RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Isnin, 30 Mei 2011

SELAMAT BERCUTI



Maknanya: (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Semoga percutian dan aktiviti-aktiviti yang dilalui mendapat rahmat dari-Nya jua. Pandu dengan selamat dan berhemah. Semoga segalanya direstui-Nya jua. Amin.

SIRI 8: TIPS KHUSYUK SOLAT


Dalam jadual harian, perkara yang menjadi tumpuan mungkin temu janji kita dengan seseorang, mencari duit, mengumpul kekayaan, belajar, berkerja dan sebagainya. Tidak ramai yang memberikan tumpuan kepada solat, sedang solat itu sendi kepada kehidupan.

Apa sahaja yang ingin kita lakukan dalam dunia ini, pokok pangkalnya adalah redha Si Pemilik, Pentadbir segalanya. (Dengan mengiktiraf bahawa Allah itu tiada sama dengan sekelian makhluk), Cuba kita bayangkan sekiranya tuan kepada sesuatu barang yang ingin kita minta itu suka kepada kita, sudah tentu barang itu mudah sahaja untuk diperolehi. Mungkin pemberian sesuatu barang itu melalui prosedur yang panjang, tetapi apabila kita mengenali dan dipercayai, maka pemberian sesuatu itu lebih mudah.

Bayangkan pula jika kita tidak mengenali tuan barang, kemudian ada pula rekod jenayah, adakah kita mudah untuk menimbulkan kepercayaan kepada tuan barang tersebut.

Analogi ini, tiadalah membawa kepada kasih sayang Allah yang tiada sempadannya itu, tetapi sebagai budinya kita yang penuh kesantunan, itulah yang dapat kita hayati.

Pertemuan dengan Allah dalam solat adalah pertemuan yang formal. Memasuki pintu solat, maka alam solat itu ada tertibnya, tamakninah dan sebagainya.

Untuk memenuhi temujanji 5 waktu sehari semalam itu, tidak ramai yang mengganggap itu adalah pertemuan penting. Dengan membayangkan satu pertemuan sesama makhluk yang mengharapkan kuasa yang lebih besar, pertemuan seorang kontraktor kelas A yang membuka kerja kepada kontraktor kelas F misalnya, bagaimanakah persiapan kontraktor kelas F itu untuk mendapatkan projek itu?


...kita sambung lagi.

Jumaat, 27 Mei 2011

SIRI 7: TIPS KHUSYUK SOLAT

...SAMBUNGAN...

Ramai yang menyangka solat itu hanya selesai gerakan badan dan bacaan semasa menunaikannya, sah dan selesailah solat itu. Sebenarnya, tanpa disedari ianya satu medium untuk pelbagai dimensi. Gerakan sempurna bagi kesihatan padan, pengrusan stress, hubungan kemanusiaan dan pelbagai lagi hikmah lain.

Bagi yang ingin khusyuk dalam solat pula menyangkakan bahawa keadaan fokus itu tertumpu pada keadaan saat ketika menunaikan solat. Oleh itu, saya ingin berkongsi di sini, hakihatnya bukanlah khusyuk itu dapat diperolehi atau dapat dirasai hanya memejamkan mata dan konsentrasi dengan imaginasi atau sebagainya ketika dalam solat itu semata-mata.

Di sini, secara mudahnya, saya ingin menyatakan bahawa untuk mendapatkan khusyuk itu bermula sebelum, semasa dan selepas solat.

Bermula denga persediaan sebelum solat, semasa dan selepas.

...kita sambung lagi...:-)

SIRI 6: TIPS KHUSYUK SOLAT

....sambungan

SOLAT dan REALITI KEHIDUPAN.

Tiada yang perlu digusarkan. Jiwa yang teburu-buru, lambat atau lembam, malas dan sentiasa berdukacita tiada dalam kamus ketenangan dan kesejahteraan. Syahadah yang diungkap bukan untuk kita terus berada dalam situasi itu.

Syahadah memperbaharui jiwa. Ianya dianugerah melalui hidayah atau keturunan. Apabila seseorang itu sedar akan syahadah itu, maka perjalanan selanjutnya adalah dia dalam penyaksian bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Itu Utusan Allah.

