RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Jumaat, 21 Jun 2013

BERZIKIR


Maknanya: Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (Allah) (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

Mengingati Pemilik dan Pencipta kita menjadikan hidup sentiasa terarah. Merasai dan menghayati akan setiap kehadiran nafas yang kita hirup. Alangkah indahnya andai kita sering amalkan dan semoga kita beroleh ketenangan.

Amin...

Isnin, 17 Jun 2013

BERSUKURLAH ANDA MUSLIM



Sesuatu yang biasa ada pada diri kita, selalu membuat seseorang itu terlupa akan kewujudannya. Ini mungkin kelebihan, mungkin juga kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Islam yang kita anut merupakan satu kelebihan dan keistimewaan yang tidak ternilai dan sangat berharga. Tanpa ia hadir dalam diri kita, kita akan tercari-cari akan agama yang indah lagi sempurna ini. Islam adalah agama yang menyeluruh dan seimbang. Bermula celik mata, hingga celik mata kembali dalam satu hari, kita memiliki keistimewaan yang tidak terhingga hebatnya bersama agama suci ini.

Mengamalkan semua yang ada dalam Islam menjadikan kehidupan kita teratur dan sangat menyeluruh. Bermula doa bangun tidur sehingga doa untuk lelap kembali, kita disusun dengan kehidupan yang sangat menarik.

Amalan ini sudah berpuaka dalam kehidupan kebanyakan kita. Kita mendapatkannya kerana kebanyakan kita adalah baka dan keturunan Islam.

Hidupkanlah kehidupan yang sempurna susunannya, bermula fardhu, wajib, sunat, haram, makruh, harus. Ada pula fardhu ain, ada pula fardhu kifayah.

Alangkah ruginya, kita sudah ada yang amat istimewa ini, sedang kita masih tercari-cari cara kehidupan yang lain.

Allahumma Amin...


Jumaat, 14 Jun 2013

ALLAH TUHAN KITA


Allah itu Esa. Kepada-Nya kita bergantung harap. Allah Maha Besar lagi Maha Sempurna. Allah mencipta dan menjadikan sekelian alam. Sesungguhnya tiada tuhan yang lain selain Allah s.w.t semata-mata, Satu, Esa dan Tunggal.

Khamis, 13 Jun 2013

SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN



Jika hatimu gelisah,
Semak dan teliti semula,
Amalan dan cara hidupmu,
Sudahkah kamu solat di awal waktu?
Sudah berapa lama kamu tidak menjenguk Al-Quran?

Selalu hatimu merintih,
Kenapa Allah tidak memberi apa yang aku mahu?
Sedang tidak engkau tanyakan,
Adakah engkau telah tunaikan apa yang Allah perintahkan?

Selalu hatimu merintih,
Kenapa Allah tidak menghalang dari keresahan ini berlaku?
Sedang tidak engkau tanyakan,
Adakah engkau telah tinggalkan apa yang Allah larang?

Allah a.w.j sentiasa Maha Sempurna,
Tidak perlu apa-apa daripada yang lain,

Allah s.w.t Maha Kaya daripada yang terkaya,
Sedang makhluk sentiasa mengharapkan-Nya untuk diupaya,

Sepi, sedih, resah itu kan berlalu,
Andai kau mengerti dan pasrah,
Akan engkau telah lalai dan alpa,
Sedang Allah tidak sesekali lalai dan lupa,

Kembalilah kepada-Nya,
Dia sentiasa menunggu,
Di balik hijab yang perlu kau singkap,
Kerna hanya engkau berhijab,
Sedang Dia tetap Maha Menatap,
Menunggu makna Syahadah yang engkau ucap,
Ucap dengan penuh ikhlas hati yang meratap,
Meratap akan keindahan kembali Husnul Ma aab,

Allahumma, dzakkirni maa nasitu,
Wa 'allimni maa jahiltu,

Amin, Ya! Rabbal Alamin.

Coretan,
Ustaz Ahmad Shah Jamlus,
Moderator Kalam Damai.

Selasa, 11 Jun 2013

2 SYA'BAN 1434


Ramadan semakin hampir. Sudah boleh mula mengulangkaji hukum-hakam puasa. Tahun ini, pasti kita inginkan puasa yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Begitu juga antara solat-solat fardhu itu. Persediaan fizikal, mental dan rohani pasti turut serta menjadi satu sebagai fokus yang membawa kekhusyukan bagi setiap ibadat yang bakal ditunaikan. Hari ini, kita harus berfikir agar bagaimana boleh kita terus memeriahkan hidup kita dalam mengecapi hidup beribadat kepada Yang Maha Esa. Ini kerana itulah tujuan asal kita dijadikan, sambil terus mentadbir urus dunia yang dikurniakan ini. Kesibukan dalam pelbagai karenah memungkinkan kita menjadi lebih matang dan bersedia untuk hari-hari mendatang.

Kebahagiaan itu bukan hanya dalam kesenangan dan kekenyangan, namun ia juga menjadi teramat indah bagi mereka yang merasai kelaparan dan kesusuhan kerana kedua-duanya memberi makna apabila keduanya dikecapi dalam hidup, sehingga kita menjadi hamba-Nya yang benar-benar bersyukur. Amin.

Isnin, 10 Jun 2013

1 SYA'BAN 1434

Hari ini sudah 1 Sya'ban 1434 (10 Jun 2013), kita sudah pun berada dalam lingkungan sebulan lagi untuk memasuki Ramadan. Semoga kita sampai ke bulan Ramadan tahun ini.

Usaha melipatgandakan ibadah dalam semua lapangan yang kita lalui. Mencari nafkah kerana Allah, makan minum dengan bismillah, mengkakhiri perbuatan dengan Alhamdulillah.

Moga semua usaha kita diberkati Allah jua. Amin.

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com