. Siapa musuh? Siapa saudara? Satu pertimbangan yang perlu kita tusuk sehingga ke akar umbi. Kalau kita kenal benar musuh maka sampai bilapun kita kekal menjadikan ianya musuh dan begitulah sebaliknya.

Pencipta telah berpesan kepada kita orang-orang yang mengaku menyaksikan bahawa Allah itu Tuhan yang sebenarnya dan Muhammad itu utusan-NYA, maka Yahudi dan Nasrani adalah golongan yang tidak akan meredhai atau suka dengan kita sehingga kita mengikut telunjuk corak hidup mereka.

Persaudaraan seakidah, persaudaraan kemanusiaan perlu kita salami dengan cara yang benar. Semua manusia adalah saudara seketurunan kita. Bermula Adam dan Hawa kita menjadi pelbagai puak dan bangsa. Iblis dan Syaitan adalah musuh bagi keturunan kita. Setelah musuh ini mengisytiharkan kita sebagai musuhnya bermula penciptaan datuk kita Adam a.s.

Dalam kelompok persaudaraan manusia ini pula muncul musuh kita orang yang engkar kepada akidah sebagaimana sebenar yang terkandung dalam لا إله إلا الله محمد رسول الله (Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammmad utusan Allah). Ada kelompok Dhimmi ذمّي atau mereka yang menghormati akidah dan amalan kita serta berlindung di bawah kekuasaan pentadbiran kita. Ada pula kelompok harbi حربي iaitu yang tidak menghormati akidah dan amalan kita serta memerangi kita.

Bagi yang menghormati, kita mesti menghormati dan menjaga hak mereka dalam kontak persaudaraan kemanusiaan. Bagi mereka yang sebaliknya, kita perlu lakukan sesuatu untuk memastikan kelangsungan kedamaian dan keharmonian dunia.

Perhubungan kemanusiaan tidak akan terputus sehinggalah berlakunya pencerobohan antara satu dengan yang lain. Malah silaturahim seakidah tidak akan putus melainkan kita dihukum untuk tidak mendiami syurga Allah.

Perlakuan zionis atau Israel menceroboh dan mengganas seperti yang telah dan sedang dilakukan kini tidak boleh menjadikan kita bertolak ansur dalam kedua-dua kontak persaudaraan yang disebut di atas.

Satu senjata yang paling berkuasa untuk kita gunakan sekarang adalah BERSATU ANTARA SATU SAMA LAIN. BERSATU seluruh umat Islam dalam semua bidang. Kemudian berpadu dengan semua saudara kemanusiaan yang lain dalam menangani masalah ini.

BERSATU dalam artikel ini bukan sekadar laungan. BERSATU yang dimaksudkan di sini adalah dalam bentuk tindakan kita. Kerana “angan-angan tidak akan mengubah sesuatu apapun walau seinci, tetapi tindakan boleh merubah apa yang kita mahu”.


Bukan sekadar kita lakukan perkara negative terhadap musuh kita tetapi kita mesti lakukan juga perkara positif kepada diri dan umat kita. Apa sahaja kekurangan kita mesti meperlengkapkan umat kita antara satu sama lain.

Kini bukan masa untuk kita BERFIKIR. Kini adalah masa untuk kita BERTINDAK kerana kita sudah mengambil masa yang lama untuk BERFIKIR.

Sila layari :

http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=681.0

Marilah kita semarakkan pasaran produk kini dengan produk kita. Semarakkan PRODUK HALAL.
Sila layari;

http://www.islam.gov.my/mgi/

http://www.halalhub.com.my/

http://www.halaljournal.com/artman/publish/article_674.shtml

http://www.livestockasia.com/conference_paper/slide/yaakob.pdf

Tiada ulasan:

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com