Begitu juga hal perjanjian kita di alam roh lagi, kita telah menyaksikan bahawa Allah itu Rabb (Yang Maha Menjadikan/Yang Maha Mentadbir) kita. Hal ini sudah tentu sukar diingat, sedang apa yang kuta lakukan pada tepat umur kita 10 tahun 3 bulan 1 hari, pada minit yang ke 5 pun kita telah terlupa, apatah lagi ketika di dalam kandungan. Namun, hakikatnya semua itu telah pun kita lalui dengan sebenarnya.

Sejak sebelum ada awal bagi-Nya hingga tiada pula akhir bagi-Nya, Allah tetap sebagaimana itu jua, Dia Maha Kaya, Maha Mengetahui, Maha Melihat dan sesungguhnya sifat kesempurnaan itu selamanya begitu. Oleh itu, jika kita katakan dulu lain, sekarang lain, adalah tidak bermakna, sedang perintah solat fardhu itu adalah wajib sejak diperintahkan hingga kini dan ianya adalah satu anugerah untuk seluruh kehidupan manusia umat Muhammad s.a.w.

Oleh yang demikian, solat itu adalah realiti untuk kebaikan seluruh kehidupan manusia itu sendiri.

...bersambung

Khamis, 26 Mei 2011

SIRI 5: TIPS KHUSYUK SOLAT



...BERSAMBUNG...

SOLAT dan ALAM tak dapat dipisahkan. Apa yang kita ungkap dalam solat merentasi penglihatan mata, pendengaran mata, juga fikiran sedar.

Ungkapkata yang diucap di dalam solat bukan kata-kata biasa. Bahasa tutur pula merangkumi segenap aspek hidup, merentasi juga alam ghaib yang tidak tercapai mata, telinga dan akal manusia, melainkan dengan jalan panduan Al-Quran jua.

Ungkapkata bermula niat suci ingin mempersembahkan lenggung gerak, tutur kata, sembah hormat pemuh kemuliaan kepada Pemilik sekelian alam, bukanlah satu persembahan yang kecil. Ianya lebih besar dari segala lengguk gerak, tutur kata biasa.

Pengetahuan tentang alam jagat membina solat yang khusyuk. Bermula dengan niat, takbiratul ihram, Al-Fatihah, Ayat-Ayat Lazim, Rukuk dan Tasbihnya, Sujud dan Tasbihnya, Iktidal, Duduk Antara Dua Sujud serta Tasbih dan Istighfarnya, Tahiyyat Awal dan Akhir, begitu juga salam sejahtera yang menutup pertemuan.

Semuanya itu, memerlukan perancangan dan persediaan yang amat rapi. Yang dihadap bukan makhluk, tetapi Khaliq yang mencipta dan mentadbir sekelian alam. Yang Maha Mengerti tentang diri yang tegap berdiri 'di dadapan' Yang Maha Agung.

Setiap detik merindui saat itu...

...Bersambung...

Rabu, 25 Mei 2011

SIRI 4: TIPS KHUSYUK SOLAT


....sambungan...

Kesibukan itu akan binasa bagi mereka yang tenang, tertib dan teliti dalam hal masanya. Tegas adalah elemen utama dalam disiplin. Kita tahu apa yang kita mahu, dan kita tahu siapa dan apa tanggungjawab kita tehadap sekeliling.

Aku adalah aku, aku adalah anak, aku adalah suami, aku adalah abang dan jangan lupa aku adalah hamba dan makhluk Allah, selain aku adalah khalifah Allah.

Anugerah itu, tidak diberi untuk membebankan diri, namun ianya diberi sesuai dengan kejadian dan tanggungannya. Sebagai analogi mudah yang tiada akan sama walau sedikit pun, umpama penciptaan lori pengangkut, ianya dicipta dengan ciptaan dan kekuatan yang sesuai atas tujuan untuk apa ianya akan digunakan.

Begitulah setiap makhluk Allah dan kegunaan serta peranannya.

Kereta memerlukan servis, tukar minyak enjin, tukar minyak gear dan sebagainya, sesuai mengikut jarak perjalanan dan juga penggunaannya.

Begitulah manusia dan pergerakannya. Apabila sampai waktu Maghrib, Isyak, Subuh, Zohor dan Asar kita memerlukan solat. Ianya sangat holistik atau menyeluruh, kerana gerak badan, kata-kata serta hati perlu sekata. Hal ini dapat dirasai secara fizikal, malah mereka yang mendalam firasatnya sampai ke hati...

