RADIO MALAYSIA PAHANGFM

Untuk mendengar RADIO MALAYSIA PAHANGFM...Satu Pilihan...di internet sila klik

FREKUENSI PAHANGFM

Kuantan, 104.1mhz | Pekan, 104.1mhz | Rompin, 91.9mhz | Maran, 92.00mhz | Jerantut, 92.7mhz | Temerloh, Bera, Lipis, Raub, Bentong, Kuala Lumpur, Lembah Klang, Putrajaya, 107.5mhz | Kemaman, 104.1mhz

Pengikut

Custom Search

Bilangan 'Hits' Blog Kalam Damai

Realtime Online

Isnin, 30 Jun 2008

ARTIKEL TENTANG MEMBACA OLEH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA



Sila Klik Pautan berikut untuk bacaan...: http://i-baca.pnm.my/pdfFiles/artikelPembacaan/GlknPmbacaanPenggunaanBukuKanak.pdf

Untuk ke Perpustakaan Negara Malaysia, sila klik pautan berikut: http://www.pnm.my/pnmx/mv/index.php

VIDEO MENARIK

Menarik untuk di tonton tentang membaca...

http://www.youtube.com/watch?v=Zoig3w0HnJM

http://www.youtube.com/watch?v=hH_wfwN3dmc

http://www.youtube.com/watch?v=JGIh99sAUEk

http://www.youtube.com/watch?v=VuCQ1If0c7Q

GAMBAR MENARIK

AMALAN MEMBACA SINONIM DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM

Sebagaimana kita maklumi Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan;


Takrif (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

MEMBACA:

1. Memerhati isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandunganya.

2. Mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda dan sebagainya secara lisan (dengan kuat). Contoh membaca Al-Quran dengan kuat dan berlagu.

3. Memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf dan sebagainya) tidak dengan mata tetapi dengan jari-jari. Contoh membaca braille.

4. Melihat dan mencatatkan angka yang ditunjukkan pada meter (termometer dsb). Contoh meter elektrik dll.

5. Membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak dsb) seseorang dengan melihat seseorang secara luaran sahaja. Contoh: membaca isi hati seseorang, sikap dsb. Ilmu laduni, kasyaf, psikologi dll.

6. Mengucapkan baris-baris sajak dengan penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi.

7. Meneliti garis-garis pada tapak tangan untuk meramalkan nasib seseorang. Atau membuat andaian masa depan.

8. Membaca Alam yakni memerhati kejadian Allah untuk merapat serta menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

Amalan membaca telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Membaca kitab-kitab terdahulu sering disebut dalam Al-Quran;

Antara PERKARA wajib kita percaya dalam rukun iman yang enam;
a. Percaya Kepada Allah.
b. Percaya kepada Malaikat.
c. Percaya Kepada Kitab.
d. Percaya Kepada Rasul.
e. Percaya Kepada Hari Kiamat.
f. Percaya Kepada Qada’ dan Qadar.

Kitab-kitab yang wajib kita percaya antara lain;
i. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud.
ii. Kitab Taurat kepada Nabi Musa.
iii. Kitab Injil kepada Nabi Isa.
iv. Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w
v. Suhuf-suhuf yang diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu.

Kisah-kisah Al-Quran banyak menyebut tentang membaca kitab-kitab lalu yang mesti diambil pengajaran oleh umat manusia yang terdahulu untuk berada di landasan kehidupan yang betul.

Perkara ini menunjukkan kepada pripentingnya membaca dalam kehidupan umat islam.

Rabu, 25 Jun 2008

HILANG TERANG TIMBUL GELAP



Assalamualaikum semua...

'Hilang terang timbul gelap' begitu lumrah kehidupan senja berlabuh bererti malam kan menjelma...

Kenapa SABAR tiada had...? (",) masih isu yang sama...hendak tidak hendak...mahu tak mau kita mesti mau sabar...

Bila kita 'hilang' sabar...apa? siapa? yang akan menjelma...

MARAH
DENDAM
PUTUS ASA
KECEWA
TAMAK
MAKSIAT
PORAK PERANDA
KEMUNDURAN
KEKACAUAN
BAKHIL
MEMBAZIR

Semuanya itu akan hadir...dalam keadaan berbeza mengikut keadaan...

