RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Rabu, 27 Mei 2009

SURAH AL-AHZAB, AYAT 58

Terima Kasih Sekali lagi buat Ust Sufi,

Berikut berkenaan Ayat 58, Surah Al-Ahzab, Sebagaimana Ustaz timbulkan...



Maknanya: Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. (Surah Al-Ahzab, Ayat 58).

Tek Tafsiran Jalalain (sila klik pada gambar untuk lebih jelas);


Teks Tafsiran Al-Qortoby (sila klik pada gambar untuk lebih jelas);


Teks Tafsiran Ibn Katheer (sila klik pada gambar untuk lebih jelas);


ULASAN: Siapapun kita, kita hendaklah memenuhi kehendak ayat ini. Ingatan kita sepatutnya kepada bahawa sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara....

JASA KALIAN DIKENANG

Bermula daripada seorang anak desa Kg. Tengah Ulu Cheka, Jerantut...dididik mak dan ayah. Juga ustaz dan guru-guru...tadika kg. pekan sari, kemudian di Sekolah Kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka, juga Sekolah Agama Ihya' Al-Maarif Ulu Cheka, berada di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar, Jerantut...Kemudian ke IKIP, kemudian ke Universiti Al Al-Baytj Jordan...Kemudian Ke Universiti Malaya...ShahPutra...Biro Tatanegara...RTM...dan semuanya yang pernah AKU BERSAMAMU...

Semuanya memberi pengajaran dan pembelajaran buatku...kawan, sahabat, guru...dan kesemua persekitaranku...AKU BERTERIMA KASIH PADA SEMUA...

Kerana SEMUA ini, AKU BERSYUKUR...

1, 2, 3, 4 kita bermula...

Isnin, 25 Mei 2009

KEPADAMU KEKASIH

TAKDIR DAN IKHTIAR

Terima Kasih sekali lagi buat Ustaz Sufi,

Persoalan yang telah ditimbulkan oleh Ustaz Sufi sangat berkait rapat dengan persoalan TAKDIR DAN IKHTIAR...

Berdasar maklumat lazim kita dengar bahawa Al-Quran itu mempunyai 6,666 ayat dan keseluruhanya telah melalui proses tafsiran dan huraian oleh para cendikiawan tafsir dalam pelbagai bidang, samada Usul, Fekah, Tasauf, Tauhid, Sains, Matematik, Fizik, Geografi, Psikologi dan pelbagai lagi...

Persepsi kepada kecelakaan, kelemahan dan keburukan selalunya cenderung kita katakan sebagai limpahan BALA' daripada Allah s.w.t kepada umat manusia. Walaupun pada sesetengah keadaan saya bersetuju bahawa terdapat Ayat-Ayat suci Al-Quran mengatakan tentang apa yang berlaku di dalam dunia ini adalah disebabkan tangan-tangan kemungkaran manusia itu sendiri. Namun harus kita teliti juga bahawa Allah s.w.t juga menegaskan segala apa yang berlaku adalah kehendak-Nya serta izin-Nya jua.

Oleh yang demikian, dalam pelbagai keadaan ini harus kita lihat dengan mata hati serta mata fikir yang tajam. Apakah kita masuk dalam keyakinan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau kita turut sama berpendapat dan bertindak sebagaimana golongan Qadariah atau Jabariah? Yangmana satu golongan ini percaya perlu berserah pada takdir seluruhnya manakala satu lagi berkepercayaan bahawa semuanya terletak di tangan manusia setelah kurniaan akal.

Berdasar persepsi dan tindakan Ahli Sunnah Wal Jamaah;

Perbuatan manusia terbahagi kepada 2;

1. IJBARI: perkara-perkara yang tiada termampu untuk manusia berikhtiar pada perbuatannya. Seperti bernafas, denyutan nadi, tindakan rifleksi dan lain-lain.

2. IKHTIARI: pula adalah perkara perbuatan yang mampu dalam lingkungan akalnya untuk memilih. Misalnya, memilih ingin makan atau tidak, ingin mencuri atau tidak dan lain-lain.

Jika kita berfikir semuanya yang berlaku ini adalah BALA' dan itu bermaksud Allah s.w.t melakukan dan mengizinkan perkara itu berlaku atas kemurkaan-Nya. Lalu persepsi ini mengakibatkan kita hanya memberi tohmahan bahawa mereka yang ditimpa musibah itu semuanya jahat dan hasilnya kita tidak memberi pertolongan dan nasihat.

