RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Ahad, 23 Januari 2011

PELABURAN DAN KEUNTUNGAN

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat-Nya yang telah dilimpahkan buat kita. Pada awal tahun begini, sesiapa yang telah menyimpan atau melabur di dalam Amanah Saham atau mana-mana institusi pelaburan, maka saat inilah keuntungannya dituai.

Bergitulah, dalam hal kahidupan alam dunia dan alam barzakh. Moga kita sama-sama ingat akan amalan semuanya terputus setelah kembali ke Rahmatullah melainkan amalan yang berpanjangan hanya pada 3 perkara;

1. Sedekah Jariah.

2. Ilmu yang bermanfaat.

3. Doa anak-anak yang soleh dan solehah.

Moga perjalanan kegembiraan ini dapat disinari akan kejernihan iman yang sentiasa memerhati keindahan kasih sayang-Nya. Amin.

Rabu, 5 Januari 2011

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN


Maknanya: Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.Surah Luqman, Ayat 34


Pepatah SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN, sangat menarik perhatian bilamana musim sudah tiba. Tempat turun hujan, merupakan salah satu perkara ghaib yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahuinya.

Mungkin pengajaran Ayat di atas menyerap benar dalam kehidupan orang dulu-dulu, sehingga berpesan akan persediaan akan turunnya hujan.

Namun, pengajaran yang mereka ambil adalah dari sudut persediaan diri menempuh hari-hari mendatang.

PERSEDIAAN, merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia. Malah boleh dikatakan bahawa, ianya merupakan perkara perlu bagi seseorang yang inginkan kejayaan secara holistik.

HAKIKAT KEHIDUPAN, telahpun ALLAH jelaskan untuk diketahui manusia. Bermula dengan penciptaan terawal hinggalah kehidupan terakhir destinasi syurga dan neraka. Allah sudah menjelaskannya secara berekod jelas lagi terang melalui Rasulullah s.a.w dan ianya kekal hingga kini.

Setelah penjelasan hakikat itu, apa yang sebenarnya dituntut adalah PERSEDIAAN.

PERSEDIAAN, mungkin boleh saya rungkaikan disini BERMULA dari dalam kandungan lagi. Peranannya bermula dengan IBUBAPA.

Saat kita berada di alam janin, IBUBAPA kita bertanggungjawab akan PERSEDIAAN kelahiran kita, kemudian mendidik dan memberi pendidikan kepada kita.

Kemudiaannya, sambil menempuh kehidupan harian selepas baligh kita bertanggungjawab pula akan kehidupan mendatang, PERSEDIAAN pelbagai yang kita lakukan, ILMU, KEWANGAN, MENTAL DAN JUGA FIZIKAL...

Selain itu, bekal untuk akhirat sebagai PERSEDIAAN di sana nanti.

Berbahagialah bagi yang sentiasa BERINGAT akan ketidaktentuan sesuatu hal yang akan mendatang. Walau telah kita tahu ke mana kita akan pergi...namun PERSEDIAAN...yang akan menjamin pada hari mendatang...

Sekian.

PELUANG KEBAIKAN DI MALAYSIA



Maknanya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".Surah Ibrahim, Ayat 7.


Mensyukuri nikmat Allah yang tidak terkira pada diri kita dan menelusuri juga dalam nikmat Allah kepada kita yang bertanahairkan Malaysia yang tercinta ini.

Tersentuh hati bilamana menyedari 5 Rukun Islam yang kita anuti dapat kita laksanakan dengan baik sekiranya kita mengambil peluang ini di Tanah Air tercinta ini. Bagi saya, inilah nikmat yang mungkin kita lupa setelah Allah memberinya kepada kita.

Bermula dengan syahadah, solat, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji, semuanya terurus dan sentiasa terbuka kepada kita dengan sangat luas untuk mendirikannya.

Keindahan Syahadah dalam kehidupan bergelar insan bukan mudah untuk dikecapi oleh insan-insan yang lain. Malah di Malaysia mereka yang bersyahadah mempunyai keistimewaan dengan gelaran bumiputera dan juga atas nama Melayu di Malaysia ini. Keistimewaan ini diikat dan termateri dalam Perlembagaan negara.

Solat, bukan sekadar bersendirian malah dapat ditunaikan dengan sempurna secara berjemaah. Azan, tidak sahaja berkumandang di corong pembesarsuara masjid, surau dan musolla, malah di corong radio, televisyen dan medium-medium lain.

Puasa, kemudahan untuk itu bukan sekadar puasa wajib malah puasa sunat yang lain. Kemudahan untuk melihat anak bulan, pengisytiharan dan kemudahan untuk mendapat makanan bersahur dan berpuasa menghiasi bulan ramadhan.

Zakat, pusat pungutan zakat disediakan di setiap negeri dan kemudahannya kini sehingga pemotongan gaji.

Haji, institusi Tabung Haji telah memberikan khidmat yang cemerlang dan menjadi contoh kepada negara-negara lain dalam sistem pengurusannya.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita hargai nikmat ini dengan mengambil kesempatan atas peluang ini untuk kita buktikan rasa terima kasih terhadap YANG MAHA ESA atas nikmat ini.

...amin.

Selasa, 4 Januari 2011

2011

Setiap tahun azam sering diperkatakan. Tidak terlepas untuk tahun 2011 ini. Setelah hampir sebulan 1 Muharram 1432h meninggalkan kita. Siaran pertama KD (Kalam Damai) untuk 2011 pada tahun ini berkumandang jam 6.15 petang pada Isnin 3 Januari 2011 bersamaan 28 Muharram 1432h.

Hari ini, KD memilih tajuk 'LAHIR'. 'LAHIR' membawa maksud yang luas dalam kehidupan kita. Antara lain, ianya bermaksud*;

1. Yang (kelihatan) di luar.
2. Berupa benda yg nyata, jasmani, maujud, keduniaan.
3. Keluar dari kandungan (ibu dll), jadi, terbit.

= MELAHIRKAN;

1. Mengeluarkan perasaan (perkataan, fikiran, dll), meluahkan.
2. Mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin.
3. Mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mengwujudkan.

*Kamus DBP (Dewan Bahasa Dan Pustaka

Membicarakan hal 'LAHIR', seharusnya apabila kita melangkah ke tahun baru, selagi hayat dikandung badan, kita mentiasa mempunyai pilihan untuk memilih jalan mana yang ingin dipilih. Samada jalan yang ingin dipilih itu baik, mahupun sebaliknya.

Hidup masih dikandung badan. Inilah saatnya kita sama-sama meransang dan memperkasakan diri untuk terus memperbaiki diri sendiri bagi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

Semoga pertemuan kita di udara pada hari ini memberikan saya dan anda kekuatan untuk tidak malu bersama-sama berazam menjadi bertambah baik. Amin.

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com