* Kalau kita 'hilang' sabar dari kemarahan...maka marah akan mengambil alih...

* Kalau kita 'hilang' sabar dari berusaha...maka putus asa akan mengambil alih...

* Kalau kita 'hilang' sabar dari melakukan maksiat...maka maksiat akan mengambil alih...

Itu sahaja untuk ulasan saat ini...moga semua bahagia...(",)

Selasa, 24 Jun 2008

TAHAP KESABARAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terima kasih kepada Saudara RELEVAN yang selalu bersama 'Kalam Damai' moga interaksi antara kita dapat manfaat dan mendapat keredhaan-Nya.

Persoalan Saudara RELEVAN tentang 'tahap kesabaran': Bagi mereka yang mengharap keredhaan Allah dan sentiasa ingin bersama-Nya bagi mereka itu tiada tahap kesabaran. Bagi mereka hanyalah sentiasa menyusun langkah dalam menghadapi segala cabaran ciptaan Allah buat mereka.

Mengapa begitu? kerana Allah ciptakan semua itu adalah untuk kita diuji samada kita yakin tentang pertolongan Allah s.w.t atau tidak.

Cuma perkara yang perlu kita faham adalah; Apakah kita sudah menggapai tahap ilmu untuk menyelesaikan sesuatu masalah? Bagaimana cara kita menangani masalah? Apakah kita faham benar tentang masalah? Apakah kita telah lakukan perkara perlu untuk menyelesaikan masalah atau cabaran itu? Apakah kita serahkan sepenuh jiwa raga kita kepada Allah setelah berusaha segenap segi untuk melepasi cabaran itu?

Persoalan yang telah diutarakan adalah bersifat universal. Tetap boleh diguna dalam apa jua cabaran sekalipun. Mungkin perbezaannya bentuk masalah atau cabaran yang dihadapi.

Perasaan keluh kesah tidak dapat kita hindari. persoalan apakah Allah mengerti apa yang terjadi? mengapa Allah masih belum mengangkat musibah ini? perasaan hampir putus asa...dan sebagainya sering datang untuk meragukan kita...

Hayati Surah Ad-Dhuha di bawah mungkin ianya dapat melembutkan hati kita atau mengubati kesulitan kita hadapi setiap hari...

Surah ini diturunkan antara sebabnya kerana Allah memujuk hati kekasihnya Muhammad s.a.w ketika baginda berasa Allah melupakannya pada saat dan ketika cabaran dan masalah yang dihadapi baginda pelbagai perkara. Sejak dilahirkan sebagai anak yatim, baru membesar kematian ibu, saat baru rapat dengan datuk, datuk meninggal. setelah itu, bapa saudara. Kemudian isteri...ancaman pelbagai dari sanak saudara yang musyrik, kaum kafir mengeji...sekatan ekonomi dan lain-lain...



Maksudnya:Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi -(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Isnin, 23 Jun 2008

RAHSIA KEJAYAAN MELALUI SABAR

RAHSIA KEJAYAAN MELALUI SABAR

Surah Muhammad : 7



Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Kebijaksanaan sering disebut sebagai suatu keadaan berakal budi, pandai dan berhati-hati juga cerdik. Begitu yang bercatat dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Jika begitu amat bertepatan dengan kehendak hikmah atau kebijaksanaan yang terkandung dalam sifat yang diutarakan melalui tajuk yang lalu iaitu SABAR.

Dalam melaksanakan kesabaran kita mesti mempunyai ilmu. Melalui ilmu kita dapat menjangkau kesabaran lebih mendalam. Ilmu akan membuka ruang dan peluang untuk terus memantapkan diri kita untuk mencetus idea penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi.

Pada 22 Jun 2008, Analisis Berita Dunia yang disiar melalui Televisyen RTM menarik perhatian saya. Isunya bagaimana harga minyak boleh naik sedang sumber asli itu lebih banyak di bumi milik muslim, sedang tanah bukan muslim lebih sedikit hasilnya. Jawapan terus yang mampu kita jawab dengan mudah dan tepat sudah tentu kerana tiada persefahaman serta perpaduan di antara Negara muslim.

