RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Selasa, 20 Julai 2010

KEMPEN HAFAZ 1AYAT 1HARI





...bersambung...

2. Mengembangkan Sel-Sel Otak

Segala yang berlaku di atas muka bumi ini, pada hakikatnya dengan izin Allah s.w.t semata-mata. Penjagaan sel-sel otak amat penting supaya ianya terus berkembang dan tidak mengalami kerosakan. Dengan kaedah ini, maksud saya kalaulah janji-NYA tentang Al-Quran itu adalah syifa' شفاء atau ubat atau penyembuh kepada apa jua penyakit, bayangkan sekiranya ia ada dalam sistem ingatan kita. Perumpaan lazim masa kini, mungkin boleh dikias atau ditamthil atau dicontohkan kepada komputer. Sekiranya komputer tanpa anti-virus, apakah yang akan terjadi kepada komputer itu?

...bersambung...

KEMPEN HAFAZ 1AYAT 1HARI



Antara kelebihannya:

1. Dapat mengingat Kalam Allah.

Sebut sahaja Kalam Allah, teringat saya pada Sifat 20, Sifat yang ke-13 adalah KALAM كلام yang bermakna Allah itu Maha Berkata-kata. Antara berkata-kata-Nya Allah itu adalah melalui Al-Quran. Kalam Allah ini sangat luas makna dan pengertian-NYA. Antara lain adalah berkenaan ILMU yang terkandung di dalam-Nya. Ianya bukan kitab sejarah, namun ianya menjelaskan sejarah terdahulu tanpa kesalahan fakta secara tersurat dan tersirat. Ianya bukan kita sains, namun ianya menjelaskan tentang sains dari prinsip sehingga penemuan yang masih dalam kajian. Ianya bukan kitab undang-undang, namun di dalamnya ada prinsip undang-undang, malah undang-undang yang paling adil. Ianya bukan kitab georafi, namun ianya telah menjelaskan prinsip geografi, malah masih banyak belum ditemui dan masih dalam kajian manusia dan sentiasa dibenarkan berdasar kajian aqli manusia. Ianya bukan kitab kedoktoran, namun ianya menjelas secara prisip perubatan, malah terkandung pengubatan dan pencegahan.

Begitulah selanjutnya, yang sekiranya ingin ditulis ilmu yang terkandung di dalamnya tanpa ada batasnya, walau 7 lautan menjadi dakwat, seluruh pokok di daratan menjadi pena, belum habis ilmu itu hendak ditulis.

.....bersambung...

Jumaat, 9 Julai 2010

27 REJAB DATANG LAGI...

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya! Allah Ya! Qahhar,

Mohon Engkau tutupkan segala pintu maksiat untuk kami. Lalu Engkau bukakan pintu ibadat buat kami dan kami memasukinya.

Ya! Allah Ya! Rahman Ya! Rahim,

Mohon Engkau bukakan pintu Rahmat buat kami. Lalu Engkau tutup pintu Kemurkaan-MU.

Ya! Allah Ya! Wadud,

Mohon Engkau bukakan pintu kasih sayang antara kami. Lalu Engkau tutup pintu kebencian antara kami.

Ya! Allah Ya! Fattah Ya! Alim,

Mohon Engkau bukakan pintu bahagia buat kami. Lalu Engkau tutup pintu sensara dari kami.

Ya! Allah Ya! Razzaq,

Mohon bukakan pintu rezeki buat kami. Lalu Engkau tutup pintu papa dari kami.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالمين

Isnin, 5 Julai 2010

KEMPEN

Assalamualaikum w.b.t Buat Semua yang mengikut Rancangan Kalam Damai Pahangfm dan juga Blog ini. Saya bagi pihak 'Team' Kalam Damai mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan yang telah diberikan. Saya rasa sudah terlalu lama saya tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Pada malam ini saya teruskan kembali setelah sekian lama hanya berinteraksi di ruangan Cit Cat Blog dan FB Personal saya.

Kini, kempen yang pelbagai telah diadakan kepada orang Islam di Malaysia. Berdasarkan pemerhatian dan penghayatan saya, kita perlu memikirkan keutamaan dalam kempen-kempen ini. Adakah pengutaraan kempen ini telah meletakkan keutamaan dan menjadi keperluan utama dalam masyarakat Islam di Malaysia. Pada jumlah besarnya, kaum Melayu merupakan majoriti dalam kelompok Muslim di Malaysia. Malah, Melayu telah ditafsirkan sebagai beragama Islam menurut Perkara 160, Perlembagaan Malaysia. Manakala, agama bagi Persekutuan pula adalah Islam, di bawah peruntukan Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, Islam dan Melayu tidak dapat dipidahkan di Tanah bertuah ini. Lantaran itu, kempen yang diadakan seharusnya melihat kenyataan ini sebagai dasar kepada kempen yang dibina, diaju dan dilaksanakan.

Melihat kepada kelompok minoriti muslim selainnya, ada yang telah berketurunan, ada pula yang memeluk Islam setelah dewasa, yang kebanyakannya di bawah urusan PERKIM dan badan-badan lain yang berkaitan.

Merujuk kepada kaum majoriti, jika dihayati kepada asas, adalah menjadi kegusaran kepada kita, jika kita hanya mengenengahkan kempen yang hanya memenuhi ranting atau cabangan pemahaman terhadap Islam itu sendiri.

Saya utarakan perkara asas;

1. Adakah golongan majoriti telah selesai atau memahami benar perkara asas di dalam Islam?

a. Pemahaman terhadap DUA KALIMAH SYAHADAH.
b. Pemahaman terhadap RUKUN IMAN.
c. Pemahaman terhadap RUKUN ISLAM.

2. Selain itu, sejauhmana kempen 'JOM KE MASJID', adakah ianya amat perlu? kerana Masjid itu merupakan hati kepada sesuatu masyarakat Islam.

Tentang keutamaan yang lain. Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya terpanggil untuk menulis di sini berkenaan hal ini apabila saya disapa oleh seorang kawan berkenaan perkara ini. Ianya boleh kita kongsi bersama dalam ruangan 'komen' atau menulisnya di FB saya facebook/ahmadshahjamlus

Terima kasih, Selamat Pagi dan Assalamualaikum w.b.t.

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com