RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Selasa, 31 Mac 2009

REHAT SEJENAK




DOWNLOAD YOUTUBE

وعليكم السلام كاما

Boleh...biasa yang saya buat untuk download Youtube adalah dengan menggunakan perisian 'Real Player'

PERTAMANYA: Kita download dulu perisian 'real player' berkenaan. Perisian 'real player' percuma boleh didapati di http://www.real.com atau sila klik pautan berikut untuk download perisian 'real player' berkenaan; http://www.real.com.au/?country=my&language=en&src=apac_home&rsrc=

KEDUA: Setelah perisian real player berkenaan berada di dalam komputer anda, maka pada setiap kali anda membuka youtube, akan terdapat tetingkap yang sekejap timbul dan tenggelam dipenjuru kanan atas screen video berkenaan.

KETIGA: Apabila anda membawa 'anak panah' ke penjuru kanan atas video yang ingin di download, akan timbul perkataan 'DOWNLOAD THIS VIDEO'. Sila klik pada pautan (link) itu.

KEEMPAT: Hasilnya, secara automatik akan keluar tetingkap 'realplayer download & recording manager'. Maka video yang dikehendaki akan dibawa masuk ke dalam komputer anda dan akan disimpan ke C:\Documents and Settings\Administrator\My Documents\My Received Files\My Videos\RealPlayer Downloads

KELIMA: Anda akan boleh menggunakan fail video berkenaan dengan meng'copy' dan 'paste' atau menggunakan kaedah 'sent' ke mana-mana destinasi atau penggunaan.

SELAMAT MENCUBA....BERKOMUNIKASI...BERMAKNA...BERTABLIGH...Hidupkan peranan Sifat Rasul yang kita warisi melalui kaedah baru ini....apa yang perlu diingat tiada Rasul selepas Baginda Muhammad s.a.w....kita hanya mengikuti jejaknya...

Isnin, 30 Mac 2009

SURAT BERANTAI

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته ججاك ديسا

Pertamanya, maaf kepada Jejakadesa kerana saya terlewat memberi respon ini. Berkenaan 'Surat Berantai' yang saudara timbulkan, berdasar pengetahuan saya 'surat berantai' ini adalah satu tulisan teks yang mengandungi pesanan-pesanan tertentu, melibatkan nama-nama individu tertentu dengan suruhan-suruhan tertentu dan kemudiannya dikehendaki menyalin atau dipanjangkan kepada orang lain dengan jumlah-jumlah bilangan pengedaran tertentu. Jika dilaksanakan, maka sesorang itu mendapat manfaat (kebaikan, kekayaan atau kebahagiaan). Manakala yang tidak berbuat demikian akan mendapat mudharat (keburukan atau kejahatan).

Pandangan saya berkenaan 'surat berantai' ini adalah sebagaimana yang akan saya jelaskan.

Satu perkara yang perlu kita jelas adalah setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini adalah bertitiktolak kepada apa yang kita percaya. Jika kita rujuk kepada pegangan kita sebagai muslim ianya berkait dengan iman. Dari iman membentuk ideologi. Kemudian terhasilnya perbuatan hasil dari kepercayaan itu.

Perubahan kehidupan dan perubahan pegangan menjadikan kita terkadang tersasar daripada pegangan yang telah kita janjikan semasa di alam roh lagi iaitu kita mengiktiraf Allah itu sebagai Tuhan kita. Begitulah juga perjalanan sejarah manusia di dunia ini sejak Adam a.s sehingga ke saat ini seringkali manusia terlupa akan Penciptanya.

Allah tidak akan menyiksa sesuatu kaum sehinggalah dibangkitkan seorang rasul untuk membetulkan kepercayaan mereka, yangmana hasil kepercayaan mereka itu akan menyebabkan tindakan dan perbuatan mereka mengikut acuan kepercayaan itu.

Muhammad s.a.w adalah Rasul Terakhir. Pewaris Baginda adalah para ulamak, umarak dan semua yang mengikut jejak baginda dalam melaksanakan tugas sebagaimana yang dilakukan Baginda dalam sepanjang hayatnya dengan bersifat SIDIQ (BENAR), AMANAH (AMANAH), TABLIGH (MENYAMPAIKAN), FATHANAH (BIJAKSANA).

Oleh yang demikian, dalam menyatakan permasalahan 'surat berantai' ini, kita mestilah terus menghayati keimanan kita kepada Allah Yang Maha Kuasa, Yang Mempunyai sifat-sifat kesempurnaan yang telah kita hayati.

Dalam kepercayaan dan keyakinan kita seharusnya kita amati yang kita meyakini Allah adalah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.