Manakala sekiranya kita berpersepsi dengan mereka ini diduga dengan keampunan Allah s.w.t hasilnya adalah positif dengan meletakkan pertolongan serta bantuan kerana kita sering berbaik sangka.

Hukuman persepsi kita akan mengakibatkan samada kasih sayang kekal dalam mesyarakat atau akan berganti dengan cemuhan, penghinaan, dendam dan sebagainya...



Maknanya: Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! (Surah Yunus, Ayat 10)

Wallahu A'alam...

CERMIN MIMPI



DI BALIK CERMIN MIMPI

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

SIAL, BURUK NASIB, TIADA TUAH DAN CELAKA

Bila seorang ibu melahirkan seorang anak yang cacat...apakah kita boleh atau wajar katakan yang ibu itu sial, buruk nasib, tiada tuah dan celaka...

Bila anak kita jadi samseng jalanan bolehkah kita katakan anak itu mewarisi kesialan kita?

Bila surau masjid kosong dari jemaah, bolehkah kita katakan bahawa surau itu sial atau salah surau itu tidak kena tapak pembinaannya dan sebagainya...???

PERSOALAN: adakah budaya kita menghidupkan kesialan atau ini semua salah orang lain sehingga aku terpaksa hidup dengan kesalahan dan kesialan orang lain? Kemuadiannya aku dan keluarga aku susah untuk hidup bahagia?

PERSOALAN: Jika aku tiada isteri dan anak-anak tentu aku dapat makan dan belanja duit gaji aku dengan kehendak aku. Kalau anak aku tak berkawan dengan anak engkau tentu anak aku jadi orang paling baik dalam dunia ini....

DUNIA DAN KESEMPURNAAN

Kesempatan masa anugerah Allah s.w.t ini, saya ingin membicarakan tentang saat dan ketika kita mendiami dunia ini yang sentiasa mencari erti kesempurnaan...

Bilakah diri kita akan sempurna? adakah manusia sempurna? adakah sejak azali sememangnya manusia akan dilahirkan dengan tidak sempurna?

Setiap kali keadaan yang dianggap satu kekurangan dalam hidup manusia kita sering terlatah untuk menyalahkan antara satu sama lain...

Adakah ini merupakan perkara yang dituntut dan wajar kita lakukan apabila perkara yang kita anggap buruk datang bertamu dalam hidup kita...

Bermula sekecil perkara hingga sebesar perkara, bermula isu yang senyap mahupun perkara sedang rancak dibincangkan semuanya orang lain yang salah...

Adakah Allah s.w.t salah?...Dia yang menimpakan segala keburukan...penyakit pelik, orang cacat, orang huduh, orang bodoh, orang gila, orang miskin, banjir, kemarau, tanah runtuh, bebudak merempit, peragut, datuk rogol cucu, bapa rogol anak, keganasan, tamak kuasa, dengki, zalim, khianat, mengumpat, mencela, memfitnah dan sebagainya...

Semua itu Allah s.w.t telah ciptakan dan diletak ke dalam hidup kita sekarang...malah ada yang telah disebutkan, sejak dulu lagi telah ada dalam hidup manusia...

Apakah Allah s.w.t menzalimi kita?

Adakah tiada lagi orang atas muka bumi ini yang boleh mengatasi masalah ini? atau biarkan saja semua perkara ini berlaku?

Nah!!! adakah Allah s.w.t limpahkan segala kelemahan ini untuk Allah s.w.t menyatakan yang Dia membenci semua makhluk khususnya manusia?

Semuanya PERSOALAN....

Sabtu, 23 Mei 2009

BALA' ATAU UJIAN ?

Terima Kasih Ustaz Sufi atas persoalan yang ditimbulkan. Maaf atas kelewatan memberi respon ini.

Saya juga suka bertanya kepada Ustaz Sufi, jika Ustaz Sakit, adakah ianya merupakan satu bala' yang menimpa Ustaz atau ianya satu ujian untuk ustaz?

Pada hemat saya, segala apa yang berlaku...boleh kita katakan ianya bala' atau boleh juga kita katakan ujian buat seseorang itu...

Secara lazimnya, semua orang akan merasai sakit. Semua kita juga akan merasai mati. Itu fitrahnya kita.

