RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Jumaat, 22 Mac 2013

SUKU TAHUN 2013


Suku tahun pertama hampir berlalu. Tentu sudah banyak perkara yang telah dilalui. Sepanjang kehidupan ini, mungkin kita terus mendapat Allah. Amin.

Khamis, 21 Mac 2013

TAWAKAL




Makna Ayat 1000 Dinar;

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. - Surah At-Thalaaq, ayat 2-3.

Dalam kehidupan ini, kita tidak dapat keluar dari usaha, ikhtiar dan tawakal. Ikatan kehambaan dalam keTuhanan tidak dapat dipisahkan. Hidup tidak mungkin berlaku, tanpa nyawa yang Allah kurniakan. Jasad tidak mungkin terbentuk, tanpa Allah yang menciptakan.

Kehidupan ini, keseluruhannya tidak akan berlaku, tanpa ada Allah Yang Maha Kuasa mengaturkan. Sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini, kita diberi kuasa berikhtiar iaitu membuat pilihan, mana yang baik, mana yang buruk.

Allah s.w.t Maha Adil, Allah s.w.t tidak sesekali zalim ke atas makhluk-Nya. Allah s.w.t Maha Mengetahui akan apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Panduan telah Allah s.w.t sajikan untuk kita. Panduan yang tertulis (atau dibaca - متلو) dalam bentuk Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam bentuk yang lain, dalam setiap apa yang Allah s.w.t jadikan dan apa jua yang berlaku itu adalah petunjuk daripada Allah s.w.t jua.

Oleh sebab itu, Allah s.w.t memerintahkan kita untuk 'IQRA' atau bacalah. Dalam konteks 'bacalah' itu, sudah pasti ada faham 'tulislah', dan pecahannya membawa kepada 'kajilah', 'analisalah', 'perhatilah' dan sebagainnya dalam konteks makna pengkajian, pengamatan dan penhayatan.

Begitulah, indahnya syariat Allah, yang mencakupi segenap kehidupan.

Usaha, Ikhtiar, Tawakal, Sabar, Syukur...

Salam Kalam Damai.

:-)

Rabu, 20 Mac 2013

SEMALAM, HARI INI DAN ESOK



Sebagai seorang muslim, kita sedia maklum, tiga persoalan utama sentiasa menghiasi ingatan kita terhadap kehidupan kita yang menjadi sendi setiap perbuatan kita di dunia ini.

Persoalan Pertama : Dari mana kita datang?

Persoalan Kedua : Di mana kita sekarang?

Persoalan Ketiga : Ke mana kita akan pergi?

Secara lazim dan biasa menjadi jawapan kita sememang mudah diungkap, termasuk saya. Datang dari alam roh, kemudian hidup untuk tempoh tertentu di atas muka bumi ini, seterusnya akan kembali kepada Allah untuk diperhitung amalan di dunia.

Itu secara ringkasnya, namun ia sepatutnya lebih dari itu. Kita seharusnya mempunyai perancangan yang ditil terhadap hidup kita, ahli keluarga, masyarakat, negara dan ummah secara amnya.

Kerja-kerja merencana kehidupan ini harus didasari kepada iman yang teguh kepada keyakinan dan sifat mahmudah yang kuat. Ini kerana penghasilannya harus realistik dan memenuhi Qada' dan Qadar Allah s.w.t yang telah ditentukan Allah s.w.t jua.

Oleh itu, saya dan juga kita semua tidak boleh lepas daripada kewajipan berikhtiar dalam memastikan apa yang dikehendaki Allah s.w.t kita turutkan, apa yang dilarang, kita tinggalkan.

Usaha yang berterusan untuk memastikan kehidupan yang kondusif yang membina satu kehidupan yang sejahtera, bahagia, harmoni dan makmur adalah tugas kita semua.

Hidup di dalam negara kita Malaysia, kita mempunyai ruang dan peluang yang luas untuk itu. Kita berada dalam kondusi yang sangat menggalakkan untuk menjadi insan yang baik lagi berperkerti mulia dan menikmati peluang kekayaan dan kesenangan yang sangat luas.