Mengambil wudhuk, paling tidak ianya amat menyegarkan. Selain bagi yang celik batinnya, berguguran jatuh akan dosa-dosanya pada saat itu...amin...

Bersambung...

SIRI 3: TIPS KHUSYUK SOLAT


...SAMBUNGAN...

Untuk membandingkan satu anugerah perintah yang sedikit pun tidak mengurangkan Kuasa Yang Maha Memerintah yakni Allah s.w.t, yang segalanya itu untuk kebaikan dan kebahagiaan manusia itu sendiri. Hal ini juga terkandung dalam semua yang diperintahkan dan semua yang dilarang untuk manusia tinggalkan. Dalam episod perbincangan kita ini adalah SOLAT, iaitu hal anugerah suruhan yang begitu tinggi nilainya.

Solat diletakkan tahap yang tinggi dalam segala suruhannya untuk umat Muhammad s.a.w. Ini dapat diamati dari sudut tempat peanugerahannya, kerahsiaannya jua seolah begitu amat bernilai sekali sehingga seolah Allah memanggil Muhammad s.a.w ke tempat di mana hanya berdua sahaja dalam keadaan anugerah itu. Barang sudah tentu ianya mempunyai rahsia dalam rahsia yang amat luas untuk dikaji.

Dalam perbincangan ini, saya mulakan secara luaran. Perbandingan solat dengan hal-hal lain dalam hidup seorang muslim adalah amat tidak wajar. Ini adalah kerana nilainya solat itu adalah sebagai tiang kepada Agama. Istilah asalnya adalah 'Ad-Din' yang merujuk kepada seluruh struktur hidup manusia itu sendiri. Apabila disebut 'tiang' maka sudah tentu ianya perlu kepada kekukuhan dalam sesebuah binaan. Ini adalah kerana ianya adalah asas kepada yang lain.

Nilai solat yang amat tinggi itu juga dapat kita lihat dari sudut perlaksanaannya. Seseorang itu mampu mengurus pelbagai kerja, sedang gagal dalam menguruskan solatnya. Antara solat dengan kerja, makan, tidur dan lain-lain aktiviti lain, tidak ramai yang memilih solat. Ini menjadikan pemilikan hal-hal lain lebih murah berbanding solat yang amat susah dimiliki.

Lantas, solat hanya dimiliki oleh mereka yang sangat terpilih...

Bersambung...

Selasa, 24 Mei 2011

SIRI 2: TIPS KHUSYUK SOLAT


...Sambungan

Alangkah beruntungnya rasa diri apabila diberi wang berjuta ringgit, harta yang melimpah ruah, rumah besar, makanan yang sedap-sedap, melancong ke sana dan ke mari dengan tanpa halangan dan pelbagai lagi menjadi kegilaan manusia di bumi ini.

Hal ini cukup jauh berbeza apabila masuknya waktu solat. Amat sukar bagi diri seseorang untuk merasai kegembiraan itu apabila laungan azan berkumandang, panggilan mengadap Ilahi seolah menjadi satu bebanan. Sedang hal itu sepatutnya menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu akan ketibaannya setiap detik dan ketika.

Kata-kata begini bukanlah baru dalam tulisan atau ceramah atau bentuk-betuk peringatan yang lain. Malah mereka yang berpengkhususan pengajian Islam pun tidak terlepas dari hal ini.

Solat, tiada kan dapat dirasai akan keindahan dan rasa menghargainya kerana mungkin ianya sudah pun menjadi lazim untuk ditunaikan dan amat mudah mendapatkan tempat untuk urusannya.

Secara sedar atau tidak, kebanyakan apa yang kita dapat secara percuma jarang dihargai.

Pembelian kaca mata yang berharga ratusan ringgit, malah ribuan menjadi amat berharga berbanding mata yang terdakap pada diri sendiri. Baju yang berharga ratusan ringgit menjadi sesuatu yang disebut-sebut, sedang tubuh badan yang ada, lebih utama.

Begitulah solat yang telah diwarisi turun-temurun. Tidak sukar ianya diperolehi. Malah ada pula yang menganggap ianya satu amalan tradisi nenek moyang sahaja.