Secara mudah, jika kita ditimpa kelemahan...seperti sakit, miskin, lemah, tua, buruk rupa, cacat, papa dan sebagainya segala jenis kelemahan yang lain dan kita menerimanya dengan mencemuh dan tidak redha dengan keadaan ini serta berterusan dengan dosa maka saya yakin ianya satu BALA'.

Sebaliknya, jika kita ditimpa kelemahan seperti yang telah dinyatakan tetapi cara kita menerimanya denga redha, dan terus berikhtiar untuk mengatasi dalam lingkungan kuasa yang ada pada manusia dan tidak berterusan dalam dosa dan maksiat...maka ianya adalah UJIAN.

Pada hemat saya, apa yang berlaku secara keseluruhannya di Tanah Air kita adalah ujian kerana kita sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada secara berterusan. Pandangan ini saya nyatakan berdasarkan kepada melihat secara menyeluruh tidak bersifat individu.

Terima kasih sekali lagi buat Ustaz...Wallahua'alam...
Itulah yang kita boleh hayati...

Ahad, 17 Mei 2009

SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai hari guru kerana pada tarikh tersebut iaitu pada 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran negara kita.

Dokumen tersebut juga dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) dan sejak itu telah menjadi dasar Pelajaran Kebangsaan.

Isnin, 11 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

Guru...sekali imbas mungkin kita akan teringat kepada cikgu-cikgu kita di sekolah dulu...Namun, pengertian guru amat luas sekali kerana merekalah yang telah memberikan kita erti tentang dunia ini...sama ada pengetahuan mahupun kemahiran...

Guru dalam petunjuk rohani dan cara hidup yang benar hanyalah Muhammad s.a.w...

Guru sewaktu kita dalam kandungan...ikut saja ibu yang membawa kita ke mana...

Siapa yang mengajar kita berjalan...bertatih...meniarap...merangkak hinggalah berlari...?

Sehingga kini kita bijak untuk menaip...segalanya bermua dengan A...B...C... atau أ ب ت dan begitulah jua dengan 1...2...3...

Kehebatan berqiraat dalam melagukan Al-Quran...bermula dengan kenal akan hurufnya...

Kehebatan menulis novel...bermula dengan A..B...C...

Kehebatan seorang juruterbang meredah awan...bermulaaa...dari asasnya....

Kemudahan dan kemahiran kita mencari nafkah untuk menyara anak isteri...bermula dari mereka yang memberi ilmu itu kepada kita....

SELAMAT HARI GURU...

Rabu, 6 Mei 2009

NASIHAT

Kepada ibu-ibu yang bersifat seperti yang disebutkan oleh Ustz-Sufi diruangan Cit Cat di sebelah marilah kita sama-sama menghayati artikel di dalam blog http://bobex.wordpress.com/2007/09/19/anugerah-ibu-mithali-mengenang-jasa-seorang-ibu/

ARTIKEL MENARIK TENTANG IBU MITHALI

Sedang saya melayari blog...saya terjumpa artikel ini...

Friday, 18 April 2008
Khadijah contoh ibu mithali Muslim
Khadijah contoh ibu mithali Muslim

Oleh Mohd Zamri Shafie (http://intim.wordpress.com/2007/05/12/khadijah-contoh-ibu-mithali-muslim/)

Isteri setia sanggup berkorban bagi mendukung perjuangan Rasulullah

SIFAT isteri salihah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas, dermawan dan berketurunan mulia.

Selain itu, beliau adalah seorang ‘al-wadud al-walud’ iaitu wanita penyayang dan subur. Hasil perkongsian hidup beliau dengan Rasulullah SAW, dikurniakan empat puteri dan tiga putera.

Sifat isteri salihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan iktibar daripada perjalanan hidup Saidatina Khadijah antaranya:
# Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’.

Baginda Nabi SAW yang berada dalam keadaan ketakutan dan gementar ditenangkan Saidatina Khadijah dengan katanya: “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati Baginda tenang. Perasaan takut yang terbaca di raut wajah Rasulullah SAW hilang berganti cerah dan terang.

Selepas peristiwa di Gua Hira’ yang menandakan Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul Allah, maka dengan tidak ada sebarang keraguan di hati Saidatina Khadijah untuk menerima Islam.

Ummul Mukminin ini penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah. Beliau pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.

Wanita yang diberi gelaran Ummul Mukminin (Ibu bagi mukmin) adalah seorang yang hebat untuk dijadikan Ibu Mithali bagi setiap individu Muslim.
# Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah Islam.
# Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun.

Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sejuta jasa ditaburnya untuk memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya dalam melaksanakan tugas kerasulannya.

Pahit getir dalam menempuh hidup sebagai pejuang Allah dirasakannya. Pelbagai ugutan dan cabaran diharungi bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Jasanya dikenang Rasulullah SAW selepas beliau pergi dijemput menemui Allah SWT. Diriwayatkan pada suatu hari Khaulah Binti Hakim bertanyakan baginda: “Wahai Rasulullah, apakah engkau kesepian berpisah dengan Khadijah? Rasulullah SAW menjawab dengan katanya: “Ya! Demi Allah, Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik”.

Selepas itu, baginda memperisterikan Saudah Binti Zum’ah dan Saidatina Aisyah. Ingatan Baginda terhadap Saidatina Khadijah juga amat mendalam sehinggakan Saiditina Aisyah berasa cemburu terhadap Khadijah.

Dalam satu riwayat diceritakan bahawa pada suatu hari, Halah Binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah datang menemui Baginda dengan penuh adab kesopanan seperti adab Khadijah meminta izin mengadap Rasulullah SAW. Baginda berasa gembira melihat perlakuan Halah dan mengungkapkan: “Ya Allah, Halah Binti Khuwailid”.

Mendengar ucapan itu Aisyah cemburu dan berkata: “Kenapa engkau masih mengingati wanita Quraisy yang sudah tua, bermulut merah dan sudah tiada. Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih baik daripadanya?” Lantas Baginda menjawab: “Tidak! Beliau beriman ketika orang lain mengingkariku. Beliau mempercayaiku ketika orang lain mendustakanku. Beliau membantuku dengan hartanya, ketika orang lain tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniakan aku anak darinya, tidak daripada isteri yang lain.”
# Keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi. Diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW.

Baginda menyampaikan salam itu: “Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil ‘Alamin”. Khadijah menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.”

Ibn Abbas menceritakan keutamaan Saidatina Khadijah pada kaca mata Rasulullah SAW amat tinggi. Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW membuat garis di atas tanah, Baginda pun bertanya kepada sahabat: “Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?” Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Baginda pun bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad.”

INTI PATI
Saiditina Khadijah
# Seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama di Gua Hira’ selain penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah.
# Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.
# Meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya.
# Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Posted by HELWA LANCASTER at 03:43
Labels: Wanita Islam

Artikel ini saya peroleh di http://helwa-lancs.blogspot.com/2008/04/khadijah-contoh-ibu-mithali-muslim.html

LAGU UNTUK IBU

BINA IBU MITHALI

Peranan seorang ibu tidak semudah mengungkap kata-kata. Ibu sebagai sekolah awal anak-anak merupakan persekitaran awal bagi seseorang anak.

Pesan Rasulullah s.a.w buat umatnya, antara lain menyebut berkenaan pemilihan isteri kepada para suami. Kerana si isteri akan menjadi persekitaran awal bagi anak-anak yang bakal dilahirkan.

Dalam pemerhatian dan secara saintifik atau pemikiran mudah pun kita telah mampu untuk memahami bahawa seorang isteri atau ibu adalah mengandungkan anaknya. Maka sudah pasti anak tersebut berada dalam persekitaran kandungan serta mengikut atau merasakan apa yang sedang ibu lakukan atau amalkan semasa dalam keadaan mengandungkan anak berkenaan.

Oleh sebab itu, ibu adalah sekolah awal bagi anak-anak...

Insya-Allah bersambung lagi....

KEISTIMEWAAN SEORANG IBU

Begitu tinggi kedudukan seorang ibu. Kemulaan menjadikan ibu sangat istimewa. Menjadi sanjungan anak-anak. Mesti dimuliakan walau apa keadaan sekalipun oleh seorang anak.

Di sebalik bicara itu, adalah wajar keperitan dalam mengandung dan melahirkan seorang anak, seseorang ibu bertaruh nyawa, kesakitan dan penderitaan...

Selasa, 5 Mei 2009

BUAT RENUNGAN BERSAMA

Coretan klip video untuk kita kongsi sebagai menghayati kehidupan dan berkongsi pengalaman...



PESAN ALLAH S.W.T TENTANG IBU



Maknanya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah Al-Israa’, 23)

Sejarah permulaan hidup kita...di dunia...



Maknanya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia (Allah) mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah An-Nahl, 78)

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com