Dengan keyakinan itu maka akan tertolaklah fahaman HUMANISME, yangmana fahaman ini bermaksud, dengan erti kata yang mudah PENDEWAAN terhadap manusia. Sesetengah surat berantai ada menyebut tentang beberapa nama yangmana telah berpesan tentang perkara tertentu untuk dilakukan atau ditinggalkan. Jika tidak dilaksanakan maka akan berlaku bencana.

Merujuk keyakinan kita kepada UTUSAN (RASUL) PENCIPTA (ALLAH) seolah boleh kita kaitkan dengan perkara ini tetapi adalah berbeza kerana AL-QURAN DAN AL-HADIS adalah benar dan sahih dalam penilitian yang mutawatir (dari kelompok yang besar kepada kelompok yang besar dan semua individunya adalah benar dan sangat boleh diyakini kredibeliti penyampainnya) berbeda surat berantai.

Sehubungan itu, dalam sejarah hidup manusia juga hasil ketaasuban manusia kepada manusia juga tercetus agama terpesong dari akidah yang benar iaitu mengangkat Rasul menjadi anak tuhan iaitu Rasulullah atau utusan Allah ISA a.s.

Hanya Allah Yang Maha Berkuasa memberi mudharat dan manfaat. Laksanakan suruhan-Nya dan tinggalkan larangan-Nya bukan makhluk-Nya.

Bersamalah kita hampir kepada-Nya. Moga kita beroleh keredhaan-NYA....Amiin.

Isnin, 23 Mac 2009

BERSAMA PENDUDUK FELDA SEBERTAK, BERA

Semalam saya bersama Ahli Jemaah Masjid Felda Sebertak, Bera...Seronok bersama mereka. Mereka mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sejak 21 Mac 2009 sehingga 22 Mac 2009 dengan mengadakan pelbagai pengisian. Terima Kasih buat Tn. Hj. Jaafar Hamli (Pengerusi Masjid), Tn. Hj. Masral Abd Hamid (Pengurus Felda), Ust. Saufi Hamzah (Pagawai JASA) & Keluarga seterusnya buat semua Ahli Jawatankuasa serta Ahli Jemaah Masjid Felda Sebertak. Salam Buat Semua...Semoga kita terus mendapat nikmat dari-NYA. Amiin....

Jumaat, 20 Mac 2009

DUIT DUIT DUIT

Berikut adalah klip menarik tentang HUTANG;



HUTANG

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته هوتان

Terima kasih kepada Hutan kerana bertamu ke Blog ini. Persoalan HUTANG yang Hutan timbulkan sememangnya amat berat yang kita tanggung dan ianya membawa ke akhirat. Oleh yang demikian, pada kebiasaannya dan telah menjadi ada dan budaya kita sebelum jenazah meninggalkan rumah atau hendak diusung ke kuburan, ada wakil mengingatkan untuk mereka yang hadir sekiranya ada hutang si mati boleh dituntut pada waris.

Menyentuh hutang juga, bank memberi hutang, 'along' memberi hutang, kawan-kawan memberi hutang, kerajaan memberi hutang dan banyak lagi agensi-agensi lain berbuat demikian.

Juga kita memberikan pelbagai reaksi berkenaan hutang dan bayaran balik hutang. Oleh yang demikian, Allah telah memberikan reaksi dan kaedah yang sesuai untuk kita perhatikan dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 282 sebagaimana di bawah;

Maknanya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Begitulah antara pesanan Allah dan acuan untuk kita berhutang. Dalam keadaan saya menulis ini juga saya juga berhutang. Boleh dikatakan semua antara kita berhutang.

Hutang Solat, Hutang Rumah, Hutang Kereta, Hutang Belajar...dan seterusnya...

Marilah kita sama-sama belajar bagaimana cara untuk mengurus kewangan dengan baik dan kita amalkan bersama;

Mari kita lawati dan pelajari antara lain melalui web berikut;

http://www.akpk.org.my/

Dan sama-sama berdoa dengan amalan doa bacaan Yasiin, dan minta dijauhkan belenggu hutang berterusan dan pemungut hutang yang kasar (Qahri Rijal)

اللهم إنا نغوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال ، آمين.

Selasa, 17 Mac 2009

ALAM NYATA DAN ALAM GHAIB

Perscaya atau tidak sekeliling kita dipenuhi makhluk Allah s.w.t yang lain. Antara yang perlu dan wajib kita percaya adalah perkara-perkara ghaib. Semuanya antara lain malaikat, iblis, syaitan, syurga, neraka dan lain-lain.