Di sini saya ingin bawa kepada demensi lain yang telah dikemukakan melalui analisis itu. Sesuatu yang menarik perhatian saya adalah tentang kehebatan ilmu orang jepun mengatasi masalah yang seluruh dunia hadapi iaitu krisis harga minyak.

Oleh kerana mereka telah bangkit dengan penguasaan ilmu yang mendalam setelah mengalami kejatuhan yang dahsyat. Dari tanah bagai padang jarak padang terkukur mereka mampu bangkit dengan ilmu dan teknologi.



Menjauhi sifat beremosi, samada pemberontakan atau memusnahkan keadaan yang ada mereka keluar dengan alternative memasarkan kenderaan menggunakan tenaga berkuasa elektrik juga berkuasa air. Begitu sekali mereka berilmu dalam menempuh kemelut ini.

Bagaimana kita orang muslim? Kita masih belum terlewat. Kita boleh lebih daripada itu kerana kita sangat hampir dengan Allah s.w.t, cuma kita kurang menghayati serta lakukan dengan penuh kesungguhan.

Kita perlu hayati semula sabda Rasulullah s.w.t;

من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الأخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم

Maksudnya: Barangsiapa berkehendakkan dunia maka mesti dengan ilmu dan Barangsiapa berkehendakkan akhirat maka mesti dengan ilmu dan Barangsiapa berkehendakkan keduanya maka mesti dengan ilmu.

Oleh yang demikian, bukan sekadar berilmu dan bersabar dalam ertikata yang sebenar kita mesti memenuhi tuntutan kehendak yang dikehendaki Allah s.w.t dalam kehidupan secara holistic atau menyeluruh.

Kita sering menutut pelbagai daripada Allah s.w.t, namun apa yang telah kita tunai untuk-NYA. Sesungguhnya DIA MAHA KAYA. Apa yang diminta adalah untuk kita bukan untuk DIA.

Surah Al-Israa’: Ayat 7.



Maksudnya: Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Oleh itu, mari kita berhati-hati dan kita lakukan yang terbaik dalam memperbaiki diri jasad dan roh ke arah kesempurnaan. Walau jauh menyamai Rasulullah s.a.w, apa salah kita jejaki langkah BAGINDA.

Selasa, 17 Jun 2008

PRIBAHASA DAN BIDALAN TENTANG HIDUP BERSAMA DI KALA SUSAH DAN SENANG


Amalan Solat Berjamah secara sempurna dapat mengerat hubungan sesama manusia.

Asas Al-Quran yang menjelaskan tentang peripenting hidup tolong-menolong, bantu-membantu sehingga terlahirnya keamanan dan kemakmuran adalah sebagaimana di bawah;

Surah Al-Maidah: Ayat 2;

Maksudnya:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Berikut adalah peribahasa dan bidalan dalam masyarakat kita yang perlu sentiasa amal dan zahirkan dalam masyarakat kita;

1. Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Tungau Sama Dicicah.

2. Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing.

3. Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dicicah.

4. Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa.

5. Bagai Aur dengan Tebing.

6. Bagai Isi Dengan Kuku.

7. Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul.

8. Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi.

9. Ke Gunung Sama Didaki, Ke Lurah Sama Dituruni, Ke Laut Sama Diharungi.

10. Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Jumaat, 13 Jun 2008

HARGA SEBUAH KESABARAN

"SABAR" bila kita sebut dalam penafsiran sesetengah kita mungkin diam duduk saje atau mendiamkan diri tanpa ada tindakan. Namun hakikatnya ia adalah suatu sifat yang sangat positif dan antara sifat tunjang dalam mencapai kejayaan hakiki. Sabar adalah saat bertenang dalam terus mengatur langkah memahami gerak masalah, apakah sebab musabab? kesan jika kita membuat apa-apa keputusan? mempertimtang 'dharurat' yangmana paling ringan atau menghilangkan terus sehingga masalah benar-benar selesai.

HIKMAH sabar menjadikan kita bijak dalam mengatur strategi atau mengatur langkah dalam menyelesai masalah kerana sempat membaca segala aspek yang terkandung untuk keluar dari sesuatu masalah.

