RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Selasa, 31 Disember 2013

ALAM PERSEKOLAHAN 2014


Alam persekolahan 2014 bermula. Tumpuan kepada pendidikan adalah sangat penting demi ilmu dan akhlak. Ilmu Allah itu Maha Luas untuk disingkap. Bermula ilmu mencari dan mengenal Tuhan yang membina kepercayaan, keyakinan dan keimanan dalam diri, sehingga ilmu yang membentuk pekerti yang mulia dalam kehidupan. Dalam kehidupan yang penuh pancaroba kini, tumpuan pasti kepada kesenangan hidup melalui kemahiran untuk mendapat kesenangan di dunia, namun kebahagiaan di akhirat tiada dilupakan.

Islam, membawa pendidikan yang selari untuk kepentingan dua alam yang akan ditempoh oleh setiap insan, iaitu alam dunia dan alam akhirat.

Anak yang ingin membesar, memerlukan makanan untuk sihat dan terus membesar. Makanan akalnya adalah ilmu, makanan hatinya adalah zikir. Rohnya perlu sihat dalam menjalinkan ilmu dan zikir sebagai bekalan.

Bekalkan mereka kemahiran untuk mencari mata pencarian hidup, sambil terus berjuang memastikan dunia ini terus makmur dan membawa kesejahteraan kepada semesta alam.

Salam Pendidikan untuk semua.

Amin.

:)


KALAM DAMAI 30 DISEMBER 2013


Siaran terakhir KD bagi 2013 adalah 30.12.2013 bersamaan 27 Safar 2013. Tajuk yang dipilih adalah perkataan SEMBUNYI. Melalui sembang santai bersama Ustaz Ahmad Shah Jamlus dengan Puan Hajah Ruhaidah Abdullah, KD mengupas tajuk SEMBUNYI. Pilihan lagu yang menghiasi perbualan antara lain adalah lagu Sufi, nyanyian Kumpulan Damasutra, lagu Mustika, Nyanyian Dato' M. Nasir.

SEMBUNYI, yang membawa makna sesuatu yang tidak dapat dilihat kerana terlindung, sorok, tidak memberitahu sesuatu, merahsiakan, dan pelbagai yang seerti dengannya membawa bualan santai menuju ke destinasi perbincangan yang pelbagai.

Antara lain, peribahasa yang dapat dirujuk melalui prpm.dbp.gov.my ialah, baling batu SEMBUNYI tangan, yang ditakrifkan sebagai berbuat jahat kepada orang lain, kemudian buat pura-pura tak tahu.

Banyak lagi peribahasa lain yang diutarakan yang boleh menjadi panduan kehidupan yang berjati diri sebagai seorang anak Malaysia.

Melalui SEMBUNYI juga, semakin asyik meniti Pengajaran Al-Quran yang menjadi salah satu segmen dalam KD. Meniti makna ayat 15 hingga 17 surah As-Sajdah, membawa sanubari menyelami kasih sayang Allah yang menyembunyikan alam ghaib yang terbentang luas kepada manusia untuk manusia itu berfikir yang akhirnya mencari akan keindahan kewujudan Zat Maha Agung.

Alam Ghaib bukan sahaja yang jelas seperti syurga, neraka, pahala, dosa. Tatapi banyak lagi daripada itu untuk manusia jangkau. Ia tarmasuk hikmah di sebalik setiap kejadian yang jika manusia itu kaji akan menjadi lembah ilmu yang tiada terbatas luasnya.

Sekian ringkasan siaran 30.12.2013

Soalan Kuiz yang diutarakan: Berapakah jumlah ayat keseluruhan Surah As-Sajdah?
Anda boleh emailkan jawapan ke ahmadshahjamlus@gmail.com dengan mengutarakan jawapan, serta menyatakan, anda mendengar KD kerana ..... (tidak melebihi 20 patah perkataan).

Sekian, Wassalam. :)



Isnin, 30 Disember 2013

SALAM TAHUN BARU 2014


Tahun 2014, merupakan tahun yang ke-7 Kalam Damai mengisi ruang udara Radio Malaysia Pahangfm, sejak tahun 2008. Terima kasih atas sokongan semua. Semoga dengan kami terus bersiaran ini memberikan suntikan semangat yang baru buat kami di Kalam Damai. Sebarang pandangan daripada kalian untuk penambahbaikan sangat sialu-alukan.

Kalam Damai, dengan pengisian mengariskan makna tajuk bagi satu perkataan yang dipilih setiap minggu membawa pendengar mengupas dalam pelbagai dimensi dengan membawa pengajaran daripada Al-Quran dan Al-Hadis, diharapkan dapat berkongsi dengan khalayak yang disampaikan dalam bentuk santai dalam menjana kehidupan kita seharian dan dapat bersama melahirkan masyarakat yang harmoni dan makmur.

Mengambil pengajaran daripada bidalan dan pengajaran pandang sisi mata fikir Melayu yang disusun dalam bentuk kata-kata menjadikan Kalam Damai terisi dengan pesanan yang baik. Yang elok itu budi, yang indah itu bahasa. Mengabil bidalan dan peribahasa sebagai perkongsian mengindahkan cuitan semasa ke udara.

Terima kasih Radio Malaysia Pahangfm, terima kasih sahabat Pahangfm, terima kasih Pendengar KD, terima kasih Pengunjung Blog KD, terima kasih semua yang tidak terhingga.

Salam Ingatan Sepanjang Zaman.

Wassalamualaikum w.b.t.

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com