Suasana ini, harus tidak kita lepaskan. Ini adalah nikmat Allah yang tidak terperi hebatnya. Allah memberi ruang dan peluang ini kepada kita semua. Rebutlah dan syukurilah. Moga Allah melimpahkan segala rezekinya berpanjangan. Amin.

Salam Kalam Damai.


http://www.pemandu.gov.my/gtp/annualreport2012/upload/BM_GTP2012_AR_Full.pdf

Selasa, 19 Mac 2013

CUKUP

Dalam siaran Kalam Damai 18 Mac 2013, Kalam Damai membawa tajuk CUKUP. Perkataan ini mencakupi segenap kehidupan kita.

Untuk lahir ke dunia ini, harus cukup bulan kandungan, sehingga sesuatu kelahiran itu dapat dilahirkan secara normal. Begitu pula, kita mula dipertanggungjawabkan atau mukallaf denga cukup umur akil baligh. Seterusnya, walau mati tidak diketahui bila untuk setiap seorang, apa yang pasti, setiap orang atau makhluk yang sudah cukup hayatnya akan kembali kepada Allah jua.

Manakala bersikap mencukupi atau merasa cukup akan nikmat yang dilimpahkan akan melahirkan rasa syukur dalam diri yang memungkinkan seseorang itu bersifat qanaah, atau mencukupi dan redha, di samping terus berikhtiar dalam kehidupannya.

Begitu pengajaran yang diperolehi untuk kali ini secara ringkasnya.


Salam Kalam Damai.

Isnin, 18 Mac 2013

JAGA DIRI HIASI PERIBADI


Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Kehidupan kita ini, secara keseluruhanya tidak akan terleluar daripada Pandangan dan Pendengaran Allah s.w.t. Sebelum, semasa dan masa akan datang.

Semua itu, Allah telah mengetahui dalam Pandangan dan Pendengaran Allah s.w.t jua.

Maka, kehidupan ini tidak lari dari itu. Selain itu, Allah jua mengutus dua malaikat bagi mencatat akan kebaikan dan keburukan yang kita lakukan, sama ada kita nyatakan kepada khalayak atau bersembunyi di persembunyian mana sekalipun tetap dalam perkiraan dan perhitungan Allah jua.

Apa yang terucap, terungkap, terlafaz, mahupun senyap berkata-kata dalam benak fikiran dan hati, tetap dalam Pendengaran Allah s.w.t jua.

Sama-samalah kita menjaga diri dan menghiasi peribadi.

Salam Kalam Damai untuk Semua.

(",)

PERHATIAN


Sebarang iklan atau gambar berunsur lucah dan yang tidak bersesuaian dengan objektif blog ini dibina adalah bukan dari 'admin' Kalam Damai. Sila abaikan sahaja. Terima kasih.

KEKUATAN SYUKUR DAN SABAR

Setiap sesuatu yang ditempuhi dalam kehidupan ini, sabar dan syukur adalah sendi utama yang menguatkan diri dan keperibadian.

Keutamaan dua sifat ini, iaitu syukur dan sabar menjadikan hidup sentiasa terarah dan sentiasa mencukupi dalam suasana ikhtiar yang berpanjangan.

Dunia perjalanan menuju akhirat. Dunia sebagai ladang bercucuk tanam untuk memperoleh hasil akhirat. Meninggalkan dunia, bererti tiada apa yang akan diperolehi di akhirat.

Namun, menjadikan dunia sebagai destinasi, membawa diri terjebak ke arah sifat yang keji atau mazmumah. Diri akan menjadi tamak, tidak pernah bersyukur akan apa yang diperolehi, hasad yang tidak menentu, gopoh dalam keputusan, bersikap marah dan sebagainya.

Oleh yang demikian, bersyukurlah dengan sabar dan syukur itu, jika dua sifat itu bersemadi dalam diri. Kerna ia bisa ditambah oleh Yang Maha Kuasa dengan lipat ganda sifat mulia dan memperoleh nikmat yang berpanjangan.

Salam Kalam Damai...

(",)

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com