PALING UTAMA untuk kekal bersama-Nya Yang Maha Esa, Pentadbir Sekalian Alam kuncinya adalah sabar.

Ayat Tafakur;


Maksudnya: Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

AMALKAN BERMUAFAKAT ELAKKAN BERDEBAT

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dua perkataan "Bermuafakat" dan "Berdebat" pada hakikatnya adalah membuahkan hasil yang sama iaitu suatu rentetan proses mencari keputusan. Namun berbeza dari segi intepertasi atau pandangan masyarakat umum.

Bermuafakat mendapat tempat yang positif dan berdebat mendapat tempat negatif. Ini adalah penilaian secara umum di dalam masyarakat kita.

Bermuafakat adalah berbincang dengan cara yang baik dalam membuat keputusan berlandas kebenaran dan diterima dengan baik untuk dilaksanakan. Manakala berdebat pula biasa digunakan untuk berhujah sekadar mencari kemenangan dalam penghujahan tanpa melihat ianya benar ataupun tidak, yang penting menang.

Oleh yang demikian, berdasar intepertasi atau penafsiran umum maka muafakat perlu diamalkan dalam konteks ini.

Moga kita terus berfikir bagamana kita boleh sentiasa menggesa benak fikir untuk mencari kebenaran, bukan kemenangan dalam penghujahan. Lebih-lebih lagi dalam saat kita menempuh saat getir kini.

Ayat-ayat Firman untuk kita bertafakur;

An-Nahl: 125


Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Ar-Ra’d: 22

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -

Al-Mukminun: 96

Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.

Al-Qasas: 54

Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

Selasa, 10 Jun 2008

KENAIKAN HARGA BARANG SATU UJIAN BUAT KITA BERSAMA

Kenaikan harga barang menjadi topik perbualan harian kita pada hari ini. Bermula dengan isu kenaikan petrol 78 sen dari RM1.92 hingga mencecah RM2.70. diikuti kenaikan harga beras, tambang bas dan seterusnya sehingga harga cendol pulut.

Memang 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' namun apakan daya kesannya sama-sama kita rasai.

Kesenangan dan kesusahan hidup secara individu di dalam masyarakat kita tidak sama. Ada yang berharta ada yang tidak. Ada berpendapatan besar, ada yang kecil. Itu antara variasi atau kepelbagaian dalam hidup kita.

Kepelbagai warna, kepelbagaian kerabat, kepelbagaian kampung, kepelbagaian negeri, kepelbagaian kaum, kepelbagaian bangsa. Namun terkadang kita lupa ada juga banyak persamaan antara kita. Sedikit atau banyak kesan harga barang ini semua kita rasai.

Anak kecil mungkin terpaksa mengurangkan duit perbelanjaan sekolahnya kerana pemberian duit berkenaan hanya sekadar yang diberi penjaganya. Jika andaian kita kepimpinan negara itu senang dan berada, mereka turut mendapat tekanan dan desakan untuk menstabilkan keadaan yang ada.

Sedar atau tidak dengan adanya masalah dan cabaran dapat meningkatkan kerjasama dan perpaduan antara kita, jika ianya diambil dengan perspektif positif.

Kita akan lebih berjimat cermat. Kita juga akan bertambah rasa simpati. Dulu kita telah lupa bekal nasi daun upih. Mungkin hari ini kita kembali ke era itu.

Selain itu, saya juga ingin menjemput tetamu blog ini untuk sama berfikir tentang pengajaran yang boleh kita ambil dari semut dalam klip video di bawah.

Sila klik :
http://www.youtube.com/watch?v=g4PbsdSXjUI
http://www.youtube.com/watch?v=uX1ybDAqh40

SENARAI CATATAN TERDAHULU

MENDENGAR BACAAN AL-QURAN 'ONLINE'

Listen to Quran

Rileks-rileks...

Untuk bagi makan ikan-ikan, sila klikkan tetikus ke dalam kolam. (",)

E-MAIL KAMI

Sebarang cadangan, anda boleh emailkan kepada kalamdamai07.pahangfm@blogger.com