Kewajipan mempercayai semua ini suatu kemestiaan bagi memperakui seseorang itu seorang muslim atau sebaliknya.

Melalui Kalam Dalam kita telah memperkata tajuk-tajuk alam nyata. Antara lain termasuklah buah-buahan, tumbuh-tumbuhan, matahari, bulan, binatang, tanah dan lain-lain. Semua perkara yang telah kita sebutkan adalah merupakan perkara-perkara nyata dan mempunyai kehebatan dan kegunaan yang menakjubkan buat kita makhluk manusia.

Boleh dikatakan kita amat meyakini kewujudan oksigen, hidrogen, karbon dioksida dan gas-gas yang lain. Ini kerana ianya dapat dibuktikan dengan dikatakan proses saintifik. Begitu juga kita diajar dan mempercayai bahawa bumi ini diliputi oleh ruangan atmosfera yang tropospera, mesosfera dan seterunya dan mempunyai peranan yang tersendiri untuk mengelak manusia dari panas terik matahari.

Ruangan atamosfera dan juga gas-gas yang telah disebutkan sukar dibukti oleh mata kasar namun dapat dibuktikan dengan kaedah tertentu bagi menzahirkan kewujudannya. Maka hasilnya kita percaya akan kewujudannya.

Sesetengah kita amat sukar untuk mempercayai alam ghaib dalam rukun iman misalnya, namun kekuatan kepercayaannya terhadap gas-gas yang telah disebutkan amat kuat sekali sehingga kecenderungan untuk menghargainya amat tinggi, namun tidak pula kepada alam ghaib yang melibatkan keimananan yang telah disebutkan.

Barang yang pasti wujudnya malaikat, syaitan dan lain -lain tetapi kepercayaan terhadapnya umpama cerita dongeng bagi seseorang di zaman sains dan teknologi ini. Terkadang tergetus di hati apakah dongengan kisah hantu sama dengan dongengan wujudnya malaikat, syurga, neraka, pahala dan dosa.

Sekadar melalut memikir... :) terima kasih.

Khamis, 12 Mac 2009

RASULULLAH SEBAGAI IKUTAN

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته ججاك ديسا

Pertamanya, saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas respon yang Jejakadesa berikan terhadap topik-topik yang telah kita siarkan dalam Kalam Damai. InsyaAllah kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Sememangnya benar, Rasulullah adalah sebagai ikutan. Oleh yang demikian, sewaktu Rasulullah masih hidup di dunia yang fana ini Baginda menjadi ikutan para sahabat Baginda.

Apa yang kita perlu lakukan adalah apa yang Rasulullah s.a.w telah contohkan dirinya kepada kita. Walau bagaimanapun ada juga amalan yang terhad buat baginda sahaja dan ini telah dijelaskan oleh baginda.

Pernah suatu ketika ada sahabat baginda bertanya tentang ibadat Baginda pada Saidatina Aishah. Hasil dari jawapan yang diberikan mereka seolah bersenda. Seorang dari mereka mengatakan ibadat malamnya sangat hebat kerana dia beribadat malam sehingga tidak tidur. Seorang lagi mengatakan dia berpuasa dengan tidak berbuka. Manakala seorang lagi mengatakan dia tidak berkahwin menunjukkan betapa dia kuat dalam menahan nafsu.

Sampai perkhabaran ini kepada Rasullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa Baginda adalah yang paling hampir dan paling bertaqwa kepada Allah s.w.t. Kemudian Baginda menegaskan, Baginda sembahyang dan beribadat malam tetapi baginda juga mengambil sebahagian malam untuk tidur. Baginda berpuasa dengan berbuka dan baginda juga berkahwin.

Hasil dari penjelasan ini, kian terserlah bahawa Rasulullah itu adalah manusia biasa yang layak dan mampu untuk kita contohi dan teladani melainkan dalam hal-hal kerasulannya.

Mungkin kita perlu lebih mendalam lagi untuk kita hayati sirahnya kerana terkadang kita hanya mengenengahkan kisah-kisah tertentu sahaja sehingga menjadikan kita rigid (beku) dalam kita meneladani Baginda dalam segenap sudut kehidupan. Begitu juga dengan perinkat umurnya. Sebagai contoh, Sunnah Baginda yang dilakukan ketika dewasa adalah berlainan pada remajanya. begitulah selanjutnya.

Walau bagaimanapun kita bersyukur sehingga pada hari ini DARUL HADIS akan ditubuhkan bagi mengkaji hadis-hadis Rasulullah.

