RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Sabtu, 26 Mac 2011

BERSATU TEGUH


Maknanya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.(Surah Ali 'Imraan, ayat 103)

Meneliti ayat ini, mesej yang terkandung di dalamnya amat menarik untuk kita perhatikan. Bermula dari kelompok manusia yang kecil, yakni suami, isteri, anak-anak, keluarga sehinggalah komuniti masyarakat jiran-jiran, kampung, mukim, daerah, negeri, negara seterusnya umat Islam seluruh dunia. Penghayatan dalam pengertian umumnya sangat mudah, iaitu BERSATULAH, BERPADULAH.

Dalam meneliti sejarah negara Islam MALAYSIA yang berakar sejarah pembinaan kota MELAKA, yang pernah meniti puncak kegemilangannya sangat mendasari firman Allah ini.

Bersatu atas nikmat Allah, KERAJAAN MELAYU MELAKA tercatat dalam lembaran sejarah bertamadun 100 lebih tahun. Gugur kerana hanya dalam nikmat, timbul perpecahan, maka 446 tahun menjadi sandaran kepada orang lain.

Nikmat Allah, dengan anugerah BERSATUNYA umat ini kembali menentang MALAYAN UNION, maka nikmat dikecapi tidak terhingga hasil TAHALUF SIYASI تحلف سياسي yang telah termateri dengan lembaran DUSTUR دستور yang ampuh, meniti kesempurnaan dalam membina zahir hidup berpadu.

BERPADU dalam mengkisah, menghargai dan mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhingga di bumi bertuah ini, menjadikan segala nikmat ini dipenuhi dan dikongsi memenuhi firman suruhan dan tegahan yang telah diturunkan.

Walau jauh dari tempoh bersama Junjungan Mulia, namun singkaplah apa yang disabda. Moga kita terus mengecapi nikmat ini berkekalan.

Amin.

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com