Sedang solat itu diterima oleh Rasulullah s.a.w di alam yang tinggi di Sidratul Muntaha pada malam Isra' dan Mikraj daripada Pemilik Sekelian Alam Yang Hakiki.

Tiada kehebatannya akan solat itu, jika sekadar beban kepada kesuntukan masa...

...bersambung...

Isnin, 23 Mei 2011

SIRI 1: TIPS KHUSYUK SOLAT


Di Malaysia, umum mengetahui bahawa solat fardhu itu adalah merupakan satu kewajipan untuk ditunaikan. Malah, bukan setakat itu, melalui medium dakwah yang pelbagai dan usaha yang berterusan, menjadikan majlis sembahayang hajat, solat dhuha dan sebagainya menjadi penyeri rutin keagamaan di Malaysia.

Semua ini terhasil dari sistem pendidikan yang tersusun dan komitmen umat Islam di Malaysia dalam menterjemahkan Islam di kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, hal solat jemaah misalnya, seluruh mukim mempunyai masjid dan di setiap kampung mempunyai surau, malah di setiap hentian di lebuhraya mempunyai kemudahan untuk seseorang muslim menunaikan solat.

Siri khusyuk dalam solat ini akan ditulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian serta perkongsian bersama dalam meniti kesempurnaan solat itu sendiri.

Amat sukar untuk melaksanakan tugas ini, keadaannya turun dan naik, ada kala mendapat ketenangan, ada kala sebaliknya. Ada masanya berada di awal waktu, ada kalanya sudah hampir luput.

Melalui perkongsian ini, adalah diharapkan agar ianya memberi kesan kepada diri sendiri dalam mendapat kesempurnaan solat sambil berkongsi dengan khalayak kalamdamai.blogspot.com


Permulaan siri ini, ingin saya jelaskan bahawa penulisan ini akan tertumpu kepada penggunaan akal fikiran dengan berdasarkan kaedah-kaedah dan hukum asal yang telah terkandung di dalam hukum-hukum solat itu sendiri. Perbincangannya tidak akan terkeluar dari konteks akal. Cuma kupasan akan berlegar dalam konteks kontemporari dan keadaan sekeliling yang sudah banyak berubah dengan corak moden dan ilmu moden kini.

Misalnya, kita sememangnya telah meyakini bahawa kita diutus untuk menjadi khalifah. Dalam diri seorang khalifah sudah tentu ada sifat seorang pengurus sehingga kini ilmu pengurusan menjadi amat luas perbincanganngan. Begitu juga, Al-Quran menggalak umatnya untuk berfikir, maka kini ilmu berfikir itu menjadi sudah sangat luas dan memberi impak kepada corak hidup kita kini.

Dalam hal solat ini, kita diistimewakan Allah dari makhluk yang lain adalah kerana kita memiliki akal. Melalui akal juga kita dapati bahawa syarat sah untuk seseorang itu menunaikan solat adalah dia mestilah dalam keadaan berakal.

Oleh yang demikian, kekuatan ini amat perlu untuk kita memberi impak yang baik terhadap kekhusyukan kepada solat yang kita tunaikan.

Akal makannya ilmu, untuk menunaikan solat sudah tentu bermula dengan pengetahuan terhadap solat itu sendiri secara keseluruhannya.

Tidak mungkin kita boleh membuat rumah dengan baik jika kita tidak mempunyai pengetahuan tentang rumah dan pembinaannya. Begitu juga halnya dengan pengetahuan untuk memasak gulai lemak cili api. Gulai tersebut tidak akan berjaya dimasak dengan sedap tanpa bermula dengan pengetahuan tentang masakan berkenaan.

Permulaan siri ini, saya tegaskan agar kita kena mulakan dengan ilmu tentang solat secara keseluruhan adalah perlu agar kita tahu akan solat itu dalam gambar minda kita.

Siri akan bersambung...

Khamis, 12 Mei 2011

SURAH AL-MULK سورة الملك Ayat 23





Maknanya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".

Khamis, 5 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU DARI KALAM DAMAI BUAT SEMUA



Surah An-Nisa', Ayat 36;


Maknanya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

Rabu, 4 Mei 2011

SURAH AN-NAHL سورة النحل AYAT 68





Maknanya: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Isnin, 2 Mei 2011

SURAH AL-FIIL سورة الفيل AYAT 1-5



Maknanya:

1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

3. Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -

4. Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -

5. Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com