Semua orang mahukan kesempurnaan. InsyaAllah kita akan memilikinya...setelah setiap saat kita melangkah ke arah itu...Amiin...آمين يا رب العالمين ....

Jumaat, 6 Mac 2009

KEAGUNGAN AZAN



Azan satu laungan yang kita sudah anggap sesuatu yang sudah lazim dalam kehidupan kita sebagai Muslim. Namun tanpa kita sedari kehebatannya dengan makna lafaz;

ALLAH MAHA BESAR 2X
AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH 2X
AKU NAIK SAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH 2X
MARILAH SEMBAHYANG 2X
MARILAH MENUJU KEJAYAAN 2X
SEMBAHYANG ITU LEBIH BAIK DARI TIDUR 2X (BAGI WAKTU SUBUH)
ALLAH MAHA BESAR 2X
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH 2X


Betapa ianya telah dan sedang berkumandang setiap saat di atas muka bumi ini betapa agungnya syariat ini untuk kita hayati bersama.

Semoga kita sama-sama menjadi hamba-NYA yang bersyukur...AMIIN...

MARI KITA BERSELAWAT







Berselawat dengan penuh pengertian dan penghayatan bisa meningkatkan ketenangan dan menyentuh sanubari dalam menghampiri Rasulullah s.a.w.

Khamis, 5 Mac 2009

MERINDUI RASULULLAH S.A.W



MERINDUI RASULULLAH S.A.W
Langkah kuatur satu persatu,
Terasa masih jauh diri ini,
Untuk hampir denganmu.

Hina terasa bila mengenang,
Diri masih tersasar di perjalanan,
Menyata rindu kepadamu,
Diriku terasa malu.

Kukutip dan kubina,
Sekelumit sunnahmu,
Namun malu untuk kunyata,
Bertapa aku rindu padamu.

Nukilan: Perindu Kekasih.

Rabu, 4 Mac 2009

BICARA KETUHANAN



Terima kasih kepada 'Jejakadesa' atas persoalan yang tuan utarakan. Sememang kisah Nabi Ibrahim a.s yang telah kita paparkan di udara PahangFM dalam tajuk 'Matahari' yang lalu mungkin menimbulkan persoalan yang tuan nyatakan diruangan Cit Cat Room blog ini.

Persoalan dimana Allah? Persoalan ini sememangnya satu persoalan yang sangat kritikal. Untuk menjawab persoalan ini kita perlu mendalami Ilmu Ketuhanan. Ilmu Ketuhanan juga dikenali sebagai Ilmu Tauhid, Ilmu Aqidah, Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqhul Akbar dan ada lagi nama-nama yang lain yangmana pokok bicaranya adalah tentang ketuhanan.

Menjawab persoalan itu, pernah dan telah dibicarakan dalam pengajian yang sistematik hasil susunan ulamak Al-Asyairah dan Al-Maturidiah. Mereka telah menyusun dan membahaskan tentang ketuhanan dan hasilnya kita bicarakan sehingga kini iaitu Sifat 20. Pengajian mereka telah diterjemah dalam Bahasa Melayu dan kita telah memahaminya sejak zaman berzaman.

Dalam membahaskan di mana Allah s.w.t?; pengajian klasik ini telah menyatakan bahawa "DIA (ALLAH) itu tidak di dalam, tidak di luar, tidak di atas, tidak di bawah, tidak di depan, tidak di belakang, tidak di kiri, tidak di kanan...kerana DIA tidak beruang dan tidak bertempat...Persoalannya kalau kesemuanya sudah dikatakan tidak maka hasilnya adalah tiada...dan akhirnya dalam ketiadaan itulah ada."

Susun atur ungakapan di atas adalah berasaskan kepada dalil-dalil yang terdapat di dalam Al-Quran Al-Karim serta Hadis Rasul yang mulia.


SUKAR? SUSAH?...memang sukar dan susah tetapi mudah. Adalah sukar untuk kita berdiskusi melalui blog dan diudara PahangFM semata-mata...ianya memerlukan mengajian yang khusus dan memerlukan talaqi (bersemuka) dengan guru yang muryid.

Dalam membicarakan perkara ini juga jika kita tersalah langkah maka kita akan terpesong dari landasan yang sebenar. Oleh yang demikian, kita mestilah berhati-hati dan dapatkan sebenar-benar penerangan tentangnya.

Apa yang pasti kekuatan Islam adalah pada aqidahnya. Marilah kita sama-sama mendalami dan menghayati kehidupan ini dengan mengenali-NYA dengan senyata mungkin. Marilah kita pastikan agar ISLAM sentiasa berada di tempatnya yang tinggi.

Salam Buat Semua.

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com